Perhimpunan 6 Januari 2025 Di Putrajaya Perpaduan Kerajaan Madani Dalam Bahaya



Pada 6 Januari 2025 di Mahkamah Rayuan Malaysia di Putrajaya akan diputuskan sama ada permohonan Dato’ Sri Najib Razak untuk mendapat kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan semakan kehakimannya berkaitan isu Titah Addendum dibenarkan atau ditolak?
2.Pada hari ini 28 Disember 2024 telah tersiar satu kenyataan dari Jabatan Peguam Negara yang mengandungi dua perenggan yang menyatakan sebarang permohonan berkenaan pengampunan diraja di bawah Perkara 42(1) dan Perkara 42(2) Perlembagaan Persekutuan hendaklah dibuat kepada Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang diPertuan Agong.
3.Terdapat beberapa tafsiran dari kenyataan media terbaru Jabatan Peguam Negara ini.Pertama, ia seakan gangguan atau campurtangan oleh Jabatan Peguam Negara di bawah cabang Jabatan Perdana Menteri terhadap kes rayuan Najib Razak yang sedang dalam pertimbangan hakim-hakim di Mahkamah Rayuan.Sepatutnya pihak kerajaan melalui Jabatan Peguam Negara mengelak dari melakukan tindakan subjudis yang menjurus kepada menghina mahkamah terutama pada ayat terakhir dalam kandungan perenggan kedua kenyataan Media tersebut yang membawa makna lain-lain kaedah seperti saluran mahkamah tidak boleh digunakan berhubung Perkara 42(1) dan Perkara 42(2) tersebut.Kandungan kenyataan Media Jabatan Peguam Negara ini masih boleh dipertikaikan dari segi undang-undang keperlembagaan.
4.Tafisaran kedua, adakah ia bermakna sekiranya permohonan kebenaran merayu pada 6 Januari 2025 nanti ditolak oleh Mahkamah Rayuan maka Dato’ Sri Najib Razak terpaksa membuat permohonan baru kepada Yang diPertuan Agong sekarang, Sultan Ibrahim?
5.Ketiga, jika demikian tafsiran kenyataan Jabatan Peguam Negara tersebut adakah ia bermakna Titah Addendum Yang diPertuan Agong yang lalu, Al- Sultan Abdullah sekiranya ia benar-benar wujud maka Titah Addendum itu tidak lagi relevan pada masa pemerintahan Yang diPertuan Agong sekarang? Apakah ini yang cuba disampaikan oleh kenyataan Media dari Jabatan Peguam Negara tersebut?
6.Nampaknya isu Titah Addendum ini akan menjadi isu panas yang boleh membakar perpaduan Kerajaan Madani. Parti PAS cepat menangguk di Air Keroh untuk mendapat laba politik dengan menggerakan satu usaha menganjurkan perhimpunan besar di depan Istana Kehakiman, Putrajaya pada 6 Januari 2025, iaitu sembilan hari lagi.
7.PAS secara rekod mempunyai keupayaan untuk mengemblengkan ahli-ahli dan penyokongnya untuk menyertai perhimpunan-perhimpunan besar sebelum ini.
8.Pemimpin Bersatu melalui Ketua Wanitanya, YB Mesjid Tanah telah menyatakan secara terbuka bahawa Bersatu tiada halangan jika anggota Bersatu akan turun ke jalanraya pada 6 Januari depan di Putrajaya.Dalam masa yang sama YB Dr Puad Zarkasi anggota Majlis Tertinggi Umno mengalu-alukan sokongan PAS dan parti-parti lain terhadap isu pengampunan.
9.Perhimpunan 6 Januari 2025 di Putrajaya jika menjadi kenyataan ia sudah pasti akan menggugat perpaduan Kerajaan Madani pimpinan Dato’ Sri Anwar Ibrahim.
10. Pemimpin Kerajaan Madani sekarang cukup faham kesan politik terhadap siri-siri perhimpunan raksa oleh rakyat jelata. Contohnya perhimpunan Bersih 1 hingga Bersih 5 telah menjatuhkan kerajaan Naib Razak dan Umno/ Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia selama 60 tahun sejak Merdeka.
11.Begitu juga tentu sekali Perdana Menteri Anwar Ibrahim masih ingat lagi bagaimana Kerajaan Pakatan Harapan 1.0 pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad digoncang hebat dengan perhimpunan besar membantah isu ICERD dan Statut Rome anjuran bersama PAS dan UMNO sehingga akhirnya kerajaan PH tersebut tumbang selepas jadi kerajaan hanya 22 bulan sahaja.
12.Mungkinkah menyedari hal ini bagi mencari jalan penyelesaian, dan supaya ada lorong keluar dari mengelak ketegangan jika UMNO, PAS dan BERSATU bergabung tenaga dan suara pada 6 Januari 2025 menggugat Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim maka dikeluarkan kenyataan Media oleh Jabatan Peguam Negara iaitu apapun berlaku di Mahkamah Rayuan Malaysia pada 6 Januari 2025 kedudukan kes pengampunan terhadap Najib tidak menempuh jalan gelap memanjang.Mungkin ada sinar di hujung terowong.
13.Kenyataan Media Jabatan Peguam Negara ini memberi isyarat awal bahawa permohonan pengampunan Najib Razak masih boleh dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang diPertuan Agong sekarang, Sultan Ibrahim.
14.Sama-samalah kita lihat perkembangan terbaru ini.Adakah Najib berpeluang seperti kata perumpamaan dalam bahasa Inggeris, “second bite of the cherry”? Tetapi perlu dinyatakan dari segi kedaulatan undang-undang bahawa ” second bite of the cherry” adalah satu contoh salah guna proses undang-undang.Jika itu berlaku, adakah ia satu tatakelola pentadbiran kerajaan yang baik?
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
The post Perhimpunan 6 Januari 2025 Di Putrajaya Perpaduan Kerajaan Madani Dalam Bahaya appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/12/29/perhimpunan-6-januari-2025-di-putrajaya-perpaduan-kerajaan-madani-dalam-bahaya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahun Baharu 2025 Malaysia Maju Dan Sejahtera Bersama Kerajaan Madani

Tahun Baharu 2025 Malaysia Maju Dan Sejahtera Bersama Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 379 hits
1 Tahun 2024 telah melabuhkan tirainya Jika diungkap kembali rekod tahun lalu banyak kejayaan yang dilakar negara di bawah Kerajaan MADANI pimpinan YAB Dato Seri Anwar Ibrahim Sekalipun negara berdepan cabaran yang getir pada tahun lalu ter...
Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 323 hits
Jadual tarikh bayaran pencen tahun 2025 untuk pesara kerajaan Malaysia Berikut adalah jadual pembayaran pencen bulanan bagi tahun 2025 untuk rujukan penerima pencen atau wakil seperti yang disiarkan di Portal Rasmi Bahagian Pencen Jabatan P...
Aspirasi Kerajaan Madani Memastikan Kemampanan Keterjaminan Makanan Negara

Aspirasi Kerajaan Madani Memastikan Kemampanan Keterjaminan Makanan Negara

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 222 hits
Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara Bilangan 2 Tahun 2024 yang bersidang pada 17 Disember 2024 mengetengahkan aspirasi Kerajaan dalam merangka dasar dan strategi keterjaminan makanan yang lebih berdaya ...
Umno Takkan Terima Benarkan Ahli Lompat Dalam Kalangan Parti Kerajaan Perpaduan

Umno Takkan Terima Benarkan Ahli Lompat Dalam Kalangan Parti Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 153 hits
HarapandailyDecember 16 2024Umno hari ini menegaskan bahawa ia tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat melompat ahli mana mana parti dalam Kerajaan Perpaduan Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali m...
Rating Penerimaan Pm Anwar Naik 4 Peratus Kerajaan Perpaduan 5 Peratus

Rating Penerimaan Pm Anwar Naik 4 Peratus Kerajaan Perpaduan 5 Peratus

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 182 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menerima darjah kebesaran tertinggi Kelantan daripada Sultan Muhammad V pada 1 Oktober lalu Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 23 Dis Rating penerimaan terhadap pentadbiran tahun kedua Pe...
Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan Tidak Lama Lagi Pm Anwar

Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan Tidak Lama Lagi Pm Anwar

papar berkaitan - pada 3/1/2025 - jumlah : 223 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2025 dalam perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya Foto Facebook Anwar IbrahimPUTRAJAYA 3 Jan Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Jemaah Menter...
Kerajaan Madani Boleh Menang Jika Pru Diadakan Sekarang Pm Anwar

Kerajaan Madani Boleh Menang Jika Pru Diadakan Sekarang Pm Anwar

papar berkaitan - pada 21/12/2024 - jumlah : 310 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan berkaitan kerajaan dan isu semasa dalam sidang media yang diadakan di Subang Jaya pada Sabtu Foto BernamaSUBANG JAYA 21 Dis Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan keyakinan Kerajaan MAD...
Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Sharing The Road With Trucks A Safety Guide For Drivers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Belasungkawa Tun Abdullah Ahmad Badawi Perginya Permata Negara Di Usia 85 Tahun

Soal Jawab Agama Bawah Sejadah Ada Najis

Keladi Sayur Setelah 3 Bulan Di Raised Bed

Cultural Rhythms Festival Showcases Global Talents At Harvard

Nerdywave Tees For Geeks Gamers The Slightly Supernatural

Designing With Heart Eurisko S Ui Ux Touch Transforms Lebanon