Terbuka Terima Tetapi Usah Bawa Tabiat Lama


Oleh Arif Atan


Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar berpendapat penyertaan bekas pemimpin Umno ke dalam Pakatan Harapan (PH) boleh diterima tetapi dengan syarat mereka mesti meninggalkan tabiat lama yang buruk.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, bekas wakil rakyat Umno yang mungkin mempunyai masalah integriti tentunya sukar untuk diterima mana-mana parti komponen PH.

“Semua parti komponen PH harus melihat secara terbuka untuk menerima sesiapa sahaja
  “Terpulang kepada kita untuk membuat tapisan terhadap mana-mana (bekas pimpinan Umno) yang mungkin mendatangkan beban atau masalah kepada PH pada masa akan datang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Malaysia Dateline di Ipoh, Perak malam tadi sempena Konvensyen Nasional AMANAH.

Mahfuz yang juga Timbalan Menteri Tenaga Manusia berkata, setiap parti komponen PH mempunyai peraturan masing-masing untuk mengambil tindakan terhadap mereka terbabit jika melakukan hal yang melanggar semangat PH.

Mengulas lanjut minat bekas pemimpin Umno untuk bersama PH, Mahfuz berkata, Tun Dr Mahathir pun pernah ditolak sebelum ini.

“Hatta, semasa Anwar Ibrahim sebelum berlaku peristiwa terhadap dirinya pun (tahun 1998), kita menolak kerana dalam pertembungan kita – dia berada dalam Umno, kita di luar Umno.
“Apa lagi Mahathir, kita mempunyai sejarah pertembungan dengannya. Pada peringkat awal memang sukar untuk parti-parti pembangkang (sebelum PRU-14) untuk menerima Tun Mahathir.

“Begitu juga pada awal kewujudan Deklarasi Rakyat, sukar untuk rakan-rakan dalam PH termasuk AMANAH ketika itu di peringkat akar umbi untuk menerima kehadiran Tun Mahathir,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, jelas beliau, akhirnya seseorang itu harus diberi peluang kedua untuk memperbaiki segala kesilapan yang mungkin pernah dilakukan.

“Kita terima atas dasar itu sebab Tuhan sendiri pun tidak mengambil kira perkara yang berlaku pada masa lalu tetapi melihat bagaimana pengakhiran hidup itu.

“Begitu juga orang-orang lain yang hendak menyertai PH. Kita juga harus melihat mungkin Tuhan sudah memberikan keinsafan kepada diri mereka untuk berubah,” ujarnya.

Habuan

Namun, hasrat bekas pemimpin Umno untuk menyertai PH, tegas Mahfuz, tidak harus bermotifkan kepentingan diri semata-mata.
“Saya mengingatkan kepada mereka yang telah atau ingin keluar dari Umno lantas mahu menyertai PH, mereka harus ingat masuk PH bukan untuk mencari habuan.

“Sikap untuk mencari kekayaan dan apa jua alasan tidak berkepentingan rakyat mesti dibuang. Masyarakat kita hari ini adalah masyarakat baru yang tidak lagi menerima pendekatan politik mementingkan seperti itu,” jelasnya.

Sebaliknya, beliau menegaskan bekas pimpinan Umno terbabit perlu mempunyai kejujuran dengan menumpukan kepentingan rakyat dalam sebarang keputusan dan tindakan mereka.

“Mereka perlu insaf dengan pelbagai masalah dan kepincangan lalu ketika berada dalam kerajaan.

“Bekas pemimpin Umno harus mereka tebus kesilapan mereka dengan ikhlas untuk membawa perubahan yang lebih baik terhadap masyarakat dan negara,” tambah Mahfuz lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, Majlis Presiden akan membincangkan isu berkaitan penyertaan wakil rakyat dan ahli Umno ke dalam gabungan parti pemerintah itu.

Pada 12 Disember lalu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor, 13 wakil rakyat dan 21 ketua bahagian meninggalkan parti tersebut.   

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/terbuka-terima-tetapi-usah-bawa-tabiat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terima Keputusan Dengan Terbuka Dan Rasional Tok Mat

Terima Keputusan Dengan Terbuka Dan Rasional Tok Mat

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 286 hits
12 Disember 2018 7 25 PM SEREMBAN Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan mahu semua anggota parti menerima keputusan hampir kesemua anggota jawatankuasa badan perhubungan nege
Anwar Bawa Usul Untuk Bahas Kenapa Kerajaan Tidak Ratifikasi Icerd

Anwar Bawa Usul Untuk Bahas Kenapa Kerajaan Tidak Ratifikasi Icerd

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 395 hits
KUALA LUMPUR 6 Dis Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah membawa usul untuk membahaskan kewajaran kerajaan tidak meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum di Dewan Rakyat Walau bagaimanapun usul...
Straw Plastik Tidak Lagi Diberi Bawa Sendiri Straw Stainless Steel Dalam Beg

Straw Plastik Tidak Lagi Diberi Bawa Sendiri Straw Stainless Steel Dalam Beg

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 303 hits
Penyedut minuman plastik straw tidak akan diberikan secara automatik kepada pelanggan bermula tahun depan di negeri Selangor Exco Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar Teknologi Hijau Sains Teknologi Dan Inovasi Dan Hal Ehwal Pengguna Hee Loy Sia...
Himpunan Ummah Bawa Pengertian Besar Kepada Umat Islam

Himpunan Ummah Bawa Pengertian Besar Kepada Umat Islam

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 312 hits
Published on December 4 2018 in by TASEK GELUGOR Himpunan Ummah pada Sabtu ini perlu terus diadakan bagi menandakan tanda syukur kerana nasib Islam dan Melayu terutama masih terbela di Malaysia Naib Ketua Pemuda Umno Tasek Gelugor Muhammad ...
Pertandingan Persita Vs Kalteng Putra Ricuh Penonton Bawa Bambu Kejar Para Pemain

Pertandingan Persita Vs Kalteng Putra Ricuh Penonton Bawa Bambu Kejar Para Pemain

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 161 hits
Pertandingan antara Persita Tangerang melawan Kalteng Putra di Stadion Pakansari Cibinong Bogor diwarnai kerusuhan Penonton menyerbu masuk ke dalam lapangan saat pertandingan perebutan tempat ketiga Liga 2 tersebut Selasa
Bawa Anak Anak Main Air Di Taman Tema Fantasia Aquapark Jitra Kedah

Bawa Anak Anak Main Air Di Taman Tema Fantasia Aquapark Jitra Kedah

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 1584 hits
Pintu Masuk Utama ke Fantasia AquaparkView secara keseluruhan Fantasia Aquapark Kepada yang duduk belah belah utara korang pasti happy sebab kat Jitra dah ada taman tema air Fantasia Aquapark Walaupun takde la besar mana pun kalau nak compa...
Bawa Sabu Dan Ekstasi 2 Warga Jatim Ditangkap Polisi Di Hotel Kawasan Kuta

Bawa Sabu Dan Ekstasi 2 Warga Jatim Ditangkap Polisi Di Hotel Kawasan Kuta

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 264 hits
Polda Bali menangkap dua pengedar narkoba berinisial TO dan S Kamis Barang bukti yang diamankan berupa 700 butir ekstasi dengan berat bruto 198 35 atau 195 77 gram netto lima paket sabu dengan berat bruto 501 28 gram atau 496 05 gram netto
Yang Kau Bawa Kanak Kanak Kenapa Akal Mana Akal Netizen Kesal Tindakan Peserta Himpunan812

Yang Kau Bawa Kanak Kanak Kenapa Akal Mana Akal Netizen Kesal Tindakan Peserta Himpunan812

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 488 hits
KUALA LUMPUR Netizen luah rasa kesal apabila peserta yang menyertai perhimpunan kesyukuran penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum membawa kanak kanak di beberapa lokasi Pada Jumaat ...
Bawa Anak Main

Bawa Anak Main

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 293 hits
Zaman Mama Yan kecik kecik dulu tinggal kat rumah taman mmg kenal semua rakan sebaya dan rakan sebaya abang kakak semua Petang petang memang banyak aktiviti permaian Kalau hari cuti dari pagi sampai petang tak nampak bayang Balik makan teng...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah