Hati Hati Beli Ubat Tanpa Label Untuk Anak Ubat Sapu Tanpa Label Umpama Meracun Diri


Penjualan ubat sapu tanpa melabelkan isi kandungan dan cara penggunaannya, dikhuatiri mengundang pelbagai risiko jika ia mengandungi racun berjadual.
Penghidap sakit kulit seperti ekzema boleh terdedah dengan kesan sampingan seperti kulit menipis, katarak, glaukoma mata dan lain-lain lagi jika ia mengandungi kandungan steroid yang tinggi.

UBAT SAPU TANPA LABEL UMPAMA MERACUN DIRI!
Pakar Dermatologi dari Persatuan Dermatologi Malaysia, Dr Kartini Farah Rahim, ketika mendedahkan perkara itu berkata, ramai pesakit ekzema yang datang ke kliniknya mendapat simptom kesan sampingan yang sama akibat penggunaan ubat tanpa label.
Katanya, kebanyakan klinik swasta mahu merahsiakan kandungan ubat yang diberi khususnya kepada pesakit yang mengalami masalah kronik.
“Perkara ini tidak boleh diterima kerana pesakit berhak mengetahui bahan yang digunakan dan jika ada racun berjadual, mereka boleh mengambil langkah berhati-hati.
“Trend ini makin menjadi-jadi mungkin kerana persaingan hebat, menyebabkan kebanyakan klinik swasta mencampurkan steroid bagi menghasilkan tindak balas cepat seperti mengurangkan ruam kulit tanpa mengambil kira kesan sampingan yang
lain,”
Dr Kartini berkata, kebanyakan klinik mahu pesakit mengambil ubat dari klinik mereka sahaja dan tidak membelinya di farmasi luar.

“Mereka juga bimbang pesakit tidak mahu membeli ubat berkenaan sekiranya dimaklumkan ada racun berjadual.
“Biasanya pihak berkenaan mencampurkan steroid berpotensi tinggi, antibiotik, antifungal ke dalam ubat sapu krim pelembap yang biasa,” katanya.
Doktor minta rahsia nama ubat Sementara itu, seorang ibu kepada bayi yang menghidap ekzema bimbang kesan mengantuk apabila diberi ubat yang hanya dilabel gatal tanpa mengetahui nama dan kandungan sebenar ubat berkenaan.
Norashikin Azeman, 27, berkata ubat itu diberikan oleh doktor pakar di sebuah klinik swasta di Klang.
“Doktor itu memberi ubat sapu Steroid H-cort, cecair pembersih dan ubat makan yang dilabel gatal.
“Saya dimaklumkan oleh pakar kesihatan lain, bayinya yang berusia empat bulan ketika itu tidak sesuai diberi ubat makan sedemikian.
“Bayi saya tiba-tiba mengantuk dan sejak itu saya menghentikan penggunaan ubat itu kerana bimbang kesan lebih serius,” katanya
Seorang lagi ibu kepada penghidap ekzema, Suhazlin Shahrul Anuar, 30, tampil menceritakan pengalamannya dua tahun lalu apabila doktor sebuah klinik swasta di Johor mengarahkan kakitangannya supaya tidak mendedahkan nama ubat yang diberikan kepada pesakit.
“Doktor berkenaan melarang saya membeli ubat untuk anak saya di luar dan jika ada kesan sampingan akibat penggunaan ubat tanpa label yang diberinya, saya perlu datang semula ke klinik untuk rawatan kali kedua.
“Bagaimanapun, saya perlu tahu nama ubat dan dos yang diberi, terutama jika mengandungi steroid kerana penggunaannya berbeza daripada ubat tanpa steroid,” katanya.
Katanya, keadaan amat terdesak kerana klinik lain tutup menyebabkan dia terpaksa menggunakan ubat tanpa label itu untuk anaknya yang ketika itu berusia empat bulan.
Buat aduan
Dia bagaimanapun hanya menggunakan ubat tanpa label itu dalam kuantiti sedikit selama dua hari kerana bimbang kesan sampingan sebelum mendapat bekalan ubat di klinik lain.
Suhazlin menjelaskan bahawa penghidap ekzema sangat sensitif kepada steroid kerana penggunaan yang salah akan menyebabkan kesan sampingan yang teruk.
“Antara kesan sampingan penggunaan steroid adalah pesakit akan imun dengan ubat sehingga tidak memberi kesan pada masa akan datang, menyebabkan penggunaan seterusnya memerlukan dos lebih tinggi
“Ia turut menipiskan kulit, terutama dalam kalangan bayi dan mudah terkoyak ketika digaru, kerapuhan tulang dan kerosakan buah pinggang,” katanya
Kejadian itu sudah diambil tindakan oleh Kementerian Kesihatan selepas dia mengemukakan aduan.
Sumber: BH
The post Hati-Hati Beli Ubat Tanpa Label Untuk Anak! Ubat Sapu Tanpa Label Umpama Meracun Diri appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hati-hati-beli-ubat-tanpa-label-untuk-anak-ubat-sapu-tanpa-label-umpama-meracun-diri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Ego Tanyalah Anak Tentang Diri Kita Baru Jadi Yang Terbaik

Jangan Ego Tanyalah Anak Tentang Diri Kita Baru Jadi Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 437 hits
Tidak semestinya kita seorang ibu akan sentiasa betul Ada masanya anak yang masih kecil boleh bantu untuk buat kita mengenali dan menginsafi diri Anak kecil sangat telus dan tidak akan berbohong Sesekali cuba tanyakan pada mereka apa perasa...
Ikut Keserasian Anak Bukan Pilih Asalkan Yang Mana Famous Waktu Beli Susu Formula

Ikut Keserasian Anak Bukan Pilih Asalkan Yang Mana Famous Waktu Beli Susu Formula

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 340 hits
Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi Kementerian Kesihatan Malaysia mengalakkan agar pemberian susu ibu diberikan secara eksklusif kepada bayi dari lahir sehingga berusia enam bulan Tetapi tidak semua ibu mempunyai keupayaan untuk men...
Macam Mana Ibu Ayah Begitulah Anak Jangan Marah Lihat Diri Sendiri Dulu

Macam Mana Ibu Ayah Begitulah Anak Jangan Marah Lihat Diri Sendiri Dulu

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 482 hits
Seperti mana sikap ibu ayah ia akan menurun pada anak anak Oleh itu ibu ayah sendiri harus menunjukkan contoh yang baik serta menerapkan nilai murni dalam diri anak anak Jika anak anak diajar sejak kecil untuk menjaga tingkah laku mereka ak...
Tak Perlu Berjimat Simpan Ubat Demam Anak Dalam Peti Nak Selamat Buang Yang Tak Perlu

Tak Perlu Berjimat Simpan Ubat Demam Anak Dalam Peti Nak Selamat Buang Yang Tak Perlu

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 508 hits
Menjadi kebiasaan kita akan menyimpan segala ubat ubatan yang diberi oleh doktor jika masih ada baki Yelah sebagai persediaan jika anak anak demam atau sakit sekurang kurangnya kita ada bekalan ubat untuk diberikan Tapi sebenarnya menyimpan...
Bahaya Badi Melawat Pesakit Di Hospital Bagi Anak Kecil Ibu Bapa Sila Berhati Hati

Bahaya Badi Melawat Pesakit Di Hospital Bagi Anak Kecil Ibu Bapa Sila Berhati Hati

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 589 hits
Bahaya Badi Melawat Pesakit Di Hospital Bagi Anak Kecil Ibu Bapa Sila Berhati Hati Kita mungkin pernah membawa anak menziarah saudara atau kenalan yang sakit di hospital Ia memang amalan yang dituntut namun membawa anak kecil ke persekitara...
Gembirakan Hati Si Kecil Resort World Genting Raikan Anak Anak Kurang Bernasib Baik Sempena Hari Krismas

Gembirakan Hati Si Kecil Resort World Genting Raikan Anak Anak Kurang Bernasib Baik Sempena Hari Krismas

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 470 hits
Prihatin dengan kanak kanak kurang bernasib baik Resort Genting World Genting Highland baru baru ini telah meraikan lebih 300 kanak kanak kurang bernasib baik daripada 10 rumah dan pusat kanak kanak terpilih Majlis bersempana sambutan Hari ...
Cara Beli Jiwa Anak Anak Yang Ditinggalkan

Cara Beli Jiwa Anak Anak Yang Ditinggalkan

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 525 hits
Bercakap tentang masa rasa masa sangat cepat berlalu Adakalanya aku terpaksa tumpu kepada pelajaran Namun anak anak juga tak boleh diabaikan Jadi ini cara aku beli jiwa anak anak yang ditinggalkan ketika cuti sekolah ini Nak buat macamna ak...
Anak Mudah Lembut Hati Amp Suami Bertambah Kasih Bila Isteri Amalkan Baca Doa Ini

Anak Mudah Lembut Hati Amp Suami Bertambah Kasih Bila Isteri Amalkan Baca Doa Ini

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 441 hits
Dalam membina keluarga bahagia sebenarnya ada bacaan doa tertentu yang para isteri boleh amalkan dalam kehidupan seharian agar anak anak mudah lembut hati mendengar kata dan suami bertambah sayang Berikut merupakan perkongsian daripada Pusa...
Cari Mainan Anak Ikut Minat Dia Bukan Asal Best Beli

Cari Mainan Anak Ikut Minat Dia Bukan Asal Best Beli

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 633 hits
Ketika ibu ayah membelikan mainan untuk anak anak harus ada tujuannya Bukan sekadar dibeli suka suka kemudian menjadi lambakan di rumah terbiar tidak dimain pun Keterujaan membeli mainan untuk anak anak apatah lagi apabila mereka sudah pand...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba