Hentikan Ujian Calitan Dubur Rakyat Kami Alami Kesakitan Psikologi Jepun Gesa China Berhenti Seksa Rakyatnya


The Reporter



Jepun menggesa pihak kesihatan China berhenti melakukan anal swab test (ujian calitan dubur) Covid-19 ke atas rakyatnya di negara itu kerana prosedur tersebut boleh menyebabkan kesakitan psikologi, kata jurucakap Kerajaan Jepun, semalam. 


Ketua Setiausaha Kabinet Katsunobu Kato berkata, kerajaan Jepun masih belum menerima maklum balas dari Beijing yang akan mengubah prosedur tersebut dan Jepun akan terus mendesak China untuk mengubah cara ujian saringan yang dilakukan. 


"Ada beberapa rakyat Jepun melaporkan kepada kedutaan kami di China yang mereka diarahkan menjalani ujian calitan dubur yang menyebabkan kesakitan pisikologi yang teruk," kata Kato pada sidang akhbar. 


Namun tidak diketahui berapa ramai rakyat Jepun yang telah diarahkan melakukan ujian tersebut untuk pengesanan koronavirus, tambahnya. 


Beberapa pusat kesihatan di China menggunakan sampel yang diambil dari dubur bagi mengesan jangkitan berikutan China mengambil langkah drastik bagi memastikan tiada pembawa yang berpotensi menyebabkan virus tersebut terlepas dari saringan pihaknya. 


Untuk mendapatkan sampel itu, putik kapas perlu dimasukkan dalam dubur sedalam tiga hingga lima sentimeter ke dalam dubur dan diputar beberapa kali. 


Selepas selesai, putik kapas itu akan dikeluarkan dan disimpan dalam bekas sampel di mana prosedur itu mengambil masa selama 10 saat sahaja. 


Beijing dikatakan mula menggunakan kaedah tersebut dengan lebih kerap setelah seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun diuji positif Covid-19 pada Januari lalu. 


Hanya beberapa hari dalam bulan Januari, lebih daripada tiga juta penduduk di Beijing telah melakukan ujian calitan dubur bagi membendung penularan wabak tersebut, kata pihak berkuasa. 


Diplomat Amerika di China mendakwa, minggu lalu mereka dipaksa melakukan ujian calitan dubur untuk pengesanan jangkitan Covid-19. Washington kemudian mengadu prosedur tersebut tidak bermaruah dan meminta kakitangan kedutaan menolak ujian tersebut sekiranya diminta berbuat demikian. 


Namun, jurucakap Kementerian Luar Negeri China, Zhao Lijian berkata, "Setahu saya, China tak pernah meminta kakingan diplomatik Amerika yang ditempatkan di China untuk melakukan ujian calitan dubur."


Sumber: Daily Mail


March 02, 2021 at 03:31AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2021/03/hentikan-ujian-calitan-dubur-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
China Wajibkan Calitan Dubur Semua Pelawat Antarabangsa

China Wajibkan Calitan Dubur Semua Pelawat Antarabangsa

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 390 hits
CHINA mewajibkan ujian calitan dubur kepada semua pelancong antarabangsa yang tiba di negara itu lapor akhbar The Sun semalam Beijing mendakwa prosedur itu lebih tepat berbanding ujian Covid 19 lain Doktor doktor di China telah menggunakan ...
Pdf Lynas Fuziah Di Gesa Hentikan Permainan Persepsi Gara Gara Takutkan Bayang Sendiri

Pdf Lynas Fuziah Di Gesa Hentikan Permainan Persepsi Gara Gara Takutkan Bayang Sendiri

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 258 hits
KUANTAN Rata rata warga bandaraya ini yang ditemui menggesa semua pihak terutamanya Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh tidak terus bermain dengan persepsi untuk menakutkan rakyat dalam isu Lynas Ahli Parlimen Kuantan itu sebenarnya tidak j...
Wajah Gadis Alami Masalah Kulit Teruk Selepas Berhenti Guna Produk Kecantikan Tempatan

Wajah Gadis Alami Masalah Kulit Teruk Selepas Berhenti Guna Produk Kecantikan Tempatan

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 345 hits
Kuala Lumpur Gara gara berhenti menggunakan sejenis produk keluaran tempatan yang diguna olehnya sebelum ini seorang gadis cantik mendakwa telah mengalami masalah kulit yang teruk pada kulit wajahnya apabila kulitnya kini dipenuhi jerawat b...
Pm Gesa Penjawat Awam Segerakan Bantuan Rakyat

Pm Gesa Penjawat Awam Segerakan Bantuan Rakyat

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 257 hits
MALAYSIA NOWProses permohonan penyampaian bantuan akan disegerakan bagi membantu rakyat mengatasi masalah kewangan akibat penularan Covid 19 Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membaca doa selepas menyampaikan Amanat Perdana Setahun Malaysia P...
Mp Gesa Rakyat Bantah Tapak Pelupusan Lynas Di Kuantan

Mp Gesa Rakyat Bantah Tapak Pelupusan Lynas Di Kuantan

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 341 hits
Rakyat Malaysia harus berganding bahu bagi membantah cadangan pembinaan tapak pelupusan kekal Lynas dan tapak pelupusan sisa berjadual industri pelbagai kategori seluas 202 hektar di Bukit Kuantan Pahang Ahli Parlimen Bentong Wong Tack meng...
5 Isu Utama Dibangkitkan Rakyat Mengenai I Sinar Kwsp Tanpa Syarat

5 Isu Utama Dibangkitkan Rakyat Mengenai I Sinar Kwsp Tanpa Syarat

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 363 hits
Sejak dua hari ini talian hotline i Sinar Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kembali hangat dengan menerima tidak kurang daripada 400 500 mesej aduan sehari berkenaan isu pengeluaran i Sinar ini Rata rata maklum balas yang diterima berikutan p...
Rakyat Sudah Tak Kisah Tapi Awas Muhyiddin

Rakyat Sudah Tak Kisah Tapi Awas Muhyiddin

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 262 hits
Selain perutusan khas Perdana Menteri perkara lain yang membuatkan rakyat mula benci ialah sidang media Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkaitan SOP PKP dan pengumuman jumlah kes Covid19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah...
Henti Tipu Rakyat Dengan Manipulasi Angka Kes Covid 19

Henti Tipu Rakyat Dengan Manipulasi Angka Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 294 hits
SITI NUR ZAWANI MISCON Naib Presiden PKR Chang Lih Kang mengkritik kerajaan Perikatan Nasional kerana didakwa cuba untuk manipulasi angka Covid 19 sehingga memberi gambaran kurang tepat kepada rakyat Beliau merujuk kepada kenyataan Menteri ...
Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Aset Selamat Masih Bersinar Emas Naik Tengah Ketidakpastian Politik

Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Seeking Clarity On Co Teaching Model

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Ralat Tak Tengok Supermoon

Panorama Alam Sekitar Yang Menakjubkan Bukit Zakir Sebuah Lukisan Lembah Yang Damai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa