Umat Islam Perlu Sensitif Soal Halal Haram Makanan



Makanan mempunyai pengaruh besar kepada rutin harian manusia sama ada dari segi jasmani mahupun rohani. Pada zaman moden ini, kita sering dilalaikan dengan memilih makanan bertujuan pertumbuhan jasmani saja, tetapi lupa mencari makanan seimbang untuk pembentukan lahiriah dan rohaniah.

Kita juga perlu berhati-hati dengan ancaman atau sikap sesetengah pihak yang sengaja mencabar kewarasan dan sensitiviti umat Islam dalam soal halal haram sesuatu makanan. Hidup dalam masyarakat berbilang agama seperti di Malaysia ini memerlukan ketelitian berkaitan halal haram makanan dan juga barang keperluan lain.

Tidak dinafikan, tahap kesedaran dan sensitiviti umat Islam di negara kita tentang halal haram makanan semakin meningkat. Ini terutama apabila ada pendedahan berkaitan makanan atau barang keperluan harian yang bercampur dengan bahan haram pastinya mendapat perhatian umum. 

Sekiranya ada laporan mengenai makanan bercampur dengan unsur daripada babi seperti minyak babi, lemak babi dan sebagainya, berita itu mudah tersebar dan mendapat bantahan umum. Isu makanan bercampur bahan haram boleh menimbulkan rasa curiga dan merenggangkan hubungan dengan peniaga bukan Islam.

Justeru, pemantauan pihak berkuasa agama memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pematuhan penggunaan bahan halal bagi mana-mana produk yang dilabelkan halal. Pengusaha makanan mesti memenuhi keperluan makanan halal jika ia dipasarkan secara terbuka.

Pelabelan halal adalah satu langkah yang perlu diberi perhatian untuk memberitahu umat Islam tentang makanan yang halal dan haram dimakan. Label halal tidak cukup dengan tulisan ‘halal’ semata-mata. Senarai bahan-bahan yang terkandung di dalam sesuatu produk tersebut juga perlu dibuat.

Sememangnya, umat Islam tidak berkompromi soal makanan haram yang jenisnya jelas dinyatakan diharamkan dalam agama Islam seperti daging babi dan alkohol. Tetapi, sejauh mana pula tahap kesedaran mengenai haramnya sesuatu makanan berdasarkan cara atau punca ia diperoleh? 

Makanan dikategori haram atas dua punca. Pertamanya, diharamkan kerana zatnya. Keduanya, diharamkan berpunca cara diperoleh yang bertentangan dengan ketetapan syariat. Punca kedua mesti diberi perhatian kerana banyak individu yang tidak sedar bahawa apa yang dimakan atau diminum itu adalah haram. 

Kepentingan makanan dan minuman yang mempunyai hubung kait dengan kesihatan hati, jantung dan otak, organ penting di dalam jasad manusia dalam pembangunan jasmani dan rohani mengikut acuan berlandaskan lunas Islam.

Dalam istilah perubatan, hati adalah organ dalam badan yang berwarna perang kemerah-merahan terletak di dalam perut di bahagian sebelah kanan yang bertugas mengeluarkan hempedu, mengawal kandungan gula dalam darah, menawarkan kesan keracunan nitrogen, menghasilkan urea, menyimpan glikogen dan pelbagai tugas lain.

Hati dalam maksud subjektif ialah perasaan, tingkah laku, kebiasaan, gerak fikiran dan kepercayaan. Hati memberi kata putus mengenai apa yang perlu dilakukan dalam hidup ini. Jadi, amat penting hati berada dalam keadaan bersih, tulus dan tunduk kepada perintah Allah.

Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging yang apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuh badan, dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad, sesungguhnya ia adalah hati.” (Hadis riwayat Bukhari).

Makanan bersih, berkhasiat dan halal penting yang menghasilkan tenaga untuk meneruskan kehidupan beribadat kepada Allah. Makanan yang baik lagi halal mampu membentuk keterampilan peribadi seseorang yang akhirnya akan menyumbang kepada pembentukan ummah terbilang.

Makanan haram, sudah pasti mendatangkan keburukan sama ada secara biologi, maupun rohani. Secara rohaninya, makanan haram akan menghilangkan keberkatan hidup. Dosa yang dilakukan itu menjauhkan diri daripada beroleh reda Allah. Hati yang kotor sukar mendapat hidayah mencari jalan yang benar dalam kehidupan seharian. 

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh dari makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Diharamkan kerana zatnya adalah makanan yang telah dijelaskan haramnya seperti daging babi, bangkai, disembelih bukan kerana Allah, arak, mendatangkan bahaya, dan makanan yang bercampur dengan jenis yang diharamkan itu. 

Jenis makanan ini selama-lamanya diharamkan dimakan oleh orang Islam. Kelonggaran keizinan memakan makanan itu hanya diberikan ketika keadaan darurat atau terpaksa. Itu pun sekadar jumlah yang sedikit dan di dalam hati tersimpan perasaan tidak menyukai keadaan itu.  

Firman Allah bermaksud: “Dan barang siapa yang terpaksa pada (waktu) kelaparan dengan tidak sengaja untuk berbuat dosa, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Menyayangi.” (Surah al-Maidah, ayat 3).

Allah mengurniakan pelbagai nikmat makanan dan minuman kepada manusia. Hanya sedikit sahaja larangan berkaitan makanan yang ditetapkan agar dipatuhi. Peraturan itu untuk kebaikan umat Islam sendiri. Sesuatu yang dilarang adalah untuk mengelak kesan yang buruk akibatnya. 

Ini jelas bertepatan dengan Islam sebagai agama yang lengkap dan sempurna dalam segenap hal bersangkutan kehidupan manusia. Ajaran Islam tidak terhad hanya kepada soal ibadah khusus yang perlu dipatuhi penganutnya. Sebaliknya Islam memberi garis panduan dalam segenap aspek kehidupan. 

Setiap apa yang ditetapkan adalah jelas. Sabda Rasulullah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu pun jelas.” 

Soal halal dan haram makanan amat penting diketahui kerana dilakukan setiap hari. Orang Islam tidak boleh makan semua jenis makanan yang boleh dimakan oleh manusia. Hanya makanan yang memberi kebaikan dibenarkan dimakan. 

Manakala makanan yang mendatangkan keburukan secara fizikal dan rohani adalah ditegah sama sekali, walaupun naluri manusia terdorong inginkannya. Individu yang lemah imannya mudah terdorong untuk melakukan perbuatan yang ditegah.

Sesungguhnya makanan bukan sekadar dapat memberi rasa kenyang dan zat pemakanan kepada badan, tetapi juga mempengaruhi dan membentuk sikap pemakannya. Sebab itu, amatlah penting bagi seseorang memastikan dirinya tidak mengambil sebarang unsur makanan yang diharamkan.

Secara asas, segala jenis makanan yang tidak membahayakan diri pemakannya, maka makanan itu halal dimakan. Kita dibenarkan memakan atau mencampurkan pelbagai jenis bahan untuk menghasilkan jenis makanan yang diingini.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu.” (Hadis riwayat  Muslim).   

Kebersihan yang dijelaskan oleh Rasulullah bukan sekadar bersih secara fizikal, tetapi juga bersih cara memperolehnya. Islam menegah mendapatkan makanan dari hasil pendapatan secara haram seperti menipu, mencuri, hasil riba, rasuah dan penindasan. 

Setiap orang perlu berusaha mencari pendapatan dari sumber yang halal. Bersyukurlah dengan nikmat yang dikurniakan Allah walaupun sedikit. Mencari keredaan Allah adalah lebih penting berbanding mendapat kemewahan secara yang salah. 

Mencari dan memilih sumber yang halal adalah kewajipan bagi setiap Muslim. Perbuatan itu sebahagian daripada ibadah yang mendapat ganjaran pahala yang besar untuk kebahagiaan hidup di hari akhirat.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 172).

Peri pentingnya mendapatkan sumber makanan daripada sumber yang halal ditegaskan dalam banyak ayat al-Quran dan hadis. Perintah itu dirangkaikan bersama-sama dengan perintah membuat kebaikan lain.  

Firman Allah bermaksud: “Makanlah olehmu makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakan amal soleh.” (Surah al-Muminun, ayat 51).

Segala jenis makanan yang membahayakan diri orang yang memakannya, baik secara langsung atau tidak langsung adalah diharamkan dimakan oleh orang Islam. Kepatuhan memberi kebaikan kepada fizikal manusia, dan menjadi lambang keimanan dan ketakwaan.    

Firman-Nya dalam surah al-Araf ayat 157 yang bermaksud: “Allah menghalalkan mereka segala benda yang baik dan mengharamkan mereka segala benda yang kotor.”

Menjauhkan apa yang dilarang dengan niat mematuhi perintah Allah adalah pahala. Ini satu bonus pahala. Sedangkan untuk mendapat pahala biasanya perlu melakukan, seperti perlu mengerjakan sembahyang, zakat, sedekah dan puasa.

Dalam usaha melahirkan peribadi soleh, keturunan yang bertakwa serta masyarakat yang mendapat rahmat dan keampunan Allah, kita perlu berhati-hati dan berusaha memastikan setiap apa yang kita makan mestilah bersih dan halal.

Dengan kata lain, dalam aspek pematuhan soal halal dan haram amalan pemakanan juga dianggap sebagai ibadat. Jadi, jangan persia-siakan amalan pahala yang dijanjikan melalui ‘ibadat makan’.

Setelah dipastikan makanan halal, tidak pula bermakna boleh makan sesuka hati. Kita perlu makan sekadar yang diperlukan oleh badan untuk sihat dan melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Rasulullah memberi garis panduan dalam soal makan, iaitu makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Aturan itu dapat mengelak keburukan akibat mengisi perut dengan berlebih-lebihan.

Pemakanan sihat dan seimbang dari segi kualiti dan kuantitinya mampu melahirkan masyarakat yang bukan saja cemerlang kesihatannya bahkan cemerlang akhlak sahsiah, berperibadi mulia dan mengamalkan ajaran Islam secara lengkap serta menyeluruh. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/lon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Halal Haram Berkaitan Pertanian

Hukum Halal Haram Berkaitan Pertanian

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 263 hits
Islam walaupun menggalakkan sektor pertanian namun jika kegiatan itu bagi tujuan meragukan atau tidak sah menurut Islam ia hendaklah dilarang Dalam kitab fikah klasik ulama membincangkan kedudukan sama ada boleh atau tidak seseorang menjual...
Semakin Ramai Umat Islam Hari Ini Mengalami Penyakit Al Wahan 8425

Semakin Ramai Umat Islam Hari Ini Mengalami Penyakit Al Wahan 8425

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 451 hits
Tempat terjadinya Kebangkitan Islam Ke dua Akhir ZamanKita telah melihat hadis hadis tentang Kebangkitan Islam kedua Hadis hadis itu menyebutkan janji Tuhan tentang kebangkitan Islam kedua di akhir zaman ini Kita telah ketahui bahawa ciri c...
Bila Semakin Ramai Umat Islam Cintakan Dunia Dan Benci Kepada Mati 8424

Bila Semakin Ramai Umat Islam Cintakan Dunia Dan Benci Kepada Mati 8424

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 385 hits
Umat Islam umpama buih Dunia Islam kian tercabar dicabar dan dihina oleh musuh musuh Islam Umat Islam tidak dapat berbuat apa apa melihat saudara seagamanya ditindas Hal ini sudah diperingatkan oleh Nabi Muhammad Sallahualaihiwassalam sejak...
Umat Islam Usah Lelah Untuk Bersatu 8456

Umat Islam Usah Lelah Untuk Bersatu 8456

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 240 hits
Di Malaysia UBN Umno Barisan Nasional lagi suka berpecah belah sebab sistem ala yahudi Pecah Perintah Alhamdulillah sudah berakhir era ubn di tampuk kuasa Aamiin Pesan UBN di Muslim United Jangan Lelah Untuk BersatuKamis 18 Oktober 2018 16 ...
Sejuta Umat Islam Sedang Terseksa Di Penjara China Polisi Kejam Negara Komunis

Sejuta Umat Islam Sedang Terseksa Di Penjara China Polisi Kejam Negara Komunis

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 946 hits
Ramai yang tidak sedar asimilasi paksa yang dibuat oleh kerajaan komunis China telah menyeksa fizikal dan mental umat Islam khususnya dikalangan etnik UighurCHINA adalah antara sebuah negara yang mempunyai etnik tunggal terbesar di dunia ia...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tentang Alam Quantum

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam