Happening Gila Karnival Bomba Putrajaya 2025



Assalamualaikum wbt...Tanggal 18 Oktober yang lalu adalah hari yang cukup meriah di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Presint 7, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Cuaca pada hari tue agak cantik, langit yang cerah berwarna biru, dan angin pagi yang bertiup lembut — memang “perfect” sangat untuk suasana karnival! Buat julung kalinya, Ibu Pejabat JPBM telah mengadakan satu karnival yang diberi nama Karnival Hari Pencegahan Kebakaran 2025.
Seawal jam 8 pagi, kawasan ibu pejabat mula dipenuhi dengan para pengunjung. Ada yang datang satu keluarga, ada yang datang dengan kawan-kawan dan ada pula yang datang bersama-sama rombongan sekolah. Mereka semua nampak teruja nak sertai Karnival Hari Pencegahan Kebakaran 2025. Dari jauh lagi dah kedengaran muzik yang rancak dan suara pengacara yang memeriahkan suasana. Di kiri kanan jalan pula, pelbagai booth dihias cantik, masing-masing mempunyai peralatan  pameran  dengan aktiviti menarik untuk para pengunjung.
Tapi antara booth yang paling mendapat perhatian sudah semestinya booth unit saya iaitu Unit Pengurusan Pusat Sumber! Kami tampil dengan konsep santai dan penuh warna — siap ada aktiviti Pertandingan Cari Perkataan dan Teka Silang Kata. Tak lupa juga program yang sering dianjurkan oleh semua perpustakaan di seluruh Malaysia iaitu Program Jom Baca Bersama 10 Minit untuk para kanak-kanak cilik. Dari pagi sampai tengah hari, booth kami tak henti-henti menerima kedatangan warga tempatan. Anak-anak kecil datang dengan semangat tinggi, ada yang berlumba-lumba nak jawab soalan, ada yang baca buku yang telah kami sediakan, dan kumpul hadiah. Siapa yang berjaya, bukan sahaja mereka dapat hadiah kecil, tapi juga mereka mendapat belon yang comel berwarna-warni! 
Kalau awak nak tau, booth kami juga cukup “strategik”, sebab ianya  bersebelahan dengan Bahagian Keselamatan Kebakaran yang mempamerkan pelbagai peralatan bomba dan — yang paling mencuri perhatian — pertunjukan ular sawa yang hidup! 😅 Dari jauh dah kedengaran hiruk pikuk suara jeritan kecil pengunjung yang geli atau takut, tapi tetap tak lepaskan peluang nak tengok lebih dekat. Ada yang berani sentuh ular sawa, ada yang hanya mampu tengok dari jauh sambil tutup mata separuh. Memang happening habis! Yang paling kelakar tue, ada juga anak-anak yang berani pegang ular cuba mengusik ibu mereka, apa lagi,  memang menjeritlah ibu nya tue, sebab geli dengan ular.. hihi
Selain daripada booth kami, pelbagai aktiviti lain turut memeriahkan suasana, antaranya pameran kebakaran, pertandingan mewarna, dan demonstrasi pemadaman api yang cukup menarik perhatian. Lepas tue, mana yang tak pernah merasai masakan air tangan daripada abang bomba, masa tuelah mereka dapat merasainya dengan kehadiran Fire Kitchen. Abang bomba kita nie bukan saja pakar dalam bidang kebombaan dan penyelamatan, tapi handal juga dalam bidang masakan.. Beruntung sungguh pada mereka yang pernah merasai hasil masakan abang bomba.  
Kemuncak paling ditunggu-tunggu oleh semua pengunjung sudah pastinya acara cabutan bertuah!
Bayangkan satu kawasan besar yang penuh dengan pengunjung dan memegang tiket masing-masing, menunggu nombor bertuah diumumkan. Hadiah pun bukan calang-calang — ada barangan elektrik, peralatan dapur, dan yang paling “wow”, hadiah utama sebuah TV 60 inci bernilai lebih RM1000! Bila nombor pemenang utama diumumkan, suasana terus bertukar riuh. Semua bersorak gembira sambil meraikan pemenang bertuah. Senyuman di wajah dia masa tu — memang tak boleh digambarkan!
Hari itu bukan sekadar tentang acara dan hadiah, tapi lebih kepada suasana kekeluargaan dan semangat kebersamaan. Semua orang nampak gembira, saling bertegur sapa, dan menikmati setiap aktiviti yang disediakan. Kami dari Unit Pengurusan Pusat Sumber juga merasa sangat bangga dapat turut serta dalam program sebesar ini — bukan sahaja menyeronokkan, tapi juga penuh nilai ilmu dan kesedaran.
Karnival Hari Pencegahan Kebakaran 2025 betul-betul meninggalkan kenangan manis buat kami semua. Dapat jumpa masyarakat, berkongsi ilmu, dan dalam masa yang sama bawa kegembiraan kepada pengunjung — itulah yang paling bermakna. 
Apapun, jom kita tengok video nie dan sudi-sudikanlah subscribe, like dan share video saya nie yea...

📚 Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya.🔥 Kami di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sentiasa siap sedia setiap masa.
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal #BombaMalaysia #KarnivalBomba2025 #HariPencegahanKebakaran #Putrajaya #UnitPengurusanPusatSumber #JomBaca #BangsaMembacaBangsaBerjaya #FireSafetyDay



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.shikinrazali.com/2025/10/happening-gila-karnival-bomba-putrajaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rezeki Rakyat Jelajah Karnival Kpdn 2025 Zon Timur Bakal Gegar Kuantan Bawa 1001 Tawaran Menarik

Rezeki Rakyat Jelajah Karnival Kpdn 2025 Zon Timur Bakal Gegar Kuantan Bawa 1001 Tawaran Menarik

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 203 hits
Jelajah Karnival Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup 2025 dan Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Timur diteruskan di Pahang dengan penganjuran di Dataran Sayangi Kuantan bermula 24 hingga 26 Oktober ini Acara anjuran tah
Karnival Hari Pencegahan Kebakaran 2025

Karnival Hari Pencegahan Kebakaran 2025

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 204 hits
Assalamualaikum wbt Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menjemput orang ramai hadir ke Karnival Hari Pencegahan Kebakaran 2025 Jom ramai ramai memeriahkan suasana karnival 18 Oktober 2025 8 00 pagi 1 00 tengah hari Ibu Pejabat Jabatan Bom...
Petronas Grand Prix Malaysia 2025 Senarai Jalan Ditutup

Petronas Grand Prix Malaysia 2025 Senarai Jalan Ditutup

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 213 hits
PETRONAS Grand Prix Malaysia bakal membuka tirai bermula 24 hingga 26 Oktober 2025 di Litar Antarabangsa Sepang Selangor Layari untuk pembelian tiket jadual perlumbaan dan info terkini mengenai acara berprestij ini Acara ini akan menampilka...
Bual Bicara Hari Mental Sedunia 2025 Oleh Prof Dr Mohammad Aziz Shah

Bual Bicara Hari Mental Sedunia 2025 Oleh Prof Dr Mohammad Aziz Shah

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 191 hits
Assalamualaikum Tajuk untuk Bual bicara ni adalah Transformasi Minda Positif Ke Arah Organisasi Cemerlang Semalam sempat la dengar talk dari Prof Dr Mohammad Aziz Shah dari Jabatan Psikologi Kaunseling UPSI talk atau bual bicara ni bersempe...
Makluman Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 23 Oktober Hingga 29 Oktober 2025

Makluman Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 23 Oktober Hingga 29 Oktober 2025

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 248 hits
Menurut kenyataan Media Kementerian Kewangan Seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit RON97 sebanyak 4 sen kepada RM3 14 seliter dan harga runcit diesel di Semen
Bantuan Subsidi Yuran Taska Rm100 Asuh Pintar 2025

Bantuan Subsidi Yuran Taska Rm100 Asuh Pintar 2025

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 162 hits
PERMOHONAN BANTUAN SUBSIDI TASKA ASUH PINTAR SESI 2025 TELAH DIBUKA YAWAS menyediakan subsidi yuran taska sebanyak RM 100 00 bagi yang layak Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan subsidi ini syarat kelayakan serta cara untuk memb...
Isyarat Dagangan Untuk Bitcoin Bagi 23 25 Oktober 2025 Beli Di Atas 106 250

Isyarat Dagangan Untuk Bitcoin Bagi 23 25 Oktober 2025 Beli Di Atas 106 250

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 162 hits
Bitcoin kini didagangkan sekitar 108 972 di bawah 21 SMA dan di bawah pivot 4 8 Murray sedang mengalami pembetulan teknikal selepas mencapai paras tertinggi sekitar 114 000 Bitcoin cuba untuk menembusi saluran aliran menaik yang terbentuk s...
Minister Fahmi Thanks 123 Companies For Pouring Rm22m Into 2025 National Day Celebrations

Minister Fahmi Thanks 123 Companies For Pouring Rm22m Into 2025 National Day Celebrations

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 418 hits
More than 100 000 visitors flooded Dataran Putrajaya to celebrate the 2025 National Day celebration which took place in a lively and smooth manner on August 31 File picture by Miera ZulyanaPUTRAJAYA Oct 23 The sponsorship contribution of mo...
Gegar Vaganza 2025

Gegar Vaganza 2025

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 270 hits
Gegar Vaganza 2025 Senarai Lagu dan Keputusan Konsert Mingguan Gegar Vaganza 2025Gegar Vaganza 2025 Senarai Lagu dan Keputusan Konsert Mingguan Gegar Vaganza 2025 Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Setiap tahun tak lengkap kalau tiada ran...
Pengalaman Guna Medical Card

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Ltat Kembali Strategik Pengurangan Pendedahan Dalam Affin

Pgdm Participates In Segi University S Sosure Media 2025 Campaign With The Theme Be So Sure Be So Safe

Albert Teams Up With Dr M To Expose Mastermind Behind Sabah Scandal

Siapa Bagi Kebenaran Pembinaan Tol Di Genting Ipk Tv 24 11 2025

Cara Mengelak Sihir Melalui Makanan Dan Minuman Amalan Dan Doa Pendinding Diri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kl East Mall Meraikan Ulang Tahun Ke 5 Penuh Aktiviti Menarik

Satu Hari Sebelum Hari Terakhir Di Kota Madinah

Ucapan Hari Lahir Buat Kak Long Tersayang Yang Ke 48 Tahun

Delicious Beef Tagine Recipe Bbc Good Food

Jbl Grip Grab Go Portable Bluetooth Speaker

Domino S Pizza Mempersembahkan Sentuhan Baharu Cita Rasa Klasik Itali