Hati Izara Aishah Terbuka Dikurniakan Cahaya Mata


SELEPAS lebih setahun mendirikan rumah tangga, pelakon, Izara Aishah tidak menolak setiap kali diajukan soalan mengenai cahaya mata.

Izara, 26, yang menyambut ulang tahun pertama perkahwinannya dengan suami, Adib Khalid pada 17 November lalu tidak pernah terburu-buru dalam soal menambah bilangan ahli keluarga.
“Saya dengan Adib tidak terburu-buru pun untuk mendapatkan cahaya mata. Kami pun tidak pernah merancang apa-apa,” katanya kepada Harian Metro.
Tambah pelakon filem J Revolusi itu lagi, dia dan suami juga menerima dengan hati terbuka sekiranya mereka dikurniakan rezeki anak dalam masa terdekat.
“Kerana kami tidak pernah merancang, jadi saya dan suami menerima dengan hati terbuka sekiranya dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat,” katanya.

Izara yang juga salah seorang Skuad Selebriti Shopee itu mendirikan rumah tangga dengan suaminya pada 17 November 2017 dan menganggap perjalanan selama setahun ini adalah pengalaman yang indah buatnya.
Terbaru, Izara kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri 100 episod, Jodoh Jodoh Anisa di samping barisan pelakon lain antaranya Datuk Aaron Aziz dan Afiq Muiz.
Tidak tinggal dunia lakonan
Biasanya apabila pelakon wanita terutama yang sedang mencipta nama mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga, pelbagai maklum balas diterima.
Paling tidak ada yang berkata, sayangnya kahwin awal sebab nama sedang naik. Nanti apabila lepas berumah tangga pasti nama akan suram dan tawaran berkurangan.

Situasi seperti itu langsung tidak berlaku kepada Izara Aishah, pelakon utama filem Kau Yang Satu dan kini ditayangkan di pawagam.
Izara yang mula dikenali menerusi drama bersiri Vanila Coklat, bertunang dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios, Adib Khalid awal Julai lalu dan bakal bernikah pada 17 November depan.
Ditemui baru-baru ini, Izara menjelaskan setakat ini tidak ada satu pihak pun yang memberi reaksi sedemikian malah ramai yang gembira dengan keputusannya mahu bernikah.
“Lagi pun kalau dinilai pada sudut umur saya yang mencecah 25 tahun, ini adalah peringkat usia sesuai untuk saya mendirikan rumah tangga.
“Paling penting, jodoh sudah sampai. Kalau kita mahu menidakkan tetapi sudah tertulis di luh mahfuz ia pasti akan terjadi.
“Saya berterima kasih kepada semua pihak terutama peminat yang menyambut baik keputusan saya mahu mendirikan rumah tangga.
“Cuma dalam tempoh menanti tarikh pernikahan dilangsungkan, doakanlah yang baik-baik untuk saya dan bakal suami,” katanya.
Izara akui apabila bernikah nanti sudah tentu dia akan mendahulukan suami dari segala segi dan kemudian baru kerjaya seni.
“Saya harus tahu kepentingan dalam hidup selepas bergelar isteri. Sudah tentu sedikit sebanyak rutin harian akan berubah, tetapi saya tidak akan meninggalkan dunia lakonan. Ia sudah menjadi minat saya sejak dulu lagi.
“Memang betul ada keputusan dibuat selepas bernikah nanti akan ditentukan bakal suami tetapi dia tidak pernah menghalang untuk saya terus aktif berlakon,” katanya.
Kata Izara, sebelum ini sepanjang tiga tahun mereka berkawan, Adib yang juga anak Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K banyak memberi sokongan dan percaya sokongan ditunjukkan itu akan berterusan walaupun selepas mereka berkahwin.

“Dalam tempoh itu juga, dia sudah masak dan lali dengan cara saya bekerja. Menilai daripada sudut itu, saya tidak berasakan ia akan menjadi isu buat kami berdua.
“Cuma saya sendiri sebagai pelakon harus bijak memilih karya yang bagus untuk dibintangi atau ada watak ditawarkan menarik dan saya tidak pernah melakukannya sebelum ini,” katanya.
Dalam sibuk memberi tumpuan pada majlis pernikahannya nanti, Izara juga harus memberi perhatian kepada perniagaan gincu yang baru diusahakannya.
Katanya, perniagaan ini dilakukan lebih kepada minat dan dia memang mudah tertarik dengan alat solek.
“Apabila saya memakai gincu, ramai peminat bertanya. Jadi apabila saya mengeluarkan jenama sendiri dengan barisan warna yang memang saya gemari, saya dapat berkongsi dengan mereka.
“Ibaratkan gincu jenama saya ini adalah sebahagian hadiah daripada saya buat peminat,” katanya.
Menceburi bidang perniagaan alat solek sudah tentu memberi cabaran berbeza buat Izara terutama dalam berhadapan dengan persaingan.
Izara juga sedar ada ramai selebriti lain turut menghasilkan projek gincu dan ada antara mereka mengatakan disebabkan persaingan, produk yang dijual oleh artis kurang mendapat sambutan.
Bagaimanapun Izara menyangkal dakwaan itu. Katanya, walaupun jenamanya masih baru berbanding dengan produk gincu sedia ada, sokongan peminat dan pengguna sangat menggalakkan dan sekarang ini dia dalam proses untuk menghasilkan lebih banyak gincu bagi memenuhi permintaan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih!
Sumber: Hmetro
The post Hati Izara Aishah Terbuka Dikurniakan Cahaya Mata appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2018/12/24/hati-izara-aishah-terbuka-dikurniakan-cahaya-mata/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Dan Suami Tidak Teburu Buru Dapatkan Cahaya Mata Izara Aishah

Saya Dan Suami Tidak Teburu Buru Dapatkan Cahaya Mata Izara Aishah

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 881 hits
Lebih setahun mendirikan rumah tangga pelakon jelita Izara Aishah dan suaminya Adib Khalid mengakui sudah bersedia untuk mendapatkan anak Namun mereka tidak mahu terburu buru meskipun sering diajukan soalan tentang cahaya mata Tidak pernah ...
Kalau Memang Bukan Takdir Untuk Memiliki Anak Tetap Bersyukur Luah Noh Salleh Tentang Cahaya Mata

Kalau Memang Bukan Takdir Untuk Memiliki Anak Tetap Bersyukur Luah Noh Salleh Tentang Cahaya Mata

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 371 hits
Takdir Allah memang yang terbaik untuk semua kerana dia adalah Maha Perancang Fikiran positif Noh yang pasrah menerima takdir sekiranya tidak dikurniakan anak ini wajar dicontohi Kebanyakan pasangan yang mendirikan rumah tangga mengharapkan...
Siti Nurhaliza Mahu Tambah Cahaya Mata

Siti Nurhaliza Mahu Tambah Cahaya Mata

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 349 hits
Usia Siti Aafiyah bakal mencecah setahun pada Mac tahun hadapan Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan azam tahun barunya untuk cuba mendapatkan zuriat The post appeared first on
Zizie Ezette Umum Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan

Zizie Ezette Umum Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 374 hits
Selepas menimang sepasang cahaya mata kembar lelaki yang comel pelakon Zizie Ezette yang sedang hamil tujuh bulan mengumumkan beliau bakal melahirkan bayi perempuan pula pada Mac depan Berita gembira itu dikongsikan oleh Zizie menerusi akau...
Alhamdulillah Raqsha Junior In The Making Tahniah Tasha Manshahar Amp Raqib Majid Bakal Timang Cahaya Mata Sulung

Alhamdulillah Raqsha Junior In The Making Tahniah Tasha Manshahar Amp Raqib Majid Bakal Timang Cahaya Mata Sulung

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 367 hits
Walaupun baru beberapa bulan mendirikan rumah tangga rezeki berpihak kepada nbsp pasangan penyanyi Tasha Manshahar dan Raqib Majid apabila bakal bergelar ibubapa tidak lama lagi Berita gembira itu dikongsikan oleh Raqib menerusi sebuah foto...
Terbuka Terima Tetapi Usah Bawa Tabiat Lama

Terbuka Terima Tetapi Usah Bawa Tabiat Lama

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 326 hits
Oleh Arif AtanNaib Presiden AMANAH Datuk Mahfuz Omar berpendapat penyertaan bekas pemimpin Umno ke dalam Pakatan Harapan boleh diterima tetapi dengan syarat mereka mesti meninggalkan tabiat lama yang buruk Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena i...
Konvoi Kemenangan Persija Segera Dimulai Bp Sapa Fans Dari Transjakarta Atap Terbuka

Konvoi Kemenangan Persija Segera Dimulai Bp Sapa Fans Dari Transjakarta Atap Terbuka

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 202 hits
Rencananya bus ini akan berangkat tepat pukul 09 00 WIB bersama para punggawa Persija Jakarta di dalamnya Di atas bus terlihat Bambang Pamungkas Maman Abdurrahman Renan dan sang pelatih Stefano Cugurra sudah mejeng menyapa para fans
Surat Terbuka Rafizi Buat Kj

Surat Terbuka Rafizi Buat Kj

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 465 hits
Saudara KhairySaya pasti Saudara menerima banyak mesej hari ini Saya memilih untuk menghantar mesej yang terbuka kerana kita ada tanggungjawab untuk bercakap secara terus terang Walaupun berita ahli ahli parlimen UMNO keluar parti beramai r...
Surat Terbuka Meminta Pihak Keamanan Klarifikasi Korban Rakyat Sipil Papua

Surat Terbuka Meminta Pihak Keamanan Klarifikasi Korban Rakyat Sipil Papua

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 244 hits
KEPADA YANG TERHORMAT 1 PANGLIMA TNI DI JAKARTA2 KAPOLRI DI JAKARTA3 KAPOLDA PAPUA DI JAYAPURA4 PANGDAM CENDERAWASIH DI JAYAPURAPERIHAL MEMINTA PIHAK KEAMANAN KLARIFIKASI ADANYA INFORMASI KORBANNYA RAKYAT SIPIL PASCA OPERASI PELAKU PENEMBAK...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba