Hari 2 Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi


HARI 2 : PULAU BELITUNG DIKENALI NEGERI LASKAR PELANGI | Assalamualaikum semua.. Selamat pagi dari Belitung. Hari ni dah masuk hari kedua di sini. Terkejut time bangun pagi bila terasa tangan Farah mengejut bangun. Masya Allah, nyenyak sangat tidur malam tadi. Maybe sebab penat sangat kot. Tapi pagi ni lepas aje mandi terus rasa segar. Dalam hati berbunga-bunga sebab tak sabar nak explore bumi Belitung. Yaaa, hari ni kami semua akan dibawa melawat ke tempat-tempat menarik yang ada di Pulau Belitung.. yeayyy.


Oh ya, bila aku share pasal Pulau Belitung ramai yang tanya kat mana lokasi Pulau Belitung ni. Ok, aku terangkan sikit ya. Pulau Belitung ni terletak di bahagian Pantai Timur Sumatra, Indonesia. Pulau ini terbahagi kepada 2 daerah iaitu Daerah Belitung yang beribukota di Tanjung Pandan dan Belitung Timur yang beribukota di Manggar. Menurut Oty (tour guide kami) hari kedua ni kami akan ke beberapa lokasi menarik sekitar Belitung. Esok baru aktiviti air. yeayy

Sebelum berangkat, harus la isi perut dulu kan. Mana boleh jenjalan dengan perut kosong. So, kami breakfast di La Lucia Cafe. Sedap jugak menu breakfast kat sini. Lepas makan kami semua menaiki bas yang comel ni. Iya, bas ni akan menjadi pengangkutan rasmi kami sepanjang 4 hari. Masa kami naik tu bas ni memainkan lagu Laskar Pelangi. Boleh dikatakan lagu ni diulang berkali-kali. Nak tau sebab apa?? Ya, sebab Pulau Belitung juga dikenali sebagai Negeri Laskar Pelangi.


Ha, korang pernah tengok tak filem Laskar Pelangi?? Kalau belum, sila tengok ya. Kalau dah, pasti korang tau mengenai kisah di mana sebuah sekolah yang mempunyai kekurangan murid bakal ditutup. Namun apabila datang seorang murid yang kesepuluh makan sekolah tersebut terus beroperasi dan di situ la mencoretkan pelbagai aksi dan keletah 10 orang murid iaitu Ikal, Lintang, Sahara, Mahar, A Kiong, Syahdan, Kucai, Borek, Trapani, dan Harun dalam mengharungi kehidupan dan juga erti persahabatan. Guru mereka iaitu Bu Mus menggelar mereka sebagai Laskar Pelangi dek kerana mereka sukakan pelangi.


Filem Laskar Pelangi ini diadaptasi dari novel karya Andrea Hirata. Kalau perasan lokasi penggambaran filem tu memang cantik kan.. Ha, kat sini la diorang shooting. Keindahan alam di Belitung telah diangkat di dalam filem tersebut sehingga Pulau Belitung diberi gelaran Negeri Laskar Pelangi. Oh yaa.. drama pukul 7 'Kekasih Paksa Rela' yang meletop-letop lakonan abam Remy Ishak pun shooting kat sini jugak. So, meh aku kongsikan beberapa tempat menarik di Pulau Belitung yang kami pergi untuk hari kedua ni.




TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PULAU BELITUNG
1. Replika Sekolah Laskar Pelangi - SD Muhammadiyah Gantong
Perasan tak aku ada cakap pasal sekolah dalam filem Laskar Pelangi kat atas tadi. Ha, inila dia sekolahnya. Datang ke Belitung kena mai sini tau. Replika Sekolah Laskar Pelangi ni menjadi tumpuan ramai sekaligus membuatkan pengunjung menyelami kehidupan anak-anak laskar pelangi yang berusaha untuk mengejar impian. Untuk drama Kekasih Paksa Rela pun ada shooting kat sini jugak.






Sebak rasa bila saat memasuki kelas yang ada di situ dengan berbumbungkan zink dan berlantaikan pasir. Dinding pun dah berlubang-lubang dah. Tambah pulak bila kami beramai-ramai menyanyikan lagu Laskar Pelangi. Rasa syahdu semacam weiiii... Ala, rindu pulak dengan trip ke Belitung ni (bila nak move on ni weiii)






2. Dermaga Kirana

Lokasi Dermaga Kirana ni dekat je dengan Replika Sekolah Laskar Pelangi. Kalau jalan kaki pun sampai. Aku tertarik dengan design rekabentuk rumah rotan yang dibuat atas pelantar kayu. Unik tau.. Dekat sini rumah rotan ni dikenali sebagai Rumah Keong yang bermaksud 'siput'. Ia menjadi tempat untuk beistirehat dan berlindung dari matahari tapi tak kurang juga menjadi port yang cantik untuk bergambar. Manakala pelantar kayu pula dibina berbentuk zig zag sehingga menuju ke sebuah danau yang mempunyai air yang jernih.






3. Museum Kata Andrea Hirata

Museum Kata Andrea Hirata merupakan muzium sastera pertama di Indonesia. Muzium ini dibina oleh penulis novel Laskar Pelangi iaitu Andrea Hirata dan di sini menghimpunkan lebih dari 200 karya dari berbagai genre seperti karya muzik, filem, seni dan arkitektur. Dari luar lagi aku dah tertarik dengan rekabentuk muzium ni yang ceria berwarna-warni macam pelangi. Di dinding-dinding juga terdapat beberapa kata-kata inpirasi. Sama juga di dalam muzium, setiap sudut sarat dengan pameran dan juga karya -karya yang memukau mata. Kalau lapar dan dahaga, di dalam muzium ni juga ada kedai untuk menikmati kopi Belitung dan juga makanan ringan.

Waktu operasi : 9.00 WIB hingga 17.00 WIBHarga tiket : Rp 50.000 (dapat naskah nipis Lakar Pelangi)






4. Kampoeng Ahok

Ahok atau nama sebenarnya Basuki Tjahaja Purnama merupakan seorang tokoh politik yang merupakan anak kelahiran Pulau Belitung. Nama beliau disanjung kerana telah banyak berjasa dalam membangunkan bumi Belitung sehingga Belitung dikenali di negara luar. Jadi sebagai menghargai jasa beliau, Kampoeng Ahok dijadikan sebagai salah satu tarikan pelancong. Di sini terdapat koleksi-koleksi foto serta barangan milik beliau. Kalau bernasib baik, dapat jugak bergambar dengan ahli keluarga Ahok





5. Vihara Dewi Kwan Im

Destinasi yang ke-5 kami pergi adalah Vihara Dewi Kwan Im yang merupakan vihara terbesar dan tertua di Pulau Belitung. Vihara tu maksudnya rumah ibadat agama Buddha. Vihara Dewi Kwan Im dibina pada tahun 1747, maknanya dah berusia 266 tahun tau. Di vihara ni kita perlu menaiki tangga sebanyak 86 anak tangga untuk naik ke atas. Tangga kat sini warna warni, cantik. Di atas pula terdapat satu patung besar dan kita boleh nampak pemandangan indah Gunung Burung Mandi.





6. Tanjung Pendam

Sebagai lokasi terakhir untuk hari kedua ni kami singgah di Pantai Tanjung Pendam untuk menikmati pemandangan indah tatkala matahari terbenam. Kalau korang nak tau lokasi pantai ni dekat je dengan Kota Tanjung Pandan, Belitung jadi ia turut digelar sebagai Pantai Tengah Kota. Tapi kat sini tak boleh mandi tau sebab dasarnya tanah selut bukan pasir. Walaupun tak boleh mandi, tapi kat sini masih meriah dengan pengunjung kerana di sekitarnya ada banyak gerai dan restoran.



Haa, inilah 6 lokasi yang kami pergi untuk hari kedua ni. Sekarang aku kongsikan pula tempat makan yang menarik ada di Belitung. Boleh jadi rujukan untuk korang kalau datang ke Pulau Belitung ni


TEMPAT MAKAN MENARIK DI PULAU BELITUNG
1. Resto FEGA, Manggar

Kami singgah di Resto Fega atau sebenarnya Restoran Fega yang terletak di Manggar untuk makan tengah hari. Masuk je ke ruang makan terus teruja sebab di hujung tempat makan ni berbentuk seperti kapal. Rupanya tempat makan ni menghadap ke sebuah tasik yang besar. Di bahagian bawah juga terdapat pelantar menuju ke tengah tasik.



Menu kami untuk tengah hari ni adalah Ikan Bakar, Sotong goreng Tepung, Sate ayam dan Gangan ikan. Bagi aku semua lauk kat sini sedap especially gangan ikan atau kalau kat Malaysia kita panggil singgang ikan. Kebetulan meja kami dapat bahagian kepala pulak tu, apa lagi memang meratah la jawabnya. Sotong pulak memang rangup, abis semua kerak-kerak dia kitorang sapu. Yang ikan bakar pun sedap walaupun isi semata. Lepas makan sempat jugak turun ke pelantar dan bergambar..





2. Warkop Millenium 2000, Manggar

Orang kata kalau mai Belitung tak pekena kopi tak sah tau. Kat sini memang kopi menjadi minuman seharian masyarakat Belitung. Jadi untuk minum petang kami singgah di Warkop Millenium 2000. Nak jugak tahu macam mana rasa kopi Belitung ni kan. So, aku order es kopi susu. Oh ya, kalau ambil pakej dengan MTN Getaways, minum kopi di sini adalah percuma. Kalau tambah menu lain baru kena bayar ye. Tapi ada yang baik hati belanja pisang goreng. Macehhh...




3. Resto Belitung Timpo Duluk, Tanjung Pandan
Makan malam kami pula adalah di Resto Belitung Timpo Duluk. Advanture sikit la nak makan kat sini sebab kena naik tangga. Ha, bayangkan badan dah penatdan perut dah lapar tapi kena naik tangga, memang semput laaa.. Tapi bila dah sampai ke anak tangga terakhir, kagum bila nampak bangunan di depan kami. Eh, betul ke ni restoran, tak macam restoran pun. Macam rumah kayu 2 tingkat je.


Rupanya ada sesuatu yang unik di restoran ni dimana makanan dihidangkan di dalam dulang. Adat makan berdulang ni merupakan tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Belitung. Lebih unik ada peraturan ya sebelum makan di mana yang muda akan membuka tudung saji dan membahagikan pinggan. Setelah selesai, yang tua pula akan menceduk nasi terlebih dahulu baru lah dituruti oleh yang lebih muda. Masa ceduk lauk pun sama, yang tua akan ambil dulu. So, memandangkan untuk meja aku, aku yang paling tua maka aku la yang ceduk dulu.. (ala, kantoi plak sis dah tua.. hakkhak)



Menu kami malam ni adalah Ayam Masak Ketumbar, Sayur goreng, Gangan darat, Sata ikan, ulam dan sambal. So far lauk-lauk kat sini not bad juga rasanya. Yang gangan darat tu beza rupanya dari lauk tengah hari tadi sebab kali ni ia menggunakan daging. Tu sebab dipanggil gangan darat. Yang sata ikan tu pulak nampak macam tak dibakar sebaliknya direbus atau dikukus je. So, ada beza rasa sikit la. Apapun suka konsep restoran ni yang mengamalkan adat tradisi lama masyarakat Belitung, iaitu makan berdulang. Satu kenangan yang boleh kami bawa pulang.


Bila berakhirnya makan malam bermakna berakhir la perjalanan kami untuk hari kedua ni. So, lepas ni kami akan pulang ke hotel untuk berehat kerana keesokkan harinya kami akan membuat aktiviti air iaitu island hopping dan snorkeling. Yayy, tak sabar rasanya nak melihat keindahan lautan di sekitar Pulau Belitung. So, nantikan entri seterusnya untuk mengenai perjalanan hari ketiga kami tau.. lots of 💘 from Belitung.. adios


⬇⬇⬇⬇⬇⬇
~ PAKEJ BERCUTI KE BELITUNG ~MTN Getaways Getting You There
No. Tel: +65 8531 3381Email: [email protected]
Website:https://www.mtngetaways.comhttps://www.nazaholdings.com
Instagram:@mtngetaways
Facebook:https://www.facebook.com/mtngetaways01/




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dikbee.com/2018/12/hari-2-pulau-belitung-dikenali-negeri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari 3 Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung

Hari 3 Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 610 hits
HARI 3 SNORKELING DAN ISLAND HOPPING DI PULAU BELITUNG Assalamualaikum semua Good morning Hari ni dah masuk hari ketiga di Pulau Belitung dan hati sangat berbunga bunga Mana taknya hari ni hari yang ditunggu tunggu iaitu aktiviti snorkeling...
Hari 1 Selamat Datang Ke Pulau Belitung Indonesia

Hari 1 Selamat Datang Ke Pulau Belitung Indonesia

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 512 hits
HARI 1 SELAMAT DATANG KE PULAU BELITUNG INDONESIA Assalamualaikum semua Rasa macam tak percaya je bila dapat panggilan untuk pergi bercuti ke Pulau Belitung Indonesia Mula mula tu duk fikir gak nak pergi ke tak sebab masih ada banyak kerja ...
Tips Belanja Rm180 Untuk 2 Hari 1 Malam Di Pulau Perhentian

Tips Belanja Rm180 Untuk 2 Hari 1 Malam Di Pulau Perhentian

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 690 hits
Semasa ada program STEM di Kota Bharu tiba tiba saja hati nih terdetik nak pegi luangkan masa di Pulau Perhentian Walaupun ada beberapa kali diceritakan pasal pulau tersebut oleh kawan tapi tak pernah pun berhajat sangat nak pergi Memang bu...
Rangga Ditemukan Tewas Tenggelam Di Pulau Semak Daun

Rangga Ditemukan Tewas Tenggelam Di Pulau Semak Daun

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 254 hits
Evakuasi korban dilakukan polisi bersama tim pemadam kebakaran ke Pulau Semak Daun Belum diketahui penyebab tewasnya korban
4 Kali Gempa Guncang Pulau Sumba

4 Kali Gempa Guncang Pulau Sumba

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 230 hits
Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika mencatat empat kali gempa mengguncang Pulau Sumba Nusa Tenggara Timur Senin Terdiri atas tiga kali gempa di Kabupaten Sumba Barat Daya dan satu kali gempa terjadi di Kabupaten Sumba Tengah
Masakan Ala Thai Di Restoran Pak Hussin Tomyam Sungai Ara Bayan Lepas Pulau Pinang

Masakan Ala Thai Di Restoran Pak Hussin Tomyam Sungai Ara Bayan Lepas Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 1228 hits
Restoran Pak Hussin Tomyam Sungai AraRestoran Pak Hussin Tomyam ni terletak di Sungai Ara Bayan Lepas Pulau Pinang restoran ni terletak dalam kawasan taman perumahan tapi tak la ke dalam sangat sebab Pak Hussin tomyam ni betul betul di simp...
Sesalan Di Pulau Langkawi Masyarakat Di Sana Diketepikan Sekalipun Mp Mereka Merupakan Perdana Menteri Malaysia

Sesalan Di Pulau Langkawi Masyarakat Di Sana Diketepikan Sekalipun Mp Mereka Merupakan Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 507 hits
Minggu lalu saya berkunjung ke Pulau Langkawi Peluang itu turut saya gunakan untuk bertemu dengan ramai penduduk tempatan serta dengan ahli ahli parti UMNO dan MIC di sana Saya sempat bertemu pengusaha kedai pemandu teksi pengusaha pelancon...
Pemburu Ratusan Rusa Dan Kerbau Di Pulau Komodo Diringkus

Pemburu Ratusan Rusa Dan Kerbau Di Pulau Komodo Diringkus

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 192 hits
Pemburu ratusan rusa dan kerbau Pulau Komodo diringkus polisi di Desa Poja Kecamatan Sape Bima Nusa Tenggara Barat pada Sabtu 29 Desember 2018 Setidaknya ditemukan 100 ekor rusa dan empat kerbau dalam pengungkapan kasus tersebut
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025