Hari 1 Selamat Datang Ke Pulau Belitung Indonesia


HARI 1 : SELAMAT DATANG KE PULAU BELITUNG, INDONESIA | Assalamualaikum semua.. Rasa macam tak percaya je bila dapat panggilan untuk pergi bercuti ke Pulau Belitung, Indonesia. Mula-mula tu duk fikir gak nak pergi ke tak sebab masih ada banyak kerja tertunggak yang perlu dilangsaikan. Tapi bila fikir balik, bila lagi kan. Kalau nak pergi sendiri memang tak la kan. So, alang-alang ada geng ni aku pun accept la.
Bagai tak percaya dapat jejak kaki ke Pulau Belitung
Walaupun aku sorang je perempuan dari Kuala Lumpur sebab partner in crime aku iaitu Kak Min terpaksa tarik diri sebab faktor kesihatan tapi tu bukan penghalang. Takpe, aku kan seorang sistur yang berhalkum (haha, gelaran ni kengkawan yang bagi) so takde hal la. Lagipun ada 4 abam bodyguard yang akan turut pergi bersama. Oh ya, lupa nak bagitau. Penerbangan ke Pulau Belitung kena naik dari Changi Airport so kami yang dari KL ni kena pergi ke sana la.
My bodyguards #teamKL
Tanggal 8 Disember 2018, masing-masing mengangkut beg dan bertemu di Terminal Bersepadu Selatan. Ha, time ni berjumpa la dengan #teamKL yang lain iaitu Ady Soleh, Suhaimi, Amad dan Ejoy. Kami ambil bas dari KL pukul 11.59 malam tapi maybe jalan jem bas kami delay. Dalam pukul 12.45 pagi baru bas kami sampai. Masa tu masing-masing dah ngantuk. Naik aje bas, terus lebur. Sedar-sedar dah sampai Stesen Bas Larkin dah. Masa tu pukul 4.50 pagi. Eh, hai warga Johor Bahru..
Muka mengantuk tapi tetap kena selfie yee.. wajibbb
Dari Stesen Bas Larkin kami akan mengambil bas untuk ke Changi Airport pulak. Tapi sebelum tu kami akan berjumpa dan berkumpul bersama-sama dengan geng blogger JDT. First time ni nak jumpa diorang semua. Tapi kalau kat sosial media ada juga yang dah kenal. Tapi takpe, tu bukan penghalang untuk kita pergi bercuti bersama ye. Ha, time ni la nak mengeratkan perhubungan silaturrahim. Serius aku cakap, ini la untungnya jadi blogger. Dapat kenal ramai orang..
Segar sikit bila dapat breakfast.. lapiaqqq ooii
Lebih kurang pukul 9 pagi semua dah berkumpul. Haish, time ni malu-malu kucing lagi. Maklum la first time jumpa kan. Dah la dengan muka tak mandinya.. hahaha, shhhh.. ni rahsia kite tau.. cuci muka je kat KFC masa breakfast tadi. Kahkah.. kira halal la ekk.. Yang penting sekarang dah tak sabar nak ke Pulau Belitung. So, kami pun memulakan perjalanan untuk menuju ke Changi Airport.

Antara blogger JDT yang sampai awal
Dari Larkin kami naik bas CausewayLink untuk ke CIQ JB. Bila dah melepasi CIQ JB, kami perlu mencari bas lain pula untuk ke Changi Airport. Kami memilih bas TranStar. Bas ni akan berhenti di CIQ Woodlands dan kita perlu turun untuk proses cop passport. Then after that kena naik balik bas yang sama. Time kat sini agak kritikal sket sebab masa kat Woodlands CIQ orang ramai dan mengambil masa yang agak lama untuk melepasi imigresen. Bila semua dah lepas, bas yang kami naik tadi dah pergi so kami kena tunggu next bas. Tapi tah kenapa, lambat pulak bas sampai. Jadi kami pun tersadai di Woodlands CIQ lebih kurang 2 jam lebih. Haishh, sampai nak terpejam la mata menunggu bas dek kerana tak cukup tidur malam tadi. Tapi ada hikmah jugak, dapat la kami jumpa wakil MTN Getaways iaitu Cik Faizun. Dia la yang uruskan trip kami tapi sayang dia tak dapat join sebab ada hal lain.. alaaaaa sob sob.

Ni bas dari Larkin ke CIQ JB
Ni pulak bas dari CIQ JB ke Changi Airport
Ok, dipendekkan cerita dalam pukul 2.30pm kami pun sampai kat Changi Airport. Bila dah selesai Check-In baru la masing-masing menarik nafas lega. Ye la, risau jugak terlepas flight kan. Kang babai Belitung hello Singapore pulak. hehe.. So, sesambil menunggu boarding kami pun berehat dan isi perut yang sejak tadi berdangdut. Ada juga yang bersiar-siar dalam kawasan airport ni sebab lawa giler suasana kat sini. Siap ada pameran Harry Potter dan ada taman rama-rama gitu.
Dah sampai Changi Airport terus Check-In Luggage
Yeayy.. dah dapat Boarding Pass
Lepak minum dulu kat Changi Airport
Tepat jam 5.00pm kami pun boarding. Kami menaiki penerbangan Garuda Indonesia. Walaupun kapal terbang kami agak kecil tapi selesa tau. Masa penerbangan pun tak terasa sangat gegaran. Nasib kami juga baik kerana cuaca elok dan paling best sebab dapat tengok sunset dari atas flight. Subhanallah, indahnya ciptaan Allah s.w.t. Setelah mengharung penerbangan dalam sejam lebih akhirya sayup-sayup di bawah kelihatan Pulau Belitung. Cantikkk sangatt.

Dah get ready nak departure
Ruang dalam kapal terbang Garuda Indonesia
Subhanallah, dapat tengok sunset. cantikkkk
Alhamdulillah, lebih kurang pukul 7.00pm kami semua selamat mendarat di H.A.S. Hanandjoeddin International Airport. Yeahh, setelah mengharungi seharian perjalanan akhirnya kami berjaya menjejakkan kaki ke bumi Belitung. Selamat datang ke Pulau Belitung, Indonesia. Macam tak percaya je. Kami disambut oleh tour guide dari MTN Getaways yang akan menemani sepanjang perjalanan kami selama 4 hari di Pulau Belitung. Nama tour guide kami tu Mbak Oty dan Heri.
Yeayy.. dah selamat mendarat. Welcome to Belitung
Untuk malam hari pertama ni kami hanya akan makan malam dan lepas tu terus check-in di hotel. Kami makan malam di Raja Seafood Belitung, Tanjung Pandan. Masa tu mata dah layu dah tapi bila sebut pasal makan terus cerah bijik mata. Tambahan pula kami dihidangkan dengan seafood. Memang favourite la. Ada ketam, ikan, isi ayam, acar buah dan juga sup fishball. Masakan orang Belitung ni lebih kurang je dengan masakan kita cuma tawar sedikit. Air teh pula dihidangkan tanpa gula. So, jangan terkejut la ye tapi bagus juga untuk kesihatan. hehe
Singgah dinner di Raja Seafood Belitung
Muka lapar tapi sempat bergambar.. hehe
Menu kami malam ni.. ketam tu menggodaaaa
Selesai makan malam, masing-masing dah tak sabar nak jumpa katil. Maklum la, badan dah letih oiii... esok nak jenjalan pulak. Jadi malam ni kena tidur secukupnya dan charge balik energy. Kami check-in di Hotel La Lucia. Dengar kata hotel ni baru je dibuka. Patut la kelihatan lebih moden dan fasilitinya cukup cuma tiada kolam renang.
Ok dah sampai hotel..phewww
Aku dapat bilik di aras 6 kamar no 610. Roomate aku pulak seorang blogger dari Johor iaitu Farah Dinah atau blognya https://faradidi.blogspot.com. Hai awakk... nampaknya kita akan bersama selama 4 hari tau.. eh, lain macam jek bunyinya tapi serius Farah ni comel dan peramah orangnya. Bayangkan malam pertama pun dah ada kisah lucu. Mana taknya, tengah beriya nak rekod video ala2 nak masuk bilik, sekali pintu tertutup. Kad plak tertinggal kat dalam. Mujur la abang housekeeping ada kat bilik sebelah datang menyelamat.. fuhh, kalau tak tidur kat korridor la kami... hahaha, lucu tul.

Ni la bilik aku malam ni.. gambar roomate tak amik time ni sebab masing-masing dah penat.. hihi
Ok, katil dah memanggil.. sis tidur dulu yaaa
Ha, sebelum tidur nah aku belanja rupa bilik aku. Biliknya tidak la besar sangat tapi cukup selesa untuk kami berdua. Kemudahan dalam bilik pun lengkap kecuali tiada almari. Yang ada hanya penyangkut baju sahaja. So, pandai-pandai la ekk nak menyidai. Satu lagi soalan biasa orang perempuan pulak mesti tanya pasal iron kan. Ha, kat hotel ni ada disediakan iron, just minta je dari kaunter receptionist. Okla.. memandangkan hari dah lewat, izinkan untuk aku tidur dahulu. Nanti aku share pulak entri hari kedua untuk korang. Good night from Belitung with 💘.. adiosss..

Info perjalanan :
Terminal Bersepadu Selatan ➔ LarkinBas : Qistina Ekspress RM34.00
Larkin ➔ CIQ JBBas : CausewayLink RM3.30
CIQ JB ➔ Changi AirportBas : TranStar TS1 RM10.00
⬇⬇⬇⬇⬇⬇
~ PAKEJ BERCUTI KE BELITUNG ~MTN Getaways Getting You There
No. Tel: +65 8531 3381Email: [email protected]
Website:https://www.mtngetaways.comhttps://www.nazaholdings.com
Instagram:@mtngetaways
Facebook:https://www.facebook.com/mtngetaways01/




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dikbee.com/2018/12/hari-1-selamat-datang-ke-pulau-belitung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari 2 Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi

Hari 2 Pulau Belitung Dikenali Negeri Laskar Pelangi

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 529 hits
HARI 2 PULAU BELITUNG DIKENALI NEGERI LASKAR PELANGI Assalamualaikum semua Selamat pagi dari Belitung Hari ni dah masuk hari kedua di sini Terkejut time bangun pagi bila terasa tangan Farah mengejut bangun Masya Allah nyenyak sangat tidur m...
Selamat Hari Deepavali

Selamat Hari Deepavali

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 561 hits
blogtunm blogspot com Tun M Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu di Malaysia Hari Deepavali yang merupakan Festival of Lights dan turut diertikan sebagai pe...
Hari Ini Serentak Di Seluruh Indonesia Pemusnahan E Ktp Rusak

Hari Ini Serentak Di Seluruh Indonesia Pemusnahan E Ktp Rusak

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 217 hits
Sebelumnya Kementerian Dalam Negeri memusnahkan 1 378 146 keping KTP elektronik dan sejumlah blangko yang rusak atau invalid Pemusnahan dilakukan di Gudang Aset Kemendagri Jalan Raya Parung Bogor Jawa Barat 19 Desember 2018 kemarin
Badan Meteorologi Indonesia Keluar Amaran Awal Gelombang Tinggi Mulai Hari Ini Sehingga 31 Disember Di Semua Pantai

Badan Meteorologi Indonesia Keluar Amaran Awal Gelombang Tinggi Mulai Hari Ini Sehingga 31 Disember Di Semua Pantai

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 309 hits
Badan Meteorologi Indonesia Keluar Amaran Awal Gelombang Tinggi Mulai Hari Ini Sehingga 31 Disember Di Semua Pantai Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika Indonesia meminta penduduk berwaspada terhadap cuaca dan gelombang tinggi pasca ...
Selamat Hari Krismas 2018

Selamat Hari Krismas 2018

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 503 hits
Selamat Hari Krismas 2018 pada semua pengunjung blog terutama bagi yang beragama Kristian terbaeekkk kipidap mknaceunlimited mknace blogger photography photoblog SJCAM SJ4000 J3 Samsung GalaxyCamera altek cubic love followme beautiful blogo...
Dpw Pan Kalsel Dukung Jokowi Ma Ruf Pkb Ucapkan Selamat Datang

Dpw Pan Kalsel Dukung Jokowi Ma Ruf Pkb Ucapkan Selamat Datang

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 307 hits
Wakil Direktur Tim Kampanye Nasional Joko Widodo dan Ma ruf Amin Daniel Johan mengatakan pihaknya mengucapkan selamat datang kepada Dewan Pimpinan Wilayah Partai Amanat Nasional Kalimantan Selatan yang mendeklarasikan dukungannya kepada pas...
Megawati Hari Ibu Momentum Gerakan Politik Perempuan Indonesia

Megawati Hari Ibu Momentum Gerakan Politik Perempuan Indonesia

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 335 hits
Gerakan yang memperlihatkan bahwa sejak awal mula berdirinya bangsa ini laki laki dan perempuan memiliki kontribusi yang sama ujar Megawati
Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 442 hits
assalam hai agak masih belum terlambat lagi kan untuk cci ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin jika ada salah dan silap cci pada korang so amcam bulan syawal ni banyak ke dpt duit raya pada Hadek2 yang bertuah tu untunglaaa kann h...
Tips Belanja Rm180 Untuk 2 Hari 1 Malam Di Pulau Perhentian

Tips Belanja Rm180 Untuk 2 Hari 1 Malam Di Pulau Perhentian

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 694 hits
Semasa ada program STEM di Kota Bharu tiba tiba saja hati nih terdetik nak pegi luangkan masa di Pulau Perhentian Walaupun ada beberapa kali diceritakan pasal pulau tersebut oleh kawan tapi tak pernah pun berhajat sangat nak pergi Memang bu...
Pasangan Asing Agresif Dikeluarkan Dari Pesawat Airasia

Immersify Kuala Lumpur A Mesmerising Multi Dimensional Media Art Experience

Sbdj Siri 223 Di Usik Manusia Keluang

Tingkatkan Jenama Anda Dengan Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Semburan Linen Yang Menarik

Aktiviti Kunjungan Hormat Ppim Ke Pejabat Pengarah Kpdn Ppim 10 02 2025

Kuala Terengganu River Cruise Pengalaman Menarik Menyusuri Sungai Terengganu

Jalan Jalan Ke Mersing Johor

Unique Gift Ideas For Jewish Holidays And Life Events


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Anak Seiras Bapa Coretan Ulang Tahun Ella Raih Perhatian

The Wagon Cafe

Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar

Pembangkang Yang Tidak Berkualiti Dan Masak Politik

Apa Ada Kat Air Papan Johor