Cari Mainan Anak Ikut Minat Dia Bukan Asal Best Beli


Ketika ibu ayah membelikan mainan untuk anak-anak, harus ada tujuannya. Bukan sekadar dibeli suka-suka kemudian menjadi lambakan di rumah, terbiar tidak dimain pun. Keterujaan membeli mainan untuk anak-anak, apatah lagi apabila mereka sudah pandai bermain tidak dinafikan. Sebab itulah sesetengah ibu ayah suka membeli mainan untuk anak, sehingga penuh satu rumah!

Artikel Menarik: [Jangan Cakap Tak Apa Kecil Lagi. Patutnya Anak Mula Dapat Kaki Kena Ajar]
Pemilihan mainan yang betul untuk anak dapat membeantu mereka menjadi bijak, sensitif dan kreatif. Ibu ayah perlu tahu faedah sesuatu mainan itu sebelum dibelikan untuk anak kerana ia membantu perkembangan otak mereka. Tersalah beli, tiada impak kepada mereka.
Secara umum, terdapat lima kategori mainan iaitu aktif, manipulatif, kreatif, belajar dan main peranan.
5 KATEGORI ALAT PERMAINAN 1.ALAT PERMAINAN AKTIF Faedah: Membina tubuh badan dan fizikal yang kuat. Dia juga boleh belajar bergaul dan membina jaringan sosial, belajar untuk bertolak ansur dan mengambil giliran, bersabar, memahami orang lain dan kerja berpasukan.
#Tolak dan tarik
Antara permainan menggunakan mekanisme tolak dan tarik ialah seperti kereta tolak mainan (wagon), troli, kereta sorong bayi mainan dan skuter.
#Tunggang
Mainan yang boleh ditunggang pada usia ini ialah basikal dengan roda tambahan, kereta mainan yang mempunyai kawalan stereng atau kuda mainan yang bersaiz besar.

#Alat mainan luar rumah
Gelongsor, buaian dan mainan pengimbang adalah antara yang dicadangkan untuk si manja pada usia ini.
#Peralatan sukan
Mama dan papa boleh membeli bola, papan luncur, kasut beroda, layang-layang, kolam renang mudah alih, tali skip dan sebagainya.
2.ALAT PERMAINAN MANIPULATIF
Faedah: Menggalakkan si manja untuk membuat keputusan, menyelesaikan masalah, mempelajari bentuk objek, tekstur, saiz dan perbandingan daripada segi warna, memberikan perhatian dalam masa yang lama dan mempelajari tentang kesan-akibat.
#Pembinaan
Terdiri daripada blok kiub kayu besar dan kecil, objek plastik yang boleh disambung (interlocking), blok yang boleh membina objek lebih realistik.
#Puzzle
Pada usia ini, set puzzle yang sesuai tidak lebih daripada 50 keping. Pilih yang diperbuat daripada kadbod keras dan mempunyai warna yang ceria.

Artikel Menarik: [Asyik Mengamuk Tak Tahu Punca, Petanda Anak Tak Cukup Tidur]
#Reka kreatif
Anda boleh mendapatkan alat permainan manipulatif jenis ini iaitu manik besar yang boleh dicucuk pada tali (Manik perlulah dielakkan jika si kecil suka memasukkan objek ke dalam mulut). Set mainan felt berlubang dan benang untuk menjahit serta getah yang boleh dikaitkan menjadi gelang atau rantai.
#Alat permainan manipulatif
Suai padan perkataan dengan objek, mengasingkan antara warna dan jenis; nesting toys, objek berkonsepkan geometri dan model mekanikal yang lebih kompleks.
#Pakaian dan tali
Mainan seperti patung yang mempunyai latihan untuk memakaikan pakaian dan memasang butang. Jarum yang besar dan tumpul serta benang kasar boleh diberikan dengan pemantauan.
#Mainan pasir dan air
Pasir mempunyai tekstur dan bertindak terhadap merangsang deria sentuhnya. Mainan untuk dimainkan di dalam bilik mandi seperti pam air dan sebagainya.
3.ALAT PERMAINAN KREATIF Faedah: Boleh memajukan kemahiran intelektual dan pemikiran kritis serta menyeimbangkan emosi si manja. Ia juga menajamkan skil motor halus.
#Alat muzik
Alat muzik yang mesra kanak-kanak seperti xylophone, harmonika, wisel dan rekoder serta piano.

#Seni dan kraf
Perkakas seni seperti pensel warna, krayon, tanah liat, gunting kanak-kanak, papan hitam dan kapur, buku mewarna serta peralatan menjahit dengan jarum besar dan tumpul.
#Audio visual
Kamera untuk merakam apa yang diminati sama ada gambar atau video.
4.BELAJAR Faedah: Si manja boleh mempelajari perkara asas mengenai sesuatu perkara dan mendapatkan informasi yang tepat. Si kecil juga boleh mempelajari tentang kesan dan akibat.
#Permainan
Kad, domino atau bingo (bergambar). Permainan seperti ular dan tangga juga boleh diberikan kepada si manja.
#Skil spesifik
Contohnya seperti mempelajari tentang warna, bentuk, huruf dan nombor. Permainan berbentuk model juga sesuai untuk menunjukkan bahagian tubuh. Magnet, lampu picit, kanta pembesar, stetoskop, akuarium adalah objek sains yang boleh diperkenalkan pada usia ini. Jam boleh digunakan untuk mengajar si kecil mengira masa.

#Buku
Pada usia lima hingga enam tahun, si manja lebih tertarik kepada buku-buku yang mempunyai kisah yang realistik. Kamus bergambar atau ensiklopedia junior boleh diberikan di samping buku berkisar haiwan (yang bersifat seperti manusia) dan alam semula jadi.
5.MAIN PERANAN Faedah: Si manja boleh mengembangkan imaginasi dan membina daya intelek. Ia juga membantu menguatkan memori, pemikiran logik, kreativiti dan melontarkan pendapat. Ia juga latihan untuk si kecil untuk memberikan tumpuan dalam tempoh yang lama.
#Anak patung
Pada usia ini, anak patung yang lebih realistik yang mempunyai rambut, membuka mata dan kaki dan tangan bersendi.

Artikel Menarik: [Seawal Setahun Nak Anak Ringan Mulut, kena Rajin Layan. Soal Faham Nombor Dua]
#Mainan lembut
Seperti sayur dan buah yang diperbuat daripada kain felt dan diisi serat lembut boleh digunakan untuk masak-masak.
#Puppet
Patung puppet yang boleh disarungkan pada jari dan tangan dan pentas mini untuk tujuan bercerita.
#Berlakon
Permainan seperti set dapur kecil untuk bermain masak-masak sesuai dibelikan pada usia ini. selain itu, anda juga boleh menyediakan kostum seperti kostum puteri, kot doktor atau telefon mainan untuk dia bermain peranan sebagai pelbagai watak.
 
 
 
 
The post Cari Mainan Anak, Ikut Minat Dia. Bukan Asal Best, Beli! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/cari-mainan-anak-ikut-minat-dia-bukan-asal-best-beli/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pilih Nama Anak Tak Payah Ikut Trend Lebih Baik Ringkas Asal Maknanya Elok

Pilih Nama Anak Tak Payah Ikut Trend Lebih Baik Ringkas Asal Maknanya Elok

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 427 hits
Sudahkah anda berdua membuat pilihan nama untuk si kecil dalam kandungan Nama apa agaknya yang menjadi pilihan Adakah ia nama moden klasik ciptaan sendiri atau diambil daripada perkataan perkataan indah dalam bahasa tertentu Pemberian nama ...
Ikut Keserasian Anak Bukan Pilih Asalkan Yang Mana Famous Waktu Beli Susu Formula

Ikut Keserasian Anak Bukan Pilih Asalkan Yang Mana Famous Waktu Beli Susu Formula

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 340 hits
Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi Kementerian Kesihatan Malaysia mengalakkan agar pemberian susu ibu diberikan secara eksklusif kepada bayi dari lahir sehingga berusia enam bulan Tetapi tidak semua ibu mempunyai keupayaan untuk men...
Sebelum Beli Beg Sekolah Anak Pastikan Ikut Ciri Yang Disarankan Oleh Doktor Ini

Sebelum Beli Beg Sekolah Anak Pastikan Ikut Ciri Yang Disarankan Oleh Doktor Ini

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 485 hits
Sekarang musim ibu bapa beli peralatan sekolah dan salah satu kelengkapan penting adalah beg sekolah Ibu bapa perlu membeli beg sekolah yang betul untuk elak kemudaratan pada anak anak Pemilihan beg yang salah boleh menyebabkan sakit tengku...
Anak Luah Rasa Hiba Mak Ikut Jejak Ayah Meninggal Dunia Berselang Hari Di Madinah

Anak Luah Rasa Hiba Mak Ikut Jejak Ayah Meninggal Dunia Berselang Hari Di Madinah

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 427 hits
Berat ujian yang ditanggung Mohd Fikri Ismail dan adik beradiknya apabila kedua dua ibu bapa mereka kembali ke rahmatullah ketika sedang mengerjakan umrah di tanah suci baru baru ini Lebih menyedihkan pasangan itu pergi hanya selang sehari ...
Mula Mula Ajar Anak Kemas Mainan Selepas Main Lama Lama Dia Akan Biasa Dengan Tugasan Rumah

Mula Mula Ajar Anak Kemas Mainan Selepas Main Lama Lama Dia Akan Biasa Dengan Tugasan Rumah

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 410 hits
Melatih anak anak untuk melakukan kerja ringan di rumah bukan sahaja akan memudahkan dan meringankan tugas anda malah ia juga dapat meningkatkan peribadi serta kejayaan mereka untuk jangka masa panjang Tugas kerja rumah ini boleh dimulakan ...
Lekat Gambar Isteri Di Cardboard Idea Lelaki Ini Untuk Buat Anak Berhenti Menangis Cari Ibu Dipuji

Lekat Gambar Isteri Di Cardboard Idea Lelaki Ini Untuk Buat Anak Berhenti Menangis Cari Ibu Dipuji

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 451 hits
Pasangan yang mempunyai cahaya mata terutamanya yang masih kecil pastinya akan berdepan dengan pelbagai kerenah anak anak Ada yang tidak boleh berenggang walau sekejap dengan ibu Jika si ibu hilang dari pandangan akan kedengaranlah suara je...
Jutawan 26 Tahun Cari Jurugambar Ikut Travel Satu Dunia Gaji Dibayar Rm200 000 Setahun

Jutawan 26 Tahun Cari Jurugambar Ikut Travel Satu Dunia Gaji Dibayar Rm200 000 Setahun

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 323 hits
Seorang jutawan dari Australia menawarkan peluang kepada individu yang bertuah untuk menjadi jurugambar peribadinya yang akan dibayar lebih RM157 ribu setahun Pengasas Akademi Ecom Warrior Matthew Lepre mencari individu untuk mengambil gamb...
Cara Beli Jiwa Anak Anak Yang Ditinggalkan

Cara Beli Jiwa Anak Anak Yang Ditinggalkan

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 525 hits
Bercakap tentang masa rasa masa sangat cepat berlalu Adakalanya aku terpaksa tumpu kepada pelajaran Namun anak anak juga tak boleh diabaikan Jadi ini cara aku beli jiwa anak anak yang ditinggalkan ketika cuti sekolah ini Nak buat macamna ak...
Nak Ajar Anak Jangan Sampai Si Kecil Stress Biar Timbul Minat Lepas Tu Tak Payah Teruk Nak Paksa Lagi

Nak Ajar Anak Jangan Sampai Si Kecil Stress Biar Timbul Minat Lepas Tu Tak Payah Teruk Nak Paksa Lagi

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 378 hits
Dalam membesarkan anak anak setiap orang ada cara dan pendekatan yang tersendiri untuk mengajar dan mendidik Paling penting jangan sampai anak anak rasa tertekan dan jadi tak seronok tiap kali mama papa nak ajar mereka Keadaan yang tertekan...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba