Kartel Urus Jenazah Covid 19 Kenakan Caj 5 Kali Ganda Lebih Tinggi


 
Kartel sanggup mengenakan caj hampir RM2,000 bagi menguruskan pengebumian mangsa Covid-19. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Pembayaran pengurusan jenazah pesakit Covid-19 di Kelantan naik sekurang-kurangnya lima kali ganda kepada RM1,300 hingga RM1,900, berbanding maksimum RM200 seperti ditetapkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Mengikut pekeliling dikeluarkan MAIK, kos pengurusan jenazah boleh diberikan percuma atau bayaran tidak melebihi RM200 sahaja bagi menampung kos tayamum.
Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Al Kautsar, Muhammad Imdaadullah Muhammad Asri berkata, pembayaran tinggi itu tidak sepatutnya berlaku.
Beliau berkata, pandangan itu dibuat sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang turut membantu keluarga pesakit Covid-19 menjelaskan bayaran RM1,300 kepada seorang ‘ustazah’ yang menguruskan jenazah pesakit Covid-19 di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), pada 14 Jun lalu.
Katanya, pada awalnya orang yang menguruskan jenazah meminta bayaran sebanyak RM1,900, tetapi selepas berbincang mereka menurunkan bayaran kepada RM1,300.
“Sebenarnya untuk menguruskan jenazah ini hanya diberikan secara percuma atau bayaran tidak melebihi RM200 sahaja untuk kos tayamum seperti pekeliling dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
“Namun, disebabkan ada pihak mahu mengambil kesempatan atau kartel pengurusan jenazah, jadi bayaran untuk urus jenayah pesakit Covid-19 dengan hanya tayamum meningkat di antara RM1,300 hingga RM1,900,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Menurutnya, ramai keluarga tidak mampu untuk menanggung kos bayaran mahal, tetapi mereka terpaksa membayar kos itu bagi mempercepatkan proses pengurusan jenazah.
Katanya, ahli keluarga bukan sahaja perlu membayar kos tayamum, malah perlu membayar kos lain termasuk van jenazah, gali kubur dan keranda.
“Kami pernah ‘bertikam lidah’ dengan pihak pengurusan jenazah apabila mereka berkeras mahu menguruskan jenazah kerana tidak mahu bertembung dengan NGO yang menawarkan perkhidmatan secara percuma.
“Tidak logik apabila jenazah mangsa Covid-19 masih ada di dalam wad, tetapi sudah ada ustaz atau pengurus jenazah yang menunggu di Unit Forensik.
“Apabila kami sampai untuk menawarkan pengurusan secara percuma, kami terpaksa ‘bertikam lidah’ dengan mereka. Ini jelas menunjukkan mereka ini mengambil kesempatan dan dipercayai turut adanya ‘orang dalam’ yang sama-sama mahu mengaut keuntungan di atas kesedihan orang lain,” katanya.
Beliau berkata, sehingga kini pihaknya sudah memberi bantuan menguruskan jenazah secara percuma kepada kira-kira 10 keluarga pesakit Covid-19 dan puluhan mangsa lain.
Menurutnya, mereka ikhlas dan tidak mahu ada pihak lain yang mengambil kesempatan mengenakan caj tinggi.
Katanya, orang ramai yang mahu mendapatkan perkhidmatan pengurusan jenazah percuma, mereka boleh cari beberapa NGO lain termasuk Tengku Harith Team Ventures, Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) dan lain-lain lagi. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/08/kartel-urus-jenazah-covid-19-kenakan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mus

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kematian Covid 19 3 Kali Lebih Tinggi Bagi Individu Belum Divaksin

Kematian Covid 19 3 Kali Lebih Tinggi Bagi Individu Belum Divaksin

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 180 hits
JAKARTA Kadar kematian akibat jangkitan Covid 19 dalam kalangan penduduk di Jakarta yang belum menerima suntikan vaksin didapati tiga kali lebih tinggi berbanding individu yang sudah divaksin Data terbaharu itu dikeluarkan oleh Kementerian ...
Ibu Hamil Dijangkiti Covid Kemungkinan Masuk Icu Bersalin Awal 2 Kali Ganda

Ibu Hamil Dijangkiti Covid Kemungkinan Masuk Icu Bersalin Awal 2 Kali Ganda

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 304 hits
Jika anda wanita hamil anda perlu mengetahui perkara ini Jangkitan Covid 19 pada wanita hamil adalah sangat bahaya Risiko ibu hamil lagi tinggi Menerusi perkongsian Pakar Perubatan Reproduktif Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Dr Mur...
Pasukan Urus Jenazah Lumpuh Akibat Covid 19

Pasukan Urus Jenazah Lumpuh Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 118 hits
Oleh SURAIDAH ROSLAN MOHAMAD Matassian Ogus bersama petugas pengurusan jenazah HQE Kota Kinabalu yang lain semasa mengebumikan salah seorang pesakit Covid 19 IHSAN HQEKOTA KINABALU Ketika kes mula meningkat pasukan pengurusan jenazah kami b...
Kelantan Beri Rm1 500 Kepada Waris B40 Urus Jenazah Covid 19

Kelantan Beri Rm1 500 Kepada Waris B40 Urus Jenazah Covid 19

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 126 hits
Peruntukan diberikan kepada waris mangsa mulai 15 Ogos MB BANGI Kerajaan negeri Kelantan bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM1 500 kepada waris yang kehilangan ahli keluarga akibat COVID 19 untuk pengurusan jenazah Menteri Besar Datuk...
Zahid Pasukan Propaganda Rm40 Juta Tanam Persepsi Kes Tinggi Covid Tak Dapat Dielak

Zahid Pasukan Propaganda Rm40 Juta Tanam Persepsi Kes Tinggi Covid Tak Dapat Dielak

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 173 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendakwa satu pasukan propaganda cuba memperkecilkan keseriusan pandemik Covid 19 ketika beliau terus mengulangi kegagalan kerajaan dalam menangani krisis kesihatan itu Katanya leb...
Covid 19 Tinggi Di Selangor Mat Sabu Anjur Pertandingan Menyanyi Dalam Page Fb

Covid 19 Tinggi Di Selangor Mat Sabu Anjur Pertandingan Menyanyi Dalam Page Fb

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 177 hits
AGENDA DAILY Pertandingan Menyanyi Lagu Tamat Darurat Ketika rakyat berdepan tekanan ekoran krisis pandemik Covid 19 Presiden Amanah Mohamad Sabu atau Mat Sabu nampaknya mempunyai idea luar kotak dengan menganjurkan pertandingan menyanyi da...
Pemberian Dos Vaksin Covid 19 Lebih 21 6 Juta Kata Adham

Pemberian Dos Vaksin Covid 19 Lebih 21 6 Juta Kata Adham

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 180 hits
Dr Adham Baba berkata sebanyak 21 668 999 dos vaksin Covid 19 telah diberikan Dr Adham Baba berkata sebanyak 21 668 999 dos vaksin Covid 19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan setakat semalam PETALING JAYA Sebanya...
Kes Tinggi Punca Pesakit Covid 19 Dirawat Dalam Khemah

Kes Tinggi Punca Pesakit Covid 19 Dirawat Dalam Khemah

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 121 hits
Tangkap layar video yang tular mendakwa pesakit Covid 19 dirawat di dalam khemah di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru Johor sejak semalam JOHOR BAHRU Jumlah kedatangan pesakit Covid 19 yang tinggi ke Hospital Sultan Ismail di sini sejak aw...
Doktor Ini Kongsi Risiko Jangkitan Covid 19 Wanita Hamil Lebih Teruk Bersalin Awal

Doktor Ini Kongsi Risiko Jangkitan Covid 19 Wanita Hamil Lebih Teruk Bersalin Awal

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 188 hits
Keadaan sekarang mungkin bertambah tenat dengan kes jangkitan covid 19 bukan hanya bahaya pada warga emas tapi lebih teruk buat wanita hamil dan kanak kanak Kebelakangan ini kerap kita dengar tentang kematian di kalangan ibu mengandung
Mahalini Dah Peluk Islam

Tahap Empat Babitkan Keseluruhan Kulit Otot Dan Tulang Ini Gambaran Lecur Mengikut Tahap

Repressive Laws Killing Press Freedom Say Activists

Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Nak Beriadah Tapi Malas Hadap Jammed Ini 5 Taman Rekreasi Terletak Di Kl Selangor Boleh Diakses Guna Lrt Amp Mrt

Anniversary 4 Tahun Sebagai Ghostwriter

Friction Over Candidate Threatening Ph S Kkb Campaign

Pertumbuhan Berterusan Wall Street Hijau Untuk Hari Ketiga Berturut Turut



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Persediaan Awal Haji

218 Fibonaci

219 Makna 99 Allah Pecahan

217 Kajian Surah Ad Dukhan The Smoke

This Is Drink Green Mango

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister