Harapan Rakyat Besar Zahid Garis 5 Kegagalan Pn Urus Covid 19


malaysiakini.com

Diterbitkan 24 Aug 2021, 10:14 am

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata rakyat meletakkan harapan besar di bahu kerajaan baru untuk melakukan perubahan agar negara dapat terlepas daripada ancaman wabak Covid-19 yang semakin buruk

Dalam hantaran di Facebooknya semalam, Zahid menyenaraikan lima kegagalan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) terdahulu dalam mengendalikan Covid-19, yang katanya, harus dijadikan “sempadan” oleh kerajaan baru.

Paling atas dalam senarainya ialah “keputusan populis yang membahayakan”, yang menyentuh soal terlalu banyak kelonggaran dibenarkan sebelum imuniti kelompok dicapai dalam kalangan rakyat, selain membuka sekolah semasa jangkitan sedang tinggi sekaligus membahayakan pelajar dan guru.

Zahid turut membangkitkan soal kelonggaran kepada pengembara dari luar negara menjalani kuarantin di rumah ketika dunia berdepan ancaman pelbagai varian baharu Covid-19.

Kegagalan seterusnya yang digariskan Zahid ialah sikap berat sebelah dalam pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP).

Kata Zahid, ini termasuk tindakan menutup sektor kurang berisiko dan membenarkan sektor penyumbang kluster tertinggi beroperasi; pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang tidak bersungguh-sungguh; kompaun yang tidak munasabah; serta dasar cuba jaya (try and error) yang mengundang 'flip flop' sehingga mengelirukan rakyat.

Kegagalan ketiga menurutnya ialah “bantuan” yang menguntungkan pihak ketiga - membabitkan pemberian moratorium pinjaman bersifat refinance yang menguntungkan pemiutang; bantuan yang sebahagiannya bersifat terakru; serta kebenaran pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak menyeluruh.

“Banker jaga banker”, kata Zahid.

Kegagalan dalam mempertahankan demokrasi pula, kata Zahid, dilakukan apabila PN menyekat persidangan parlimen, sekaligus menyanggah titah Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu serta membelakangi perlembagaan negara.

Akhir sekali, kata Zahid, kegagalan dalam soal memastikan tiada percanggahan polisi dalam memerangi wabak Covid-19.

“Pintu depan ditutup, tetapi pintu belakang dibuka dalam pentadbiran kerajaan berlaku secara nyata.”

“Nasihat KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan pakar kesihatan diambil mudah demi memenuhi tuntutan kroni dan ‘monetary’,” katanya lagi.

Ungkapan ‘tutup pintu depan’ juga pernah dahulu digunakan Ismail Sabri Yaakob ketika mengepalai kementerian pertahanan kerajaan PN, mengundang spekulasi warganet bahawa ia ditujukan buat Mohamed Azmin Ali, yang ketika itu menteri perdagangan antarabangsa dan industri yang mengeluarkan surat kebenaran operasi untuk perniagaan.

Ismail Sabri - yang kini perdana menteri - merupakan salah seorang menteri dari Umno yang menggalas tugas penting dalam pengendalian wabak Covid-19 dalam kerajaan PN terdahulu.

Selain Ismail Sabri, beberapa ahli Umno lain turut memegang jawatan penting dalam pengendalian Covid-19 termasuklah bekas menteri kesihatan Dr Adham Baba, dan menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang juga menteri penyelaras Pogram Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/08/harapan-rakyat-besar-zahid-garis-5.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanggungjawab Besar Dengar Nadi Rakyat Zahid

Tanggungjawab Besar Dengar Nadi Rakyat Zahid

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 183 hits
Tanggungjawab besar dengar nadi rakyat Zahid Tanggungjawab Yang Besar Kerajaan Baharu Dengari Dan Dalami Nadi Rakyat Ahmad Zahid Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberikan saranan kepada mereka yang akan mengemudi kerajaan ba...
Kartel Urus Jenazah Covid 19 Kenakan Caj 5 Kali Ganda Lebih Tinggi

Kartel Urus Jenazah Covid 19 Kenakan Caj 5 Kali Ganda Lebih Tinggi

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 304 hits
Kartel sanggup mengenakan caj hampir RM2 000 bagi menguruskan pengebumian mangsa Covid 19 PETALING JAYA Pembayaran pengurusan jenazah pesakit Covid 19 di Kelantan naik sekurang kurangnya lima kali ganda kepada RM1 300 hingga RM1 900 berband...
Kelantan Beri Rm1 500 Kepada Waris B40 Urus Jenazah Covid 19

Kelantan Beri Rm1 500 Kepada Waris B40 Urus Jenazah Covid 19

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 182 hits
Peruntukan diberikan kepada waris mangsa mulai 15 Ogos MB BANGI Kerajaan negeri Kelantan bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM1 500 kepada waris yang kehilangan ahli keluarga akibat COVID 19 untuk pengurusan jenazah Menteri Besar Datuk...
Kemudi Parti Tanpa Jawatan Pengorbanan Zahid Terlalu Besar

Kemudi Parti Tanpa Jawatan Pengorbanan Zahid Terlalu Besar

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 156 hits
Presiden UMNO Dato Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi KEBIJAKSANAAN dan berkat kesabaran Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah berjaya mengemudi Umno selama 40 bulan tanpa sebarang jawatan kerajaan Ketua Pemuda Umno Kuala Kangsar Mustafa Shah Abd...
Maaf Rakyat Tidak Boleh Terpedaya Lagi Kata Zahid

Maaf Rakyat Tidak Boleh Terpedaya Lagi Kata Zahid

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 263 hits
malaysiakini comDiterbitkan 16 Aug 2021 8 49 amKATA MP l Nada mereka mula berubah Mula bertutur dalam nada sedih lagi pilu gara gara sedang terdesak Harap maaf rakyat tidak boleh terpedaya lagi Rakyat tahu ini cuma satu lagi permainan perse...
Pasukan Urus Jenazah Lumpuh Akibat Covid 19

Pasukan Urus Jenazah Lumpuh Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 173 hits
Oleh SURAIDAH ROSLAN MOHAMAD Matassian Ogus bersama petugas pengurusan jenazah HQE Kota Kinabalu yang lain semasa mengebumikan salah seorang pesakit Covid 19 IHSAN HQEKOTA KINABALU Ketika kes mula meningkat pasukan pengurusan jenazah kami b...
Memegang Dari Legasi Kegagalan Yang Sama Maka Semoga Pemerintahan Beliau Tidak Mengecewakankan Rakyat

Memegang Dari Legasi Kegagalan Yang Sama Maka Semoga Pemerintahan Beliau Tidak Mengecewakankan Rakyat

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 142 hits
CIPTAAN 1989IWAN FALSNORMAN RADZUANMemegang dari Legasi yang sama dahulu gagal kini menjadi perdana menteri moga pemerintahan beliau tidak menggagalkan rakyat lagi Syabas UMNO kerna boleh melegasikan DS Sabri Ismail Sebagai PM yang Ke 9 Klu...
1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Pilot In Kapar Crash Was Under Influence Of Alcohol Says Report

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ketupat Palas In The Making

Beli Jam Tangan Di Twg Angsana

9 Himpunan Doa Para Nabi Disebut Dalam Al Quran

Ladang Jualan Orkid Rawang

Ways To Monetize Your Domains

Rezeki Yang Tidak Disangka