Finger Food Perlu Terutama Anak 7 8 Bulan Baik Untuk Skil Motor Mereka Wajib Pelbagaikan Tekstur Makanan


Ibu dengan bayi usia 8 bulan pasti ternanti-nantikan perkembangan bayi. Oleh itu, untuk pastikan bayi sihat, ibu tentu mahu bereksperimentasi dengan jenis, tekstur dan juga bentuk makanan baru untuk anak.

Jika anda ingin mendapatkan idea baru untuk makanan bayi, cuba baca artikel ini. Kami pasti ia dapat membantu anda dalam menyediakan makanan yang berkhasiat untuk si manja!
Bayi 8 bulan, usia terbaik untuk tambah bilangan makanan pejal Melihat anak membesar merupakan satu perkara yang amat mengujakan buat ibu dan bapa.
Ketika anak menginjak ke umur 8 bulan, anak anda mungkin sedang cuba untuk buat semua benda dengan kaki dan tangan kecil milik mereka.
Bayi yang berumur 8 bulan mempunyai rasa ingin tahu yang menebal. Mereka akan mula mengembara sekeliling rumah kerana sudah lebih peka dengan keadaan persekitaran mereka.
Mereka juga sudah pandai melakukan pincer grasp – satu gerakan di mana anak anda akan menggunakan hujung jari telunjuk dan ibu jari sebagai ‘penyepit’ untuk mengambil makanan.
Berdasarkan kesemua perkembangan ini, anak anda kini sudah bersedia untuk makanan pejal!
Kajian juga ada menyatakan bahawa bayi yang mula makan makanan pejal semenjak berusia 6 bulan mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat alergi ataupun asma.
Namun, sebagai ibu, anda perlu tahu bila anak anda sudah bersedia untuk makan makanan pejal.
Cuba periksa, adakah anak anda sudah boleh:
Angkat kepala sendiri? Buka mulut ketika nampak makanan? Makan makanan dari sudu dan masukkan ke dalam mulut? Jika anak anda boleh melakukan semua di atas, anda sudah boleh beri bayi makan makanan pejal dengan selamat.
Makanan apa yang boleh diberi kepada bayi 8 bulan? Pada usia ini, anak anda akan perlukan sebanyak 750 ke 900 kalori sehari. Namun, 400 hingga 500 kalori akan datang daripada susu ibu (lebih kurang 720 ml sehari).
Inilah masa yang paling sesuai untuk anda kenalkan makanan yang sihat kepada anak anda.
Anda boleh beri mereka makanan yang kaya dengan protein, karbohidrat, vitamin dan mineral untuk membantu anak membesar dengan lebih sihat.
Selain itu, anda perlu ingat bahawa makanan bayi 8 bulan tidak perlu lumat atau hancur seperti makanan separa pejal sebelum ini.
Cuba rancang menu untuk anak anda menggunakan makanan berikut:
1. Buah buahan Buah-buahan segar mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting untuk tumbesaran anak.
Namun, daripada melenyek buah-buahan hingga hancur, cuba potong dalam bentuk kiub dan masak untuk lembutkan buah tersebut.
2. Sayur-sayuran Sama seperti buah-buahan, sayur-sayuran juga boleh diberikan kepada bayi dalam kepingan kecil.
Jika anda ingin lembutkan lagi sayur tersebut, anda boleh cuba stim sayur sebelum beri kepada bayi.
3. Ikan Ikan seperti ikan salmon dan tuna kaya dengan asid lemak omega 3 yang penting untuk perkembangan otak bayi.
4. Produk tenusu Pasti anak anda akan rasa gembira setelah diperkenalkan dengan produk tenusu seperti keju dan yogurt.
Kedua-dua makanan ini mempunyai kalsium yang tinggi yang boleh membantu tumbesaran bayi.
5. Protein Anda juga boleh beri anak anda makan makanan kaya dengan protein seperti ayam, ikan, telur, dan kekacang.
Masak dan buat puri atau potong kepada bahagian lebih kecil untuk mudahkan anak makan.
Beri anak anda makan finger food! Finger food ialah makanan yang anda boleh makan tanpa menggunakan pisau, garpu, ataupun sudu. Selalunya, finger food boleh dimakan terus dengan tangan.
Disebabkan bayi sudah mula melakukan pincer grasp, cuba beri mereka makan finger food untuk merangsang fungsi motor mereka.
Antara makanan yang sesuai termasuklah pisang, roti bakar, pasta dan bijirin.
Selain itu, elakkan beri bayi makanan yang boleh meyebabkan bayi tercekik seperti hot dog, lobak merah yang tidak dimasak, buah anggur, blueberry atau kismis.
Walau bagaimanapun, ingat ya. Jangan sesekali tinggalkan anak seorang diri ketika makan walaupun anda pasti makanan telahpun dipotong sampai halus.
Tip untuk makanan bayi 8 bulan 1. Jangan tambah gula atau garam dalam makanan bayi 8 bulan Buat masa ini, elakkan daripada tambah garam atau gula dalam makanan bayi. Garam dan gula boleh buatkan buah pinggang bayi stres.
2. Berikan sedikit tekstur pada makanan Bayi lebih mudah untuk menyesuaikan diri kepada makanan pejal jika anda tidak memberikan makanan yang hancur kepada si manja.
Berikan sedikit tekstur pada makanan dan tinggalkan cebisan-cebisan yang sedikit besar untuk bayi.
3. Jangan lupa beri susu ibu Bayi banyak bergantung kepada susu ibu ketika umur mereka bawah 1 tahun. Oleh itu, jangan lupa beri bayi minum susu ibu untuk cukupkan kalori seharian mereka.
4. Elakkan guna susu lembu Susu lembu tidak mempunyai nutrisi yang sesuai untuk bayi bawah 1 tahun. Jika anda mahu beri anak anda minum susu lembu, tunggu sehingga mereka berumur 1 tahun ya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Finger Food Perlu Terutama Anak 7-8 Bulan, Baik Untuk Skil Motor Mereka. Wajib Pelbagaikan Tekstur Makanan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/finger-food-perlu-terutama-anak-7-8-bulan-baik-untuk-skil-motor-mereka-wajib-pelbagaikan-tekstur-makanan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kena Pelbagaikan Menu Sejak Anak 6 Bulan Barulah Dia Tak Memilih Tak Takut Cuba Makanan Baru

Kena Pelbagaikan Menu Sejak Anak 6 Bulan Barulah Dia Tak Memilih Tak Takut Cuba Makanan Baru

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 384 hits
Beberapa tingkah laku pemakanan biasanya berlaku apabila kanak kanak mula berdikari dan menguji serta meninjau kebebasannya Ini adalah sebahagian daripada perkembangan normal psikologikal kanak kanak dan ibu bapa tidak perlu berasa bimbang ...
Moga Yang Baik Baik Sahaja Buat Kami Sekeluarga Hamil 5 Bulan Leez Aepul Roza Bakal Timang Anak Kedua

Moga Yang Baik Baik Sahaja Buat Kami Sekeluarga Hamil 5 Bulan Leez Aepul Roza Bakal Timang Anak Kedua

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 296 hits
Penyanyi Leez Rosli yang juga isteri kepada Aepul Roza vokalis Drama Band mengumumkan kehamilan anak keduanya pada awal tahun baru lalu Tampil dengan satu entri bersempena Tahun Baru Leez turut mengumumkan kehamilannya kepada seluruh pengik...
Ayah Jadi Cerminan Idola Anak Anak Baik Yang Anak Lihat Baiklah Dia Belajar

Ayah Jadi Cerminan Idola Anak Anak Baik Yang Anak Lihat Baiklah Dia Belajar

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 293 hits
Figura bergelar ibu sememangnya sentiasa disanjung namun jasa seorang ayah tidak pernah dilupakan Ayahlah lelaki pertama bagi anak perempuan kita melindungi dan memberikan sepenuh kasih sayang Begitu jugalah kepada anak lelaki kita Ayah sen...
Mudah Cepat Sembuh Ibu Kongsi Pengalamannya Jaga Anak Bersunat Usia 3 Bulan

Mudah Cepat Sembuh Ibu Kongsi Pengalamannya Jaga Anak Bersunat Usia 3 Bulan

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 497 hits
Sakit tak kalau nak sunatkan bayi lelaki awal awal Tak sampai hatilah tengok kecil kecil dah sunat Ini antara dialog ibu bapa yang rasa serba salah untuk sunatkan anak lelaki pada usia awal Namun bagi sesetengah ibu bapa memilih untuk bersu...
Bukan Anak Buas Nakal Tapi Sedang Baik Tumbesarannya Biarlah Anak Aktif

Bukan Anak Buas Nakal Tapi Sedang Baik Tumbesarannya Biarlah Anak Aktif

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 365 hits
Anak yang terlalu aktif sering disalah anggap sebagai anak yang nakal dan buas Kita yang melabelkan anak kita begitu walhal anak yang aktif sepatutnya menjadi kebanggaan kita kerana mempunyai tubuh badan yang sihat Hakikatnya anak yang siha...
Doakan Yang Baik Baik Selamat Hingga Melahirkan Idayu Hamil Lima Bulan Selepas 6 Tahun Berkahwin

Doakan Yang Baik Baik Selamat Hingga Melahirkan Idayu Hamil Lima Bulan Selepas 6 Tahun Berkahwin

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 436 hits
Allah lebih tahu bila masa sesuai dan terbaik buat kita Selepas enam tahun berkahwin penyanyi Idayu mengesahkan kehamilannya yang kini memasuki usia lima bulan Menerusi instagramnya Idayu mengumumkan khabar gembira itu sebaik memasuki tahun...
Selepas 2 Bulan Fattah Fazura Kongsi Wajah Comel Anak Tepat 1 Januari 2021 Patut Tak Tunjuk Rupanya Tunggu Tahun Baru

Selepas 2 Bulan Fattah Fazura Kongsi Wajah Comel Anak Tepat 1 Januari 2021 Patut Tak Tunjuk Rupanya Tunggu Tahun Baru

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 509 hits
loading Perkongsian foto di Instagram daripada pasangan selebriti popular Fattah Amin dan Nur Fazura tengah malam tadi mengundang perhatian netizen
Simak Baik Baik Ya Bunda Begini Cara Daftar Bantuan Tunai Blt Anak Sekolah 3 4 Juta

Simak Baik Baik Ya Bunda Begini Cara Daftar Bantuan Tunai Blt Anak Sekolah 3 4 Juta

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 426 hits
Tahun ini pemerintah memberikan bantuan dana Program Keluarga Harapan berupa Bantuan Langsung Tunai kepada anak sekolah dengan total mencapai Rp3 4 juta setahun Rinciannya pelajar SD MI Sederajat sebesar Rp900 000 setahun atau Rp75 000 per ...
Bila Anak Kerap Batuk Selesema Elak Makanan Ni Anak Ada Asma Pun Elakkan Terus

Bila Anak Kerap Batuk Selesema Elak Makanan Ni Anak Ada Asma Pun Elakkan Terus

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 874 hits
Pemakanan anak boleh jadi punca kepada permasalahan kesihatan anak Sebab itu bila anak sakit ibu bapa kena periksa jenis makanan apa yang selalu anak makan Seperti yang dikongsikan oleh bila anak sakit terutama yang berkaitan dengan saluran...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025