Hari 3 Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung


HARI 3 : SNORKELING DAN ISLAND HOPPING DI PULAU BELITUNG | Assalamualaikum semua.. Good morning... Hari ni dah masuk hari ketiga di Pulau Belitung dan hati sangat berbunga-bunga. Mana taknya, hari ni hari yang ditunggu-tunggu iaitu aktiviti snorkeling dan island hopping di sekitar Pulau Belitung. Sebelum datang ke pulau ni aku dah ada google pasal keindahan lautan kat sini. Subhanallah memang cantik-cantik weii. Tak sabar rasanya nak tengok dengan mata sendiri.. yippieee.. Tapi sebelum tu korang jangan lupa baca entri aku sebelum ni sebab aku ada kongsikan beberpa Tempat Menarik di Pulau Belitung tau.

Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung
Macam biasa, lepas siapkan semua keperluan, kami pun turun breakfast dulu. Kena makan kenyang-kenyang baru la ada energy kan. Lepas makan, kami pun turun dan menaiki bas untuk menuju ke lokasi pertama kami. Tapi sebelum tu kami singgah di satu kedai ole-ole untuk membeli keperluan seperti baju dan selipar sebab ada yang tak bawak. Ni yang aku suka pasal MTN Getaways ni. Mereka sangat flexible. Tapi memandangkan aku dah ada semua keperluan so aku tak turun tapi dengar kengkawan cakap t-shirt kat situ murah. Next time kalau duduk hotel La Lucia, dah tau dah nak shopping mana. Lokasi kedai ni dekat je dalam 5 minit gitu

Oty bercerita mengenai apa yang menarik di Pulau Belitung
Ok, lokasi pertama kami kali ni adalah Pantai Tanjung Tinggi. Perjalanan ambil masa lebih kurang 30 minit gitu dari hotel. Sepanjang perjalanan mbak Oty bercerita mengenai tempat menarik di Pulau Belitung. Seronok pulak dengar cerita mbak Oty sampai tak sedar yang bas kami dah sampai. Kami semua turun bas dan berjalan menuju ke pantai. Mbak Oty kata kat sini juga salah satu lokasi shooting untuk filem Laskar Pelangi. Ada satu signage yang turut diletakkan untuk rujukan pelancong

Pantai Tanjung Tinggi merupakan salah satu lokasi penggambaran Laskar Pelangi
Pantai Tanjung Tinggi, cantik kan
Bergambar reramai dulu sat
Lepas sessi bergambar beramai-ramai, mbak Oty bawa kami menuju ke celah-celah batu. Kat sini batunya agak licin jadi memang pemilihan kasut kena sesuai ye.. Kang ada pulak yang tergolekkk.. hehe. Bila dah melepasi celah-celah batuan maka sampai la kami di batu yang paling hujung atas air laut. Masa ni tak terkata dah sebab cantik sangat view kat sini. Ditambah pulak dengan air laut yang jernih kehijauan. Siap boleh nampak coral dah dasar. SubhanAllah, nikmat apa lagi yang perlu didustakan melainkan menikmati keindahan yang tak terkata ni. Apalagi, harus la abadikan gambar kat sini kan. Mujur juga ada drone. Dapat view dari atas jugak.. cantik tauuu

Selepas melalui celah batu, jumpa lokasi ni. Cantik weiii, air pun biru kehijauan
Pandangan atas, jernih kan. Siap nampak coral
Memandangkan masa agak mencemburui, kami kena bergerak untuk ke lokasi seterusnya. Kang kalau lambat takut tak sempat nak snorkeling pulak. So, kami pun bergerak ke lokasi untuk naik bot. Kami hanya perlu bawak barang-barang yang penting je. Yang lain boleh tinggal dalam bas. Lagi satu kalau ada beg yang kalis air tu lagi bagus untuk bawa naik bot. Jadi kalau kena percik ombak takde la basah kan

Ini lah bot kami
Tengok air dia.. masyaAllah, jernih yakmat
Ha, ni la rupa bot kami. Bot ni boleh muat dalam 15 orang dan jaket keselamatan pun ada disediakan. Jangan risau keselamatan diutamakan tau. Memandangkan cuaca hari ni agak baik, so laut pun agak tenang. Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan. Seronok masing-masing menikmati pemandangan yang indah. Memang tak tergambar dengan kamera. Korang kena mai sendiri untuk tengok keindahan ni

Memang kat Belitung ni air laut nya jernih tau. Tapi bergantung pada cuaca juga
Sebelum sampai ke lokasi untuk snorkeling, kami singgah sebentar di Pulau Garuda. Ha, nampak tak batu yang kat atas tu. Macam paruh burung kan. Ye, itu sebab pulau ini dipanggil Pulau Garuda kerana burung garuda adalah lambang bagi Indonesia. Kat sini kami berhenti sekejap dan bergambar dari atas bot je sebab kat sekitar pulau garuda tak ada pantai. Yang ada hanya ketulan batu yang besar je

Pulau Garuda sebab batu tu macam paruh burung
Pose dulu dekat Pulau Garuda sebab sini tak boleh turun, takde pantai
Lepas dari Pulau Garuda kami bergerak pula ke Pulau Lengkuas. Apa yang menarik kat Pulau Lengkuas ni ada satu rumah api warna putih. Menurut tour guide kami rumah api ni telah dibina pada tahun 1882 semasa pemerintahan kolonial Belanda dulu. Tapi disebabkan penduduk tempatan tak boleh menyebut 'Light House', lama kelamaan pulau ni diberi nama Pulau Lengkuas. Hingga kini rumah api ni masih berfungsi dengan baik. Nah, harus la kena bergambar depan rumah api ni kan sebagai tanda dah pernah datang ke sini.. hehe
Pulau Lengkuas, yang diberi nama sempena Light House
Happening tau diorang ni
Oh ya, kat Pulau Lengkuas ni kita boleh minum air kelapa percuma tau. Duk sibuk bergambar pun sempat lagi singgah ke warung air kelapa. Ye la, free kan. Harus la kena redeem. Kena pulak dengan cuaca yang panas lagi la menyegarkan. Lepas minum, sambung balik bergambar. Tak puas rasanya duduk kat Pulau Lengkuas ni sebab banyak sangat port cantik. Yang penting sempat jugak kami berposing ala-ala watak Laskar Pelangi. So, cuba teka aku watak apa?? nak tau sila tengok gambar kat bawah.. hehe
minum air kelapa sat, free je
Gerai air kelapa di Pulau Lengkuas
Pose Laskar Pelangi, sis jadi Bu mus.. hehe
Selesai bergambar di Pulau Lengkuas, kami bergerak untuk ke snorkeling point yang pertama. Sampai je ke satu tempat yang berhampiran juga dengan Pulau Lengkuas, bot berhenti dan melabuhkan sauh. Rupanya kami dah sampai. Sebelum snorkeling tour guide kitorang memberikan penerangan untuk cara-cara pemakaian goggle dan juga fin. Dua peralatan ni kena pakai bersama dengan life jacket. Ha, lepas tu sorang demi sorang terjun ke laut untuk snorkeling. Aishh, jangan tanya sis terjun ke tidak ye. Dah semestinya aku duduk atas bot je ye sebab aku memang tak reti berenang walaupun menggunakan life jacket. So, berhuhu la atas bot sambil ambikkan gambar kengkawan tengah snorkeling

Tutorial cara pakai goggle untuk snorkeling
Ok, ni cara pakaian untuk snorkeling - goggle, life jacket, fin
Banyaknya ikan kat sini - model : Sunah
Bila dah puas melihat ikan berenang-renang, kami pun stop snorkeling dan bergerak ke Pulau Kepayang untuk makan tengah hari. Tak sedar langsung dah masuk waktu makan tengah hari. Ni semua gara-gara excited berenang kot. Tapi bila melangkah masuk ke restoran dan tengok menu yang dihidangkan terus perut pun berbunyi. Haishh, mana boleh tahan tengok ikan bakar, ketam masak sambal, sayur, sotong goreng tepung dengan udang bakar. Memasing senyap time makan. Lapar bebenor tu.. hihi
Menuju ke restoran di Pulau Kepayang untuk lunch
Menu kami untuk lunch.. sedappp
Pose jap kat Pulau Kepayang Signages
Lepas makan kami sambung lagi snorkeling dekat point no 2. Lokasi snorkeling kali ni special sikit sebab coral kat sini lebih cantik berwarna warni. Menurut tour guide kami, kat sini banyak landak laut dan kalau bernasib baik boleh jumpa nemo juga. Teringat pulak cerita Finding Nemo.. hehe. Sementara diorang semua sibuk snokeling aku pula sibuk bergambar kat hujung bot. Ha, time ni la nak berposing kan buat kenangan

Orang sibuk snorkeling, sis sibuk posing.. hehe
Tengah duk sibuk berposing, tetiba kengkawan yang snorkeling naik balik ke bot. Rupanya arus makin deras. Jadi atas faktor keselamatan semua kena naik balik. Ada beberapa kawan yang mengiyakan sebab diorang pun terasa hanyut. So, kami decide untuk stop snorkeling dan menuju ke satu lagi pulau iaitu Pulau Kelayang.

Time ni ombak dah kuat.. ok, rempitttt
Bila dah sampai Pulau Kelayang, cantik sangat pantai kat pulau ni. Ombak kat sini pun tak kuat. Sesuai ni kalau nak mandi tapi sebelum tu kami nak masuk Gua Kelayang dulu. Nak masuk gua Kelayang ni kena jungle trekking sket tapi tak jauh sangat la. Ha, tu la sebabnya kena pakai kasut yang bersesuaian. Gua Kelayang ni terbina dari bongkahan batu besar yang membentuk satu ruang dan di dalam ruang ini air laut masih boleh masuk. So, memang kena berendam la cite nye. Jadi pada yang bawak henfon or kamera tu kena hati-hati tau. Kang tak pasal2 bergenang air dalam screen. hehe.

Sampai di Pulau Kelayang
Laluan Gua Kelayang yang berbatu
Cantik Gua Batu Kelayang ni. Batunya ada pelbagai lapisan warna
Dah puas berposing di dalam Gua Kelayang, kami bergerak pulang semula ke tepi pantai untuk aktiviti bebas. Haa.. apa lagi. Masing-masing menuju ke laut la.. Mandi time.. Seronok weii mandi kat laut yang tenang, tak dalam dan air pun jernih. Susah nak dapat pantai macam ni kat Malaysia. Tapi aku mandi kejap je sebab nak jugak bergambar sebab cantik sangat lokasi kat sini.

Syok dapat mandi laut
Air kat sini pun jernih dan tenang
A lots of love from Belitung.. cantik sangat kat sini
Dalam duk bergambar nampak pulak beberapa orang budak dan emaknya dok mengetuk-ngetuk batu. Rupanya diorang cari teritip. Baru perasan kat batu tu banyak teritip rupanya. Teritip ni sejenis siput yang melekat kat batu. Adik tu cakap boleh makan terus. Aku pun try la rasa.. sedap jugak. Macam oyster rasa dia.. patut la adik tu cari. Banyak gak dia dapat dalam setengah tong gitu.

Cari teritip
Dah puas mencari ketenangan di Pulau Kelayang, it's time to go back. Noooo.. boleh tak nak stay kat sini je. Tapi pulau ni takde orang wak.. so, kena la balik jugak. Alaaaa, sedihnya. Tambah pulak esok dah nak balik ke Malaysia. Pasti aku akan rindu tempat ni dan pengalaman snorkeling dan island hopping di Pulau Belitung memang best dan terbaik.. adioss.

Time to go back, rindu Pulau Belitung
⬇⬇⬇⬇⬇⬇Baca juga Artikel Pulau Belitung yang lain :
HARI 1 : SELAMAT DATANG KE PULAU BELITUNG, INDONESIAHARI 2 : PULAU BELITUNG DIKENALI NEGERI LASKAR PELANGI
~ PAKEJ BERCUTI KE BELITUNG ~MTN Getaways Getting You There
No. Tel: +65 8531 3381Email: [email protected]
Website:https://www.mtngetaways.comhttps://www.nazaholdings.com
Instagram:@mtngetaways
Facebook:https://www.facebook.com/mtngetaways01/





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dikbee.com/2018/12/hari-3-snorkeling-dan-island-hopping-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakej Island Hopping Dan Snorkeling Ke Pulau Manukan Dan Pulau Sapi Sabah

Pakej Island Hopping Dan Snorkeling Ke Pulau Manukan Dan Pulau Sapi Sabah

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 619 hits
Aktiviti yang saya susun pada hari ketiga semasa bercuti di Sabah adalah melakukan aktiviti Island Hopping dan juga snorkeling Ada beberapa pulau yang popular untuk aktiviti ini namun dalam percutian kali ini kami pilih 2 buah pulau sahaja ...
Hari 1 Selamat Datang Ke Pulau Belitung Indonesia

Hari 1 Selamat Datang Ke Pulau Belitung Indonesia

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 512 hits
HARI 1 SELAMAT DATANG KE PULAU BELITUNG INDONESIA Assalamualaikum semua Rasa macam tak percaya je bila dapat panggilan untuk pergi bercuti ke Pulau Belitung Indonesia Mula mula tu duk fikir gak nak pergi ke tak sebab masih ada banyak kerja ...
Hari 2 Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi

Hari 2 Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 518 hits
HARI 2 PULAU BELITUNG DIKENALI NEGERI LASKAR PELANGI Assalamualaikum semua Selamat pagi dari Belitung Hari ni dah masuk hari kedua di sini Terkejut time bangun pagi bila terasa tangan Farah mengejut bangun Masya Allah nyenyak sangat tidur m...
Belitung Island Journey Day 1 Permulaan Yang Mengujakan

Belitung Island Journey Day 1 Permulaan Yang Mengujakan

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 356 hits
Assalamualaikum semua Pernah dengar pasal Pulau Belitung tak Kalau orang Kluang mungkin tau pasal Felda Ulu Belitung tapi dekat sana takde pulau okeh Pulau Belitung yang Juju nak cerita ni terletak di daerah Bangka Belitung Indonesia Pulau ...
Sambutan Hari Lahir Kasih Sufi Yang Pertama Dengan Tema Princess Di Kota Bharu

Sambutan Hari Lahir Kasih Sufi Yang Pertama Dengan Tema Princess Di Kota Bharu

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 680 hits
Sambutan Hari Lahir Kasih Sufi Tema Princess Yang Pertama Pada 05 Disember 2018 yang lalu genaplah usia Kasih Sufi yang pertama Terasa cepat sangat masa berlalu dalam keadaan sibuk kerja dan urusan keluarga hinggakan terasa hanya dengan sek...
Amalkan Doa Murah Rezeki Setiap Hari

Amalkan Doa Murah Rezeki Setiap Hari

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 2485 hits
AMALKAN DOA MURAH REZEKI SETIAP HARI Assalamualaikum Selamat pagi Apa khabar semua Moga berada dalam keadaan yang baik hendaknya Ada ahli keluarga Cik Rose yang diuji dnegan masalah kesihatan Ada juga teman teman yang sedang bertarungn mela...
Itinerary 5 Hari 4 Malam Mesra Muslim Ke Seoul Korea

Itinerary 5 Hari 4 Malam Mesra Muslim Ke Seoul Korea

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 657 hits
Sama ada ia adalah kali pertama anda ke Seoul atau yang ketiga ada sesuatu tentang bandar ini yang terus menarik pelancong Mungkin pada masakan Korea yang lazat tempat tempat alam semulajadi yang indah atau tempat tempat membeli belah yang ...
Berapa Lama Hari Burung Kenari Bertelur Setelah Dikawinkan Setelah Proses Kawin

Berapa Lama Hari Burung Kenari Bertelur Setelah Dikawinkan Setelah Proses Kawin

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 688 hits
Sering kali kami menjumpai pertanyaan pertanyaan seputar kapan kenari bertelur berapa lama kenari bertelur setelah membuat sarang berapa hari kenari bertelur setelah proses kawin dan lain sebagainya Bagi sobat kenari mania yang mendambakan ...
Megawati Hari Ibu Momentum Gerakan Politik Perempuan Indonesia

Megawati Hari Ibu Momentum Gerakan Politik Perempuan Indonesia

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 326 hits
Gerakan yang memperlihatkan bahwa sejak awal mula berdirinya bangsa ini laki laki dan perempuan memiliki kontribusi yang sama ujar Megawati
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat