Kembali Ke Tanah Air Dengan Penerbangan China Southern Airlines


[Catatan Trip ke Guangzhou, China | September 2024]

NAIK BAS DARI HOTEL KE LAPANGAN TERBANGHari terakhir di bumi Guangzhou, kami mendaftar keluar hotel seawal pukul 5.25 pagi. Penginapan kami di Liz Hotel menyediakan perkhidmatan airport transfer, jadi mudahlah pergerakan kami nak ke lapangan terbang pada waktu awal pagi

Syukur juga waktu Subuh di sini awal iaitu sekitar pukul 5 pagi, solat Subuh dapat dilakukan di bilik hotel dengan mudah dan selesa. Setakat yang saya tahu, tiada ruang solat disediakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun

Di lobi hotel, rupa-rupanya dah ramai orang berkumpul untuk sama-sama menaiki bas ke lapangan terbang. Tak lama menunggu, sebuah bas tiba di perkarangan hotel. Mulanya terpinga-pinga jugalah kami sebab staf hotel beri makluman dalam bahasa Cina. Kawan Cina Malaysia Encik Suami tiada bersama kami sebab dia menginap di hotel berbeza

Encik Suami letak beg dalam ruang penyimpanan yang terletak di kanan dan kiri badan bas, saya pula terus naik untuk mendapatkan tempat duduk. Pemanduan di sini sebelah kiri, jadinya pintu masuk bas terletak di sebelah kanan. Bila dah berada dalam bas, eh…tempat duduk dah penuh. Kami kemudian diarahkan masuk ke sebuah bas lain yang baru tiba. Masa ni agak kelam kabut sebab beg dah masuk dalam bas pertama

Dengan bantuan Google Translate, barulah kami faham - nanti kedua-dua bas akan bergerak bersama dan berhenti tempat sama. Jadinya kami naik bas kedua, beg pula dalam bas pertama. Rasa risau juga bila beg di bas lain. Tak boleh buat apa kecuali tenangkan diri dan banyak berdoa

Perjalanan menaiki bas menuju ke lapangan terbang mengambil masa kira-kira 15 minit. Mula-mula bas berhenti turunkan penumpang di Terminal 1, kemudian barulah kami pula turun di Terminal 2. Alhamdulillah tak ada sebarang masalah, hilang rasa berdebar bila dapat ambil beg di bas pertama


PEMERIKSAAN KETAT DI PINTU MASUK LAPANGAN TERBANGDi setiap pintu masuk bangunan lapangan terbang, kelihatan begitu sesak dengan orang ramai. Hairan juga saya, nak masuk bangunan pun dah sesak. Rupa-rupanya ada pemeriksaan keselamatan - anti-explosive checking. Setiap orang yang masuk akan dicalit dengan sesuatu (entah apa benda kecil di tangan petugas keselamatan) pada badan dan beg yang dibawa

Kemudian kami semua bergerak ke hadapan sedikit, berkumpul dan menunggu seketika di situ untuk security screening. Seorang petugas memerhatikan hasil imbasan di sebuah skrin. Lepas tu barulah penghadang di buka

Begitulah ketatnya prosedur keselamatan di sini, maklumlah China negara besar maka kawalan keselamatan perlu lebih ketat bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk

Rabu, 25 September 2024 | 6 pagi.Kami ke kaunter P - China Southern Airlines bagi urusan daftar masuk. Percubaan kami nak check-in secara online, gagal. Entah kenapa susah betul nak register untuk log in laman webnya. Kesannya, kami tak dapat pilih seat lebih awal dan tak dapat request menu halal. Untuk menu halal tu ada cara lain juga - boleh buat request menerusi e-mel

Semasa nak ke pintu pelepasan, saya ternampak sebuah kedai makan halal - Lanzhou Beef Noodle. Masih ada masa jika kami nak makan, tapi kami tak mahu ambil risiko perut meragam dalam penerbangan jika makan makanan berat pada awal pagi begini.


CHINA SOUTHERN AIRLINESPesawat China Southern Airlines

Pukul 7.30 pagi, kami masuk pesawat. Di pintu pesawat, tersedia beberapa jenis surat khabar. Encik Suami ambil akhbar berbahasa Inggeris - China Daily. Krew kabin wanita berpakaian warna maroon purple dan skirt paras lutut berjalur serong menyambut mesra para penumpang

Pesawat yang kami naiki ni besar - tempat duduk 3-3-3. Krew kabin menunjukkan tempat duduk saya yang terletak di bahagian kanan pesawat. Tandasnya juga ada banyak - di bahagian depan, tengah dan belakang. Di setiap bahagian ada dua unit tandas. Boleh bayangkanlah macam mana besar dan ramainya penumpang dalam pesawat ni

Hasil foto zoom-out.Tempat duduk kami 49B dan 49C- emergency seat di bahagian tengah pesawat. Tadi di kaunter kami minta untuk duduk bersebelahan, dan cuma di sini saja yang ada kekosongan. Saya duduk di tengah, Encik Suami di kanan (aisle) dan seorang remaja perempuan Cina di sebelah kiri (tepi tingkap)

Krew kabin cing cong cing cong nak menerangkan kepada saya berkenaan tugasan selaku penumpang emergency seat. Segera saya minta krew kabin bertutur dalam bahasa Inggeris

Ini pengalaman pertama saya duduk dalam pesawat dengan ruang hadapan kosong tanpa kerusi penumpang lain. Luas dan selesa. Kerusi berlipat depan saya tu tempat duduk krew kabin semasa pesawat berlepas dan mendarat. Buat pertama kalinya juga, saya mencuba guna lavatory (tandas) dalam pesawat sebab dah ada depan mata. Walaupun duduk dekat dengan tandas, tak ada sebarang bau tak menyenangkan. Kerap juga saya lihat krew kabin masuk membersihkan tandas

Penat jadi krew kabin, mereka ke sana ke sini memenuhi keperluan penumpang dan sentiasa memeriksa serta membantu dengan senyuman mesra. Saya baru je nak mencari mana butang lampu membaca, terus ada yang datang membantu. 
Disebabkan tak request menu halal, tak dapatlah kami menikmati hidangan yang disediakan. Kami cuma ambil buah pisang dan minuman teh/kopi. 
Penerbangan dari Guangzhou ke Kuala Lumpur mengambil masa kurang 4 jam. Bagi mengisi masa dan menghilangkan rasa bosan - selain melelapkan mata, saya baca buku travelog ke Bhutan. Nak menonton cerita di skrin, saya kurang gemar

Alhamdulillah penerbangan kami selamat mendarat di Kuala Lumpur pada waktu tengah hari. Urusan ambil beg agak lama, letih menunggu conveyor berpusing-pusing tak muncul beg kami. Pesawat besar, penumpang ramai, beginilah keadaannya. Syukurlah akhirnya muncul juga beg kami, risau juga kalau terjadi masalah

Dari lapangan terbang, Encik Suami memandu kereta menuju ke restoran Salomak Sampodeh di Nilai bagi memenuhi kerinduan tekak pada masakan tradisi Negeri Sembilan. Eleh…baru pergi China 4 hari 4 malam dah sibuk rindu makanan Malaysia 😝. Pada hal perut memang lapar, maklumlah tak makan berat sejak dari pagi

Dari NS kami meneruskan perjalanan kembali ke rumah Perlis. Alhamdulillah kami selamat sampai pada pukul 3.30 pagi, hari Khamis


SEMBILAN TAHUN BERLALU…Catatan trip mengejut saya ke Guangzhou, China berakhir di sini

Pengalaman yang menarik buat saya dapat berkunjung ke Guangzhou buat kali kedua. Banyak perbezaan dapat saya saksikan, antaranya - tiada lagi bau hancing di laluan pejalan kaki kerana sudah banyak tandas awam disediakan (merata-rata ada kod QR untuk imbas lokasi tandas awam), tiada lagi orang meludah sana sini, tiada perebutan dan pergaduhan ketika penumpang menaiki Metro dan beberapa hal lain

Hampir sembilan tahun berlalu, suasana di Guangzhou berubah menjadi lebih baik









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2024/11/kembali-ke-tanah-air-dengan-penerbangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Temui Petunjuk Remaja Perempuan Dilapor Hilang Di Maran Dipercayai Berada Di Utara Tanah Air

Polis Temui Petunjuk Remaja Perempuan Dilapor Hilang Di Maran Dipercayai Berada Di Utara Tanah Air

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 128 hits
KUANTAN Polis menemui petunjuk dalam pencarian remaja yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Paya Chedung di Maran pada Jumaat lalu Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa Ummu...
Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 185 hits
Project Name Enjoy the Rhythm of Life Location Hefei City Anhui Province China Design Company Hangzhou Top Decoration Design Co Ltd Chief Designer Yan Shaocheng Area 550 Completion Time June 16 2023 Main Materials Woodwork The post appeared...
Negara Kita Ada Peraturan Dan Undang Undang Abaikan Saja Menteri Pelancongan China Itu

Negara Kita Ada Peraturan Dan Undang Undang Abaikan Saja Menteri Pelancongan China Itu

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 118 hits
Pena sokong DBKL kumpul data pelanggaran lesen papan tanda niagaBernamaPersatuan Penulis Nasional Malaysia menyokong langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengumpul data mengenai pelanggaran lesen papan tanda perniagaan berkaitan penggunaan ...
Apple Lancar Ciri Share Item Location Airtags Bersama 15 Syarikat Penerbangan Untuk Ios 18 2

Apple Lancar Ciri Share Item Location Airtags Bersama 15 Syarikat Penerbangan Untuk Ios 18 2

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 97 hits
Apple memperkenalkan ciri baharu dalam beta iOS 18 2 yang memudahkan pencarian barang hilang dengan AirTags dikenali sebagai Share Item Location Melalui ciri ini pengguna boleh berkongsi pautan lokasi AirTag atau aksesori rangkaian Find My ...
Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 233 hits
Machang MP Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal has criticised Tourism Arts and Culture Minister Tiong King Sing for apologising to China tourists At a press conference in Parliament today the Bersatu lawmaker questioned Tiong s motives and re...
Letusan Gunung Berapi Lewotobi Jejaskan Sejumlah Penerbangan Airasia

Letusan Gunung Berapi Lewotobi Jejaskan Sejumlah Penerbangan Airasia

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 77 hits
Letusan berterusan Gunung Lewotobi di Flores Timur Nusa Tenggara Timur Indonesia telah menyebabkan awan abu vulkanik yang berpotensi mengganggu ruang udara di kawasan itu Abu vulkanik membahayakan keselamatan penerbangan berdekatan Akibatny...
Tarikh Haji 2025 Tarikh Penerbangan Info Penting Jemaah Haji

Tarikh Haji 2025 Tarikh Penerbangan Info Penting Jemaah Haji

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 79 hits
Tarikh Haji 2025 Tarikh Penerbangan Info Penting Jemaah Haji Selepas berakhirnya bulan Syawal kini tibalah bulan Zulkaedah Bulan Zulkaedah adalah merupakan bulan yang ke 11 dalam kalendar Hijrah Ia adalah salah satu daripada bulan bulan suc...
Trade Ties Constrain Malaysia S South China Sea Response Says Analyst

Trade Ties Constrain Malaysia S South China Sea Response Says Analyst

papar berkaitan - pada 23/11/2024 - jumlah : 227 hits
Political analyst Oh Ei Sun said Malaysia should boost efforts directed toward bolstering relations with the United States KUALA LUMPUR Strong economic ties with China makes it difficult for Malaysia to be more active in meeting confrontati...
Calpis Soda One In A Million

Tanya Chatgpt Di Whatsapp

Content Marketing For New Business

Bayar Rm1 000 Untuk Dapatkan Rawatan Jarak Jauh Kosmo 14 12 2024

Up To 13 Pay Rise Enhanced Benefits For Staff Of 2 Sarawak Banks

Axa Xl Lantik Jon Tellekamp Sebagai Pegawai Utama Penilaian Risiko

Tip Masak Kurma Ayam Daging Makin Sedap

The Best Shampoo Untuk Rawat Kelemumur


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Karbohidrat Punca Gemuk Ini Jawapan Sebenarnya

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Isu Poligami Dalam Drama Berbagi Suami Adaptasi Sinetron Indonesia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue