Haram Ke Orang Bukan Islam Memasuki Masjid


HARAM KE ORANG BUKAN ISLAM MEMASUKI MASJID? Aku teringat pasal cerita NUR. Seorang anak pelacur yang suka ke masjid, tetapi dipandang jijik oleh orang masjid hanya kerana dia tinggal di lorong.
Mindset manusia ini kadangkala terlalu skeptikal terhadap orang yang kurang baik atau yang bukan Islam. Sehingga ada pertikaian apabila non-muslim masuk masjid.
Tapi, haram ke orang bukan Islam memasuki masjid? Mari aku kongsikan sedikit ilmu yang bermanfaat.
- Gambar Hiasan -
Menurut mazhab Syafiie – Sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam an-Nawawi di dalam kitabnya Raudhatu at-Talibin ;
Diharuskan kepada orang-orang kafir untuk memasuki mana-mana masjid selain Masjidil Haram dan masjid-masjid dalam Tanah Haram, dengan syarat mendapat keizinan dari orang-orang Islam. Tidak harus mereka memasuki Tanah Haram dalam apa jua keadaan sekalipun. Adapun masjid-masjid selain Masjidil Haram, harus mereka memasukinya dengan keizinan kaum muslimin. Tidak harus tanpa keizinan kaum muslimin mengikut qaul soheh (dalam mazhab Syafiie).
(Rujukan; Raudhatu at-Talibin (Imam an-Nawawi), 1/301)


Larangan orang kafir memasuki Masjidil Haram adalah berdalilkan firman Allah ;



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلَا يَقْرَبُوا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَذَا

❝ Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu adalah kotor. Oleh itu, janganlah mereka menghampiri Masjidil Haram sesudah tahun ini…. ❞
(Surah at-Taubah, ayat 28)


Adapun keharusan mereka memasuki masjid-masjid yang lain, adalah berdalilkan hadis-hadis berikut ;


Pernah seorang tawanan yang masih kafir (iaitu Tsumamah bin Utsal) diikat oleh Nabi SAW di dalam masjid, iaitu di salah satu tiang dalam masjid.
(Soheh al-Bukhari; 462. Soheh Muslim; 1764/59. dari Abu Hurairah RA).

Nabi SAW pernah menerima kedatangan rombongan Nasrani (Kristian) Najran dan menempatkan mereka di dalam masjidnya. Imam al-Khatib as-Syirbini menjelaskan dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj ;
❝ Telah tersebut bahawa Nabi SAW pernah membenarkan orang-orang kafir memasuki masjidnya. Perkara itu berlaku setelah turunnya surah at-Taubah (yang melarang orang kafir memasuki Masjidil Haram tadi). Surah at-Taubah diturunkan pada tahun ke 9 hijrah, sedang para rombongan kaum tiba kepada baginda pada tahun ke 10 hijrah. Antara rombongan yang datang ialah rombongan Nasrani (Kristian) Najran. Nabi SAW menempatkan mereka di dalam masjidnya dan berdiskusi dengan mereka tentang isu al-Masih (Nabi Isa AS) dan isu-isu lainnya ❞
(Mughni al-Muhtaj, 4/311).  

Kesimpulannya, berdasarkan pandangan mazhab Syafiie; orang kafir dibolehkan memasuki masjid dengan syarat-syarat berikut ;

Bukan Masjidil Haram dan masjid-masjid dalam Tanah Haram.Mendapat keizinan dari kaum muslimin, termasuk ulil Amri (pemerintah) dari kalangan mereka.

Wallahu a’lam.

Tambahan (pandangan mazhab-mazhab lain) ;

Menurut Imam Malik ; orang kafir tidak harus memasuki masjid melainkan jika ada suatu keperluan. Menurut Imam Abu Hanifah;  hanya orang kafir kitabi sahaja diharuskan memasuki masjid. Adapun kafir musyrik tidak harus memasukinya berdalilkan hadis ;



لَا يَدْخُلُ مَسْجِدَنَا هَذَا مُشْرِكٌ بَعْدَ عَامِنَا هَذَا، غَيْرَ أَهْلِ الْكِتَابِ وَخَدَمِهِمْ


❝ Tidak boleh memasuki masjid kita (bermula) tahun ini orang musyrik kecuali ahli kitab dan juga khadam mereka ❞

(Musnad Ahmad ; 14649)
Rujukan ; Syarh as-Sunnah (Imam al-Baghawi), 11/82. Ibanat al-Ahkam syarh Bulughul Maram, 1/268. 

Jadi, pendapat aku, tak perlulah kita mengherdik mereka yang ingin memasuki masjid. Mana tahu, dengan kebenaran dari kita untuk memasuki rumah ALLAH SWT, mereka terbuka hati memeluk agama ISLAM. InsyaAllah.


The writer,
Tunsha Ayunie

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aunitalib.com/2018/11/haram-ke-orang-bukan-islam-memasuki-masjid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umat Islam Perlu Sensitif Soal Halal Haram Makanan

Umat Islam Perlu Sensitif Soal Halal Haram Makanan

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 380 hits
Makanan mempunyai pengaruh besar kepada rutin harian manusia sama ada dari segi jasmani mahupun rohani Pada zaman moden ini kita sering dilalaikan dengan memilih makanan bertujuan pertumbuhan jasmani saja tetapi lupa mencari makanan seimban...
As Terag Terang Tali Barut Yahudi Untuk Menjahanamkan Islam 8493

As Terag Terang Tali Barut Yahudi Untuk Menjahanamkan Islam 8493

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 276 hits
Koalisi Gabungan AS Mengaku Hancurkan Masjid di Deir ZourSenin 22 Oktober 2018 06 15Foto Bangunan hancur akibat bom koalisi AS ilustrasi sumber Reuters KIBLAT NET Deri Zour Koalisi anti Daulah Islamiyah pimpinan Amerika Serikat Ahad mengaku...
Hidang Daging Babi Kepada Orang Islam

Hidang Daging Babi Kepada Orang Islam

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 358 hits
Apa sahaja isu babi perlu dipandang serius Apatah lagi jika ia melibatkan secara langsung dengan orang Islam Kes apabila daging babi dihidangkan kepada penganut Islam oleh penganjur bukti tidak sensitif bukan Islam terhadap orang Islam Perk...
Gara Gara Mengidamkan Roti Telur Izzue Islam Didera Isteri Untuk Keluar Rumah

Gara Gara Mengidamkan Roti Telur Izzue Islam Didera Isteri Untuk Keluar Rumah

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 676 hits
Walaupun nbsp pelakon Izzue Islam atau nama sebenar nbsp Muhammad Izzul Islam nbsp sudah mencecah 5 tahun mendirikan rumah tangga bersama pasangannya nbsp nbsp Nurinafilah Waharudin atau lebih mesra dengan sapaan Awin Kasih sayang dua insan...
Nak Anak Soleh Dengar Kata Ajak Anak Berjemaah Antara 13 Tip Cara Hidup Islam

Nak Anak Soleh Dengar Kata Ajak Anak Berjemaah Antara 13 Tip Cara Hidup Islam

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 430 hits
Islam merupakan agama yang lengkap dan sempurna Kesempurnaan Islam terserlah dalam semua aspek kehidupan manusia termasuklah pendidikan Menurut perspektif Islam pendidikan kanak kanak ialah proses mendidik mengasuh dan melatih rohani dan ja...
9 Benda Yang Digunakan Dalam Kehidupan Seharian Sebenarnya Hasil Penemuan Ilmuwan Islam

9 Benda Yang Digunakan Dalam Kehidupan Seharian Sebenarnya Hasil Penemuan Ilmuwan Islam

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 420 hits
1 Kopi Kopi adalah fenomena sepanjang zaman sejak 1200 tahun lalu hingga sekarang Orang Arab pada zaman dahulu akan berkumpul di suatu tempat dan minuman kopi akan dibuat dan diagih agihkan Sekarang kedai kopi ada di merata rata tempat beza...
Diadang Emak Emak Sandiaga Dipaksa Teken Prasasti Rs Islam Jombang

Diadang Emak Emak Sandiaga Dipaksa Teken Prasasti Rs Islam Jombang

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 205 hits
Usai melakukan ziarah ke Makam KH Abullah Wahab Chasbullah di Tambak Beras Jombang Calon Wakil Presiden nomor urut 02 Sandiaga Uno diadang di Jalan Raya Jombang Jawa Timur Sandi diadang para emak emak yang membawa spanduk bertuliskan mampir
Cara Pendekatan Islam Terhadap Pemimpin Zalim 8494

Cara Pendekatan Islam Terhadap Pemimpin Zalim 8494

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 431 hits
Taat pada Pemimpin yang ZalimPenulis January 25 2013 Saya memberi wasiat kepada kalian agar tetap bertaqwa kepada Allah azza wa jalla tetap mendengar dan ta at walaupun yang memerintah kalian seorang hamba sahaya Islam lewat lisan Nabinya t...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025