Keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan Minggu Depan


Keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan Minggu Depan? | Wabak Corvid-19 yang setakat ini mengorbankan lebih 1,300 nyawa gagal memadamkan kehangatan gosip politik di Malaysia

Spekulasi mengenai perkembangan politik dalam negara dirancakkan lagi dengan pertemuan pemimpin PH dalam mesyuarat majlis presiden dijadual diadakan minggu depan

Kali terakhir Majlis Presiden PH bertemu ialah pada Nov tahun lalu. Sejak itu, banyak perkembangan berlaku dalam politik negara

Antaranya ialah cakap-cakap mengenai kemungkinan berlaku rombakan kabinet, isu peralihan jawatan perdana menteri daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan dakwaan pembentukan gabungan baru politik

Ia kemudian diikuti dengan laporan mendakwa ada sejumlah ahli parlimen sudah menurunkan tandatangan pada akuan bersumpah (SD) untuk memberikan sokongan kepada Mahathir agar pengerusi PH itu terus menjadi perdana menteri sehingga pilihan raya umum akan datang

Keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan Minggu Depan?
Portal Sarawak Report mendakwa, ahli parlimen yang memberikan perakuan pada SD itu termasuklah dari Umno, PAS, Bersatu dan wakil rakyat PKR yang menyokong timbalan Anwar, Azmin Ali

Anwar mendakwa beliau tidak tahu-menahu mengenai SD berkenaan, manakala Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, menafikan laporan tersebut

Sokong Dr M atau Anwar
Untuk rekod Zuraida adalah antara penyokong tegar Azmin dalam krisis dalaman PKR

Sumber memberitahu Malaysiakini, di atas kertas Mahathir memiliki sokongan lebih 130 ahli parlimen. Jumlah itu, katanya, termasuk daripada ahli parlimen dari Gabungan Parti Sarawak (GPS)

Dengan kelebihan itu, katanya, Mahathir boleh memberi kata dua kepada pemimpin PH jika beliau mendapat tekanan agar berundur untuk memberi laluan kepada Anwar

"Perdana menteri akan menunjukkan angka-angka (ahli parimen yang menyokongnya) dan memberitahu pemimpin PH: Nah, saya mempunyai sokongan. Sekarang kamu boleh bersama-sama saya atau sebaliknya," kata sumber tersebut

Bagaimanapun sumber yang lain mendakwa, Anwar disokong 129 ahli parlimen berbanding 93 yang memilih untuk memihak kepada Mahathir

Perkiraan itu dibuat berdasarkan kepada premis bahawa semua ahli parlimen DAP dan Amanah serta hampir separuh daripada 39 orang wakil rakyat Umno menyokong Anwar

Keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan Minggu Depan?
Dalam perkembangan sama, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, berkali-kali menjanjikan sokongan padu kepada Mahathir. Bagaimanapun Umno kelihatan bersikap berbelah bahagi dalam isu tersebut

Minggu lalu misalnya, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, menasihatkan parti itu agar berhati-hati membuat keputusan untuk menerima tawaran kerjasama politik

Sementara itu sumber lain mendakwa Mahathir bukanlah arkitek sebenar kepada gerakan menghalang Anwar menjadi perdana menteri

"Ada orang lain, orang yang rapat dengan Mahathir, yang mendesak beliau agar tidak membiarkan Anwar mengambil alih

"Mahathir mahu berpegang kepada janjinya (untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar). Tapi jika majoriti ahli parlimen tak mahu Anwar, apa yang Mahathir boleh buat?" katanya kepada Malaysiakini

Ada beberapa kemungkinan
Mahathir sendiri baru-baru ini menyatakan, keputusan muktamad terletak di Dewan Rakyat

"Kita berjanji, kita berpegang kepada janji. Saya cuma jadi perdana menteri kerana dapat sokongan dari parti (gabungan PH) saya, terutama dari majoriti ahli Dewan Rakyat

"Kalau saya tidak nak letak jawatan tetapi majoriti (ahli) dalam Dewan Rakyat tolak saya, saya jatuh. Yang berkuasa sebenarnya Dewan Rakyat dan ahli-ahlinya," kata beliau

Dalam perkembangan berkaitan akhbar New Straits Times (NST) menyiarkan laporan spekulatif menjelang mesyuarat Majlis Presiden PH dan membayangkan akan ada perkembangan penting minggu depan

Memetik sumber, NST mendakwa ada tiga kemungkinan boleh berlaku, termasuk Mahathir mengumumkan ada sejumlah besar ahli parlimen pembangkang menyertai gabungan itu dan menyatakan sokongan agar beliau kekal sebagai perdana menteri

Satu lagi senario, lapor akhbar itu, ialah Mahathir mengumumkan rombakan kabinet besar-besaran

Media sosial juga dibanjiri dengan pelbagai teori. Antaranya barisan kepemimpinan gabungan baru dikenali sebagai Pakatan Nasional

Keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan Minggu Depan?
Menurut teori itu, Mahathir akan menjadi penasihat kepada Pakatan Nasional, manakala Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein, menjadi presiden

Azmin pula akan dilantik sebagai timbalan presiden




http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

Iklan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2020/02/keputusan-majlis-presiden-pakatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Pakatan Nasional Gagal Inilah Kesempatan Terbaik Majlis Presiden Tetapkan Tarikh Serah Kuasa

Selepas Pakatan Nasional Gagal Inilah Kesempatan Terbaik Majlis Presiden Tetapkan Tarikh Serah Kuasa

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 366 hits
Sebagaimana yang dijangka hasrat UMNO untuk membentuk kerjasama dengan Tun Mahathir Mohamad yang turut disertai Pas dalam sebuah gabungan baru yang dinamakan Pakatan Nasional akhirnya sah telah menemui kegagalan Perkara itu yang sepatutnya ...
Mesyuarat Majlis Presiden 21hb Ini Mesti Mesti Dan Mesti Tetapkan Tarikh Serah Kuasa

Mesyuarat Majlis Presiden 21hb Ini Mesti Mesti Dan Mesti Tetapkan Tarikh Serah Kuasa

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 246 hits
Gambar hiasanHanya semalam ketika Tun Mahathir Mohamad memberi pengakuan kepada Anwar Ibrahim bahawa beliau sentiasa komited terhadap janji peralihan kuasa yang telah dipersetujuinya serta tidak terlibat sama sekali dengan sebarang komplot ...
Majlis Presiden Harus Berani Buat Ketetapan Pada 21 Februari Ini

Majlis Presiden Harus Berani Buat Ketetapan Pada 21 Februari Ini

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 267 hits
Majlis Presiden PH menjadi tumpuan para penyokong dan pengundi PH sewaktu di dalam PRU14 yang lalu apabila Majlis Presiden akan mengadakan mesyuarat pertama mereka pada tahun 2020 iaitu pada 21 Feb ini Kita mahu lihat adakah benar Majlis Pr...
Presiden Gerakan Enggan Ulas Pakatan Baharu Dengan Azmin

Presiden Gerakan Enggan Ulas Pakatan Baharu Dengan Azmin

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 225 hits
By 18 February 2020Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama Presiden Gerakan Dominic Lau pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2020 Parlimen Ampang di SJKC Kampung Baru Ampang Ampang Kuala Lumpur foto AFIQ RAZALI 1...
Majlis Presiden Perlu Berhemah Jika Masih Mahu Dihormati

Majlis Presiden Perlu Berhemah Jika Masih Mahu Dihormati

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 242 hits
Keputusan Tun berasas kepada dirinya sebagai Pengerusi PH Pengerusi BERSATU dan lebih utama atas kuasa dan kapasiti seorang Perdana Menteri ambil pendekatan jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran
Akur Keputusan Mkt Perpaduan Dan Penyatuan Muafakat Nasional Demi Masa Depan Dr Masliha

Akur Keputusan Mkt Perpaduan Dan Penyatuan Muafakat Nasional Demi Masa Depan Dr Masliha

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 337 hits
Exco Pergerakan Puteri UMNO Dr Masliha Harun menyeru semua pihak untuk bersama sama memberikan sokongan kepada kepimpinan UMNO khususnya Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang telah menjayakan branding Muafakat Nasional hingga...
Majlis Presiden Elok Dibubarkan Sahaja Kalau Tak Boleh Paksa Tekan Tun Undur 9mei

Majlis Presiden Elok Dibubarkan Sahaja Kalau Tak Boleh Paksa Tekan Tun Undur 9mei

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 326 hits
PALING tidak di perjumpaan tersebut ada dua tiga leader yang lompat naik atas meja minta Tun berundur Perlu seorang dua hentak meja tumbuk meja siku meja beri katadua kepada Mahathir Kalau kerusi Tak melayang malam tu itu bukan mesyuarat Ma...
Majlis Presiden Ph Perlu Minta Mahathir Meletak Jawatan Sekarang Bukan Selepas Apec 2020

Majlis Presiden Ph Perlu Minta Mahathir Meletak Jawatan Sekarang Bukan Selepas Apec 2020

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 434 hits
oleh Ab Jalil Backer Majlis Presiden PH Jumaat ini perlu meminta Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sekarang bukan selepas APEC 2020 Tindakan umum akan meletak jawatan pada Disember ini menyebabkan keadaan politik negara tidak stabil P...
Majlis Presiden Harus Tetapkan Tarikh Peralihan Kuasa Menjelang Mesyuarat 21 Fenruari Nanti

Majlis Presiden Harus Tetapkan Tarikh Peralihan Kuasa Menjelang Mesyuarat 21 Fenruari Nanti

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 208 hits
Hanya semalam ketika Tun Mahathir Mohamad memberi pengakuan kepada Anwar Ibrahim bahawa beliau sentiasa komited terhadap janji peralihan kuasa yang telah dipersetujuinya serta tidak terlibat sama sekali dengan sebarang komplot mengumpul tan...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11