Henti Pemusnahan Hutan Di Lereng Bukit Banjaran Kledang



December 10, 2019
https://harakahdaily.net/index.php/2019/12/10/henti-pemusnahan-hutan-di-bukit-banjaran-kledang/
Berita & Artikel HARAKAH: https://chat.whatsapp.com/Lxy4UFTAj1L7rrPpNT4ZKm
(Gambar: Sebahagian lereng bukit Banjaran Kledang telah dieksploitasi.)
SATU lagi kawasan hutan di lereng bukit Banjaran Kledang iaitu bekas sebahagian Hutan Simpan Kledang Saiong (HS Kledang Saiong) seluas 500.2 hektar berhampiran Chemor dalam Mukim Hulu Kinta, Daerah Kinta telah mula dimusnah dan dieksploitasi sejak 1 November lalu

Berdasarkan pemerhatian di lapangan pada 6 Disember, seluas kira-kira 20 hektar kawasan hutan telah dibalak secara tebang habis sehingga gondol

Di samping itu, Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) mempersoal sama ada pelesen kegiatan pengusahasilan (pembalakan) di bekas sebahagian HS Kledang Saiong tersebut telah mengemuka dan mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Laporan EIA) sebelum memulakan kegiatan pengusahasilan (keluasan kawasan kelulusan lesen pengusahasilan ialah 151.49 hektar)

Berdasarkan Jadual Pertama, Aktiviti 5(b), Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015:
“Pembalakan, atau penebangan atau pengambilan kayu bagi maksud pengubahan hutan kepada kegunaan tanah yang lain meliputi kawasan seluas 100 hektar atau lebih tetapi kurang daripada 500 hektar.”
SAM dan KUASA telah kerap kali menyuarakan kebimbangan dan menggesa Pihak Berkuasa Negeri tidak lagi memansuhkan sesuatu kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di samping mencadangkan supaya diwarta semula atau diganti kawasan tanah lain sebagai HSK tetapi saranan-saranan tersebut tidak begitu diambil perhatian

Malah agenda pertama yang dibincangkan semasa pertemuan di antara SAM dengan YAB Menteri Besar Perak pada 19 Februari lalu ialah Pihak Berkuasa Negeri tidak harus memansuhkan sesuatu kawasan perlindungan terutama HSK tanpa justifikasi dan keperluan yang munasabah

Walaupun pemansuhan sebahagian HS Kledang Saiong seluas 500.2 hektar tersebut adalah semasa pentadbiran kerajaan terdahulu, YAB Menteri Besar selaku Exco yang bertanggung-jawab terhadap portfolio tanah, hutan dan sumber asli perlulah mengambil-kira kesannya kepada kesejahteraan alam sekitar dengan mewartakan semula sebagai HSK selari dengan salah-satu objektif Dasar Perhutanan Negara serta matlamat dan sasaran Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) iaitu pada tahun 2020 keluasan HSK di Semenanjung Malaysia mencapai lima juta hektar

Bekas sebahagian HS Kledang Saiong tersebut juga sepatutnya perlu dipelihara dan dilindungi kerana ia merupakan sebahagian daripada kawasan Geopark Lembah Kinta

Setiap perancangan pembangunan khususnya yang melibatkan pengubahan guna-tanah yang hendak dilaksana oleh Pihak Berkuasa Negeri perlu merujuk dan mengambil-kira serta selari dan tidak bercanggah dengan semua dasar, pelan perancangan fizikal, ketetapan dan garis panduan berkaitan alam sekitar sedia-ada

SAM dan KUASA berharap Pihak Berkuasa Negeri Perak akan meneliti dan memperhalusi semula lain-lain cadangan projek yang boleh memberi impak atau kesan ketara kepada kesejahteraan alam sekitar sebagaimana yang terkandung dalam salah satu inisiatif Manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu

MEENAKSHI RAMANPresiden Sahabat Alam Malaysia – HARAKAHDAILY 10/12/2019
SUMBER, MEENAKSHI RAMAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://taipingmali.blogspot.com/2019/12/henti-pemusnahan-hutan-di-lereng-bukit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Bukit Aman Macam Dianaktirikan Kata Kpn

Warga Bukit Aman Macam Dianaktirikan Kata Kpn

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 297 hits
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menyaksikan penyerahan tugas jawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi dari Datuk Seri Tajudin Md Isa kepada Datuk Seri Rosli Ab Rahman pada Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Logis...
Ruko Di Cikuasa Merak Ambruk Diterjang Air Dari Atas Bukit

Ruko Di Cikuasa Merak Ambruk Diterjang Air Dari Atas Bukit

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 212 hits
Sementara itu Kapolsek Pulo Merak AKP Rizki mengatakan ruko ini membelakangi saluran air Air meluap karena hujan lebat dan menghantam ruko
Lebih 150 Pengunjung Terkandas Di Bukit Bendera

Lebih 150 Pengunjung Terkandas Di Bukit Bendera

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 622 hits
Lebih 150 pengunjung terkandas di Bukit Bendera Dikemas kini 14 minit yang lalu Diterbitkan pada 21 Dec 2019 11 48PM
Bukit Gambang Resort City Bukan Sekadar Water Park

Bukit Gambang Resort City Bukan Sekadar Water Park

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 580 hits
Cuti lama hujung tahun kali ini sempat juga bawak budak budak sambil merehatkan minda di Bukit Gambang Resort City leisure at its best Menginap disitu cuma sehari semalam namun hakikat sebenarnya 3 hari 2 malam jugalah kitorang pusing Kuant...
Uggah Education Fund To Be Set Up To Assist Bukit Saban Students Selected For Higher Education

Uggah Education Fund To Be Set Up To Assist Bukit Saban Students Selected For Higher Education

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 235 hits
Uggah in a group photo with those present at the Christmas and New Year dinner KUCHING An education fund to assist Bukit Saban students selected for higher education will be set up next year said Deputy Chief Minister Datuk Amar Douglas Ugg...
Dua Lelaki Serang Pekerja Hotel Tanpa Sebab Di Kawasan Bukit Bintang

Dua Lelaki Serang Pekerja Hotel Tanpa Sebab Di Kawasan Bukit Bintang

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 492 hits
Aduh buat hal lah diorang orang ni Diorang tak sedar ke ada CCTV dalam hotel tu Haa eloklah muka diorang dah tular di media sosial Nak sangat popular kan Nasib baik ada bukti kalau diorang menafikan pukul pekerja hotel Cuba korang tengok vi...
Jalan Jalan Penang Bukit Bendera Mee Sotong Hameed Pata Hameediyah Nasi Kandar

Jalan Jalan Penang Bukit Bendera Mee Sotong Hameed Pata Hameediyah Nasi Kandar

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 682 hits
Jalan Jalan Penang Bukit Bendera Mee Sotong Hameed Pata Hameediyah Nasi Kandar Story mory day 3 Public Transport Trip di Penang diteruskan Nak baca story mory day two boleh baca kat Day 1 bertolak ke KL Day 2 bertolak dari KL ke Butterworth...
Lirik Lagu Takyah Sonaone

Cabinet To Address Najib S House Arrest Bid With Transparency Urges Zaid

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Huggies Malaysia Meraikan Ibu Dan Memperkenalkan Lampin Bayi Baharu Mereka Dengan Fun Run

Mengenal 11 Istri Nabi Muhammad Sesuai Urutan Pernikahan

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph



Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix


Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Bila Tutup Dapo

Piala Dunia Sepak Takraw 2024 Jadual Perlawanan Negara Terlibat Senarai Pemain Malaysia

Jemson Mekar Chord

Resepi Sotong Dan Fishcake Goreng Pedas

Doa Rasulullah Setiap Pagi