Harga Scaling Gigi Di Klinik Kerajaan Swasta 2025 Serta Kepentingannya


Harga Scaling Gigi Di Klinik Kerajaan & Swasta 2025 Serta Kepentingannya ~ Untuk elakkan masalah gigi terutamanya apabila usia semakin lanjut, penjagaan kesihatan gigi perlulah diutamakan.
Antara cara terbaik untuk menjaga kesihatan gigi ialah dengan melakukan rawatan scaling atau cuci gigi secara berkala di klinik gigi.
Apa kepentingan scaling gigi dan apakah beza rawatan di klinik kerajaan dan swasta? Untuk ketahuinya, teruskan membaca!
Baca Juga : Harga Braces Di Klinik Gigi Swasta & Kerajaan (2022)
Apa Itu Scaling? Sebelum anda ingin lakukan scaling di klinik gigi, anda perlulah faham bahawa prosedur ini bukanlah untuk memutihkan gigi.
Sebaliknya, scaling dilakukan untuk bersihkan permukaan gigi serta gusi daripada kotoran dan karang gigi.
Kotoran atau kekuningan (stain) pada gigi boleh berlaku atas pelbagai faktor seperti merokok dan pengambilan minuman tertentu seperti kopi dan teh. 
Karang gigi pula terbentuk apabila plak (tahi gigi) melekat dan mengeras pada permukaan dan celah gigi.
Berus gigi dan flos gigi boleh membantu untuk kurangkan pembentukan karang gigi namun ia masih boleh terhasil.
Dalam prosedur scaling, doktor akan menggunakan alat skaler khas untuk mencuci celah gigi gigi, permukaan gigi serta bahagian gusi dengan teliti.
Oleh sebab itulah anda perlu jumpa doktor gigi setiap 6 bulan untuk pemeriksaan.
Kepentingan Scaling Untuk Kesihatan Gigi Scaling gigi sebenarnya sangat penting untuk memastikan kesihatan gigi terjaga. Antara kepentingannya adalah :
Mengelakkan Masalah Mulut Berbau
Karang gigi merupakan salah satu punca utama mulut berbau (halitosis).
Menggosok gigi sememangnya dapat kurangkan mulut berbau. Namun, masalah bau mulut akan lebih berkurangan jika anda lakukan scaling secara berkala.
Menjimatkan Duit
Kenapa scaling gigi menjimatkan duit sedangkan prosedurnya juga bukan percuma?
Kalau anda nak tahu, sebenarnya banyak penyakit gigi yang boleh dicegah melalui rawatan scaling.
Antaranya masalah kesihatan gigi yang boleh  dielakkan adalah gigi berlubang, jangkitan gusi dan rawatan akar.
Kesemua rawatan ini boleh memakan kos sehingga beratus ringgit!
Di samping itu, rawatan scaling gigi pun tidaklah mahal. Harga bagi rawatan scaling akan kita kongsikan dengan lebih lanjut.
Untuk Menjamin Kesihatan Gigi Berpanjangan
Jika karang gigi dibiarkan dalam jangka masa panjang, ia boleh membuatkan gigi goyang ! Oleh sebab itulah rawatan scaling penting untuk dilakukan 6 bulan sekali.
Harga Scaling Gigi di Klinik Kerajaan Klinik kerajaan juga mampu menawarkan perkhidmatan scaling setanding dengan klinik swasta. Harganya cuma RM 3 (RM 2 caj scaling + RM 1 caj pendaftaran)  untuk setiap kali rawatan.
Harga yang sangat rendah ini adalah disebabkan subsidi yang diberikan oleh kerajaan bagi memastikan semua rakyat Malaysia dapat mengakses rawatan pergigian yang asas.
Cuma untuk klinik kerajaan, mungkin anda perlu beratur lebih lama kerana pesakit yang ramai.
Kalau nak jimat masa menunggu, anda boleh datang pada sebelah pagi. Biasanya waktu ini kurang pesakit yang datang ke klinik.
Selain klinik kesihatan, dekat klinik gigi UTC pun ada buat scaling tau!
Anda juga boleh tempah temujanji untuk buat scaling di Klinik Kerajaan dengan lebih mudah menerusi aplikasi MySejahtera.
Kos Scaling di Klinik Swasta Klinik swasta pula ada kelebihannya tersendiri contohnya waktu operasi yang lebih panjang berbanding klinik gigi yang dibuk mengikut waktu operasi perkhidmatan kerajaan.
Klinik swasta juga mungkin kehadirannya tidak seramai klinik kerajaan. Lokasinya juga lebih banyak berbanding klinik kerajaan.
Contoh Harga Scaling di Klinik Swasta Namun harga rawatan scaling di klinik swasta adalah jauh lebih mahal berbanding di klinik kerajaan iaitu sekitar RM 90 hingga RM 200 bergantung kepada klinik dan tahap rawatan yang diperlukan oleh pesakit.
Antara contoh harga scaling yang ditawarkan di klinik gigi sekitar Lembah Klang adalah seperti berikut :
Klinik Pergigian Rohaya
Harga Rawatan Scaling : RM 90 – RM 180
Lokasi :  1) No. 18-2,Jalan 14/48A, Off Jalan Sentul, Sentul Raya, 51100 Kuala Lumpur
2) No. 27, Tingkat 2, Jalan Cecawi PSB 6/19A, Seksyen 6, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Laman Web : https://www.klinikpergigianrohaya.com/
Klinik Pergigian Dr Feeliz
Harga Rawatan Scaling : RM 90 – RM 200
Lokasi :
No. 26A, Jalan Suarasa 8/4, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor No 45, Jalan Budiman 26,Taman Mulia, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur 36-1, Jalan TTDI Grove 1/2, Taman TTDI Grove, 43000 Kajang Laman Web : https://drfeeliz.com/
Tak kiralah anda memilih untuk dapatkan rawatan di klinik kerajaan mahupun swasta, yang penting anda perlulah lakukan pemeriksaan gigi 6 bulan sekali untuk kekalkan kesihatan gigi.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda mula amalkan penjagaan gigi yang sihat.  


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/harga-scaling-gigi/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=harga-scaling-gigi

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mysawasdee Jadual Perjalanan Dan Harga Tiket 2025

Mysawasdee Jadual Perjalanan Dan Harga Tiket 2025

papar berkaitan - pada 6/1/2025 - jumlah : 125 hits
MySawasdee ialah perkhidmatan tren khas yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad menghubungkan Kuala Lumpur Sentral dengan Hat Yai Thailand Perkhidmatan ini disediakan semasa cuti hujung minggu panjang di Malaysia menawarkan pelu...
Tahun Baharu 2025 Malaysia Maju Dan Sejahtera Bersama Kerajaan Madani

Tahun Baharu 2025 Malaysia Maju Dan Sejahtera Bersama Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 265 hits
1 Tahun 2024 telah melabuhkan tirainya Jika diungkap kembali rekod tahun lalu banyak kejayaan yang dilakar negara di bawah Kerajaan MADANI pimpinan YAB Dato Seri Anwar Ibrahim Sekalipun negara berdepan cabaran yang getir pada tahun lalu ter...
Perhimpunan 6 Januari 2025 Di Putrajaya Perpaduan Kerajaan Madani Dalam Bahaya

Perhimpunan 6 Januari 2025 Di Putrajaya Perpaduan Kerajaan Madani Dalam Bahaya

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 234 hits
Pada 6 Januari 2025 di Mahkamah Rayuan Malaysia di Putrajaya akan diputuskan sama ada permohonan Dato Sri Najib Razak untuk mendapat kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan semakan kehakimann...
Bila Larut Malam Melaka 2025 Harga Dan Senarai Lokasi Produk Pelancongan

Bila Larut Malam Melaka 2025 Harga Dan Senarai Lokasi Produk Pelancongan

papar berkaitan - pada 5/1/2025 - jumlah : 186 hits
Bila Larut Malam Melaka iaitu program promosi pusat pelancongan terpilih di negeri bersejarah itu diteruskan lagi sepanjang tahun 2025 Program yang bermula pada Jun 2024 ini dilihat berjaya menarik kehadiran pelancong domestik dan antaraban...
Harga Tiket Feri Langkawi 2025

Harga Tiket Feri Langkawi 2025

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 152 hits
Adakah anda sedang merancang percutian dan mencari tiket feri Langkawi Kini anda boleh membelinya secara mudah menerusi laman web atau aplikasi Cuti Cuti Langkawi Selain perjalanan pergi dan balik dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis anda juga...
Buffet Ramadan 2025 Lokasi Cara Tempah Harga Early Bird

Buffet Ramadan 2025 Lokasi Cara Tempah Harga Early Bird

papar berkaitan - pada 12/1/2025 - jumlah : 174 hits
Buffet Ramadan 2025 Lokasi Cara Tempah Harga Early Bird Bulan Ramadan adalah bulan yang dinanti nantikan oleh seluruh umat Islam Selain berpeluang untuk menjalani ibadah puasa dan meningkatkan amalan rohani bulan ini juga memberi peluang un...
Rejab Dan Tahun Baharu 2025

Rejab Dan Tahun Baharu 2025

papar berkaitan - pada 3/1/2025 - jumlah : 174 hits
Assalammualaikum Dunia Salam Rejab untuk semua kengkawan semoga tahun nie yang baik baik sahaja kejadiannya aminnnCuti 1 hari tak kemana pon ehhh ade pi Mahkota Parade pi jalan jalan dan shopping untuk raya Semoga kita diberikan kesihatan y...
My 2025 Resolution My Manifesto For Peace Purpose And Presence

My 2025 Resolution My Manifesto For Peace Purpose And Presence

papar berkaitan - pada 4/1/2025 - jumlah : 211 hits
It s been yeaaaarsss since I last shared my New Year s resolutions Life has been a ride goals achieved dreams ticked off Alhamdulillah This year I m switching gears I don t know how long I can stand this hustle and bustle corporate grind an...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Persediaan Persekolahan

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

See The Chances Of Winning In Every Gacor123 Online Slot Bet

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Kelalaian Dan Runtuhnya Martabat Guru

Tutorial Menggunakan Google Docs Untuk Tingkatan Dasar

Kerajaan Razak Baginda Diperintah Bayar Rm9 Juta Kepada Keluarga Altantuya

Guru Tikam Murid 8 Tahun Hingga Maut Di Korea Selatan

Certot Pelaris

Openai Batalkan Model Ai O3 Demi Peluncuran Generasi Baru Yang Bersatu