Kedudukan Mukhriz Di Kedah Tidak Kukuh Ketua Umno Langkawi
Wan Syamsul Amly, Astro Awani                                                                                                

                                Mukhriz  sebelum ini dilaporkan berkata, pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah kekal  dipimpinnya selepas 19 Adun PH Kedah, bersetuju untuk menyokong  kepimpinan beliau. - Gambar fail/Astro AWANI  LANGKAWI: Kedudukan Menteri  Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir selepas Tan Sri Muhyiddin  Yassin menjadi Perdana Menteri Kelapan kini diibarat tidak lagi kukuh  seperti diumumnya sebelum ini.
 Ketua UMNO Langkawi, Datuk Nawawi  Ahmad menegaskan, pergolakan Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu di Pusat  menjadi cabaran besar buat kerajaan negeri untuk mengekalkan kepimpinan  Mukhriz seperti sedia ada.
 Jelasnya, keputusan yang diambil di Pusat perlu diikut oleh kepimpinan negeri
 "Keadaan tidak selaras ini tidak lama, kerana apabila Pusat sudah reda  keadaan maka akan berlaku perubahan di negeri juga kerana arahan  daripada ketua di Pusat mesti diikuti anak buah mereka di negeri.
                                                         "Contoh macam sekarang Pas ada 15  kerusi, Umno ada dua, jadi 17 di situ. Ada 36 kerusi bahagi dua, 18,  jadi kalau ada kumpulan Azmin, maka Kedah sepatutnya bertukar  pemerintahan kepada Pas kerana mereka majoriti.
 "Tambahan kita  sekarang sudah bersama, pada pendapat saya sekarang macam di Johor ada  persefahaman. Di Kedah sekiranya di Pusat telah stabil dengan Muafakat  Nasional campur Bersatu dan kumpulan negeri ini akan mengikut apa yang  berlaku di Pusat," katanya ketika ditemui di sini, pada Ahad.
                                                                                                                      Mukhriz sebelum ini dilaporkan berkata, pentadbiran Kerajaan Negeri  Kedah kekal dipimpinnya selepas 19 Adun PH Kedah, bersetuju untuk  menyokong kepimpinan beliau meskipun sebarang kata sepakat di peringkat  pusat masih belum dapat dicapai.
 Menurut Mukhriz, tindakan  mewujudkan kepimpinan kerajaan negeri yang berstatus PH dan Bersatu ini  adalah bagi menjamin kesepakatan serta proses perjalanan kerajaan negeri  Kedah berjalan seperti biasa.
 Sebelum ini juga, Ketua  Pembangkang Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, gabungan Pakatan  Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kedah dijangka  tidak mampu bertahan lama dan akan berpecah tidak lama lagi.
 Jelasnya, keputusan gabungan bagi membentuk kerajaan negeri di bawah pimpinan Mukhriz akan berubah selewat-lewatnya pada Isnin.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/kedudukan-mukhriz-di-kedah-tidak-kukuh.html