Video Doktor Terkejut Nampak Suami Jaga Roadblock Tak Sangka Sempat Pula Dia Buat Kejutan Sweetnya


SEJAK kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kebanyakan negeri di semenanjung, pasukan polis giat melakukan sekatan jalan raya (SJR) serta rondaan bagi memastikan rakyat mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Bagi sesetengah orang, pasti wujud perasaan gentar apabila terpaksa melalui SJR kerana bimbang akan ditahan atau disoal oleh anggota polis yang tegas.
Namun video tular baru-baru ini yang memperlihatkan seorang anggota polis membuat simbol ‘’ dengan kedua-dua belah tangannya kepada seorang pemandu wanita, begitu mencuri tumpuan netizen.
Rata-rata netizen terhibur dengan video berkenaan dan menyifatkan aksi anggota polis itu sebagai sesuatu yang ‘Cute’.

Mungkin ramai yang tidak tahu, anggota polis berkenaan sebenarnya adalah suami kepada pemandu wanita yang membuat rakaman tersebut dari dalam kereta yang dipandunya.
“Abang polis bagi ‘heart’ la kat kita hahaha. Macam ini la bila wife doktor, husband polis. Bertembung tepi jalan macam ini sajalah. Take care my husband. Jangan marah na, kita main phone sekejap je ni nak rakam. Jarang-jarang boleh rakam momen ni,” demikian kapsyen pada perkongsian asal yang dimuat naik di Facebook wanita berkenaan.
Dr Nik Farzana memuat naik video ‘sweet’ suaminya di Facebook.
Ketika berkongsi cerita dengan mStar, Dr Nik Farzana Abdullah berkata ketika itu dia sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Klinik Kesihatan Seberang Jaya ke rumah yang terletak di Kulim, Kedah.
“Suami, Mohd Haniff tak tahu saya nak lalu dan saya pun tak tahu yang suami saya kerja roadblock hari itu. Sebab dia kerja berubah-berubah, sekejap ronda moto, sekejap MPV, sekejap jaga balai. Jadi tak jangka jumpa dia.
“Sepanjang PKP dan PKPB ni dia banyak kali buat roadblock tapi tak pernah bertembung. Ini baru pertama kali jumpa macam ini. Dan tak sangka dia tiba-tiba buat reaksi macam tu (simbol ).
“Dia cam kereta. Saya tak main telefon bimbit masa memandu tapi bila tengok dia dari jauh, itu yang saya rakam,” jelas Dr Nik Farzana.
Anggota polis yang merupakan suami Dr Nik Farzana sempat membuat aksi ‘cute’ kepada isterinya itu.
Ibu kepada dua cahaya mata ini juga berkata, dia langsung tidak berniat untuk menularkan video berkenaan sebaliknya hanya memuat naik sebagai kenangan sendiri.
“Saya post hanya untuk simpanan sebab bagi saya ‘rare moment’ sangat dengan tiba-tiba suami buat reaksi macam itu pula. Mungkin kawan-kawan yang kongsi.
“Ada terbaca komen-komen yang kurang OK, cakap (polis) tak saman pulak main telefon. Saya harap sal4h faham itu dapat dirungkaikan.
“Kereta saya tak bergerak waktu rakam tu. Selepas melepasi roadblock, saya terus simpan telefon. Saya hanya muat naik ketika sampai rumah,” ujar doktor berusia 29 tahun ini.
Ada terbaca komen-komen yang kurang OK, cakap (polis) tak saman pulak main telefon. Saya harap salah faham itu dapat dirungkaikan.
DR NIK FARZANA ABDULLAH
ISTERI
Mempunyai pasangan yang juga merupakan seorang petugas barisan hadapan, doktor ini turut mengakui mereka berdepan dengan cabaran terutama dari segi meluangkan masa bersama keluarga.
“Cabarannya dari segi penjagaan anak-anak. Kami dua-dua sibuk, tambahan pula tinggal jauh dari kedua ibu bapa kami. Jadi agak sukar nak tinggalkan anak-anak lama dengan pengasuh.
Dr Nik Farzana turut bertugas di lapangan untuk mengambil ujian calitan pesakit Cov1d-19.
“Kadang-kadang saya balik kerja, suami dah pergi kerja. Bertembung macam itu sajalah,” katanya yang pernah berkhidmat selama empat tahun di Hospital Kulim, sebelum ini.
Dalam pada itu, doktor ini yang turut bertugas di lapangan untuk melakukan ujian calitan (swab) menasihati rakyat Malaysia supaya mematuhi SOP dan kekal berada di rumah sekiranya tiada urusan penting.
“Kekal di rumah dan beri kerjasama sepenuhmya terhadap frontliner,” ujarnya lagi.

VIDEO DIBAWAH INI:
Sumber:Mstar
The post [VIDEO] Doktor Terkejut Nampak Suami Jaga Roadblock, Tak Sangka Sempat Pula Dia Buat Kejutan…Sweetnya 😘. appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/16/video-doktor-terkejut-nampak-suami-jaga-roadblock-tak-sangka-sempat-pula-dia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru Je Lepas Beranak Sekali Suami Emma Buat Kejutan Macam Ni Tak Sangka Sampai Macam Ni Sekali Reaksi Emma Maembong

Baru Je Lepas Beranak Sekali Suami Emma Buat Kejutan Macam Ni Tak Sangka Sampai Macam Ni Sekali Reaksi Emma Maembong

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 428 hits
Hadiah yang paling berharga buat seorang suami ialah apabila isterinya telah berjaya melahirkan cahaya mata mereka dan hadiah buat isteri pula ialah apabila dapat melihat si suami gembira
Suami Koma Isteri Lepas Pantang Dijangkiti Kuman Dalam Icu Baby Pula Masuk Wad

Suami Koma Isteri Lepas Pantang Dijangkiti Kuman Dalam Icu Baby Pula Masuk Wad

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 397 hits
Tiada siapa pun yang minta diuji dengan sakit tetapi jika ujian ini diberikan hanya kekuatan dan doa dipohon untuk mengembalikan semangat Begitulah situasi yang dialami oleh pasangan suami isteri ini apabila Allah uji suami koma kerana meng...
Video Siapa Ckp Lelaki Club Tak Boleh Buat Suami Kenal Suami Di Club Sekarang Imamkan Solat

Video Siapa Ckp Lelaki Club Tak Boleh Buat Suami Kenal Suami Di Club Sekarang Imamkan Solat

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 342 hits
Selalu orang kata hidayah itu milik Allah dan Dia akan datangkan dengan pelbagai cara dalam hidup setiap hambaNya Malah walau hitam sekalipun kisah silam seseorang jika hidayah datang mereka mampu berubah sekelip mata Kisah sebegini sering ...
Gisel Penuhi Panggilan Polisi Atas Video Yang Sempat Viral Begini Kronologi Pengungkapan Kasusnya

Gisel Penuhi Panggilan Polisi Atas Video Yang Sempat Viral Begini Kronologi Pengungkapan Kasusnya

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 256 hits
Setelah menangkap dua tersangka pihak kepolisian pun memeriksa Gisella Anastasia sebagai saksi
Video Suami Dan Dua Anak Maut Kemalangan Treler Usahawan Tampil Bantu

Video Suami Dan Dua Anak Maut Kemalangan Treler Usahawan Tampil Bantu

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 578 hits
SYIRA awak rehatkan diri dan cari kekuatan Soal rezeki jangan dirisaukan insyaAllah kita semua satu family akan bantu Begitulah kata kata semangat seorang usahawan Hafiz Mahamad tatkala tampil menziarah Shamshira Mohd Norizin yang kehilanga...
Masak Cuci Kain Tugas Siapa Isteri Terkejut Dengar Jawapan Suami Bila Tok Kadi Tanya

Masak Cuci Kain Tugas Siapa Isteri Terkejut Dengar Jawapan Suami Bila Tok Kadi Tanya

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 365 hits
Dalam rumah tangga sudah menjadi rutin bagi seorang isteri untuk menguruskan kerja rumah seperti memasak dan mengemas Gambar sekadar hiasan Image via Namun baru baru ini perkongsian daripada seorang wanita telah tular di laman media sosial ...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pangkor Island S Blue Eyed Treasure Well Liked By Tourists

Power Without Principles Pn Has Lost The Plot

Kindness

Cuti Raya China 2025

Inovasi Terkini Dalam Dunia Percetakan Yang Dapat Menghemat Energi Listrik

Penjawat Awam Dan Pesara Terima Bantuan Khas Kewangan 2025