Warga Bukit Aman Macam Dianaktirikan Kata Kpn
Kumara Sabapatty                                                                                                                                                                                                                                                                                          

Ketua  Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menyaksikan penyerahan tugas  jawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi dari Datuk Seri Tajudin  Md Isa (kiri) kepada Datuk Seri Rosli Ab Rahman pada Majlis Serah Terima  Tugas Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi dan Pengarah Jabatan  Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti di Ibu Pejabat Polis Bukit  Aman, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI 
KUALA LUMPUR – Bukan sahaja lesu dan daif malah dewan pun  tiada untuk dilangsungkan program serta istiadat polis selain ruang  letak kereta yang amat terhad.
 Itu keadaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang juga tidak  dilengkapi padang kawad sehingga mengehadkan aktiviti kawad anggota dan  pegawai pasukan keselamatan negara itu.
 Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sehubungan itu  menggesa kerajaan menyegerakan keulusan beberapa projek pembangunan yang  telah dikemukakan oleh pihaknya terutama Jabatan Logistik dan  Teknologi.
 Beliau berkata, buat masa ini anggota polis terpaksa menumpang tempat  letak kereta serta mengeluarkan perbelanjaan besar untuk menyewa dewan  setiap kali mahu menganjurkan sebarang program dan istiadat polis.
 Untuk mengatasi masalah tersebut, katanya, beliau telah berbincang  dengan Kementerian Pengangkutan dan juga menterinya Anthony Loke Siew  Fook untuk memuktamadkan pembinaan sebuah stesen komuter berdekatan  Bukit Aman untuk memudahkan mereka berulang-alik ke tempat kerja.
 “Anthony saya jumpa dan berbincang mengenai cadangan stesen komuter  itu dua kali di sebuah restoran Nasi Kandar D’Kayu di KL Sentral dan  lakaran pelan pembangunan stesen itu berhampiran terowong sebelah pintu  masuk kedua Bukit Aman dan Jabatan Kesihatan pun sudah ada.
 “Selepas projek ini dimuktamadkan dan disiapkan dalam masa dua tahun  nanti pada 2022 ia akan memberi manfaat dan keselesaan khususnya kepada  angggta, pegawai dan kakitangan awam di Bukit Aman,” katanya kepada  media di sini hari ini.
 Beliau terdahulu hadir ke Mess Pegawai Kanan Bukit Aman dan  menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah dan Pengerusi  Perkep Jabatan Logistk dan Teknologi; serta Pengarah Jabatan Pencegahan  Jenayah dan Keselamatan Komuniti.
 Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, kemudahan tersebut juga boleh  dimanfaatkan oleh kakitangan di jabatan-jabatan yang berhampiran dan  ditambah kemudahan jajaran jalan kaki menghubungkan Bukit Aman di pintu  sebelah Menara Kedua dengan stesen komuter baharu nanti.
 Beliau juga akan meminta pengarah baharu Jabatan Logistik dan  Teknologi supaya berunding dengan Kementerian Dalam Negeri dan  Kementerian Kewangan bagi memberi perhatian serius terhadap tuntutan  dewan besar istiadat, tempat letak kereta luas serta dataran padang  kawad yang sempurna.
 Menurutnya, kewujudan dewan baharu nantu akan memudahkan segala  aktiviti dan istiadat rasmi Bukit Aman dilaksanakan tanpa perbelanjaan  besar menempah dewan di luar.
 “Kalau dibandingkan dengan apa yang dimiliki tentera dalam aspek  berkenaan serba canggih, kami PDRM sebenarnya macam dianaktirikan.
 “Kami bukan minta hospital canggih seperti tentera cuma jika warga  keselamatan PDRM pun diberi pertimbangan berkongsi kemudahan di hospital  tentera selepas ini, itu satu langkah penghargaan terbaik dan dengan  belanjawan 2020 harap diberi tumpuan kepada logistik PDRM.
 “Bukit Aman sudah lesu lama, kita perlukan keluasan tempat letak  kereta lebih 1,200 unit termasuk mudah-mudahan 50 lot untuk warga media  boleh memanfaatkan semua pihak bersama warga Bukit Aman,”  katanya. -MalaysiaGazette
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/warga-bukit-aman-macam-dianaktirikan.html