Empat Hari Penuh Makna Buat Pm Anwar Di Bumi Russia Dan Tartastan


 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Märcani, antara masjid tertua di Kazan dan antara mercu tanda penting warisan Islam di Tatarstan seraya menyerahkan naskah Al-Quran dalam rangka lawatan ke Kazan, Tartastan pada 16 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
PENDAPAT, 17 Mei – Apa manfaat yang bakal diterima Malaysia susulan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Russia dan Tartastan dari 13 hingga 16 Mei lepas?
Berapa pula nilai pelaburan yang dijangka dibawa masuk ke Malaysia termasuk jumlah dagangan yang kini mencecah RM11.46 bilion (AS$2.48 bilion) setakat tahun lalu?
Inilah antara beberapa persoalan yang dibangkitkan warga netizen (warganet) yang melihat perkembangan terbaharu ini sesuatu yang menarik perhatian di tengah-tengah kegawatan geopolitik terutama isu tarif Amerika Syarikat (AS).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucaptama pada sesi pleno Mesyuarat Kumpulan Strategik ‘Russia-Islamic World’ sempena Forum Ekonomi Antarabangsa Russia-Dunia Islam Ke-16 atau KazanForum 2025. Foto Facebook Anwar IbrahimJarang sekali perhatian warganet tertumpu kepada bagaimana Malaysia di bawah Anwar menangani ketegangan konflik terkait Russia seperti perang di Ukraine dan kerjasama BRICS malah paling penting, apakah pandangan Vladimir Putin terhadap insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh pada 2014.
Segalanya hampir terungkai kerana Anwar mempunyai kemampuan mengendalikan Presiden Russia yang biasanya amat serius itu dengan perbincangan rumit empat mata yang akhirnya menjadi lelucon tatkala kisah ‘tiga kerusi takhta’ namun tentunya menjurus kepada kepentingan kedua-dua negara yang kini berhadapan dengan ‘kegilaan’ Donald Trump menerusi isu tarif timbal balas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi di Kremlin, kediaman rasmi Presiden Russia Vladimir Putin di Moscow pada 14 Mei 2025. Foto Facebook Anwar IbrahimJika dikaji sepintas lalu, rata-rata warganet kagum dengan kebijaksanaan Anwar dalam masa singkat bertemu dengan dua pemimpin kuasa besar dunia iaitu Russia dan terdahulu, China menerusi lawatan negara Presiden Xi Jinping antara 15 hingga 17 April lalu.
“First President Xi Jin Ping visited Malaysia, now PM Anwar visited President Putin, the world’s two most powerful ma. Good job PM Anwar,” tulis Casey Lim.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dianugerah ijazah doktor falsafah sebelum menyampaikan syarahan umum bertajuk “ASEAN in a Multipolar World: Perspectives from Malaysia” di Moscow State Institute of International Relations (MGIMO) di Moscow pada 15 Mei 2025. Foto MGIMOMalah ada yang meninggalkan komen cadangan kepada Anwar untuk diambil maklum (dan berharap dapat dilaksanakan).
“ DSAI… Jgn tinggalkan yg satu ini… tawarkan satu tapak pengkalan tentera laut/udara kpd Rusia di mana2 kawasan berhampiran kawasan Laut Cina Selatan / Sabah Serawak… bg mengimbangi dua kuasa besar yg saling menekan..,” jelas Adam Musse.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Mufti Besar Russia Sheikh Ravil dan menyerahkan senaskhah al-Quran bersama terjemahan dalam bahasa Russia, selari dengan aspirasi MADANI untuk mewakafkan sejuta al-Quran ke seluruh dunia bagi memperluas kefahaman terhadap ajaran Islam serta menangkis gelombang Islamofobia. Foto Facebook Anwar IbrahimManakala Mohd Nor Adlin menulis di ruangan komen berbunyi: “Malaysia 🇲🇾👍🏼Bebas Neutral Berkecuali 🇲🇾👍 berkawan berbaik2 dgn semua 5 negara kuasa veto kuasa besar dunia 👍🏼🇺🇳dasar negara kekal konsisten sejak zaman PM Tunku Abdul Rahman”.
Ini belum dikira lagi dengan agenda merapatkan hubungan antara Muslim di Russia dan Tartastan yang berjumlah lebih 25 juta, bilangan paling ramai di rantau Eropah dan Asia Tengah tidak termasuk Turkmenistan dan Kazakhstan sebagai contoh.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai rombongan Malaysia menghadiri mesyuarat meja bulat bersama pemimpin industri sempena lawatan rasmi empat hari ke Russia di Moscow pada 14 Mei 2025. Foto BernamaMunculnya Anwar menyerahkan naskah Al-Quran dalam terjemahan Bahasa Russia sememangnya menjadi pengikat penting memahami citra agama yang menekankan kesalinghubungan bukan sekadar satu akidah malah Malaysia juga menjadi pelopor kepada sebaran sejuta naskah kitab suci itu setiap kali Anwar ke luar negara.
Merata ceruk dunia telah beliau jelajahi dalam memastikan syiar dan pengembangan agama Islam melalui kaedah sebegini tentunya bukan sekadar mengangkat Malaysia sebagai negara Islam progresif malah menjadi contoh dan ikutan kepada negara bukan Islam mendalami pegangan agama kita.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiahkan Sheikh Ravil senaskhah al-Quran bersama terjemahan dalam bahasa Russia, selari dengan aspirasi MADANI untuk mewakafkan sejuta al-Quran ke seluruh dunia bagi memperluas kefahaman terhadap ajaran Islam serta menangkis gelombang Islamofobia. Foto Facebook Anwar IbrahimKalau diukur dengan berbilion dolar pelaburan yang mengalir masuk ke negara kita, ‘pelaburan’ dalam menyantuni sesama umat sebenarnya lebih bermakna dalam sebuah kesatuan atas nama cintakan Allah SWT dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/05/empat-hari-penuh-makna-buat-pm-anwar-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Calls Russia A Great Friend Of Malaysia In Meeting With Putin

Anwar Calls Russia A Great Friend Of Malaysia In Meeting With Putin

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 99 hits
The prime minister expresses hope for deeper cooperation during his official visit to Moscow Prime Minister Anwar Ibrahim voiced hope for closer collaboration between the two nations during a meeting with president Vladimir Putin in Moscow ...
Pm Anwar Berlepas Ke Russia Mulakan Lawatan Rasmi Ke Moscow Kazan

Pm Anwar Berlepas Ke Russia Mulakan Lawatan Rasmi Ke Moscow Kazan

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 75 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Russia Vladimir Putin di Moscow pada 14 Mei 2025 Foto AFPKUALA LUMPUR 13 Mei Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Russia hari ini untuk lawatan rasmi empat hari ...
Hari Akhir Lawatan Ke Russia

Hari Akhir Lawatan Ke Russia

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 71 hits
Hari ketiga dalam rangka lawatan rasmi ke Rusia saya mulakan dengan menyampaikan syarahan umum di Moscow State Institute of International Relations bertajuk Bridging Worlds In A Fractured Age Sebelum syarahan saya dan delegasi Malaysia berk...
Nahas Trak Fru Pemandu Lori Direman Empat Hari

Nahas Trak Fru Pemandu Lori Direman Empat Hari

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 156 hits
TELUK INTAN Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan maut mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan semalam direman selama empat hari bermula hari ini Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata per...
Met Gala 2025 7 Penampilan Penuh Makna Tailoring Black Style Yang Nyentrik Estetik

Met Gala 2025 7 Penampilan Penuh Makna Tailoring Black Style Yang Nyentrik Estetik

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 110 hits
Met Gala bukan sekadar acara melainkan perayaan kreativitas dan ekspresi diri melalui mode Dengan tema tahun ini Tailoring Black Style para selebriti tampil membawa pesan kuat tentang keberanian identitas dan kebanggaan budaya
Pm Anwar Utus Tahniah Sempena Hari Keputeraan Raja Perlis Ke 82

Pm Anwar Utus Tahniah Sempena Hari Keputeraan Raja Perlis Ke 82

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 72 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bersempena dengan sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke 82 pada 17 Mei 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA L...
Kawasan Terbaik Di Malaysia Dengan Internet Boleh Dipercayai Untuk Pedagang

Buasir Otak Tv Bila Orang Minta Sedekah Tapi Kau Kedekut Be Like

Future Of Penang Turf Club Land Depends On Owners Says Chow

Peras Ugut Pengunjung Hospital Pengawal Keselamatan Direman

Makan Seafood Sepuas Hati Di Cafe Bld Renaissance Johor Bahru

Lima 25 Kicks Off With Spectacular Aerial Display By Rmaf

Stay Zenith Hotel Cameron Highlands

Wear Your Supercar When Automotive Passion Becomes A Lifestyle


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuaca Panas Kering Luar Biasa

Program Wacana Manuskrip Melayu Rahsia Keagungan Cap Mohor Manuskrip Melayu

Membangun Syaja Ah Dalam Kehidupan

Resepi Sambal Kering Peparu Rangup Pedas Lauk Padu Nasi Lemak

Sumbangan Gamuda Dalam Industri Kereta Api

Malang Tidak Berbau