Hari Ke 12 Orang Pekan Sambut Najib


Hidir Reduan dan Hariz Mohd 
   
Berdepan dengan hukuman penjara, sebatan dan denda Najib Razak sekali lagi akan hadir mendengar tuduhan dan keterangan saksi yang dibawa pihak pendakwaan hari ini.

Perbicaraan berprofil tinggi membabitkan bekas perdana menteri itu memasuki hari yang ke-12 hari ini.

Didengar hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali, Najib menghadapi tujuh tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta.

Teruskan mengikuti perbicaraan itu yang dibuat secara langsung oleh Malaysiakini di sini.

LANGSUNG

10.23 pagi: Najib memasuki kandang tertuduh untuk membolehkan perbicaraan bermula di depan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali
 10.08 pagi: Najib Razak memasuki mahkamah. Beliau menggunakan kesempatan masa yang ada sebelum perbicaraan bermula untuk bersalaman dengan seorang anggota polis yang bertugas di situ.
Sebelum itu beliau hadir di mahkamah lain yang tidak jauh dari situ untuk mendengar permohonan pendakwaan berhubung kes 1MDB.

Di depan hakim Collin Lawrence Sequerah pihak pendakwaan meminta perbicaraan mengenai tuduhan ke atas Najib berkaitan syarikat pelaburan milik penuh kerajaan, 1MDB, ditunda agar ia tidak bertembung dengan kes SRC yang didengar di depan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

9 pagi: Najib Razak kelihatan tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Tidak seperti selalu, hari ini ada 40 orang penyokong menunggu beliau di depan pintu masuk bangunan tersebut.

Kumpulan terbabit mendakwa datang dari Pekan untuk memberi sokongan kepada anggota parlimen mereka.
Ringkasan kes Najib berhubung dana SRC RM42 jutaNajib Razak berdepan 7 tuduhan berkaitan dana RM42 juta melibatkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB
1 tuduhan salah guna kuasa 3 tuduhan pecah amanah 3 tuduhan pengubahan wang haram Klik untuk perincian lanjut hakim, pasukan pendakwaan dan pembelaan
Mengikut jadual perbicaraan hari ini akan bermula dengan Pengurus Unit Pusat Rentas Ambank, Wedani Senen, menyambung keterangannya dalam sesi soal balas peguam bela.

Rentas adalah kependekan kepada Perpindahan Elektronik Masa Nyata Dana dan Sekuriti.

Kelmarin (30 Apr) Wedani mengesahkan dana sebanyak RM4 bilion dipindahkan dari Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) ke akaun SRC International Sdn Bhd (SRC) di Ambank cawangan Jalan Raja Chulan, KL.

Dana itu dipindahkan pada dua tarikh berbeza, masing-masing pada Ogos 2011 dan Mac 2012.

Untuk rekod KWAP ditubuhkan sebagai sebuah badan yang diberi tanggungjawab menguruskan dana untuk manfaat pencen bekas kakitangan kerajaan. ​

Kata Wedani, berdasarkan dokumen Rentas, sejumlah RM2 bilion wan KWAP dipindahkan ke akaun SRC pada 29 Ogos 2011 melalui empat transaksi.

Bagi RM2 bilion lagi was dibawa ke akaun sama pada 28 Mac 2012. Kali ini ia dibuat melalui transaksi tunggal.

Kelmarin juga Mohd Nazlan membenarkan permohonan pendakwaan untuk memulakan perbicaraan pada jam 9.30 pagi bagi membolehkan permohonan mereka - di mahkamah lain - diputuskan

Ia membabitkan permohonan pasukan pendakwaan untuk menunda perbicaraan Najib dalam kes 1MDB agar ia tidak bertembung dengan prosing yang sedang berlangsung.
Collin Lawrence SequerahKeputusan mengenainya akan dibuat hakim Collin Lawrence Sequerah yang mendengar permohonan tersebut di satu lagi mahkamah tinggi Kuala Lumpur.

Sebelum ini perbicaraan Najib untuk kes 1MDB ditetapkan bermula pada 14 Mei.

Perbicaraan sebelum ini turut didedahkan bagaimana salah seorang orang yang dikaitkan rapat dengan Najib, Habibul Rahman Kadir Shah, menerima RM2.5 juta daripada bekas perdana menteri itu untuk menjalankan risikan mengenai keadaan politik semasa.

Menurut saksi pendakwaan ke-23 itu wang tersebut adalah untuk "operasi pertahanan politik."

Peguam Negara Tommy Thomas mengetuai pasukan pendakwaan yang turut disertai 12 timbalan pendakwa raya membabitak Sulaiman Abdullah, V Sithambaram, Manoj Kurup, Ishak Mohd Yusoff, Donald Joseph Franklin, Suhaimi Ibrahim, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Sulaiman Kho Kheng Fuei, Budiman Lutfi Mohamed, Mohd Ashraf Adrin Kamaril, Muhammad Izzat Fauzan, dan Mohd Ashraf Adrin Kamaril.

Najib pula dibela 13 peguam diketuai Muhammad Shafee Abdullah.

Peguam lain yang membela bekas presiden Umno itu Mohd Yusof Zainal Abiden, Harvinderjit Singh, Kamarul Hisham Kamaruddin, Chong Loong Men, Devanandan S Subramaniam, Farhan Read, Wan Aizuddin Wan Mohammed, Rahmat Hazlan, Muhammad Farhan Shafee, Tiara Katrina Fuad, Nur Syahirah Hanapiah, dan Zahria Eleena Redza.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/hari-ke-12-orang-pekan-sambut-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambut Hari Buruh Pekerja Perempuan Harus Paham Perihal Hak Cuti Keguguran

Sambut Hari Buruh Pekerja Perempuan Harus Paham Perihal Hak Cuti Keguguran

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 338 hits
Ini hal yang harus diketahui pekerja perempuan soal cuti keguguran Pekerja perempuan yang mengalami keguguran kandungan berhak memperoleh istirahat satu setengah bulan atau sesuai dengan surat keterangan dokter kandungan atau bidan
Hari Ke 14 Kes Najib Peguam Dijangka Soal Balas Pengurus Bank

Hari Ke 14 Kes Najib Peguam Dijangka Soal Balas Pengurus Bank

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 358 hits
KES NAJIB Ketika perbicaraan mahkamah Najib Razak berhubung dakwaan penyelewengan sebanyak RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd memasuki hari ke 14 hari ini pasukan peguam bela bekas perdana menteri itu dijangka menyoal saksi ke 30 peng...
Najib Bayar Rm67 000 Bina Tangki Air Di Rumahnya Di Pekan

Najib Bayar Rm67 000 Bina Tangki Air Di Rumahnya Di Pekan

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 297 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak telah membayar wang sebanyak RM67 000 kepada seorang kontraktor bagi membina dua menara tangki air di kediamannya di Pekan Pahang Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini Kontraktor syarikat binaan Syadi...
Hari Ke 10 Hakim Tolak Permohonan Najib

Hari Ke 10 Hakim Tolak Permohonan Najib

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 334 hits
LANGSUNG Sebelum bekas PM kemuka permohonan ketepikan semua tujuh tuduhan yang dikenakan atas alasan ia dibuat secara mengelirukan
Perbicaraan Hari Keenam Najib Razak

Perbicaraan Hari Keenam Najib Razak

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 393 hits
KUALA LUMPUR 22 April Perbicaraan hari keenam bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa atas tujuh pertuduhan salah guna jawatan pecah amanah dan menerima hasil aktiviti haram berjumlah RM42 juta membabitkan dana syarika...
Najib Trial Day 12 Src Rejected Kwap S Request For Business Plan Details

Najib Trial Day 12 Src Rejected Kwap S Request For Business Plan Details

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 337 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged misappropriation of funds from SRC International Sdn Bhd enters its 12th day today at the Kuala Lumpur High Court Malaysiakini brings you live reports of th...
Kit Siang Retracts Murder Allegation Against Najib

Kit Siang Retracts Murder Allegation Against Najib

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 379 hits
DAP veteran leader Lim Kit Siang today denied ever accusing Datuk Seri Najib Razak of being responsible for several past high profile murders Lim in a written statement today outright denied making such accusation and clarified that his sta...
A New Inmate To Keep Najib Company

A New Inmate To Keep Najib Company

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 671 hits
Sexist Racist and Corrupt Bung Moktar To Be Charged There s a piece of good news for former Prime Minister Najib Razak His soon to be life in prison might not be so boring and dull after all Another potential inmate could be on his way to a...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa