Hiburan Dimadukan Suami Siapa Sangka Si Isteri Cantik Menyimpan Niat Tersembunyi Sehinggalah
Apa korang rasa bila dapat tahu yang ada orang rapat keliling korang sendiri, plan nak bunuh korang? Lagi teruk, korang takde clue langsung dan kena figure out sendiri siapa pembunuh berniat jahat tersebut? Mestilah korang jadi tak senang duduk, kan?!
Itulah kelainan yang ada dalam siri terbaru drama Viu Original, Isteri Misteri. Siri ini dibarisi pelakon terkenal tanah air seperti Sharnaaz Ahmad sebagai Rizal, Tiz Zaqyah (Emma), Sharifah Sakinah (Yatie), Azira Shafinaz (Lisa), dan Azar Azmi (Jun).
Apa yang lagi istimewa tentang Isteri Misteri adalah ia akan turut disiarkan secara eksklusif di TV3, satu jam sebelum ditayangkan di Viu. Wow! Bukan senang tau nak tengok online streaming platform berganding dengan Media Prima.
Secara ringkasnya, Isteri Misteri berkisarkan tentang Rizal, seorang lelaki berpoligami yang beristeri tiga. Tiba-tiba dapat tahu pula yang salah seorang isterinya ada niat nak bunuh Rizal. Alamak! Rizal pun apa lagi, acah jadi Sherlock Holmes lah untuk buat siasatan pada isteri-isterinya. Dibantu oleh PA-nya yang setia, Jun, Rizal cuba untuk selesaikan misteri tersebut sendiri. Dengan perangai setiap isteri yang berbeza, confirm korang akan terhibur dengan gelagat setiap watak dan plot twist yang ada dalam Isteri Misteri.
Menurut Sharifah Sakinah, antara cabaran yang perlu dihadapi sepanjang menjayakan siri Isteri Misteri adalah mereka perlu jadi fake dalam drama untuk bermusuh sesama sendiri. Yelah, dekat luar set semua memang berkawan baik, satu kepala. Tiba-tiba nak kena bergaduh pula. Memang susahlah jawabnya. Tapi, itulah yang boleh hasilkan keserasian antara pelakon sebenarnya, kan?
Sakinah turut menyatakan yang Isteri Misteri sebenarnya cuba menonjolkan sisi lain seorang wanita dan seakan-akan ada unsur feminism. Bak kata Sharnaaz Ahmad, mana ada cerita lain yang sampai 4 orang heroin? Paling tinggi pun dua orang. Sorang watak baik, lagi sorang jahat. Isteri Misteri ni berapa orang yang jahat pun kita tak dapat teka lagi.
“Selalunya cerita Melayu yang lain akan tunjuk wanita dirogol, perempuan kampung ditindas. Tapi, yang ini (Isteri Misteri) tiada. Ini girls power!”
Sakinah turut berkongsi tentang pengajaran yang cuba disampaikan dalam Isteri Misteri adalah lelaki perlu sentiasa kuat untuk jadi ketua keluarga yang baik. Tambah-tambah lagi pada mereka yang berpoligami, confirm ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.
Amacam? Menarik, kan? Jadi, jangan lupa untuk saksikan drama Isteri Misteri pada setiap hari Rabu dan Khamis, bermula 25 November 2020, pada jam 6 petang di TV3 dan jam 7 petang di aplikasi Viu. Kalau belum ada lagi apps tu, pergi download sekarang di App Store atau Google Play, ataupun terus layari www.viu.com untuk menonton Isteri Misteri.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2020/11/hiburan-dimadukan-suami-siapa-sangka-si.html