Henti Sapu Bedak Pada Muka Anak Lepas Mandi Nampak Comot Tak Apa Asal Selamat
Tabiat menyapu bedak pada badan dan muka bayi serta anak-anak kecil kita seakan sudah sebati bagi semua sedangkan hakikatnya tabiat ini sememangnya dilarang oleh doktor pakar malah mengundang terlalu banyak bahayanya kepada anak-anak.
Wangi dan nampak sudah mandi. Begitu alasan yang sering diguna pakai oleh kita semua. Namun adakah yang dikatakan wangi dan nampak mandi ini baik untuk anak kita? Sebenarnya ia sangat tidak bagus untuk anak dan si kecil kita malah mengundang bahaya!
Pengamal perubatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Dr Ahmad Luqman Bukhari mengingatkan sekiranya anda merupakan ibu ayah yang kerap menyapukan bedak talkum pada muka anak lepas mandi, sebaiknya hentikan tabiat itu selepas membaca apa yang dikongsikannya ini.
Baca: Sering Terdedah Pada Asap Rokok, Anak Membesar Mungkin Pekak & Bisu!
Kalau korang jenis yang suka sapukan bedak talkum kat muka anak lepas mandi, tolong hentikan terus tabiat tu lepas baca apa yang saya tulis ni.
Dulu saya pun ada jugak perangai sama macam tu. Cuma bila terbaca amaran daripada American Academy of Paediatric tentang bahaya perbuatan tu, terus saya stop serta merta.
Rupanya doktor pakar kanak-kanak dah bagitau lama dah pasal benda ni. Even kes baby mati akibat masalah pernafasan yang berpunca dari debu bedak ni dah dilaporkan sejak awal tahun 60-an lagi.
Partikel bedak talcum tu kan halus sangat-sangat.
Bila kita sapu kat anak, risiko memang tinggi untuk anak kita terhidu lalu berterusan masuk ke dalam salur pernafasan.
Akhirnya boleh sampai ke paru-paru si comel kita hingga menyebabkan dia sering terbatuk, sesak nafas dan akhirnya mengalami jangkitan paru-paru yang serius (talcum powder poisoning),” katanya berkongsi.
Rosakkan salur pernafasan bayi
Malah yang ibu ayah tidak tahu, debu talkum juga sebenarnya mampu bertindak merosakkan salur pernafasan bayi yang masih kecil. Dan inilah yang diakui oleh American Academy of Paediatric melalui hasil kajian mereka. Bahaya kan?
Menurut American Academy of Paediatric jugak, sedikit debu talkum pun cukup bahaya serta mampu merosakkan salur pernafasan bayi yang kecil.
Mintak tolong ya mak ayah sekalian. Janganlah duk seronok nak pakaikan bedak talkum ni pada anak kecil.
Lagi-lagi bayi yang berisiko dan mempunyai sistem pernafasan sensitif seperti bayi pramatang, anak yang menghidap sakit jantung dan mempunyai breathing problem sejak lahir.
Tak apalah kalau anak kita nampak comot sikit, tak berbedak wangi macam anak orang lain. Asalkan kesihatan dia tak terganggu.
Tolong sebarkan #info ni pada mak ayah yang belum tahu ye. Saya ni sampai sekarang masih duk rasa bersalah kat anak saya sebab saya pernah terbuat benda yang bahayakan kesihatan dia ni.
Dr Ahmad Luqman Bukhari.
Baca: https:Menangis Mengamuk Jangan Tengking Suruh Diam, Guna Penawar Al-Fatihah Tiup Di Ubun Anak!
The post Henti Sapu Bedak Pada Muka Anak Lepas Mandi, Nampak Comot Tak Apa Asal Selamat! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/henti-sapu-bedak-pada-muka-anak-lepas-mandi-nampak-comot-tak-apa-asal-selamat/