Penjawat Awam Antara 13 Ditahan Disyaki Terbabit Dengan Kartel Pindah Milik Tanah Secara Tidak Sah




KUALA LUMPUR: Enam wanita antara 13 yang ditahan termasuk penjawat awam kerana disyaki terbabit dengan kartel pindah milik tanah secara tidak sah membabitkan sebuah pejabat tanah dan daerah di Selangor.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata tangkapan dilakukan susulan satu laporan polis dibuat oleh seorang penolong pegawai daerah pada awal bulan ini.
Katanya, pengadu tampil membuat laporan polis selepas mendapati wujud beberapa transaksi pindah milik tanah yang mencurigakan dan berlaku secara tidak sah.
"Siasatan yang dijalankan mendedahkan terdapat sindiket dan kartel di dalam pejabat tanah yang menjalankan kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah.
"Sindiket ini dipercayai mengeksploitasi sistem dengan memadam serta menghilangkan rekod-rekod penting pindah milik.
"Setakat ini dipercayai terdapat enam transaksi pindah milik secara tidak sah membabitkan enam bidang tanah," katanya dalam sidang media di ibu pejabat JSJK, Menara KPJ di sini, hari ini.
Ramli berkata, susulan siasatan yang dijalankan, pihaknya menahan 13 individu terdiri daripada tujuh lelaki dan enam wanita berusia lingkungan antara 26 hingga 59 tahun.
Beliau berkata, antara suspek yang ditahan itu adalah kakitangan di pejabat tanah dan daerah terbabit, bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, dalam kes berasingan, Ramli berkata seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun kerugian RM1.08 juta wang simpanan persaraan selepas menjadi mangsa 'phone scam'.
Katanya, mangsa tampil membuat laporan polis di Pulau Pinang, semalam dan menyatakan menerima panggilan dari individu mengaku kononnya pegawai dari 'Tabung Haji' pada 18 Oktober lalu.
"Mangsa dimaklumkan akaun miliknya didapati terbabit dengan kegiatan pengubahan wang haram. Seterusnya mangsa dihubungi oleh seorang yang mendakwa dari Balai Polis Ampang yang kononnya akan membuat siasatan terhadap pengadu.
"Mangsa turut diingatkan supaya tidak menceritakan perihal siasatan tersebut kepada orang lain atau mangsa akan ditangkap," katanya.
Ramli berkata mangsa juga diarahkan 'melaporkan diri' lima kali sehari kepada 'Puan Suraya' yang kononnya seorang pendakwa raya.
"Mangsa diarahkan membuka akaun bank baharu dan memindahkan semua wang miliknya ke akaun bank tersebut dan menyerahkan butiran perbankan kaun kepada pihak sindiket.
"Mangsa hanya menyedari ditipu apabila bercerita perkara tersebut kepada anaknya," katanya.
Ramli berkata, semakan lanjut mendapati wang dari akaun bank yang baharu dibuka mangsa itu sudah dipindahkan ke beberapa bank yang belum dikenalpasti melalui 60 transaksi berbeza.
Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
"Kepada anak-anak, tolonglah nasihatkan ibu bapa, pakcik, makcik, saudara, rakan taulan terutamanya warga emas.
"Selitkan perkara ini sebagai agenda perbualan supaya mereka tahu dan terdetik di pemikiran mereka apabila menerima panggilan sebegini," katanya. #BeritaHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/11/penjawat-awam-antara-13-ditahan-disyaki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjawat Awam Antara 4 Ditahan Samun Kedai Jual Alat Memancing

Penjawat Awam Antara 4 Ditahan Samun Kedai Jual Alat Memancing

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 196 hits
Zuliaty Zulkiffliam hmetro com myWAN Azharuddin menunjukkan pelbagai barangan yang dirampas FOTO Zuliaty Zulkiffli Sungai Petani Seorang penjawat awam dan tiga rakannya yang baru pertama kali melakukan kegiatan samun Ahad lalu ditahan hanya...
3 Lelaki Ditahan Disyaki Terbabit 8 Kes Ragut Barang Kemas

3 Lelaki Ditahan Disyaki Terbabit 8 Kes Ragut Barang Kemas

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 235 hits
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzilharisfadli hmetro com mySubang Jaya Tiga lelaki disyaki terbabit dengan lapan kes ragut barang kemas di dalam daerah ini ditahan dalam serbuan berasingan di sini dan sekitar Petaling Jaya semalam Ketua Polis Daer...
3 Pasangan Antara 8 Ditahan Disyaki Pengikut Millah Abraham

3 Pasangan Antara 8 Ditahan Disyaki Pengikut Millah Abraham

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 217 hits
BernamaJASIN Lapan individu terdiri daripada tiga pasangan suami isteri dan dua lelaki ditahan kerana dipercayai pengikut ajaran sesat Millah Abraham dalam serbuan di sebuah rumah di sini tengah malam tadi Exco Pendidikan Pengajian Tinggi d...
Lelaki Warga Emas Ditahan Disyaki Bakar Pelantar Ikan

Lelaki Warga Emas Ditahan Disyaki Bakar Pelantar Ikan

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 255 hits
BernamaIPOH Polis menahan seorang lelaki dipercayai mengalami masalah mental bagi membantu siasatan kes kebakaran tiga pelantar ikan di Pantai Remis Manjung awal pagi tadi Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata suspek b...
14 Pelajar Sekolah Antara 61 Geng 360 Ditahan

14 Pelajar Sekolah Antara 61 Geng 360 Ditahan

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 259 hits
TUAN NURHIDAYAH TUAN AB GHANI61 individu yang ditahan dalam satu upacara pelantikan kumpulan kongsi gelap di rumah kedai Sungai Besi hari ini KUALA LUMPUR Seramai 61 individu termasuk 14 remaja ditahan dalam satu upacara pelantikan ahli bah...
2 Warga China Antara 16 Ditahan Terlibat Kes Samun

2 Warga China Antara 16 Ditahan Terlibat Kes Samun

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 301 hits
BernamaSHAH ALAM Polis menahan 16 lelaki termasuk dua warga China dipercayai terlibat kejadian samun berkumpulan di sebuah kilang barangan lusuh di Telok Panglima Garang Kuala Langat pada 9 Nov lepas Pemangku Ketua Polis Kuala Langat Mohd S...
7 Warga Asing Antara Ditahan Jual Kad Pr Palsu

7 Warga Asing Antara Ditahan Jual Kad Pr Palsu

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 257 hits
BernamaJOHOR BAHRU Polis menumpaskan sindiket pengedaran dan penjualan kad pemastautin tetap palsu kepada warga asing dengan penahanan 13 individu Ketua Polis Johor M Kumar berkata suspek berusia 27 hingga 44 tahun termasuk tujuh warga asin...
Penceramah Antara 11 Ditahan Terlibat Sindiket Pelaburan Kripto Gigamax

Penceramah Antara 11 Ditahan Terlibat Sindiket Pelaburan Kripto Gigamax

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 181 hits
Izzatie RizanKUALA LUMPUR Polis menahan 11 individu termasuk dua wanita kerana terbabit dengan skim pelaburan mata wang kripto Gigamax melibatkan kerugian RM7 25 juta Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri...
Dua Wanita Antara 17 Yang Ditahan Bantu Kes Gaduh

Dua Wanita Antara 17 Yang Ditahan Bantu Kes Gaduh

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 290 hits
BernamaPolis menahan 17 individu tempatan termasuk dua wanita bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan di hadapan Queen Water Front Q1 Bayan Lepas dekat George Town awal pagi semalam Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam berkata...
Khairul Aming Dedikasikan Anugerah Maulidur Rasul Kepada Peniaga Kecil

Misi Membeli Perfume Luggage Dan Hadiah Encik Suami Gagal

Kenangan Bercuti Di Pulau Pangkor

Sambutan Birthday Malam Ambang Merdeka 2025

Filem Badak

Ideas Beef Asado Recipe Slow Cooker

Salam Maulidur Rasul

Jual Daging Kucing Rm26 Sekilogram Kerana Terdesak Perlu Wang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bila Lagu Lama Mengusik Jiwa

Menulis Dengan Hati Kerana Tulisan Hidup Lebih Lama

Kotak Packaging Produk Travel Set Solusi Branding Mudah Untuk Usahawan Baru Dengan Design Premium

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Karipap Daging

Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital