Takkan Tak Sedar Harga Susu Formula Naik Di Pasaran Utusan Malaysia 16 06 2023


 

RAMAI mempertikaikan tindakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub apabila beliau meminta seorang penonton sesi Town Hall Rakyat, baru-baru ini menunjukkan bukti sekiranya benar harga barangan di pasaran meningkat.
Ketika menjawab soalan tersebut, beliau berulang kali menyebut tentang harga ‘barang kawalan’ sedangkan semua mengetahui bahawa barangan di bawah skim harga kawalan tidak mungkin boleh naik sesuka hati. Sebaliknya, apa yang dipertikaikan orang awam adalah berhubung harga barang lain yang mencanak naiknya.
Sejak dua minggu lalu kecoh di media sosial tentang kenaikan mendadak harga susu formula kanak-kanak antara RM10 hingga RM30 yang amat memberi bebanan kepada ibu bapa sedangkan dalam masa sama, harga lampin pakai buang dan yuran bulanan taska serta prasekolah turut meningkat. Bayangkan, harga susu formula berharga RM189 untuk 1.8 kilogram (kg) sebelum ini naik kepada RM208 sejak dua minggu lalu. Bayangkan, ia perlu dibeli sebanyak empat kotak untuk sebulan. Ini bermakna perlu membelanjakan lebihan RM76 sebulan bagi memastikan keperluan anak kecil dipenuhi sekali gus menyebabkan ramai ibu bapa ‘lari bajet’ walaupun pada awal bulan.

Seorang rakan pula mengadu perkara sama apabila susu formula bagi anaknya yang berusia setahun lebih naik sebanyak RM30 bagi 1.2kg dan dia terpaksa berbelanja lebihan RM60 untuk menampung keperluan anaknya untuk tempoh sebulan.

Tidak pasti sama ada KPDN sedar atau tidak perkara ini tetapi ini adalah salah satu bukti kenaikan harga barang yang naik secara mendadak.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader ketika dihubungi menyedari ribuan pembeli susu formula kanak-kanak terpaksa menanggung beban akibat kenaikkan harga yang selalu sangat terjadi.

“Ia sememangnya mendatangkan kegusaran khususnya bagi kumpulan berpendapatan rendah kerana harga bagi beberapa barangan keperluan harian dilihat naik secara mendadak, iaitu sehingga lebih 50 peratus,” katanya.

Justeru, beliau menyeru KPDN untuk memeriksa sama ada kenaikkan ini adalah wajar selain tidak mahu pengeluar dan pemborong mengambil keuntungan berlipat kali ganda daripada perbelanjaan dikeluarkan oleh pengguna selain meletakkannya di bawah harga kawalan bagi menstabilkan harga produk berkenaan.

SABOTAJ
Turut senada, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang meminta kerajaan meletakkan susu formula di bawah senarai barang kawalan memandangkan minuman itu penting untuk perkembangan pembesaran anak-anak selain melihat keperluan untuk meletakkannya di bawah undang-undang sabotaj.
“Kerajaan perlu lihat semula kerana wujud kemungkinan ia berkaitan sabotaj kepada rakyat mahupun kerajaan. Apa pun, ia tetap memberi kesan besar kepada rakyat dan kita tidak boleh membenarkannya berlaku.
“Selain itu, syarikat-syarikat pemborong perlu dikawal selia agar dapat mengelakkan permainan harga,” ujarnya.
Justeru, Nadzim meminta orang ramai untuk berani tampil mendedahkan perkara ini kepada persatuan pengguna agar satu tindakan holistik dapat diambil bagi membendung kenaikan harga yang melampau.“Rakyat boleh bersama kerajaan dengan memberi maklumat kenaikan harga supaya kerajaan boleh mengambil tindakan segera. 
Kalau orang tak lapor dengan betul pun susah juga. Mungkin bila ada laporan, ada orang tanya, kita pun tidak tahu. Itu kelemahan pengguna. Jadi, hari ini kena ubah, kalau tidak kita ‘mati,” katanya lagi.
BANTUT
Khairy Jamaluddin semasa memegang portfolio Menteri Kesihatan pernah menyatakan, masalah bantut tidak boleh dipandang ringan kerana ia bukan sahaja memberi cabaran kesihatan mental, fizikal mahupun pergaulan sosial tetapi lebih buruk, boleh membawa maut.
Malah, beliau ketika itu memberi keyakinan bahawa semua isu berkaitan nutrisi dan pemakanan akan ditangani oleh Jawatankuasa Khas Memerangi Masalah Beban Berganda Melpemakanan Dalam Kanak-Kanak membabitkan penyediaan makanan serta akses bahagian makanan yang mencukupi untuk kanak-kanak seperti harga makanan daripada sumber protein dan harga susu formula mampu milik.
Namun apa jadi kini? Adakah aspek pemakanan seimbang yang menjadi tumpuan utama kerajaan tidak menyedari kenaikan harga susu formula di pasaran tempatan?Pada 2019, masalah bantut di negara ini adalah sebanyak 21.8 peratus dan kerajaan menyasarkan ia dapat dikurangkan kepada lapan peratus menjelang 2030. 
Faktor utama menyumbang masalah itu adalah kekurangan zat makanan. Pemakanan yang baik penting untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak di semua peringkat khususnya dalam tempoh pembentukan, iaitu satu hingga lima tahun serta awal keremajaan (10 hingga 15 tahun).
Namun, sekiranya harga susu formula terus naik, maka kanak-kanak akan kekurangan nutrien seperti protein, kalsium dan vitamin untuk tumbesaran. 
Ini sekali gus akan menggagalkan usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar pembantutan dalam tempoh tujuh tahun lagi.Walaupun kita mempunyai Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah, namun masalah bantut ini melibatkan kanak-kanak pada 1,000 hari pertama kehidupan mereka. Ini bermakna kanak-kanak perlu dilengkapi nutrisi yang cukup sejak hari pertama dilahirkan.
Jadi, kerajaan perlu segera lihat cara bagaimana boleh membantu menyelesaikan masalah ini dengan melakukan semak dan imbang dengan memastikan harga susu formula kanak-kanak tidak dinaikkan sewenang-wenangnya. 
Cubalah ‘masuk’ dan fahami bebanan yang ditanggung oleh golongan kurang berkemampuan yang semakin ditekan dengan kos sara hidup melampau tingginya. – UTUSAN
PENULIS ialah wartawan Utusan Malaysia.


Artikel oleh: Utusan Malaysia
TAKKAN TAK SEDAR HARGA SUSU FORMULA NAIK DI PASARAN?
https://www.utusan.com.my/rencana/2023/06/takkan-tak-sedar-harga-susu-formula-naik-di-pasaran/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/06/takkan-tak-sedar-harga-susu-formula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Caj Kesihatan Bersasar Dihalusi Utusan Malaysia 03 06 2023

Caj Kesihatan Bersasar Dihalusi Utusan Malaysia 03 06 2023

papar berkaitan - pada 6/6/2023 - jumlah : 329 hits
PUTRAJAYA Kerajaan perlu me nilai terlebih dahulu golongan yang patut membayar bayaran lebih tinggi bagi perkhidmatan di kli nik kesihatannya sebelum kaedah bersasar dilaksanakan Bercakap kepada Utusan Malaysia Menteri Kesihatan Dr Zaliha M...
Resmi Dibuka Ini Jadwal Dan Harga Tiket Masuk Jakarta Fair 2023

Resmi Dibuka Ini Jadwal Dan Harga Tiket Masuk Jakarta Fair 2023

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 216 hits
Resmi Dibuka Ini Jadwal dan Harga Tiket Masuk Jakarta Fair 2023 Jakarta Fair Kemayoran 2023 resmi akhirnya resmi dibuka Acara tahunan dalam rangka menyambut HUT ke 496 Jakarta ini akan berlangsung hingga 16 Juli 2023 Sebelum berkunjung mari...
Cuti Sambutan Hari Malaysia 2023

Cuti Sambutan Hari Malaysia 2023

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 252 hits
CUTI SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2023 Kepada rakyat Malaysia semestinya pada setiap tahun kita akan menyambut Hari Malaysia di semua negeri Disini kami akan kongsikan kepada anda tarikh cuti umum contoh ucapan pantun dan aktiviti serta sejarah p...
Aksi Pebalap Ikuti Latihan Bebas Formula E Jakarta 2023

Aksi Pebalap Ikuti Latihan Bebas Formula E Jakarta 2023

papar berkaitan - pada 3/6/2023 - jumlah : 184 hits
Aksi Pebalap Ikuti Latihan Bebas Formula E Jakarta 2023 Ajang GulaVit Jakarta E Prix 2023 Season 9 Serie 10 dan 11 akan berlangsung pada 3 4 Juni 2023 yang diikuti oleh 22 pebalap
Artis Kahwin 2023 Sorotan Perkahwinan Artis Selebriti Di Malaysia Sepanjang Tahun 2023

Artis Kahwin 2023 Sorotan Perkahwinan Artis Selebriti Di Malaysia Sepanjang Tahun 2023

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 306 hits
Tahun 2023 menyaksikan ramai selebriti menamatkan zaman bujang selain ada juga kembali mendirikan rumah tangga selepas perkahwinan sebelum ini gagal Ada juga di antara selebriti yang berkahwin membuat kejutan apabila berjaya merahsiakan hub...
Datuk Shaik Abdul Rasheed Ghaffour Sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia Ke 10 1 Julai 2023

Datuk Shaik Abdul Rasheed Ghaffour Sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia Ke 10 1 Julai 2023

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 461 hits
Pelantikan Datuk Abdul Rasheed Ghaffour sebagai Gabenor Bank Negara MalaysiaEmbargo Untuk siaran segera9 Jun 2023Datuk Shaik Abdul Rasheed Ghaffour sebagai Gabenor Bank Negara MalaysiaBank Negara Malaysia hari ini mengumumkan bahawa Yang di...
Perodua Axia E Manual 2023 Model Paling Murah Harga Rahmah

Perodua Axia E Manual 2023 Model Paling Murah Harga Rahmah

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 590 hits
Perodua Termurah Axia E Manual 1 0 2023 Kini Dilancarkan Di Pasaran Harga Dari RM22 000 Sahaja Berita baik Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad telah memperkenalkan Axia versi transmisi manual Axia E Menariknya model ini ditawarkan pa...
Pascal Wehrlein Juara Race 1 Formula E Jakarta 2023

Pascal Wehrlein Juara Race 1 Formula E Jakarta 2023

papar berkaitan - pada 4/6/2023 - jumlah : 249 hits
Pebalap TAG Heuer Porsche Formula E Team Pascal Wehrlein berhasil memenangkan seri 10 GulaVit Jakarta E Prix 2023 atau race 1 Formula E Jakarta dengan catatan waktu 42 menit 21 995 detik Pembalap asal Jerman itu unggul 0 477 detik dari Jake...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya