Perbicaraan Hari Keenam Najib Razak



KUALA LUMPUR 22 April - Perbicaraan hari keenam bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa atas tujuh pertuduhan salah guna jawatan, pecah amanah dan menerima hasil aktiviti haram berjumlah RM42 juta membabitkan dana syarikat SRC International Sdn. Bhd
Ikuti laporan langsung perbicaraan dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur oleh Wartawan SUWARNI MOKHTAR, HANIZA HASSAN dan jurugambar FAUZI BAHARUDIN

12.41 tengah hari:Mahkamah berhenti rehat dan akan disambung pada pukul 2 petang untuk pemeriksaan balas terhadap saksi pendakwaan ke-11 iaitu Trustee Rumah Penyayang Tun Abdul Razak, Abdul Munir Osman
Saksi sebelum ini mengesahkan menerima RM400,000 daripada Najib yang juga penaung institusi itu untuk digunakan bagi tujuan perbelanjaan

12.01 tengah hari:Perbicaraan diteruskan mendengar keterangan saksi pendakwaan ke-10 iaitu Setiausaha UMNO Bahagian Johor Bahru, Abu Talib Alias
Abu Talib memaklumkan menerima cek bernilai RM300,000 atas nama UMNO Johor Bahru bagi urus tadbir Parti
Ketika perbicaraan, saksi diminta oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi untuk mengecam Najib di dalam mahkamah dan secara bersahaja, Abu Talib menjawab, "Ada, malu apa bossku" namun kemudian memohon maaf kepada mahkamah

11.49 pagi:Ketika pemeriksaan balas oleh Tan Sri Shafee, saksi memberitahu wang tersebut digunakan untuk program kemasyarakatan seperti membiayai kelas tambahan murid sekolah, sumbangan kepada orang sakit dan lain-lain aktiviti
"Jumlah RM50,000 itu diputuskan sendiri oleh Datuk Seri Najib. Saya tidak menyatakan sebarang jumlah," katanya
Saksi selesai memberi keterangan

11.41 pagi:Saksi kesembilan, Datuk Asmadi Abu Talib yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merbau Pulas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) tahun lalu memaklumkan menerima RM50,000 melalui cek daripada Najib
Wang berkenaan, menurut Ketua Bahagian UMNO Bahagian Padang Serai itu adalah sumbangan bekas Pengerusi BN itu sebagai membantu bahagiannya menjalankan program parti
"Dalam satu pertemuan dengan Datuk Seri Najib, saya ceritakan perancangan untuk parti termasuk kekangan masa, tenaga dan kewangan yang kami hadapi dalam mengadakan program
"Cek berkenaan adalah atas nama saya dan saya masukkan ke dalam akaun saya. Namun jumlah itu saya umumkan kepada semua Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian," katanya

10.44 pagi:Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, saksi memaklumkan pembinaan dua buah tangki air dengan keseluruham berkapasiti 4,500 liter di rumah Datuk Seri Najib Tun Razak yang menelan belanja RM67,000 adalah satu keperluan mendesak dan bukan kemewahan
Ini kerana, menurut saksi, tangki air lama di kediaman rasmi Najib di Pekan, Pahang itu sudah lama dan sering rosak
Saksi selesai memberi keterangan

10.30 pagi:Saksi yang merupakan pemilik syarikat Syadilah Enterprise memaklumkan telah dibayar RM77,300 melalui cek bagi kerja-kerja membina dua buah tangki air, selenggara pendingin hawa, pendawaian, baiki atap bocor dan menukar tombol pintu yang rosak
Dia telah memberi tiga invois dengan setiap satu sebut harga bernilai RM67,000, RM9,540 dan RM760

10.22 pagi:Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali kemudian berkata laporan polis telahpun dibuat serta perkara ini masih dalam siasatan
"Bagaimanapun diingatkan sebarang bentuk rakaman. CRT diberikan kepada pasukan pendakwaan dan pembelaan adalah untuk menyediakan nota prosiding. Ia bukan untuk disiarkan atau dimuatnaik media sosial
"Malah, masyarakat turut diingatkan untuk tidak membuat sebarang komen atau ulasan  yang boleh memprejudiskan kes," katanya
Perbicaraan diteruskan dengan saksi pendakwaan kelapan, Daud Mohamed, 53, yang merupakan seorang kontraktor untuk memberi keterangan

10.05 pagi:Bagaimanapun, ketua pasukan pembelaan, peguam Tan Sri Muhammad Shafee berhujah bahawa perkara itu masih dalam siasatan pihak polis
"Pihak kami sebelum ini telah memohon perintah larangan dan bagaimanapun pihak pendakwaan membantahnya. Sekiranya ia dibenarkan saya fikir masalah ini tidak akan timbul. Siapa yang makan cabai, dia yang rasa pedasnya
"Rakaman prosiding ini tidak memberi kemudaratan kepada sesiapa. Ramai yang datang kepada kami dan mahukan perbicaraan ini dijalankan secara siaran langsung dan boleh ditonton oleh semua pihak," katanya

9.44 pagi:Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri bermula. Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V. Sithambaran membangkitkan isu berhubung penularan satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) prosiding perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di dalam sosial Facebook, Jumaat lalu
Pihak pendakwaan berhujah bahawa transkripsi rakaman mahkamah (CRT) tersebut tidak wajar di muatnaik di laman sosial apatah lagi rakaman itu hanya diserahkan kepada pihak-pihak tertentu sahaja termasuk pihak pendakwaan dan pembelaan
"Malah sebelum mendapatkan salinan rakaman ini, pihak-pihak perlu memberi akujanji untuk tidak mengedar, menyalin, dan memuatnaik rakaman itu kepada sesiapa
"Sehubungan itu, pihak kami memohon arahan mahkamah agar mana-mana pihak tidak memuatnaik rakaman perbicaraan ini di media sosial," katanya

8.53 pagi:Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira pukul 8.45 pagi tadi bagi menghadiri perbicaraan kesnya yang didakwa atas tujuh pertuduhan salah guna jawatan, pecah amanah dan menerima hasil aktiviti haram berjumlah RM42 juta membabitkan dana syarikat SRC International Sdn. Bhd

source : utusan malaysia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azmykelanajaya.com/2019/04/perbicaraan-hari-keenam-najib-razak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendakwa Bantah Peguam Minta Saksi Kemuka Dokumen Dalam Perbicaraan Najib Hari Ini

Pendakwa Bantah Peguam Minta Saksi Kemuka Dokumen Dalam Perbicaraan Najib Hari Ini

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 379 hits
KUALA LUMPUR Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes bekas perdana menteri Najib Razak atas 7 pertuduhan melibatkan dana SRC International Sdn Bhd membantah permohonan pembelaan supaya saksi pertama kemukakan 3 dokumen tambahan dalam perbica...
Perbicaraan Najib Razak Penerima Habuan

Perbicaraan Najib Razak Penerima Habuan

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 482 hits
APABILA duit bukan hasil titik peluh sendiri dan mudah dapat nak bagi pada orang pun tiada masalah Hari ini kita diHIDANGkan dengan cerita bagaimana mudahnya wang diberikan kepada pemimpin pemimpin Umno di perbicaraan Najib Razak Seorang Ke...
Istri Najib Razak Bantah Beli Berlian 22 Karat Dengan Uang Korupsi 1mdb

Istri Najib Razak Bantah Beli Berlian 22 Karat Dengan Uang Korupsi 1mdb

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 274 hits
Pernyataan pihak Rosmah ini menanggapi penuturan Kepala Divisi Anti Pencucian Uang Kepolisian Malaysia Khalil Azlan pada Sabtu lalu
Kes Src Najib Bicara Hari Ke 4 Bermula

Kes Src Najib Bicara Hari Ke 4 Bermula

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 715 hits
Diterbitkan Hari ini 8 51 pagi LANGSUNG Perbicaraan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak masuk hari keempat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 9 32 pagi Najib Razak masuk ke bilik mahkamah dan duduk di tempat duduk awam Sementara menunggu...
Najib Gagal Lagi Dapatkan Dokumen Tambahan Perbicaraan Src

Najib Gagal Lagi Dapatkan Dokumen Tambahan Perbicaraan Src

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 274 hits
Perbicaraan kes Najib Razak akan bersambung 15 April ini hingga 10 Mei nanti PUTRAJAYA Najib Razak sekali lagi gagal mendapatkan perintah sekatan bagi menghalang media dan orang ramai membincangkan merit kesnya serta mendapatkan dokumen tam...
Rakaman Prosiding Mahkamah Najib Razak Tular

Rakaman Prosiding Mahkamah Najib Razak Tular

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 490 hits
Rakaman Prosiding Mahkamah Najib Razak Tular di media sosial facebook Rakaman berkenaan dimuat naik menerusi akaun bekas pegawai khas Najib Isham Jalil dan ditonton sebanyak 189 000 kali serta mendapat lebih 1 700 komen selain dikongsi oleh...
Berita Kecoh Di Perbicaraan Najib

Berita Kecoh Di Perbicaraan Najib

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 475 hits
Berita Kecoh Di Perbicaraan Najib Berlaku sedikit kekecohan di pekarangan bangunan Mahkamah Kuala Lumpur hari ini apabila seorang pemuda mendakwa sebagai pelajar meluru kep arah bekas Perdana Menteri Najib Razak selepas prosiding hari keemp...
Perbicaraan Dedah Sikap Boros Najib Berbelanja

Perbicaraan Dedah Sikap Boros Najib Berbelanja

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 250 hits
Najib Razak dibicarakan kes rasuah salahguna kuasa dan pengubahan wang haram berkaitan SRC International anak syarikat 1MDB Foto The Malaysian Insight Perbicaran kes SRC International melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pertama kal...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa