Ibu Yati 2 Individu Mengaku Tak Salah Doktrin Palsu Agama Islam


 
Ibu Yati dan Noorafiza dituduh menjelaskan doktrin bertentangan dengan hukum syarak, manakala Abdul Hamid dituduh kerana mempersendakan ayat al-Quran. (Gambar jakes.gov.my)SHAH ALAM: Tiga individu termasuk bekas wartawan, Wan Norhayati Wan Alias atau lebih dikenali sebagai Ibu Yati mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, hari ini, atas pertuduhan menjelaskan doktrin palsu berkaitan agama Islam melalui Facebook, antara Disember tahun lalu hingga Februari, tahun ini.
Ketiga-tiga tertuduh Wan Norhayati, 42, Noorafiza Ahmad, 46, dan Abdul Hamid Yeop Zainnuddin, 60, membuat pengakuan berkenaan selepas kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaee@Shaii.
Wan Norhayati dan Noorafiza masing-masing menghadapi tiga dan satu pertuduhan mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 iaitu menjelaskan doktrin bertentangan dengan hukum syarak.
Abdul Hamid pula menghadapi dua pertuduhan mengikut seksyen sama serta satu pertuduhan mengikut Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 kerana mempersendakan ayat al-Quran.
Mengikut Seksyen 7 Enakmen itu, jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara hingga tiga tahun, denda RM5,000 atau enam sebatan atau kombinasi kesemua hukuman itu.
Mengikut Seksyen 9 Enakmen sama, sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman denda RM5,000 atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Wan Norhayati dan Noorafiza dituduh melakukan kesemua kesalahan itu pada 2 Disember hingga 2 Februari lalu menggunakan akaun Facebook masing-masing, sementara Abdul Hamid pula kira-kira pukul 9 malam pada 2 Februari di Taman Dato Razali, Kampung Melayu Ampang, dekat sini.
Pendakwaan dikendalikan Ketua Pendakwa Syarie Zainor Rashid Hassim dan semua tertuduh diwakili Peguam Wan Amir Akram Zainal Abidin.
Mahkamah menetapkan jumlah jaminan sebanyak RM11,000 kepada Wan Norhayati, RM5,000 kepada Noorafiza dan RM9,000 kepada Abdul Hamid dengan masing-masing dua penjamin dan kesemua mereka perlu melapor diri di Pejabat Agama Islam Daerah terdekat serta dilarang memuat naik apa-apa status dalam media sosial.
Kes bagi Wan Norhayati dan Noorafiza akan disebut semula pada 2 November ini, manakala Abdul Hamid pada 18 Jan 2022. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/07/ibu-yati-2-individu-mengaku-tak-salah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Timbalan Pengerusi Bersih 2 0 Mengaku Tak Salah Hina Islam Di Fb

Bekas Timbalan Pengerusi Bersih 2 0 Mengaku Tak Salah Hina Islam Di Fb

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 180 hits
FMT ReportersSarajun Hoda Abdul Hassan 65 dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Taiping atas tuduhan memulakan penghantaran menggunakan komunikasi jelik berkaitan Islam di Facebook April lalu PETALING JAYA Bekas timbalan pengerusi Bersih 2 0 dihada...
Agama Islam Semakin Mencabar Di Bumi Malaysia Ustaz Kazim Elias

Agama Islam Semakin Mencabar Di Bumi Malaysia Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 300 hits
Agama Islam Semakin Mencabar Di BUMI MALAYSIA Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Haram Umat Islam Lantik Individu Tak Berakhlak Jadi Pemimpin Kerajaan

Haram Umat Islam Lantik Individu Tak Berakhlak Jadi Pemimpin Kerajaan

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 280 hits
agendadaily com27 7 2021Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata adalah haram umat Islam melantik individu fasik atau tidak berakhlak menjadi pemimpin dan memegang jawatan penting dalam seseb...
Terbit Dan Pamer Poster Filem Babi Penerbit Mengaku Tak Salah

Terbit Dan Pamer Poster Filem Babi Penerbit Mengaku Tak Salah

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 241 hits
Ho Kit YenPenerbit filem Babi Toh Han Boon dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari iniPETALING JAYA Seorang penerbit tempatan yang dihadapkan ke mahkamah majistret di sini mohon dibicarakan atas tuduhan menerbitkan filem Babi ta...
Lima Lelaki Dua Pekebun Haram Musang King Mengaku Tak Salah Ceroboh Hutan Batu Talam

Lima Lelaki Dua Pekebun Haram Musang King Mengaku Tak Salah Ceroboh Hutan Batu Talam

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 262 hits
RAUB Lima lelaki termasuk dua pekebun durian Musang King mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dekat sini atas tuduhan menceroboh Hutan Simpan Batu Talam di mukim Tras awal bulan ini Wong Than Fook 49 Chiah Kin Seng 54 dan anaknya Lavin...
False Islamic Doctrines Ibu Yati Two Individuals Claim Trial

False Islamic Doctrines Ibu Yati Two Individuals Claim Trial

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 187 hits
Three individuals including a former journalist well known as Ibu Yati pleaded not guilty in the Selangor Syariah High Court to expounding religious doctrines contrary to Islamic law and spreading them through Facebook between December last...
Aktivis Bersih Didakwa Buat Hantaran Jelik Berkait Agama Islam

Aktivis Bersih Didakwa Buat Hantaran Jelik Berkait Agama Islam

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 175 hits
Sarajun Hoda Abdul Hassan mengaku tidak bersalah minta dibicarakan TAIPING Seorang aktivis Bersih dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat hantaran jelik berkaitan agama Islam dalam media sosial pada April lepa...
Masukkan Usul Supaya Mp Boleh Berbahas Usah Salah Tafsir Titah Agong

Masukkan Usul Supaya Mp Boleh Berbahas Usah Salah Tafsir Titah Agong

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 135 hits
Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil menyifatkan kenyataan terbaru Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak bermaksud sidang Parlimen pada 26 Julai dibenarkan untuk berbahas Beliau merujuk kepada pemakluman ...
Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Absolute Power Corrupts Absolutely

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

7 2567 1 Top 100 By Darlene Ssru Ac Th

Slotxo 3 2567 Xo Slot 24 Top 75 By Tonja Slotxo24hr Win

Rajabhat University 1 Top 73 By Shawnee Ssru Ac Th 8 67