Haramain Karya Hafiz Hamidun Bangkitkan Kerinduan Dan Kecintaan Ke Tanah Suci




Penyanyi nasyid tersohor tanah air, Hafiz Hamidun, kembali dengan album studio terbarunya bertajuk Haramain. Album ini dihasilkan selepas mendapat inspirasi daripada pengalaman rohaninya di Tanah Suci Mekah dan Madinah. Kolaborasi kreatif bersama penulis lirik seperti ITO Lara dan Fedtri Yahya menjadikan album ini kaya dengan mesej spiritual dan kecintaan terhadap ibadah.
Hafiz menyifatkan album ini sebagai karya yang membangkitkan rasa kerinduan kepada Tanah Suci, ibadah haji, dan umrah. Lagu seperti Zamzam, yang menampilkan Ruffedge, menjadi penanda aras album ini yang memuatkan 10 lagu, antaranya Batu Hitam, Raudah, dan Arafah. Menurut Hafiz, setiap trek membawa pendengar menyusuri keindahan sejarah Islam dan pengalaman rohani di Mekah serta Madinah.

Selain itu, salah satu lagu yang menjadi sorotan ialah Raudah. Lagu ini menggambarkan pengalaman mendalam Hafiz sewaktu berdoa dan beribadah di Raudah, kawasan istimewa di Masjid Nabawi yang digelar “taman syurga”. Hafiz menerangkan bahawa liriknya mencerminkan kerinduan untuk bertemu Nabi Muhammad SAW di Jannah, manakala korusnya pula sebagai doa penuh pengharapan.
“Raudah membawa mesej yang sangat peribadi buat saya. Ia mengingatkan kita untuk terus berselawat dan menanam cinta kepada Nabi Muhammad SAW,” ujar Hafiz, yang turut menggunakan elemen Timur Tengah dalam komposisi lagu ini.
Album ini dihasilkan selama enam bulan, dengan elemen muzik dirakam di Istanbul bagi memastikan keaslian instrumen Timur Tengah seperti strings, klarinet, dan gambus Turki. Sentuhan muzik ini digabungkan dengan melodi moden, menjadikan album Haramain unik dan relevan.
“Saya mahu album ini menjadi perjalanan hati yang mendekatkan pendengar kepada Allah SWT, bukan sekadar muzik biasa. Ia adalah doa yang dilagukan,” kata Hafiz.

Video muzik album ini menampilkan keindahan Mekah dan Madinah dengan visual sinematik. Hafiz berkongsi bahawa pengalaman rohaninya di Raudah menjadi inspirasi utama dalam penghasilan visual album ini.
“Saya berharap album ini menjadi teman spiritual pendengar, membangkitkan rasa syukur dan cinta kepada Allah SWT. Insya-Allah, saya juga sedang menyiapkan versi terjemahan dalam Bahasa Inggeris, Arab, dan Urdu untuk pasaran antarabangsa,” tambah Hafiz.
Album Haramain kini boleh dinikmati melalui Apple Music, Spotify, YouTube Music, dan semua platform digital utama.




Source link
The post ‘Haramain’ karya Hafiz Hamidun bangkitkan kerinduan dan kecintaan ke Tanah Suci appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/haramain-karya-hafiz-hamidun-bangkitkan-kerinduan-dan-kecintaan-ke-tanah-suci/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanah Kubur Runtuh Wanita Terkejut Kain Kafan Ibu Masih Elok Walaupun Sudah 12 Tahun Dikebumikan

Tanah Kubur Runtuh Wanita Terkejut Kain Kafan Ibu Masih Elok Walaupun Sudah 12 Tahun Dikebumikan

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 124 hits
Beberapa kubur runtuh akibat hakisan ombak yang melanda Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras Kuala Nerus Terengganu dan hakisan yang berlaku menyebabkan lima jenazah termasuk tiga yang masih berkain kafan dikebumikan semula Siti Idayu M...
Penjawat Awam Antara 13 Ditahan Disyaki Terbabit Dengan Kartel Pindah Milik Tanah Secara Tidak Sah

Penjawat Awam Antara 13 Ditahan Disyaki Terbabit Dengan Kartel Pindah Milik Tanah Secara Tidak Sah

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 128 hits
KUALA LUMPUR Enam wanita antara 13 yang ditahan termasuk penjawat awam kerana disyaki terbabit dengan kartel pindah milik tanah secara tidak sah membabitkan sebuah pejabat tanah dan daerah di Selangor Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komer...
Tanah Milik Kerajaan Pahang Seluas 1 000 Ekar Di Sungai Perdak Bentong Dikesan Telah Diceroboh

Tanah Milik Kerajaan Pahang Seluas 1 000 Ekar Di Sungai Perdak Bentong Dikesan Telah Diceroboh

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 154 hits
KUANTAN Kira kira 404 hektar tanah milik kerajaan negeri Pahang di Sungai Perdak Mukim Sabai Bentong dikesan telah diceroboh kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail Beliau berkata kawasan yang diceroboh terbabit terletak di lokas...
Bunyi Letupan Misteri Muncul Dalam Tanah Bawah Rumah

Bunyi Letupan Misteri Muncul Dalam Tanah Bawah Rumah

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 122 hits
KOSMOPemilik rumah berasa bimbang mendengarkan bunyi aneh dari bawah rumahnya Tangsel OkeJAKARTA Penduduk sebuah kawasan kejiranan di Kota Tangerang Selatan wilayah Banten gempar apabila bunyi misteri seakan akan letupan mercun didengari da...
Kembali Ke Tanah Air Dengan Penerbangan China Southern Airlines

Kembali Ke Tanah Air Dengan Penerbangan China Southern Airlines

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 222 hits
Catatan Trip ke Guangzhou China September 2024 NAIK BAS DARI HOTEL KE LAPANGAN TERBANGHari terakhir di bumi Guangzhou kami mendaftar keluar hotel seawal pukul 5 25 pagi Penginapan kami di Liz Hotel menyediakan perkhidmatan airport transfer ...
Buku Biografi Syed Hamid Albar Kumpulan Sikh Bimbang Kontroversi Allah Sebab Kitab Suci Diharam

Buku Biografi Syed Hamid Albar Kumpulan Sikh Bimbang Kontroversi Allah Sebab Kitab Suci Diharam

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 163 hits
FMT ReportersKebimbangan mereka kemudian diredakan oleh bekas KSU KDN yang memberitahu perkara itu hanya membabitkan kumpulan Kristian PETALING JAYA Masyarakat Sikh bimbang kitab sucinya Guru Granth Sahib akan diharamkan pada kemuncak kontr...
Isu Jual Tanah Di Gebeng Kerajaan Pahang Teliti Tindakan Undang Undang Terhadap Andansura

Isu Jual Tanah Di Gebeng Kerajaan Pahang Teliti Tindakan Undang Undang Terhadap Andansura

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 180 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang meneliti untuk mengambil tindakan undang undang terhadap Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Andansura Rabu yang didakwa cuba menimbulkan persepsi mengenai perjanjian jual beli tanah yang dimeterai antara Pa...
Barulah Rock Konsert Hampir 3 Kilometer Dalam Tanah

Barulah Rock Konsert Hampir 3 Kilometer Dalam Tanah

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 100 hits
Oleh Syeikh Baran Sebuah kumpulan muzik dari Kanada memecahkan Guinness World Records selepas mengadakan konsert pada kedalaman 2 469 9 di bawah tanah lapor agensi berita United Press International Kumpulan dinamakan The Miners Sons itu men...
Wanita Guna Papan Tanah Liat Halang Air Banjir Masuk Rumah Rumah Saya Okay Harap Membantu

Wanita Guna Papan Tanah Liat Halang Air Banjir Masuk Rumah Rumah Saya Okay Harap Membantu

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 119 hits
Idea bernas seorang wanita yang menghalang air banjir memasuki rumahnya dengan hanya menggunakan tanah liat dipuji ramai Malah ramai yang mencuba dan ternyata berhasil Menerusi perkongsiannya di akaun Tik Tok Nurul Atyra yang menggunakan te...
Larian Malaysia Sarong Music Run 2025 Dirasmikan Oleh Yab Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim

Lirik Lagu Nanti Pulangnya Ke Aku Ya Dalia Farhana

Penang Pas Youth Defends Razman Against Pro Dap Faction In Party

Peguam Selar Hannah Yeoh Beri Alasan Kaitan Tugas Guna Aset Kerajaan Hadir Saman Fitnah

Selera Tekak Masing Masing

Maskulin Who S Your Bro Akhir Milik Ikmal Amry Hakimi Noordin

Golden Dragon S Jackpot Trail A Player S Guide To Maximizing Rewards

Aktiviti Majlis Pertandingan Demonstrasi Senibina Kebudayaan Diri Peringkat Kebangsaan 2025 Ppim 08 02 2025


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Iphone 11 Akan Dilancarkan Pada 11 September Ini

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri Negeri Seluruh Malaysia Bagi Tahun 1442h 2021m

5 Video Muzik Paling Popular Di Dunia Pada Tahun 2023

Ayam Masak Palembang Sedap Pekat Dan Padu

Celebrity Legs And Feet In Tights Variety Pack 149

Langkah Demi Langkah Untuk Mengubah Impian Menjadi Kenyataan