Ismail Sabri Hampir Pasti Pm Ke 9


Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob


KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semakin pasti dilantik ke jawatan Perdana Menteri Kesembilan berdasarkan sokongan 114 Ahli Parlimen mewakili parti politik yang dibuat menerusi akuan bersumpah.

Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Bebas itu mengemukakan akuan bersumpah bagi nama calon Perdana Menteri kepada Istana Negara melalui faks, emel serta salinan PDF melalui aplikasi WhatsApp semalam.

Hari ini setiap seorang daripada 114 Ahli Parlimen itu dititah menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengesahkan secara peribadi kesahihan sokongan mereka itu.

Majlis menghadap secara fizikal itu bagi membolehkan Seri Paduka mengenal pasti sama ada akuan bersumpah setiap seorang itu dibuat secara sukarela atau lain-lain.

Ahli-ahli Parlimen GPS pula menyertai majlis menghadap itu secara maya dari sebuah hotel di Kuching, Sarawak.

Setiap Ali Parlimen mengambil masa beberapa minit untuk mengesahkan akuan bersumpah masing-masing ketika majlis menghadap itu yang dilakukan secara berperingkat bermula jam 10 pagi, kedua pada 11.10 pagi, manakala kumpulan ketiga pada jam 2 petang, keempat jam 3.10 petang dan kumpulan kelima pada 4.20 petang. Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, beliau mendapat undangan untuk menghadap Seri Paduka malam semalam menerusi Setiausaha Dewan Rakyat.

“Saya difahamkan sebelum ini hanya kumpulan yang melebihi paras kemenangan sahaja yang dijemput (ke Istana Negara) dan mereka yang menyokong calon kedua daripada maklumat yang saya ada, mereka tidak dijemput menghadap Yang di-Pertuan Agong,” katanya mengesahkan sokongannya kepada Ismail Sabri, bekas timbalan perdana menteri dalam kerajaan PN.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata: “Saya juga diberikan satu senarai oleh Speaker Dewan Rakyat pagi ini, sejumlah 114 Ahli Parlimen dijemput menghadap,” katanya.

Ahli Parlimen Jempol Datuk Salim Sharif pula berkata, pada majlis menghadap itu, Seri Paduka menitahkan setiap yang hadir untuk memperkenalkan diri serta menyatakan nama pemimpin yang disokong.

“Perjumpaan berlangsung lebih kurang satu minit untuk setiap Ahli Parlimen,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Timbalan Presiden MIC yang juga Ahli Parlimen Tapah Datuk Seri M. Saravanan mengesahkan bahawa titah menghadap ke atas Seri Paduka bertujuan untuk pengesahan SD.

“Tuanku nak tahu siapa yang disokong dan nak pastikan SD yang kita buat adakah secara sukarela atau sebaliknya,” katanya dan menambah bahawa Ahli Parlimen yang dipanggil adalah kumpulan yang menyokong Ismail Sabri untuk jawatan Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Tanjung Piai Datuk Seri Dr Wee Jack Seng dari MCA turut mengesah menerima undangan ke Istana Negara bagi mengesahkan surat akuan bersumpah semalam.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang juga Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Seri Paduka tidak menzahirkan bila akan mengumumkan nama perdana menteri yang baharu.

Timbalan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang dihubungi selepas majlis itu berkata: “Tiada titah lain daripada Seri Paduka. Kami menghadap Yang di-Pertuan Agong hanya untuk menyerahkan serta mengesahkan sokongan masing-masing melalui SD.”

Sementara itu, Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) berkata, mereka tidak menerima panggilan menghadap Seri Paduka berkaitan pencalonan Perdana Menteri baharu.

Pengarah Komunikasi Strategik PKR yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil berkata, tiada sebarang jemputan diterima pakatan itu untuk ke Istana Negara.

Presiden Amanah Mohd Sabu ketika menjawab mesej melalui aplikasi WhatsApps apabila ditanya mengenai jemputan itu sekadar menjawab: “Belum lagi,”.

Terdahulu, Ahli Parlimen Bangi (DAP) Ong Kian Ming menyatakan pembangkang tidak dipanggil ke Istana Negara pagi tadi dalam satu ciapan Twitternya.

“Morning guys! In case anyone is wondering, no, my colleagues and I didn’t get any calls to go to the Palace today… Have a nice day! (Selamat pagi semua, Mungkin ada yang tertanya-tanya, tidak, saya dan rakan-rakan tidak menerima jemputan untuk ke Istana hari ini … Selamat menjalani hari yang indah!), katanya. – HMetro


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/ismail-sabri-hampir-pasti-pm-ke-9.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Pertama Pun Sudah Jadi Lauk Hari2 Seterusnya Pasti Ismail Sabri Adalah Makanan Kemarahan Rakyat

Hari Pertama Pun Sudah Jadi Lauk Hari2 Seterusnya Pasti Ismail Sabri Adalah Makanan Kemarahan Rakyat

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 160 hits
Semalam adalah hari pertama Ismail Sabri Yaakob memulakan tugasnya sebagai Perdana Menteri menggantikan Mahiaddin Md Yasin Sepatutnya hari pertama memulakan tugas sebagai ketua kerajaan satu jawatan yang barangkali tidak pernah diimpikan ma...
Kit Siang Proposes Anwar As Dpm To Ismail Sabri

Kit Siang Proposes Anwar As Dpm To Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 248 hits
With two possible candidates for Malaysia s next prime minister DAP s Lim Kit Siang today suggested that the one not picked for the top job be made the deputy in a unity government The Iskandar Puteri MP said this would allow the creation o...
Umno Bera Sebulat Suara Sokong Ismail Sabri Untuk Kekal Dalam Kerajaan Pn Sebagai Tpm

Umno Bera Sebulat Suara Sokong Ismail Sabri Untuk Kekal Dalam Kerajaan Pn Sebagai Tpm

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 239 hits
BERA UMNO Bahagian Bera sebulat suara menyokong keputusan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk kekal dalam kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi meneruskan usaha menangani pandemik Covid 19 Dalam kenyataannya UMNO Bahagian Bera ber...
Ismail Sabri Sah Bakal Pm Ke 9 Dengan Sokongan 114 Ahli Parlimen

Ismail Sabri Sah Bakal Pm Ke 9 Dengan Sokongan 114 Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 402 hits
Dato Seri Ismail Sabri Foto AwaniSeramai 114 ahli parlimen akan dipanggil ke Istana Negara hari Kesemua ahli ahli parlimen berkenaan akan tiba dalam lima kumpulan bermula jam 10 pagi Mereka terdiri daripada ahli parlimen daripada Gabungan P...
Exclusive 114 For Ismail Sabri King Calls To Verify

Exclusive 114 For Ismail Sabri King Calls To Verify

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 331 hits
KUALA LUMPUR The King has called for the 114 Members of Parliament who signed the statutory declaration to support Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob as the prime minister candidate to be present at the Istana Negara on Thursday to verify their...
Panas Ku Li Tak Calonkan Ismail Sabri Sebagai Pm Baru

Panas Ku Li Tak Calonkan Ismail Sabri Sebagai Pm Baru

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 181 hits
August 19 2021 Seramai 114 ahli parlimen akan dipanggil ke Istana Negara Hari ini kata Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan Berdasarkan jadual yang dilihat oleh Malaysiakini ahli ahli parlimen berkenaan akan tiba dalam lima kumpulan bermula j...
Agong Perkenan Senarai Kabinet Ismail Sabri

Agong Perkenan Senarai Kabinet Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 342 hits
Agong Perkenan Senarai Kabinet Ismail Sabri Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan menerima persembahan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu dari Perdana Menteri Ismail Sabri bin Yaakob semasa...
Shahrir Up To Ismail Sabri To Prove He Can Do Better Than Pn Harapan

Shahrir Up To Ismail Sabri To Prove He Can Do Better Than Pn Harapan

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 204 hits
Umno veteran Shahrir Abdul Samad said it is now up to party vice president Ismail Sabri Yaakob to prove that he can do better than the previous Pakatan Harapan and Perikatan Nasional governments Ismail is presently the frontrunner to become...
Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Asal Usul Coca Cola

Ikan Buntal Risiko Dan Gejala Keracunan

Unleashing The Miracle Of Retinol For Your Skin

Sejarah Hitam Bola Sepak Berulang

Hukuman Masyarakat Sangat Berat Jika Anda Punya Pendapat Berbeza Dari Mereka

Takut Ditangkap Khalwat Pecut Kereta Hingga Terbabas

Crisis Management 101



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Hantar Anak Ke Sekolah Tidak Pakai Topi Keledar

Nak Rasa Musim Sejuk Jom Bawa Anak Ke Immersive Winterland Tarikan Terbaharu Di I City Shah Alam

Buaya Jantan 5 Meter Tersangkut Pada Pukat

Lori Tanah Jatuh Gaung Wanita Maut Suami Patah Tangan

Nga Asks Saifuddin To Halt Probe On Teoh Beng Hock S Family

Sudah Bersedia Terima Surat Bersatu Apapun Terjadi Tetap Sokong Kepimpinan Pm