Saya Bayar Dah 3 Tahun Asb Loan Kenapa Sikit Sangat Duit Saya Kak


 Bulan ini bulan yang amat sibuk bagi saya,bukan sahaja sibuk dengan client sendiri sibuk dengan pembaca blog yang terbaca artikel tentang ASB yang datang singgah  bertanya pada saya.

Ada yang bertanya ambil di bank lain,entah kenapa dia tak hubungi ejen dia dulu.Katanya ada yang sudah resing,ada juga yang dah pindah bank lain .Kot ya dia sudah resign atau join bank lain,soalan tentang ASB itu umum,dimanapun ejen anda sekarang sepatutnya dia boleh membantu dengan menjawab pertanyaan anda.Samada ingin atau tidak sahaja.Paling menyedihkan ada yang bertanya mereka hanya dapat blue tick sahaja dari ejen lama..Ejen ASB jangan buat client anda begini ya,ingat orang yang bertanya jika anda bantu ada nilai pahalanya.
   

Paling saya tidak keruan,sudah dibantu menjawab soalan,terima kasih sahaja tidak.Bila sudah dapat jawapan diminta menderma ke rumah anak yatim pun krik krik sahaja.Berat sangat agaknya RM1 tu.Itu cara saya caj servis percuma saya,jadi hargailah waktu yang saya luangkan untuk membantu anda.Setakat ucapan terima kasih pun apa salahnya.
Bukan senang nak buat orang faham dengan membalas whatsapp,bila dibalas banyak kali pun ada yang tidak faham.Saya call berjela terangkan baru faham.Huhu ini semua perlukan kekuatan motivasi untuk melayani pelabur-pelabur ASB yang bayar tiap bulan tapi tak faham apa yang dia buat..


 
Cara saya memotivasikan diri untuk menjawab soalan-soalan berulang dari anda yang tidak saya kenali dengan meminta anda yang bertanya menderma ke rumah anak yatim sebagai menjadikan kerja atau ruang masa yang saya gunakan menjadi pahala .Anda dapat pahala,saya juga..Lagipun anda bukanlah client saya dari awal.Saya membantu apa yang saya tahu.

Dalam banyak-banyak soalan,ada soalan yang berbunyi:

"Saya dah terminate ASB loan,saya dapat refund cash  3k sahaja,Saya dah bayar 3 tahun takkan ini je duit saya dapat..."
Adik-adik yang akak sayangi,ASB loan dan Dividen adalah dua entiti berbeza namun maksud yang sama.
ASB LOAN diberikan oleh bank,fasiliti oleh bank,tak kiralah dari Maybank,CIMB,RHB,AFFIN ,Ambank,Hong Leong mahupun BSN.Semua ini hanya ejen kepada PNB yang menyediakan package loan ASB buat orang awam yang layak untuk memohon.
Namun harus anda ketahui,dividen bukanlah bank yang tentukan.Jika berbeza bank tidak akan menjadikan dividen anda berbeza kerana dividen diberi oleh PNB (Permodalan Nasional Berhad)..Jadi yang anda batalkan itu hanyalah loan ASB di bank,tidak akaun ASB.
Jadi jika anda dapat cash value rendah dari bank,wajar sahaja kerana bank ada interest bila anda buat loan dengan mereka.Boleh baca artikel akak mengenai ini disini:
Berapa dapat pulangan bila LOAN ASB dibatalkan?  
Namun anda boleh keluarkan dividen dari akaun asb.Akaun asb anda tidak akan pernah ditutup jika loan ASB ditutup.
Untuk mengetahui berapa jumlah yang anda dapat selama beberapa tahun buat asb loan adalah dengan mengira :
Jumlah dividen terkumpul + cash value..
Bukan ambil cash value sahaja dan compare dengan apa yang anda bayar selama ini.
Ada yang tak pernah tahu pun dividen tu masuk kemana dan cara mengeluarkannya.
Dividen ASB boleh dikeluarkan dimana-dimana sahaja ejen PNB yang ada sistem asb.Contoh jika anda ambil loan ASB di Maybank,tidak salah pun anda nak keluarkan dividen asb di CIMB.Tak semestinya anda perlu pergi ke Maybank juga untuk keluarkan dividen.Ingat Maybank hanya bagi fasiliti loan,tetapi dividen adalah hak anda yang diberi oleh PNB. 
Cara nak keluarkan dividen asb:Bawa ic pergi sahaja ke kaunter-kaunter bank yang  merupakan ejen ASB.Hari yang sama anda boleh keluarkan dividen sepertimana anda buat transaksi pengeluaran biasa dari akaun-akaun bank.Jangan lupa daftar sekali Online ASB untuk memudahkan anda membuat semakan berapa lagi simpanan anda yang ada di dalam ASB akaun.Tidaklah lepas ni setiap kali anda hendak bertanya terpaksa ke kaunter untuk buat pertanyaan.

Jadi jika berlaku penutupan akaun loan asb di bank-bank yang anda  buat loan sebelum ini,tetap akaun ASB anda tidak akan tertutup.Diulang,yang terminate tu loan asb bukan akaun asb.

 Berbalik kepada pembaca yang bertanya soalan tadi,
Saya bayar dah 3 tahun ASB, kenapa sikit sangat  duit saya kak?
Baca juga : Batal ASB LOAN,duit yang saya bayar tiap bulan tak dapat semula?

Bila tahu masih ada dividen yang tak pernah dikeluarkan selama 3 tahun dia buat loan asb ,dari mula-mula sentap dan marah bertukar gembira kembali.Baru dia tahu kemana duitnya selama ini.Amboii,nak marah akak pula ya.
Sebelum buat apa-apa dengan bank,lain kali tanyalah  detail .Tanya sampai faham baru sign up.Orang buat,awak buat.Orang bayar awak bayar lepas tak tahu apa bende yang awak buat,faham pun tidak kan..Tapi nasibb baik didiplin dan tidak culas bayaran.Jadi adalah duit simpanan tu kan..
Nasib dia tak stress sorang-sorang,jumpa artikel akak dan datang singgah bertanya.Baru tahu rupanya adalagi dividen tak pernah usik...Banyaklah duitnya 3 tahun lama kan...
 
 Huhu..macam-macam ragam pelabur kita ni :)
Ingin Mohon ASB loan?Hubungi Irda
No Telefon : 011-23716700
Emel : [email protected]
Whatsapp : 
https://www.wasap.my/601123716700/asbfinancing
\
 Irda 
20 Jan 2021



 
Appreciate your time reading this entry.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://irdagarmin.blogspot.com/2021/01/saya-bayar-dah-3-tahun-asb-loan-kenapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awal Tahun Ayat Kena Panjang Panjang Sikit

Awal Tahun Ayat Kena Panjang Panjang Sikit

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 449 hits
Awal Tahun Ayat Kena Panjang Panjang Sikit Awal tahun ni kita bagi ayat panjang panjang sikit la untuk Dak Akif sebab dia dah masuk Tahun 6 dah 2021 Kejap sangat masa berlalu dah tahun 6 dah dia Macam baru jer lagi dia masuk sekolah tahun 1...
Panduan Bergambar Cara Pengeluaran Duit Asb Online

Panduan Bergambar Cara Pengeluaran Duit Asb Online

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 457 hits
Di zaman teknologi yang canggih ini semua benda boleh dilakukan di jari sekiranya anda mempunyai gadjet canggih dan talian internet yang stabil Anda tidak perlu bersusah payah beratur di kaunter seperti zaman tradisional dahulu Seperti juga...
Buat Tatu Tapi Tak Ada Duit Untuk Bayar Lelaki Ini Dibalut Dengan Plastik Dan Diikat Di Pokok Dalam Cuaca Sejuk

Buat Tatu Tapi Tak Ada Duit Untuk Bayar Lelaki Ini Dibalut Dengan Plastik Dan Diikat Di Pokok Dalam Cuaca Sejuk

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 659 hits
Gambar seorang pemuda yang dibalut dengan plastik dan diikat di sebatang pokok di Hanoi kerana didakwa gagal membayar selepas membuat tatu telah menjadi viral di media sosial Vietnam Sekarang musim sejuk di Vietnam dengan suhu di bawah 10 d...
Mama Dah Tak Sayang Kakak Jeritan Ini Tanda Anak 5 Tahun Hatinya Sangat Terluka

Mama Dah Tak Sayang Kakak Jeritan Ini Tanda Anak 5 Tahun Hatinya Sangat Terluka

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 321 hits
Bila anak sudah 5 tahun dan masih suka merajuk dan mengamuk memukul orang menyakitkan orang ini petanda semasa anak itu mengamuk semasa dia kecil emosi amuk itu tidak dikendalikan dengan baik Ibu bapa hanya menggunakan kaedah marah dan teng...
Cara Semak Duit Asb Secara Online Melalui Maybank

Cara Semak Duit Asb Secara Online Melalui Maybank

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 1106 hits
Cara Semak Duit ASB Secara Online Melalui Maybank hi there Sekarang ni mudah saja nak semak hal hal yang berkaitan banking perbankan semuanya secara online termasuklah semak pendapatan bayaran dividen bonus ASB Kalau korang register ASB thr...
Kasut Pallas Jazz Jadi Pilihan Mamet Di Tahun Terakhir Zaman Persekolahannya

Kasut Pallas Jazz Jadi Pilihan Mamet Di Tahun Terakhir Zaman Persekolahannya

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 343 hits
Assalamualaikum semua 2020 bakal melabuh tirainya Tak sangka kita betul betul struggle untuk tamatkan Dan dalam pada masa yang sama tahun 2021 merupakan tahun akhir persekolahan buat Mamet Sekejap je dah dah besar Kata lainnya aku dah tua a...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep