Bukit Gambang Resort City Bukan Sekadar Water Park


Cuti lama hujung tahun kali ini sempat juga bawak budak-budak sambil merehatkan minda di Bukit Gambang Resort City, leisure at its best. Menginap disitu cuma sehari semalam namun hakikat sebenarnya 3 hari 2 malam jugalah kitorang pusing Kuantan tu sambil ziarah dan tidur kat rumah ipar

Bukit Gambang Resort City Bukan Sekadar Water Park



Percutian kali ini diiringi suasana yang sejuk dan kebanyakan masanya hujan renyai-renyai walaupun sekejap sekejap. Keadaan biasa di Pantai Timur yang dilanda musim tengkujuh. Namun ia sedikitpun tidak mematahkan semangat untuk redah Kuantan tu dan main waterpark di Bukit Gambang sambil menadah hujan.. biarpun si budak kecik tu dah menggigil, jari-jari mengecut dan bibir nampak biru kesejukan... kihkih
SINGGAH DI TELUK CEMPEDAK 
Sebelum sampai ke destinasi utama, kami singgah dulu kat Teluk Cempedak, tempat tumpuan pelancong dalam dan luar negara ni. Cuci mata tengok pantai yang cantik bersih, pasir memutih, bersama sapaan angin sesepoi bahasa dihiasi keindahan batu-batuan serta pohonan merendang. 

Kami cuba menerokai Hutan Bandar yang dibina sebelah pantai ni, berjalan kaki melalui trek namun sekerat jalan sahaja. Sebab si kakak menangis takut trek jambatan tu tinggi sangat, dia jalan sambil tengok sampai ke bawah jambatan... takut jatuh katanya... selain budak-budak ni takut juga monyet-monyet yang ada di sekitar tu.. so aku patah balik jer lah.. main belon buih dan singgah makan chicken chop kat salah sebuah cafe kat situ.


Rupa dan rasa chicken chop? ermm aku redha dan anggap boleh dimaafkan.. Alhamdulillah rezeki

Di sekitar Teluk Cempedak ni juga banyak gerai dan kedai jual cenderahati, baju-baju dan mainan. Anak aku nampak mainan? apaaa lagiii


"abuya, nanti abuya ambik gambar skirt kakngah jadi pusing-pusing sama dengan belon ni ehh.."

PENGINAPAN DI BUKIT GAMBANG RESORT CITY
Hari kedua di Kuantan baru kitorang masuk Gambang. Sampai awal pagi sebab memang target nak pusing Safari dulu dan hotel pukul 3 petang baru boleh masuk. Aku redah dan walk in je. Tak booking pun. Ada tiga  stail penginapan kat sini. Arabian Bay Resort dan Carribean Bay Resort mostly berbentuk blok-blok apartment, penthouse atau kondo. Weolls stay Arabian Bay Resort. Adalah juga nampak replika replika unta untuk menggambarkan nama keArabian tu kan


Boleh tahan jauh gak jarak perjalanan antara lobi resort dan binaan-binaan penginapan ni. Blok aku yang paling dekat pun terasa peluhnya itu time nak gerak ke swimming pool dan breakfast di cafe
Satu lagi penginapan mewah Everia Villas Resort. Resort ni menawarkan villa-villa dengan suasana rumah-rumah ikonik khas bandar-bandar seperti San Francisco, Venice dan Amsterdam... Ini datang dengan seluruh kaum keluarga boleh laa duk sini. Cantik dan nampak eksklusif gitu
lawa kan villa villa ni


TERUJA MASUK BUKIT GAMBANG SAFARI PARK - SAFARI TERBESAR DI MALAYSIA
Ya... nak masuk safari ini lah antara keterujaan terbesar anak-anak aku. Main air tu mungkin dah biasa. Ni nak tengok haiwan - haiwan liar yang jarang dilihat dari jarak dekat tu buatkan pengalaman berbeza buat mereka. Selama ni tengok tv atau youtube je kan.. Tentulah seronok boleh nampak real punya zebra, singa, beruang, harimau dan gajah depan mata. Sesuai dengan tagline safari park tu eye to eye with the wild
snap dari dalam tram saat-saat kehujanan


Tiket masuk Safari Park untuk warga emas 60 tahun keatas dan kanak-kanak 4 - 12 tahun ialah RM 28.00. Tiga tahun ke bawah free.. tu si budak kecik sibuk laa duk tanya nak pakai jugak tag gelang kat tangan.. dia punya tak ada sebab free. Tiket dewasa RM 38.00 (13 - 59 tahun)
Waktu operasi Safari Park ni Selasa - Khamis dari 1.00 petang sampai 9.00 malam. Jumaat hingga Ahad termasuk cuti sekolah/umum bermula 11.00 pagi sampai 9.00 malam
Safari ni ditutup setiap Isnin kecuali cuti sekolah/umum

dalam tram

Ada dua zon dalam Safari ni.. Walking Zon (yang ni berjalan sambil bawak troli baby pun boleh, tengok macam macam jenis haiwan, burung-burung pun banyak). Satu zon lagi Wild Savannah Tram Drive Through.. yang ni kena naik tram berhawa dingin sambil tengok haiwan yang lebih liar dan dengar petugas dia explain satu-satu jenis haiwan tu dari mana dan jenis apa. Lembu putih kacukan Kedah dan Kelantan pun ada
CHECK IN ARABIAN BAY RESORT
Penat pusing-pusing tengok binatang, kita check in penginapan la pulak. Boleh tahan luas dan selesa bilik ni dengan dua single bed. Single bed tu besar. Bilik air pun luas


Oleh kerana masuk je bilik, terus landing kepenatan sampai lupa nak snap gambar. Tu aku pinjam gambar ticket2u. Macam tu la lebih kurang bilik yang kami menginap. Time kitorang pergi tu punya laa ramai manusia sampai kebanyakan bilik penuh. Musim cuti kan


Bangun je dari tidur-tidur ayam, terus ajak kaum kerabat turun swimming pool. Best gak kolam dia. Walaupun hujan rintik-rintik, perasaan syok main kolam tetap onnzzz. Time tu bukan lagi kolam satu Malaysia, tapi dah jadi kolam antarabangsa. Sebab ada team bola sepak remaja luar negara stay situ gak.  Petang tu kolam dah macam diorang yang conquer... krikk... krikk

Sebelah malamnya pulak kami keluar dari Gambang sekali lagi masuk bandar Kuantan. Singgah jejalan Kuantan City Mall jer. Parking penuh memaksa kami park kat roof top.. Giler laah, hujan-hujan pun ramai keluar berjalan



KCM ni lebih kurang macam East Coast Mall yang kat sebelah bangunan dia ni je. Banyak shop lot kedai pakaian, food court dan pawagam. Ini musim nak raya kalau, mesti lagi meriah la kat sini orang cari baju raya




Hari kedua di Gambang bermula dengan breakfast. Meriah betul menunya. Tiada nasi lemak , menu kali ini nasi minyak ayam kurma. Selain tu roti canai , mihun, telur beraneka stail, mi sup, salad, cereal, roti-roti, puding roti dan buah buahan macam biasa

BUKIT GAMBANG WATER PARK BEST!!
Pukul 9.30 pagi kami dah check out demi mendapatkan parking yang dekat betul-betul depan entrance water park sebab dah tahu orang ramai, nanti parking penuh dan jauh
antara cabana yang terdapat kat sini.. boleh lepak makan-makan dan rehat

Tiket Gambang Water Park sekarang RM 28.00 bagi dewasa dan RM 18.00 untuk kanak-kanak.. yuran tu bukan setakat tu jer tau. Kena topup lagi untuk sewa pelampung, cabana untuk berteduh dan beli makanan. Semua transaksi menggunalan e-value (tak pakai cash) yang di scan kat tag gelang tangan. Pastikan topup awal-awal kat kaunter atas untuk mengelakkan kena beratur lagi di kaunter bawah



Penguin Island
Mula-mula masuk memang nampak Penguin Island ni dulu la. Terpaksa bergilir-gilir guna pelampung dan masuk menyelusuri sungai dan pulau pinguin tu sebab budak kecik tak boleh masuk kan, tak cukup tinggi

kesian adik kena tinggal

malas nak jalan pusing semula untuk turun slide, adik panjat je... sekali kantoi dengan abang petugas ... mana boleh panjat daaaa!


Banyak lagi bahagian water park sini antaranya Kids Splash Pool, Adult Leisure Pool, Aqua Play, Garden Terrace , Lake View Terrace dan Telematch Pool. Yang slide paling tinggi dan mendebarkan tu aku tak pegi panjat la sebab katanya tutup untuk renovation. Tapi kalau bukak pun, aku berani jerrr.... kihkih


Coco Beach Ombak Besar





Coco Beach ni best gak duduk atas pelampung layan ombak buatan dia. Kalau ombak besar nak datang, diorang akan bunyikan siren.. budak-budak kecik dah boleh standby ye untuk naik kat kawasan pasir... 
Suspen gak walaupun aku dua kali tergolek dalam ombak tu bak dugung terkapai-kapai terdampar di siang hari. Mujurlah time tergolek tu , kitorang berada hampir tepian daratan je.. kalau ada kat tengah, aku rasa aku akan kelemasan begitu sahaja.. kahkah
Berbaloi lah dari 10.00 pagi sampai 5petang gak kat sini.. puas hati lah. Best!



tertidur lepas setel salin baju semua... 
kepenatan dalam keseronokan

Antara aktiviti lain kat sini Active Academy Park - boleh tunggang kuda, memanah,  main paintball target shooting , flyimg fox dan ATV Fun Ride nak pusing satu Gambang pun ok kot. Company korang nak buat team building boleh sangat kat sini
Last but not least aku rasa sangat menarik ialah Night Jungle Adventure. Aktiviti dia antaranya Yabara Fire Show, Tarzan Adventure Show, Petting Zoo dan Foreign Village
Ok.. jumpa lagi!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.bahejabella.com/2019/12/bukit-gambang-resort-city-bukan-sekadar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bas Rapid Kuantan Di Bukit Gambang Resort City

Bas Rapid Kuantan Di Bukit Gambang Resort City

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 1759 hits
Bas RAPID Kuantan pergi meninggalkan Tedi membawa bersama memori semalam Sebuah lagi produk dahulukan rakyat bersyukurlah Malaysia masih aman Walaupun tak ramai penumpang diharapkan perkhidmatan ini dapat dikekalkan kerana penting bagi sesu...
Riang Ria Di A Famosa Water Theme Park

Riang Ria Di A Famosa Water Theme Park

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 534 hits
A Famosa Water Theme Park sangat terkenal sebagai Taman Tema Air Terbesar di Malaysia Dengan pelbagai aktiviti air seperti kolam sejuk gelongsor yang panjang dengan pelbagai bentuk yang mencabar sangat menarik perhatian pengunjung untuk men...
Trip Cuti Sekolah Bukit Gambang Waterpark Pahang

Trip Cuti Sekolah Bukit Gambang Waterpark Pahang

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 475 hits
Matlamat utama sebenar nya nak ke Bukit Gambang waterpark ni la Check out pagi pagi terus gerak kesana awal sebab nak booked tempat dalam tu Cuti sekolah ni walaupun musim hujan tak tentu juga takut ramai kan Breakfast siap siap dekat hotel...
Counting Hours For Mommies Me Time To Ho Chin Min City

Counting Hours For Mommies Me Time To Ho Chin Min City

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 254 hits
Counting Hours For Mommies Me Time To Ho Chin Min City Ya Allah tak sabarnya dan teruja giler nak travel kali ni Selalu travel atau bercuti dengan suami dan family Kali ni travel dengan kawan kawan sekerja dan bergelar ibu pula Perasaan tu ...
Terusan Segenting Kra Sekadar Tinjauan Sambil Lalu

Terusan Segenting Kra Sekadar Tinjauan Sambil Lalu

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 733 hits
NOTA PENULIS SORRY LAMA TAK UPDATE KALI INI SAYA PAPARKAN KOMENTAR DARI SAHABAT SHAHPASKAL ORANG YANG PERNAH TERLIBAT DALAM ISU PANAS YANG SEKARANG MENJADI VIRAL DI INTERNET 1 Kecoh jugak sekarang pasal pemotongan kat Segenting Kra untuk me...
Sumpah Laknat Najib Sekadar Gambaran Persepsi Politik

Sumpah Laknat Najib Sekadar Gambaran Persepsi Politik

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 295 hits
Wan Ji Wan Hussin Apabila bekas perdana menteri Najib Razak mengambil pendekatan sumpah laknat yang kononnya dia tidak ada kaitan dengan Altantuya paling tidak pun wacana ilmu berkenaan perkara ini wajar dibuka Apatah lagi sesuatu tindakan ...
Tour City Ho Chin Minh City

Tour City Ho Chin Minh City

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 228 hits
Tour City Ho Chi Minh City Hi korang Sebelum pergi Ho Chin Minh mommy lupa nak buat research sikit berhubug tempat menarik di sana Sebab ingat boleh habiskan melawat tempat menarik di sana dalam 1 hari rupanya setiap pakej yang ditawarkan m...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation