Harapan Palsu Kedah Tidak Mampu Bertahan


M FAQIH 

KETIKA demam politik ‘Covid-20’ makin kebas, baki gelora masih lagi berpusar di Kedah. Politik separa unik masih menghantui negeri Jelapang Padi.

Ia dilihat menyongsong arus. Bertentangan sama sekali dengan sifir politik yang berlaku di seluruh negara.

Sedangkan pada 24 Februari lepas BERSATU membuat keputusan keluar daripada Pakatan Harapan (PH). Kata presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin keputusan itu dibuat pada mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu. Ia diadakan 23 Februari.

Mesej itu jelas. Sebaliknya di Kedah, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir bertindak di sebaliknya. Beliau mendakwa masih mendapat sokongan PH.

Di pusat, BERSATU ‘mufarakah’ daripada PH, di Kedah masih tidur sebatal. Kalut sungguh. Pening segala rakyat jelata.

Tiada lagi teori politik yang boleh merumus tindakan Mukhriz. Seperti kata Pesurujaya PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya, apakah Mukhriz memberi harapan palsu?

BERSATU memiliki enam ADUN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah. Selain itu PKR ada 7 Adun, PAN (4) dan DAP (2).

ADUN BERSATU selain Mukhriz iaitu Dr Ku Ab Rahman Ku Ismail (Guar Chempedak), Amiruddin Hamzah (Anak Bukit), Halimaton Shaadiah Saad (Bukit Kayu Hitam), Mohd Firdaus Ahmad (Kuah) dan Juhari Bulat (Ayer Hangat).

Dr Ku Ab Rahman bekas Umno yang berhijrah kepada BERSATU. Potensi untuk ‘u-turn’ semula terbuka luas sekarang. Begitu juga tiga lagi ADUN lain kecuali Amiruddin.

Amiruddin muncul di pentas politik popular bermula di gelanggang PAS. Sebelum itu tidak ramai mengenalinya.

Mukhriz mencetus teori yang berbeza berbanding di Melaka, Johor dan Perak. Sarjana politik pun pening mengamati teori mana yang dipinjam.

Persoalannya sekarang, apabila Mukhriz masih lagi Timbalan Presiden BERSATU. Belum kelihatan kenyataan rasmi menggambarkan beliau juga ‘mufarakah’.

Teori itu bertentangan dengan ‘Rethingkin Islamic Reform’. Kata Prof Tariq Ramadan ‘reform’ yang signifikan adalah cara fikir mengikut perubahan semasa.

Apakah Mukhriz mahu mencipta islah baharu yang bertentangan normal demokrasi.

Semalam Menteri Besar Kedah itu menafikan kerajaan Kedah berada dalam keadaan cemas.

“Tiada perubahan kerajaan negeri setakat ini. Saya menafikan bahawa kita dalam keadaan getir kerana masih ada majoriti tiga ADUN menyokong,” katanya kepada media.

Persoalannya apakah kenyataan itu dibuat atas nama Timbalan Presiden BERSATU. Kalau begitu dilihat Mukhriz ‘menoda’ keputusan mesyuarat khas BERSATU, 23 Februari lepas.

Sedangkan kenyataan Muhyiddin pada 24 Februari jelas. “Semua Ahli Dewan Rakyat daripada BERSATU dengan ini keluar Pakatan Harapan,” ujarnya. Mukhriz Ahli Parlimen Jerlun dan ADUN Jitra.

Bukan sekadar melanggar keputusan mesyuarat. Mukhriz juga dilapor mulai menyerang Muhyiddin. Ketika berucap di hadapan penyokongnya di Alor Setar, Mukhriz mempertikaikan tindakan Muhyiddin.

Tindak tanduk itu mengundangkan untuk diambil tindakan disiplin. Telahan awal mungkin mengalami nasib serupa Dato’ Seri Azmin Ali.

Disingkirkan daripada parti kerana tidak ‘baiah’ presiden. Kesimpulan mudah, apabila tindakan serupa berulang, Mukhriz hilang segala-galanya.

Empat ADUN BERSATU perlu berpaut kepada kerajaan baharu. Ramai nampak harapan ‘palsu’ Mukhriz tidak mampu bertahan lama.

Pada 2013 Mukhriz pernah dilantik Menteri Besar Kedah. Malangnya disingkir pada 2016 selepas sebulat suara kehilangan keyakinan terhadap kepimpinannya.

Nampaknya episod serupa akan berulang. Hanya masa menentukan.– HARAKAHDAILY



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/harapan-palsu-kedah-tidak-mampu-bertahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Msl 2020 Mengapa Ragu Kedah Mampu Cabar Mahkota Jdt

Msl 2020 Mengapa Ragu Kedah Mampu Cabar Mahkota Jdt

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 233 hits
Baru baru ini kami di Semuanya BOLA diminta untuk memberikan senarai pasukan berdasarkan ramalan dan pilihan masing masing yang akan mengakhiri saingan Liga Super Malaysia sebagai empat pasukan teratas Seperti dijangka JDT juara MSL enam ka
Tiada Parti Gabungan Mampu Bertahan Kecuali Bn

Tiada Parti Gabungan Mampu Bertahan Kecuali Bn

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 262 hits
DR LAU ZHE WEI Pelbagai parti gabungan wujud sejak kemerdekaan dari zaman Parti Perikatan sehinggalah ke Perikatan Nasional Seperti yang kita dapat lihat daripada semua parti gabungan yang wujud hanya Barisan Nasional sahaja yang mampu bert...
Kerajaan Muhyiddin Mampu Bertahan Sehingga Pru15 Dr Mahathir

Kerajaan Muhyiddin Mampu Bertahan Sehingga Pru15 Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 358 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kini dipercayai sudah mempunyai jumlah sokongan ahli Parlimen yang cukup bagi membolehkan beliau mentadbir negara Menurut Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad kerajaan yan...
Berapa Lama Muhyiddin Mampu Bertahan

Berapa Lama Muhyiddin Mampu Bertahan

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 274 hits
Setelah kira kira seminggu Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri dan serangan daripada PH serta Tun Mahathir Mohamad sudah bermula terhadapnya pertanyaan paling kerap kedengaran di mana mana ialah berapa lamakah beliau mampu mempertahank...
Kedudukan Dan Nasib Mukhriz Mahathir Di Kedah Selepas Muhyiddin Jadi Pm

Kedudukan Dan Nasib Mukhriz Mahathir Di Kedah Selepas Muhyiddin Jadi Pm

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 500 hits
LANGKAWI Kedudukan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri Kelapan kini diibarat tidak lagi kukuh seperti diumumnya sebelum ini Ketua UMNO Langkawi Datuk Nawawi Ahmad menegask...
Kedudukan Mukhriz Di Kedah Tidak Kukuh Ketua Umno Langkawi

Kedudukan Mukhriz Di Kedah Tidak Kukuh Ketua Umno Langkawi

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 353 hits
Astro Awani Mukhriz sebelum ini dilaporkan berkata pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah kekal dipimpinnya selepas 19 Adun PH Kedah bersetuju untuk menyokong kepimpinan beliau Gambar fail Astro AWANI LANGKAWI Kedudukan Menteri Besar Kedah Datuk...
M Nasional Beberapa Sokong Muhyiddin Pm Kedah Perak Melaka Ikut Johor

M Nasional Beberapa Sokong Muhyiddin Pm Kedah Perak Melaka Ikut Johor

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 337 hits
MN BERSATU capai majoriti DAP cemas saat iniLEWAT petang Jumaat penghulu segala hari yang penuh barakah satu keputusan awal dicapai Muafakat Nasional dan BERSATU selain beberapa parti lain yang dijangka menyusul memberi sokongan agar Tan Sr...
20 Tempat Menarik Di Sungai Petani Jom Bercuti Ke Bandar Perindustrian Kedah

20 Tempat Menarik Di Sungai Petani Jom Bercuti Ke Bandar Perindustrian Kedah

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 1100 hits
Tercari cari destinasi yang unik untuk percutian akan datang Mai singgah ke Sungai Petani Kedah Masa yang diambil untuk ke negeri di sudut utara Semenanjung Malaysia ini adalah dalam 4 ke 5 jam sebaik memasuki negeri ini akan dapat melihat ...
Pas Confident Kedah Mb Post Is Theirs For The Taking

Pas Confident Kedah Mb Post Is Theirs For The Taking

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 346 hits
ALOR SETAR Kedah PAS is confident that the coveted Mentri Besar s post is theirs for the taking following a shift in political power at the federal level State deputy commissioner 1 Muhammad Sanusi Md Nor said they were now waiting for inst...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi