Bahaya Badi Melawat Pesakit Di Hospital Bagi Anak Kecil Ibu Bapa Sila Berhati Hati


Bahaya Badi Melawat Pesakit Di Hospital Bagi Anak Kecil, Ibu Bapa Sila Berhati-Hati | Kita mungkin pernah membawa anak menziarah saudara atau kenalan yang sakit di hospital. Ia memang amalan yang dituntut namun membawa anak kecil ke persekitaran hospital sebenarnya punya risiko tersendiri.
Melalui perkongsian daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad ini kita boleh nilaikan sendiri kewajaran untuk membawa anak yang masih kecil terutamanya menziarah pesakit di hospital.
Baru-baru ini seorang rakan membawa anaknya berjumpa saya. Sudah masuk kali ketiga beliau pergi ke klinik mendapatkan rawatan bagi luka di lutut anaknya.

Bawa Anak Melawat Pesakit Di Hospital Saya cuba bertanya bagaimana terjadinya luka. Seingat beliau, setelah balik dari melawat bapanya yang terlantar di hospital, anaknya ada mengadu ada luka lelasan (abrasion wound) pada lutut di kirinya akibat terjatuh di lantai wad. Dia telah menyapukan larutan ubat kuning (flavin) ke luka anaknya.
Setelah dua hari lukanya bertambah teruk dan mula mengeluarkan nanah.Dia segera mendapat rawatan doktor dari klinik berhampiran. Setelah tiga hari makan antibiotik yang diberikan, lukanya tetap tidak kurang.
Kemudian dia pergi semula ke klinik tersebut. Setelah dicuci lukanya,doktor memberikan antibiotik yang ‘lebih mahal’, seharusnya lebih baik namun anaknya mula mendapat demam.
Dijangkiti kuman paling agresif Saya memeriksa luka pada lutut anak beliau. Bila saya buka balutan di lututnya, saya mendapati luka anak itu dalam keadaan yang amat teruk. Lukanya membusuk. Ini menyebabkan saya mula berfikir tentang kuman yang amat kuat dan resistant pada antibiotik.
Ianya bengkak,kemerah-merahan di sekitarnya, dan amat sakit apabila disentuh. Saya segera mengambil swab contoh nanah pada lukanya untuk dihantarkan ke makmal. Tujuan penghantaran swab ini untuk dianalisa jenis kuman bakteria yang menjangkiti luka pada lutut anak kawan saya ini dan antibiotik apa yang sensitif untuk membunuhnya.
Dengan penuh kepayahan akibat si anak yang tidak bekerjasama dan menangis trauma ketakutan, saya mendapati luka itu amat dalam sehingga menampakkan lapisan otot dan tulang tibia dan patella.
Setelah membalut luka saya mencadangkan agar dibawakan segera ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut. Ini berdasarkan anaknya mula mendapat demam, keadaan lukanya amat teruk dan saya merasakan tanpa rawatan yang baik, luka anaknya akan melarat.
Saya faham rakan saya ini seorang yang amat sibuk dan isterinya juga berkerjaya. Tiga orang anak-anaknya masih lagi kecil. Mujurlah ada seorang pembantu rumah. Jika anaknya itu ditahan di hospital, tentu kehidupan mereka akan menjadi kelam kabut.
Namun setelah dipujuk , akhirnya beliau setuju. Itu pun setelah saya memberitahu risiko yang bakal menanti. Jika luka semakin teruk, maka ianya mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh.
Tiga hari selepas itu, saya mendapat telefon dari microbiologist di makmal bahawa kebanyakan antibiotik tidak berkesan untuk membunuh kuman pada luka di lutut anak kawan saya. Setelah dua hari, saya menerima satu fax dari makmal yang sama, bahawa kuman yang terdapat pada lukanya disahkan sebagai /methicillin-resistant Staphylococcus aureus.
Baca : 10 Hari Tinggalkan Anak Kerana Sindrom Down. Pengakuan Bapa Ini Meruntun Jiwa Sesiapa Yang Membacanya
Saya amat terkejut membaca laporan itu kerana setahu saya kuman yang sangat aggresif ini jarang berada di persekitaran. Ia hanya terdapat di hospital. Apakah anak kawan saya mendapat kuman itu dari hospital ketika ibu bapanya melawat datuknya yang sedang sakit?
Saya cuba menyusun logika urutan peristiwa. Kanak-kanak itu mungkin berlari di sekitar wad dan terjatuh. Ia mengalami luka kecil dilutut. Rakan saya tidak menyedari hal ini. Apabila pulang ke rumah, kuman telah mula memasuki tisu yang lebih dalam.
Rakan saya hanya menyapukan ubat sapu flavin yang bertindak sebagai antiseptik. Malangnya ia tidak membantu membunuh kuman. Selepas itu dia membawa ke klinik dan itulah seterusnya yang berlaku.
‘Cross infection’ jangkitan kuman berlaku di hospital
Situasi sebegini sering dielakkan daripada berlaku ketika berada di hospital. Ia dinamakan ‘cross infection’. Bukan setakat pelawat, tetapi semua staf hospital yang bekerja, termasuk juga doktor dan jururawat adalah golongan yang berisiko untuk mendapat jangkitan kuman secara tidak sengaja ini.
Malah pesakit juga menghadapi risiko yang sama. Katakan dia dimasukkan ke hospital akibat masalah dalam perut dan perlukan pembedahan, tetapi setelah 10 hari di hospital, dia mengalami pneumonia pula akibat jangkitan kuman dari pesakit lain.
‘Cross infection’ adalah perpindahan kuman bakteria dari seseorang ke seorang yang lain, atau bahagian tubuh seseorang ke bahagian tubuh yang lain contohnya perpindahan kuman dari tangan ke mata.
Ia berlaku di mana-mana institusi kesihatan dan ianya melibatkan kuman-kuman bakteria yang merbahaya ialah Methicillin-resistant, Staphylococcus aureus, Pseudomonas aeruginosa, Clostridium difficile.
Ia boleh berlaku pada sistem ventilasi, atau peralatan yang dianggap bersih seperti cadar tilam. Ini bermakna sistem ventilasi menyalurkan udara yang dijangkiti kuman, antara kuman yang ditakuti ialah Legionella pneumophila yang menyerang paru-paru staf hospital, pesakit atau pelawat yang berada di kawasan itu. Ia adalah kuman yang sukar dibunuh dengan antibiotik.
Selain dari bakteria, ‘cross infections’ juga boleh disebabkan oleh virus, fungus, atau parasit yang mungkin memang sedia ada pada anggota pesakit atau datang dari persekitaran hospital yang tidak bersih, kakitangan hospital, pelawat atau pesakit yang lain.

Tidak hairanlah jika seseorang yang menjalani pembedahan, mengalami jangkitan kuman di tempat pembedahannya akibat jangkitan kuman ini. Mulanya ia akan menunjukkan kawasan yang merah, hangat dan sakit. Tidak lama kemudian ia menghasilkan nanah.
Jika kuman memasuki saluran darah, ia menyebabkan jangkitan kuman ke seluruh badan. Ia menyebabkan tekanan darah rendah, demam yang kuat, dan kadang kala kekeliruan minda. Pemeriksaan darah akan menunjukkan pesakit mengalami leucocytosis, iaitu sel darah putih yang banyak dalam tubuh.
Selalunya jangkitan kuman di hospital mudah berlaku pada orang yang mengalami tekanan mental, kurang zat makanan dan mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes atau penyakit kanser. Kanak-kanak juga antara golongan yang mudah dijangkiti.
Nasihat saya bagi mereka yang ingin melawat pesakit di hospital, pastikan saudara sihat, tidak tinggal terlalu lama di sana atau membawa anak-anak yang belum mengerti apa-apa. Cukuplah menyatakan keprihatinan kita pada pesakit, memberikannya semangat dan motivasi dan mendoakannya agar cepat sembuh.
Sumber http://drzubaidi.com
The post Bahaya Badi Melawat Pesakit Di Hospital Bagi Anak Kecil, Ibu Bapa Sila Berhati-Hati. appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/bahaya-badi-melawat-pesakit-di-hospital-bagi-anak-kecil-ibu-bapa-sila-berhati-hati/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beban Emosi Diserap Anak Apabila Ibu Bapa Kerap Mengeluh

Beban Emosi Diserap Anak Apabila Ibu Bapa Kerap Mengeluh

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 480 hits
AssalamualaikumBismillahMengeluh merupakan suatu bentuk ketidakpuasan terhadap sesuatu hal atau perasaan kurang menyenangkan yang dialami dalam diri seseorang samada keluhan disebabkan oleh pasangan keadaan ekonomi masa lalu pekerjaan dan l...
Denda Rm20 000 Jika Ibu Bapa Enggan Vaksin Anak

Denda Rm20 000 Jika Ibu Bapa Enggan Vaksin Anak

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 372 hits
Baru baru ini kita dikejutkan dengan berita tentang seorang bayi berusia 3 bulan di Sabah yang diserang penyakit yang telah 27 tahun hilang di Malaysia dan puncanya bayi malang tersebut tidak mendapat sebarang suntikan vaksin Ditambah pula ...
Baca Surah Al Insyirah Tiup Pada Ubun Anak Nak Lembutkan Hati Si Kecil Senang Nak Ke Tadika Setiap Pagi

Baca Surah Al Insyirah Tiup Pada Ubun Anak Nak Lembutkan Hati Si Kecil Senang Nak Ke Tadika Setiap Pagi

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 770 hits
Esok sesi persekolahan baru akan bermula tapi bagi yang berada di negeri negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia ada yang sudah pun memulakan sesi persekolahan baru untuk tahun 2020 Pasti banyak drama yang akan berlaku terutamanya untuk...
Ibu Bapa Perlu Cakna Pelajaran Anak Anak

Ibu Bapa Perlu Cakna Pelajaran Anak Anak

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 440 hits
Alias Harun Oleh Nooreni Abu BakarDUNGUN 26 Disember Ibu bapa digesa agar sentiasa cakna dengan pelajaran dan persekolahan anak anak bagi mengelakkan perkembangan mereka terbantut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Pembangunan Wanita...
Ibu Bapa Naik Skuter Dari Johor Ke Selangor Hantar Laptop Tapi Anak Tak Mahu Jumpa

Ibu Bapa Naik Skuter Dari Johor Ke Selangor Hantar Laptop Tapi Anak Tak Mahu Jumpa

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 774 hits
Tindakan sepasang ibu bapa yang ingin menghantar komputer riba milik anaknya di sebuah kolej swasta di Kajang berakhir dengan kecewa apabila gadis itu didakwa mengelak untuk bertemu dengan mereka Perkara itu dikongsi seorang pengguna Facebo...
Seberangjaya Tak Mampu Bayar Caj Bersalin Ibu 11 Tahun Tinggal Anak Di Hospital

Seberangjaya Tak Mampu Bayar Caj Bersalin Ibu 11 Tahun Tinggal Anak Di Hospital

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 797 hits
Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang mencari ibu bapa atau waris kepada seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di Hospital Seberang Jaya kerana ibunya tidak mampu membayar kos bersalin Pegawai Pelindung Kanak Kanak JKM negeri Mohd Noor ...
Rok Panjangnya Tersangkut Di Gir Motor Seorang Ibu Paruh Baya Tewas Yuk Lebih Berhati Hati

Rok Panjangnya Tersangkut Di Gir Motor Seorang Ibu Paruh Baya Tewas Yuk Lebih Berhati Hati

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 277 hits
Jangan dianggap remeh dan harus benar benar pakai pakaian atau jas hujan panjang yang menjuntai sampai roda itu sangat berbahaya saat berkendara dengan motor
Kulitnya Masih Melekat Di Baju Ibu Bapa Kecewa Pihak Tadika Tak Bagitahu Anak Melecur Sup Panas

Kulitnya Masih Melekat Di Baju Ibu Bapa Kecewa Pihak Tadika Tak Bagitahu Anak Melecur Sup Panas

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 371 hits
Seorang kanak kanak perempuan telah dikejarkan ke hospital setelah mengalami kecederaan teruk selepas seperiuk sup tertumpah ke badannya Karina Iskalieva berusia 6 tahun mengalami luka melecur sebanyak 30 peratus di bahagian badannya Kejadi...
Anak Kecil Nangis Peluk Jenazah Ibu Buat Netizen Sebak

Anak Kecil Nangis Peluk Jenazah Ibu Buat Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 364 hits
Baru baru ini Ohmedia ada tengok satu post yang tular di Twitter inierlin mengenai seorang budak kecil menangis di depan jenazah ibunya Hmm terus meleleh air mata weh Kejadian ini dipercayai terjadi di Indonesia Sumber dari Facebook Insan T...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut