Pru 15 Kuburkan Kerajaan Melayu Islam Yang Gagal


 
PRU 15 kuburkan kerajaan Melayu Islam yang gagalOleh: Redzuan RF8 MediaJuly 15, 2021ShareNegara mungkin mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 sebaik sahaja rakyat mencapai imuniti kelompok iaitu setelah lebih 70% menerima vaksin Covid 19.
Bagaimanapun menurut Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, pola sokongan kali ini sukar diramal berdasarkan kemarahan rakyat terhadap cara kerajaan Perikatan Nasional (PN) menangani Covid, isu Melayu dan ketidakpuasan hati anak muda mengenai kehidupan mereka.
Untuk PRU 15 juga, kata Nik Nazmi, pola pengundi Melayu memberi sokongan kepada BN dan bukan melayu kepada Pakatan Harapan mungkin tidak lagi pasti, dengan semakin banyaknya Melayu yang berada di bandar serta terbuka kepada kepelbagaian maklumat.
“Ini (pola sokongan sedia ada) tidak lagi benda yang statik sebab kita ada Melayu bandar. Di atas kertas disebut secara terperinci antara andaian lama dalam pembuatan dasar di Malaysia meletakkan Melayu equal kampung, Cina equal bandar. Sekarang majoriti Melayu tinggal di bandar, benda ini andaian yang tidak lagi betul.
“Dalam konteks politik juga sama. Kita tidak lagi kira undi Melayu bandar dan ada Pantai Barat, Pantai Timur, Utara dan sebagainya. Ia berbeza dan keadaan sekarang politiknya lebih rapuh. Kita kena serah kepada pakar-pakar untuk buat analisis.
“Namun bagi saya andaian bahawa pihak berkuasa merasakan mereka kononnya menguasai perubahan (sokongan pengundi) tetapi tidak boleh, kerana trend bertukar begitu cepat dengan keadaan hari ini sangat rumit dan mereka sukar buat keputusan,” katanya dalam forum maya anjuran Bersih 2.0 bertajuk “Sempadan Pilihan Raya dan Anak Muda Undi 18”, semalam.
Beliau menegaskan pola sokongan sejak PRU 2008 tidak mungkin lagi berulang dalam PRU akan datang.
Malah, katanya dalam PRU 14 sekali pun telah kelihatan undi Melayu beralih dengan banyak kepada PH di kawasan-kawasan Pantai Barat dan Selatan tanah air.
“Pada era Reformasi trend mengundi Melayu adalah pada Pas dan sedikit KEADILAN. Kawasan campuran bukan Melayu menguntungkan BN
“Selepas itu bila kita melihat kepada Pakatan Rakyat (PRU 2008) dan PH, Melayu untungkan BN dan kawasan bukan Melayu untungkan PH.
“Itu (perkiraan berasaskan kaum) memang dibuat ketika mereka melakar kawasan (sempadan pilihan raya) dan sebagainya. Namun kita ambil keputusan PRU 2018 yang lebih rumit. Satu, ia tiga penjuru. Ada BN, PH dan Pas. Pada waktu itu kalau kita lihat di kawasan Selangor misalnya undi Melayu untuk PH tinggi sekitar 40% lebih.
“Tetapi di Kelantan undi Melayu untuk PH ialah 20%. Undi Melayu untuk PH di Utara sangat rendah. Sebab itu BN menang banyak kerusi di Kedah, Perak di kawasan Melayu. Tetapi Selangor hingga ke Johor kita lihat gelombang sokongan Melayu untuk PH sekitar 30% hingga 40%,” katanya.
Bagaimanapun, Setiausaha Pengelola KEADILAN itu tidak menolak kerajaan sedia ada mungkin mengambil kesempatan ke atas kecenderugan pengundi mengikut kawasan untuk mengubah lokaliti mengundi sebagaimana yang berlaku dalam beberapa PRU sebelum ini.
Cuma katanya, trend sokongan terhadap sesuatu blok kuasa kini lebih rapuh dan boleh berubah-ubah dengan pantas.
“Sebab itu bagi saya yang penting kita tidak boleh selesa dengan corak politik lapuk (menggunakan kaum dan agama) dan kita khuatir bila generasi Covid termasuk Undi 18 keluar mengundi dalam PRU (keputuan tidak lagi berasaskan kaum atau agama).
“(Namun) kita tidak mahu mereka menyalahkan kemelut yang mereka hadapi (mengalihkan isu), sepatutnya salahkan kepada kerajaan yang gagal, tetapi salahkan kepada kaum lain atau golongan pendatang pula. Itu ada potensi berlaku seperti kita lihat di Amerika Syarikat, United Kingdom dan tempat lain.
“Itu adalah tanggngjawab kita bersama (mengundi dengan penuh kesedaran). Kita alu-alukan Undi 18 dan tanggungjawab sebagai pengundi untuk melawan politik lapuk daripada terus menyusahkan kita,” katanya.
Tambah Nik Nazmi, generasi muda harus lebih objektif dalam membuat keputusan. Politik kaum dan agama tidak lagi boleh menjadi pertimbangan dalam PU 15 kerana kerajaan hampir 100% Melayu telah pun dicuba, dan terbukti kerajaan itu paling teruk dalam sejarah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/pru-15-kuburkan-kerajaan-melayu-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Label Kerajaan Gagal

Label Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 200 hits
Label KERAJAAN GAGAL ini ialah label hitam yang disebut berulang ulang sehingga seperti BENAR MUTLAK Mungkin ya benar ada gagal di sana sini tetapi menganggapnya BENAR GAGAL MUTLAK itu nanti dulu Kaedah ni pernah penasihat psikologi Hitler ...
Kibar Bendera Putih Maknanya Kerajaan Gagal Total

Kibar Bendera Putih Maknanya Kerajaan Gagal Total

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 264 hits
Biar pun beberapa NGO yang menerajui kempen menolong rakyat dihimpit kesukaran ekoran pandemik Covid 19 tidak bersetuju mempolitikkan kempen Kibar Bendera Putih namun hakikatnya kempen itu merupakan kegagalan total kerajaan Perikatan Nasion...
Gagal Kemudi Kerajaan Urus Covid 19 Ph Desak Muhyiddin Lepas Jawatan Serta Merta

Gagal Kemudi Kerajaan Urus Covid 19 Ph Desak Muhyiddin Lepas Jawatan Serta Merta

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 183 hits
July 9 2021 Kenyataan Majlis Presiden PH itu ditandatangani bersama oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim Presiden Amanah Mohammad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng PETALING JAYA Pakatan Harapan mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ...
Oooiwehhhh Walauncai Zaman Ph Tak Jadi Lagi Sampai Tahap Ni Kerajaan Melayu Isle Macamana Nih Isle Terancam Ni

Oooiwehhhh Walauncai Zaman Ph Tak Jadi Lagi Sampai Tahap Ni Kerajaan Melayu Isle Macamana Nih Isle Terancam Ni

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 214 hits
Mabuk bogel rempuh sekatan polis lelaki ditahan July 9 2021 Berdasarkan maklumat ahli keluarga suspek mempunyai masalah mental namun polis menunggu laporan perubatan untuk tindakan selanjutnya PETALING JAYA Polis menahan seorang lelaki mabu...
Otak Lebai Bah 1 Bukan Kerajaan Gagal Sebaliknya Rakyatlah Yang Gagal Bantu Kerajaan Kata Pas

Otak Lebai Bah 1 Bukan Kerajaan Gagal Sebaliknya Rakyatlah Yang Gagal Bantu Kerajaan Kata Pas

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 235 hits
The text is taken from here Also reported here https negaramerdeka com bukan kerajaan sebaliknya rakyatlah yang gagal bantu kerajaan muslimat pas Cukup cukuplah menuding jari kepada kerajaan seolah olah kerajan gagal tetapi pada masa yang s...
Wanita Pn Sokong Pm Sangkal Dakwaan Kerajaan Gagal

Wanita Pn Sokong Pm Sangkal Dakwaan Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 230 hits
Ketua Wanita PN Rina meluahkan kekecewaannya dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno KUALA LUMPUR Wanita Perikatan Nasional hari ini menyangkal dakwaan bahawa kerajaan PN gagal dalam beberapa isu yang dijadikan alasan kepada pendirian ...
Umno Pas Khianati Mandat Bangsa Melayu Umat Islam

Umno Pas Khianati Mandat Bangsa Melayu Umat Islam

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 172 hits
UMNO PAS khianati mandat bangsa Melayu umat Islam Dosa dosa politik UMNO dan PAS terhadap agenda Melayu Islam Apa yang DAP gagal dapat secara bangkangan MCA akan perolehi secara rundingan Strategi yang jarang gagal untuk mempertahankan kepe...
Lepas Tu Marah Kerajaan Dan Kata Kerajaan Gagal

Lepas Tu Marah Kerajaan Dan Kata Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 259 hits
Why are you behaving like this Terengganu health official snaps at errant public With highways getting congested despite a ban on inter state travels Terengganu Health director Dr Nor Azimi Yunus blew up on those still insisting to travel f...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih