Hanya Majlis Presiden Dapat Meluruskan Lidah Mahathir Yang Berbelit Belit




Kenyataan Tun Mahathir Mohamad yang seolah-olah ingin menyerahkan kepada Parlimen menentukan kedudukan penggantinya adalah satu lagi percubaan beliau untuk bersifat munafik terhadap janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim.Sikap ini juga memperlihatkan ketidakjujurannya terhadap janji peralihan kuasa yang telah dipersetujuinya dan dikonsensuskan oleh PH sejak 7 Januari 2018 lagi.Kalau sebelum ini beliau sering mengubah-ubah ayat berhubung tempoh dua tahun sepatutnya memegang jawatan Perdana Menteri, kemudian memohon lanjutan sehingga selesai Sidang Apec pada November, seterusnya menyerahkan kepada Majlis Presiden membuat penentuan, tetapi dengan terbaru menyerahkan kepada Parlimen pula, jelas menunjukkan Tun Mahathir yang menuju usia 95 tahun adalah seorang manusia yang sentiasa lapar dengan kuasa.Apakah Tun Mahathir sebenarnya tidak faham apabila ibunya pernah berpesan agar berhenti makan sebelum kenyang, ia sebenarnya bukanlah semata-mata dalam konteks makanan saja, tetapi juga dalam semua aspek kehidupan mestilah jangan berlebihan-lebihan?Setelah pernah 22 tahun menjadi Perdana Menteri di era BN dan dua tahun mengetuai kerajaan di bawah BN, apakah jangka masa memegang kuasa hampir suku abad itu masih tidak mampu mengenyangkannya?Hairan bin ajaib kita dibuatnya!!Dalam kenyataannya semalam, di sebalik berkata akan menunaikan janji peralihan kuasa kepada Anwar, tetapi kata Tun Mahathir, keputusan muktamad terletak kepada sokongan majoriti di Parlimen.“Kita berjanji, kita berpegang kepada janji. Saya cuma jadi Perdana Menteri kerana dapat sokongan dari parti (gabungan PH) saya, terutama dari majoriti ahli Dewan Rakyat.“Kalau saya tidak hendak letak jawatan tetapi majoriti dalam Dewan Rakyat tolak saya, saya jatuh. Yang berkuasa sebenarnya Dewan Rakyat dan ahli-ahlinya,” kata beliau.Dalam hal ini, Tun Mahathir sebetulnya tidak perlu berbelit-belit berkaitan janji peralihan kuasa dan mengaitkannya dengan sokongan majoriti di Parlimen kerana PH sudah pun mempunyai majoriti itu sejak menang pada PRU14 lalu lagi.Majoriti PH di Parlimen itu bukan saja membolehkan beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, tetapi seharusnya juga untuk Anwar sebagai penggantinya.Kalau mahu dikaitkan dengan soal majoriti, dalam PH sendiri, Bersatu hanya memiliki 13 kerusi kemenangan di Parlimen berbanding PKR sebanyak 47 dan DAP pula 42 kerusi.Tetapi, kenapa Tun Mahathir masih tetap dipilih sebagai Perdana Menteri?Tentulah jawabnya kerana PH berpegang kepada janji dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail, sebaik PH menang PRU14 lalu tidak mahu bersikap munafik terhadao janji yang telah dkonsensuskan pada 7 Januari 2018 itu.Oleh itu, apakah setelah PKR menunaikan janjinya, maka Tun Mahathir pula mahu mengkhianati janji peralihan kuasa kepada Anwar?Di mana nilai kemanusiaan dan keimanan Tun Mahathir sebagai seorang muslim yang pada hakikatnya hanya menunggu detik kematian?Soal sokongan majoriti di Parlimen tidak seharusnya dijadikan alasan untuk melengah-lengah atau mengelak berlakunya peralihan kuasa kerana ia adalah perkara dalaman PH yang sudah dijanjikan serta bersandarkan kedudukan majoriti PH sedia ada di Dewan Rakyat.Lebih-lebih lagi kedudukan majoriti PH tidak berkurangan sejak tertubuhnya kerajaan pada 10 Mei 2018.okLalu, majoriti apa lagi yang dimahukan?Yang penting, Tun Mahathir mesti menunaikan terlebih dahulu janji serah kuasa kepada Anwar dan jika selepas serah kuasa itu ada pertikaian mengenai kedudukannya sebagai Perdana Menteri, mana-mana Ahli Parlimen boleh meminta ia ditentukan di dalam Parlimen.Mahu tidak mahu, dalam hal ini dan sesuai dengan isu peralihan kuasa adalah soal dalaman PH yang boleh diselesaikan dengan baik secara dalaman, Majlis Presiden dalam mesyuaratnya akan datang mesti menetapkan tarikh serah kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar.Pihak pembangkang, terutamanya Pas yang berhati hitam, tidak berhak sama sekali untuk campurtangan kerana mereka bukanlah komponen PH.Selagi tarikh tidak ditetapkan, selagi itulah Tun Mahathir akan terus mencari helah, bukan saja untuk melanjutkan lagi tarikh penyerahan kuasa, malah mungkin dalam hatinya terselit niat untuk tidak menunaikan langsung janji tersebut.Sekali lagi, hanya dengan Majlis Presiden PH menetapkan tarikh peralihan kuasa dengan segera saja dapat meluruskan lidah Tun Mahathir daripada terus berbelit-belit dalam berkata-kata. (ShahbudinHusin 09/02/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/02/hanya-majlis-presiden-dapat-meluruskan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan Minggu Depan

Keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan Minggu Depan

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 431 hits
Keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan Minggu Depan Wabak Corvid 19 yang setakat ini mengorbankan lebih 1 300 nyawa gagal memadamkan kehangatan gosip politik di Malaysia Spekulasi mengenai perkembangan politik dalam negara dirancakkan la...
Majlis Presiden Harus Berani Buat Ketetapan Pada 21 Februari Ini

Majlis Presiden Harus Berani Buat Ketetapan Pada 21 Februari Ini

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 267 hits
Majlis Presiden PH menjadi tumpuan para penyokong dan pengundi PH sewaktu di dalam PRU14 yang lalu apabila Majlis Presiden akan mengadakan mesyuarat pertama mereka pada tahun 2020 iaitu pada 21 Feb ini Kita mahu lihat adakah benar Majlis Pr...
Mesyuarat Majlis Presiden 21hb Ini Mesti Mesti Dan Mesti Tetapkan Tarikh Serah Kuasa

Mesyuarat Majlis Presiden 21hb Ini Mesti Mesti Dan Mesti Tetapkan Tarikh Serah Kuasa

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 246 hits
Gambar hiasanHanya semalam ketika Tun Mahathir Mohamad memberi pengakuan kepada Anwar Ibrahim bahawa beliau sentiasa komited terhadap janji peralihan kuasa yang telah dipersetujuinya serta tidak terlibat sama sekali dengan sebarang komplot ...
Saya Hanya Dedah Pengkhianatan Presiden Umno

Saya Hanya Dedah Pengkhianatan Presiden Umno

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 196 hits
Diterbitkan Hari ini 12 31 tengahari BERITALokman Noor Adam mempertahankan tindakannya mendedahkan audio perbualan Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa cuba meyakinkan kerjasama dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Bekas A...
Majlis Presiden Ph Perlu Putuskan Isu Serah Jawatan Pm Pensyarah

Majlis Presiden Ph Perlu Putuskan Isu Serah Jawatan Pm Pensyarah

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 223 hits
Diterbitkan Hari ini 8 26 pagiBERITAPenganalisis politik Prof Dr Mohammad Agus Yusoff berkata isu peralihan kuasa jawatan perdana menteri perlu dikendalikan dengan baik di kalangan Majlis Presiden Pakatan Harapan itu sendiri Menurut pensyar...
Selepas Pakatan Nasional Gagal Inilah Kesempatan Terbaik Majlis Presiden Tetapkan Tarikh Serah Kuasa

Selepas Pakatan Nasional Gagal Inilah Kesempatan Terbaik Majlis Presiden Tetapkan Tarikh Serah Kuasa

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 366 hits
Sebagaimana yang dijangka hasrat UMNO untuk membentuk kerjasama dengan Tun Mahathir Mohamad yang turut disertai Pas dalam sebuah gabungan baru yang dinamakan Pakatan Nasional akhirnya sah telah menemui kegagalan Perkara itu yang sepatutnya ...
Isu Ppsmi Siti Zainon Anggap Tun Mahathir Hanya Berjenaka

Isu Ppsmi Siti Zainon Anggap Tun Mahathir Hanya Berjenaka

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 284 hits
GOMBAK Penerima Anugerah Sastera Negara ke 14 Profesor Dr Siti Zainon Ismail menyifatkan pengumuman Perdana Menteri yang juga pemangku Menteri Pendidikan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pelaksanaan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains ...
Majlis Perasmian Projek 5g Malaysia Di Licc Langkawi Oleh Yab Pm Tun Dr Mahathir Mohamad

Majlis Perasmian Projek 5g Malaysia Di Licc Langkawi Oleh Yab Pm Tun Dr Mahathir Mohamad

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 360 hits
Majlis Perasmian Projek 5G Malaysia Di LICC Langkawi oleh YAB PM Tun Dr Mahathir Mohamad
Pembentukan Kerajaan Baru Apa Pendirian Majlis Presiden Ph

Pembentukan Kerajaan Baru Apa Pendirian Majlis Presiden Ph

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 298 hits
Berikutan pendedahan Ahli MT UMNO Lokman Noor Adam semalam berhubung keinginan Ahmad Zahid Hamidi untuk membawa UMNO bekerjasama dengan Tun Mahathir Mohamad bagi membentuk sebuah kerajaan baru yang dinamakan Pakatan Nasional beberapa persoa...
Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Get To Know About And Benefits Of Bulk Sms For Business

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


1 31 2023

Le Clos Villa By Banca Architectes In Mouans Sartoux France

What You Should Know About New Construction Plumbing

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Kesarjanaan Yang Biasa Biasa Sahaja