Hargai Pengasuh Yang Baik Mereka Insan Yang Memudahkan Urusan Hidup Kita Rezeki Yang Sangat Besar


Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah perasaan bila kita membaca atau mendengar berita anak-anak kecil yang menjadi mangsa pengasuh. Bagaimana perasaan ibu bapa itu? Dan jika anak itu masih hidup, bagaimana dia membesar dengan trauma yang kuat itu; hanya Allah yang tahu.
Baca: Resipi Chicken Wrap Ala Gyros, Lagi Cepat Guna Roti Capati, Sos Pun Power
Bolehkah kita membendung kejadian ini dari terus menular dan menjadi ketakutan ramai ibu bapa yang terpaksa meningalkan anak-anak dengan pengasuh.

Natijah dari cabaran ini, ramai para ibu yang berhenti kerja sebagai jalan penyelesaian kepada perkara ini. Mungkin itu yang terbaik.
Namun, ada keluarga yang tidak mampu mengambil tindakan itu kerana tekanan ekonomi dan kemungkinan juga kerana spesifikasi kerja yang memerlukan si ibu perlu terus bekerja. Selain itu, isu single mums, juga menjadi sebab mengapa berhenti kerja bukanlah jalan penyelesaian bagi sesaorang ibu itu.
3 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU UNTUK MEMASTIKAN PENGASUH ITU BETUL-BETUL BOLEH DIPERCAYAI.
1- Pastikan dia mempunyai kelulusan penjagaan kanak-kanak. Ini amat penting kerana ini akan memastikan kemahiran yang dimiliki. Jika ia adalah pusat penjagaan kanak-kanak, maka amat penting bahawa semua pekerjanya yang menjaga kanak-kanak mempunyai kelulusan penjagaan kanak-kanak yang diiktiraf.
Tolong jangan tinggalkan anak kecil anda dengan sesaorang dan tempat jagaan kanak-kanak yang ikut tangkap muat sahaja. Keselamatan anak anda adalah tanggungjawab anda. Tiada kompromi!

2- Buat siasatan dan kajian sebelum sah mengambil seorang atau pusat asuhan itu sebagai pengasuh anak-anak anda.
– Lihat track recordnya. Jangan hanya dengar apa yang dia atau mereka katakan. Ingat ya, mereka di dalam bisnes. Mereka boleh kata apa sahaja agar dapat sales.
– Interview kepada ibu bapa yang juga menghantar anak mereka di situ.
– Tanya anak kecil yang diasuh tu, jika ada yang sudah pandai bercakap. (Tapi tanyalah bila pengasuh tiada di situ) dan perhatikan gerak badan anak itu. Selalunya anak-anak kecil bercakap benar. Kalau nampak mata anak itu seperti takut-takut, tandakan ia sebagai satu petanda yang anda perlu kaji lagi. Kemungkinan tempat itu kurang selamat adalah tinggi. Bertanyalah dengan anak-anak lain secara berasingan.
– Dengar dan lihat bahasa dan lihat akhlak pengasuh-pengasuh, anak-anak mereka jika ada di situ dan juga kanak-kanak lain yang diasuh. Jika bahasa dan akhlak mereka kasar, anda mungkin mahu ‘cancel’ sahaja niat anda untuk menghantar anak anda di situ. JANGAN ambil mudah perkara seperti ini jika mahu anak anda berakhlak mulia. Jika mahu
3- Pantau Berkali kali. Sekiranya anda sudah yakin itulah tempat atau orang yang anda hendak tinggalkan anak anda, maka lakukan pantauan dari semasa ke semasa. Jika pengasuh atau tempat asuhan itu bagus, mereka tidak akan kisah dan marah anda datang memeriksa kerana mereka tidak ada apa yang hendak disembunyikan.
Jika mereka mengatakan jangan datang kerana tidak mahu anak anda terus menangis tidak mahu berpisah, maka anda boleh pantau dari luar atau lebih baik minta seseorang yang anak anda tidak kenal untuk datang membuat pantauan.
Walaupun kita telah memilih tempat atau orang itu untuk kita tinggalkan anak kecil kita, kita masih bertanggungjawab memastikan keselamatan anak kecil kita yang masih belum tahu apa-apa. Oleh itu pantau selalu dari semasa ke semasa. Terutama jika ada perubahan pekerja dan sepertinya.

Ini point tambahan yang sangat penting untuk anda lakukan;
Bila ambil anak balik.
-Buka mata dan lihat keadaan tempat itu. Dengarkan ‘bahasa’ yang digunakan. Adakah pengasuh masih boleh berbahasa berlembut dengan anak-anak asuhannya dan anak-anaknya sendiri? Jika tidak ini suatu yang perlu diselidik lagi.
– Balik rumah, terus check seluruh badan anak anda. Peka terhadap mood anak anda. Jika ada nampak kesan lebam atau yang sepertinya; maka selidik bagaimana ianya berlaku, jika anak itu sudah boleh bercakap. Jika tidak, esoknya tanyalah kepada pengasuh itu.
Tak mengapa jika anda nampak cerewet. Jika pengasuh itu baik, mereka sendiri akan sangat prihatin dan ingin tahu apa sebenarnya dan mereka akan berhati-hati. Jika sebaliknya, maka anda perlu terus pantau.
Ada yang merasakan kalau sudah pilih pengasuh maka tawakal sahaja lah. Oh, ini sangat bahaya. Tawakal bukan bermaksud ‘tidak mengikat tali unta itu’. Kita tetap perlu terus berusaha memastikan keselamatan anak-anak kita. Membuat ‘checking mechanism’ itu bukan bermaksud kita tidak percaya. Itu bermaksud kita prihatin.
Kisah Benar #1
Seorang ibu mengadu yang anak perempuannya, 2 tahun di dapati asyik mengesel kemaluannya ke lantai.
Setiap kali dia mahu menghantar ke pengasuhnya, anak kecilnya akan menangis dan tidak mahu. Dan dia akan kata “ Abang tu buat!” dalam bahasa telurnya.
Mujur ibunya bertindak pantas dan berhenti menghantar dia ke pengasuh itu. Kini anak kecilnya tidak lagi menangis untuk dihantar ke pengasuh yang baru.
Apa yang terjadi semasa di pengasuh yang pertama itu, Allah sahaja yang tahu. Dalam ilmu Ibu yang sedikit ini, Ibu nampak tanda-tanda kemungkinan besar anak itu kemaluannya telah ‘disentuh’ oleh abang yang dia takut itu!
Kisah Benar #2
Seorang datuk, ditangkap kerana didapati mencabul cucunya sendiri yang ditinggalkan untuk dijaga neneknya. Konon, setiap kali cucu itu hendak tidur, dialah yang akan membawa cucu itu tidur. Tapi rahsia apa yang dilakukannya semasa itu akhirnya terdedah bila si ibu anak itu mahu memandikan anaknya itu, mendapati kemaluan anak perempuannya itu berbau sangat kuat seolah-olah ada luka.
Dia lantas membawa ke hospital dan di dapati anak kecil 4 tahun itu telah dicabul oleh datuknya sendiri. Apa yang lagi menyedihkan adalah si nenek itu sebenarnya tahu tetapi tidak berdaya menghalang tabiat buruk suaminya yang telah lama dipunyai oleh suaminya!

Perlu Bekerja
Memang kita sedih dan tersentap membaca cerita begini dan merasakan ia mungkin tidak akan terjadi kepada kita. Namun, tidak ada ruginya jika kita cerewet akan hal begini.
Bila anda membaca ini, kemungkinan anda merasakan bahawa takut untuk tinggalkan anak anda dengan pengasuh.
Itu bukan matlamat perkongsian Ibu ini. Perkongsian Ibu ini bermatlamat agar pembaca akan tahu bagaimana untuk memastikan tempat asuhan yang anda tinggalkan anak-anak anda itu yang baik dan anak-anak anda selamat.
Anda perlu bekerja. Tidak kiralah kerana apa. Namun, pucuk pangkalnya anda perlu bekerja. Pergilah kerja dengan hati yang tiada was-was kerana anda telah memilih pengasuh yang bertanggung-jawab, baik akhlaknya dan menjaga keselamatan anak-anak anda.
Berdoa
Satu perkara yang PALING PENTING untuk anda lakukan setiap hari adalah BERDOA kepada Allah dan minta Allah jaga anak-anak anda. Minta dari Allah agar anak-anak mu dijauhi dari mereka yang tidak bertnaggung-jawab.
Kita boleh mengambil segala langkah ajaib, namun langkah berdoa kepada Allahlah yang paling utama. Kerana tidak bergerak sebiji zarah sekali pun kecuali dengan izin Allah.
Allahlah yang menjaga anak-anak kita sebenarnya. Maka pohonlah daripadanya. Pohon anak-anak kita senantiasa selamat dari segala musibah dan penganiayaan Pohonlah agar hati pengasuh anak-anak kita itu ikhlas menjaga anak-anak kita. Doakan kebaikan untuk pengasuh anak-anak kita itu juga.
Hargai Pengasuh yang baik.
Dan sebelum Ibu mengakhiri perkongsian Ibu ini; pesanan Ibu, jika anda sudah menjumpai pengasuh yang baik, maka hargailah dia. Layan dia atau mereka baik-baik. Mereka adalah insan yang didatangkan kepada anda untuk memudahkan anda melakukan urusan hidup anda seharian. Itu rezeki yang sangat besar dan Allah telah berpesan;
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim [14]: 7)
Ibu mendoakan agar semua yang membaca ini, dilindungi Allah segala musibah samada berbentuk perkara yang dikongsikan atau yang lain.
Semoga sayang yang membaca ini dilimpahi rahmah dan dapat mewujudkan Syurga di rumah. Yang membawa kepada rumah di Syurga.
Salam Sayang.
Kredit: Ibu Rose, Pakar Keibubapaan & Kekeluargaan

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Hargai Pengasuh Yang Baik, Mereka Insan Yang Memudahkan Urusan Hidup Kita. Rezeki Yang Sangat Besar appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hargai-pengasuh-yang-baik-mereka-insan-yang-memudahkan-urusan-hidup-kita-rezeki-yang-sangat-besar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nyawa Ibu Direnggut Covid Aisyah Hidup Sebatang Kara Setelah Ditinggal Keluarga Besar Karena Mualaf

Nyawa Ibu Direnggut Covid Aisyah Hidup Sebatang Kara Setelah Ditinggal Keluarga Besar Karena Mualaf

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 263 hits
Malang benar nasib yang dialami Aisyah Alissa Nyawa ibunya direnggut virus Corona Aisyah pun kini hidup sebatang kara Mirisnya Dia juga tertular Covid 19 dan dinyatakan positif berdasarkan hasil Swab tes di RS Siloam Karawaci Saat ini Aisya...
Finger Food Perlu Terutama Anak 7 8 Bulan Baik Untuk Skil Motor Mereka Wajib Pelbagaikan Tekstur Makanan

Finger Food Perlu Terutama Anak 7 8 Bulan Baik Untuk Skil Motor Mereka Wajib Pelbagaikan Tekstur Makanan

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 326 hits
Ibu dengan bayi usia 8 bulan pasti ternanti nantikan perkembangan bayi Oleh itu untuk pastikan bayi sihat ibu tentu mahu bereksperimentasi dengan jenis tekstur dan juga bentuk makanan baru untuk anak Jika anda ingin mendapatkan idea baru un...
Hiburan Saya Tidaklah Baik Sangat Tapi Akan Buat Perkara Macam Tu Adam Shah Nafi Bawa Anak Tidur Sebilik Dengan Kekasih

Hiburan Saya Tidaklah Baik Sangat Tapi Akan Buat Perkara Macam Tu Adam Shah Nafi Bawa Anak Tidur Sebilik Dengan Kekasih

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 349 hits
Selain pengumuman PKP 2 0 oleh kerajaan kecoh juga di media sosial apabila pelakon Fatin Afeefa mendedahkan bahawa bekas suaminya telah membawa anak perempuan mereka Ivy Herra Sophia tidur sebilik dengan kekasih hatinya Ivy dikatakan telah ...
Salah Satu Rahsia Nak Jadi Kaya Ialah Dengan Berkahwin Rezeki Orang Berumah Tangga Sangat Diberkati Allah

Salah Satu Rahsia Nak Jadi Kaya Ialah Dengan Berkahwin Rezeki Orang Berumah Tangga Sangat Diberkati Allah

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 256 hits
Semoga rezeki anda kian bertambah terus diberkati dan dilimpahkan olehNya Ingat kaya di dunia biarlah selari dengan amalan untuk bekalan ke akhirat Di sini kami berikan 5 cara untuk menjadi kaya yang semua orang boleh praktikkan dalam kehid...
Rezeki Pkp 2 0 Adik Ipar Bagi Ikan Siakap Besar

Rezeki Pkp 2 0 Adik Ipar Bagi Ikan Siakap Besar

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 562 hits
Hi korang Ini kisah awal pagi Isnin pernah terfikir tak orang hantar ikan fresh hidup lagi kat rumah korang seawal pukul 1am Tak pernah dibuat kat orang kan Nak dijadikan rezeki adik Ipar baru balik memancing terus hantar 3 ekor ikan Siakap...
Isteri Nak Pinjam Duit Bagi Je Dia Bukan Pinjam Tapi Kita Yang Menumpang Rezeki Mereka

Isteri Nak Pinjam Duit Bagi Je Dia Bukan Pinjam Tapi Kita Yang Menumpang Rezeki Mereka

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 313 hits
Bila berumah tangga keperluan isteri dan anak anak menjadi keutamaan Kalau isteri tiba tiba nak pinjam duit dahulukan mereka Duit tersebut sebenarnya untuk kegunaan membeli barangan dapur dan keperluan keluarga juga Redakan dan InsyaALLAH r...
Saya Bayar Dah 3 Tahun Asb Loan Kenapa Sikit Sangat Duit Saya Kak

Saya Bayar Dah 3 Tahun Asb Loan Kenapa Sikit Sangat Duit Saya Kak

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 834 hits
Bulan ini bulan yang amat sibuk bagi saya bukan sahaja sibuk dengan client sendiri sibuk dengan pembaca blog yang terbaca artikel tentang ASB yang datang singgah bertanya pada saya Ada yang bertanya ambil di bank lain entah kenapa dia tak h...
Masak Sambal Guna Breadmaker Mudah Dan Sangat Membantu Anda Yang Sibuk

Masak Sambal Guna Breadmaker Mudah Dan Sangat Membantu Anda Yang Sibuk

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 1001 hits
Bukan sekadar membuat dan membakar roti MUGEN BREADMAKER V2 juga berfungsi untuk memasak makanan goreng seperti memasak sambal petai ikan bilis dan sebagainya Dengan menggunakan fungsi Stir Fry anda juga boleh memasak sambal petai seperti y...
Pening Banyak Sangat Grup Telegram Kelas Anak Ikut Langkah Ni Baru Tak Serabut Senang Cari

Pening Banyak Sangat Grup Telegram Kelas Anak Ikut Langkah Ni Baru Tak Serabut Senang Cari

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 412 hits
Bukan sahaja pening kepada terpaksa bekerja dari rumah dalam keadaan serba tak mencukupi bahkan setelah sesi persekolahan anak anak dengan sesi pembelajaran dari rumah bertambah memeningkan kepada ibu Mana tidaknya grup whatapps dan grup te...
Saka Bapak Kau

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Movie Jangan Pandang Belakang 2

Samarinda Lara Kasih

Daging Goreng Belengas

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Apabila Musuh Mengerumuni Umat Islam Seperti Hidangan

Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk