Harga Proton Saga 2019 City Vios Pun Kalah Dengan Model Ini
Harga Proton Saga 2019 : City Vios Pun Kalah Dengan Model Ini
Ini dia boleh kami katakan satu kereta yang cukup ‘legend’ dan paling-paling IKONIK di Malaysia. Siapa yang tidak kenal model kereta ini daripada zaman atuk kita sehinggakan ke generasi muda hari ini.
Nah, kereta proton Saga baru. Kami akan ceritakan dan kongsikan kepada anda, apa yang terbaru dan terkini ditawarkan oleh pihak Proton Malaysia untuk versi kali ini.
Kami akan kupas daripada rekabentuk luaran, dalaman, prestasi, penggunaan minyak dan juga harga saga baru ini. Berbaloi atau tidak? Teruskan membaca….
10 Perkara Menarik Tentang Proton Saga 2019
1) Kunci ada upgrade. Tiada lagi kunci konvensional sebelum ini. Sekarang ini boleh bukak bonet pakai smart key mereka. Semestinya cantik
2) Tampak kemasan lampu DRL (Day Running Light) dipasang pada semua varian. Terbaik!
3) Nampaknya Proton sudah tidak lagi terikut-ikut design daripada Honda, Toyota yang banyak menggunakan chrome yang tebal-tebal. Mereka ada DNA design mereka sendiri. Contohnya, grill infiniti wave, profil bumper. Nampak lebih gah
4) Sport rim 15 inci
5) Jikalau anda perasan, sudah tiada lagi emblem dan digantikkan dengan tulisan PROTON. Ala-ala macam Volvo bukan? Sudah tentu, sebab Geely juga adalah pemilik kepada jenama Volvo.
6) Untuk bahagian belakang, untuk versii kali ini dipertingkasan kemasan dan rekabentuk termasuk meletakkan fake air vent, lip spoiler dan juga horizontal line di bahagian bawah. Mantap!
7) Bahagian kabin, ada floating touch screen. Saiz besar lagi, 7 inci. Ada reverse kamera. Nampak kemas design.
8) Untuk enjin pula, Proton tidak pakai lagi gearbox CVT yang akan problem jikalau pemanduan di kawasan bandar. Ada masalah jikalau hanya tekan minyak sikit atau terlebih. Yang mana sekarang ini mereka gunakan gearbox automatic 4 speed yang dihasilkan Hyundai.
9) Tidak boleh dinafikan layan corner untuk kereta Proton termasuk model kereta ini jauh lebih baik berbanding model kereta Perodua.
10) Daripada segi pecutan masih ada lag. tetapi jikalau pakai gerbox CVT dahulu lagi teruk lag. Tetapi kereta ini pun bukannya direkabantuk untuk memecut.
Cuma apa yang kami kurang minat adalah tombol aircond masih lagi nampak kuno dan murah. Please Proton, upgrade untuk versi akan datang.
Lagi baik, jikalau letakkan sekali leather wrap pada stereng kereta.
Berminat Dengan Harga Saga 2019 ?
Berdasarkan pemanduan yang telah kami lakukan, untuk satu liter minyak RON95 kami dapat sekitar 16.5 km untuk pemanduan di lebuhraya. Not bad.
Manakala di kawasan bandar kami dapat sekitar 15.7km.
Bertambah baik berbanding penggunaan gearbox untuk versi sebelum ini.
Jikalau and bandingkan antara model ini untuk varian Premium dengan perodua Bezza (full spec), beza sehingga sehingga RM8,000 lebih untuk kereta segmen A.
Bagai kami harga Saga lebih berbaloi-baloi terutamanya untuk kalangan yang sudah berkeluarga bagi pembelian kereta pertama.
VARIAN
HARGA + Insurance
Standard MT
RM33,954
Standard AT
RM37,037
Premium AT
RM41,500
Nampaknya pihak Proton Malaysia telah belajar kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh mereka selama bertahun-tahun lama mengabaikan kemahuan pengguna mereka, dan akhirnya bergerak pantas untuk cepat memperbaiki sekaligus meningkatkan kembali keyakinan pasaran automotif Malaysia
The post Harga Proton Saga 2019 : City Vios Pun Kalah Dengan Model Ini appeared first on Mypt3.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mypt3.com/harga-proton-saga-baru