Hanya Berlaukkan Keropok Fatihah Kongsi Kesusahan Hidup Dorong Arwah Bapa Pastikan Rakyat Tidak Lapar


Fatihah berkongsi gambar kenangan bersama arwah bapanya, Salahuddin pada majlis sebelum ini. – Foto : Fatihah / Facebook. klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Kami sekeluarga pernah makan hanya berlaukkan keropok, ayah berhutang beli susu dari kedai- Fatihah Salahuddin Ayub KUALA LUMPUR: Anak kepada Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub mendedahkan kesusahan yang pernah dialami mereka sekeluarga menjadi pendorong kuat kepada arwah bapanya yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bekerja keras bagi memastikan rakyat tidak kelaparan. Kami sekeluarga pernah makan hanya berlaukkan keropok, ayah berhutang beli susu dari kedai- Fatihah Salahuddin Ayub(Foto ©Facebook Fatihah) Fatihah berkata, mereka sekeluarga pernah makan hanya berlaukkan keropok, malah bapanya pernah berhutang membeli susu di kedai Cina untuk mereka adik-beradik yang masih kecil, luahkan dalam catatan di Facebook.

Fatihah yang kini seorang peguam, berkata adik-beradiknya dibekalkan wang 30 sen untuk membeli makanan ringan diingini mereka ketika bapanya tiada di rumah.

“Kami membesar dengan didikan mak dan ayah yang mengajar kami untuk mengenal nilai. Bukan untuk mengenal pangkat dan harta. Kami bukanlah asal keluarga senang. Kami juga pernah merasai erti kesusahan dan kesempitan. Terpahat di memori apabila ayah bawa kami lima beradik naik motor (motosikal) pergi kedai untuk belanja kami jajan dan aiskrim.

“Kalau ayah tiada di rumah, kami hanya dapat 30 sen untuk belanja jajan daripada emak. Kami juga pernah merasai makan berlaukkan keropok tanpa protein seperti daging dan ayam. Pernah juga mak cerita pada kami, ayah terpaksa hutang susu dengan apek kedai masa kami masih kecil. Mungkin itulah antara mendorong ayah bekerja keras untuk memastikan rakyat tidak lapar,” katanya.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada jam 9.23 malam Ahad lalu setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Fatihah turut berkongsi luahan bapanya yang mahu dijemput ‘pergi’ ketika sedang bekerja yang akhirnya dimakbulkan Allah apabila Salahuddin meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada Ahad lalu ketika dalam tugasannya di Kedah.

Beliau berkata, arwah bapanya menyuarakan hasrat itu ketika dalam pertemuan bersama Ketua Penerangan Parti Warisan (WARISAN), Datuk Mohd Azis Jamman, yang turut dihadirinya dua bulan lalu.

Katanya, arwah bapanya juga menyatakan ahli politik perlu sentiasa bekerja dan tidak boleh pencen bagi membolehkan mereka sentiasa cergas.

“Sejujurnya saya masih mencari kekuatan dan cuba menyusun kata-kata untuk menulis post ini.Antara adik-beradik, saya agak bertuah kerana dapat luangkan masa lebih bersama ayah selain daripada di rumah. Kadang-kadang ayah keluar makan dengan kawan-kawan ayah called ‘jom makan’.

“Dua bulan lepas, ayah ada ajak makan masa tu dengan Datuk Mohd Azis Jamman. Kebetulan ketika itu kami berbual kenapa ahli politik sukar untuk pencen. Ayah secara spontan jawab ‘ahli politik tak boleh pencen. Kalau dia pencen, otak dia tak gerak tak tahu nak fikir apa, sebab tu saya selalu berdoa kalau saya pergi, biarlah dalam keadaan saya bekerja begini’. Little did I know that came true this soon and too soon, ayah (tanpa saya ketahui yang doa ayah ini menjadi kenyataan dengan cepat),” katanya.

Fatihah berkata, arwah bapanya adalah seorang yang lembut dan mendekati setiap anaknya seorang demi seorang untuk mengetahui perkembangan pembelajaran dan masalah dihadapi mereka.

Beliau berkata, disebabkan bapanya sibuk dengan urusan politik dan pentadbiran negara, arwah juga sering menasihati mereka untuk tidak menyusahkan ibu mereka.

“Ayah memang lembut. Jarang marah kami adik-beradik. Masa kami meningkat remaja ke dewasa ayah lebih banyak guna pendekatan ‘slow talk’. Ayah selalu panggil kami bergilir-gilir masuk ke bilik supaya dia boleh one to one dengan kami. Selalunya kami agak cuak apabila sesi begini berlaku sebab selalunya ia berlaku apabila kami buat masalah.

“Tetapi tidak, kadang-kadang dia hanya bertanya ‘belajar semua macam mana? Ok?”. Selalunya dia akan selit untuk titip nasihat selepas itu. Mungkin kerana dia jarang berada di rumah dan masa itulah dia guna untuk nasihatkan kami untuk tidak menyusahkan emak,” katanya.

Fatihah berkata, keakrabannya bersama Allahyarham Salahuddin terbukti apabila arwah bapanya itu menangis kali pertama di hadapannya pada lima tahun lalu.

“Masa 5 tahun lepas, pernah sekali ayah panggil saya masuk bilik dan ayah menangis sebab ayah ada masalah ketika itu. Itulah kali pertama saya lihat ayah menangis dan itulah kali pertama saya yang menjadi pendengar ayah. Kemudian ada sekali kami berdua menangis kerana saya mengadu masalah kepada dia. Begitulah ayah. Pendengar yang sangat baik dan sentiasa menitip nasihat buat anaknya yang ada ketika begitu keras.

“Ayahlah pelembut hati saya ketika yang lain tidak boleh melembutkan saya. Ayahlah yang banyak mengajar saya bersabar, untuk mengawal kata-kata, untuk lebih memilih diam ketika marah,” katanya.

Fatihah berkata, arwah bapa dan ibunya juga mendidik mereka adik-beradik membuat keputusan sendiri dan bertanggungjawab sepenuhnya atas keputusan yang dibuat.

“Ayah dan emak mendidik kami membuat keputusan sendiri dan bertanggungjawab sepenuhnya atas keputusan sendiri. Pernah sekali saya keliru untuk tukar bidang pengajian ke bidang kaunseling. Ayah cakap kalau tukar course (kursus pengajian) nanti tak dapat jadi peguam, tapi fikirlah yang mana-mana baik,” katanya.

Mengulas pembabitan dalam politik, Fatihah berkata, beliau kini tidak berpeluang lagi membantu bapanya dalam kempen pilihan raya negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu adalah medan pertama dan terakhir buatnya menjadi pengurus kempen bagi arwah bapanya itu.

“Little did I know that PRN-15 and PRU-15 would be the first and last (tanpa saya ketahui PRN-15 dan PRU-15 menjadi yang pertama dan terakhir) sebagai campaign manager (pengurus kempen) ayah. Tiada lagi berceramah sepentas dengan ayah masa kempen. Tiada lagi ceramah untuk ayah masa pilihan raya. Tiada lagi tugas untuk sediakan soalan bagi pertanyaan jawab lisan untuk sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor. Tiada lagi tugas menguruskan borang calon ayah.

“Tiada sudah tempat untuk diri ini mengadu ketika tiada yang mendengar, tiada sudah titipan nasihat daripada ayah, tiada sudah ‘slow-talk’ dan ‘heart to heart’ session (sesi hati ke hati) dengan ayah.

“Berehatlah ayah. Tugasmu sudah selesai. Amanah yang ayah pikul sudah dilunaskan sebaiknya. Ayah terlalu penat lalu meninggalkan kami. “Tiada istilah arwah dalam kamus hidup ini. Yang ada hanyalah ayah. Selagi tidak hilang ingatan ini, selagi itulah ayah tetap ayah di hati dan ingatan ini. Terima kasih ayah kerana mendidik kami dengan nilai yang baik. “Pemergianmu cukup mulia. Kami reda. Berehatlah wahai ayah,” luah Fatihah mengakhiri catatannya.

SOURCE: buletintv3.my

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaup2date.blogspot.com/2023/07/hanya-berlaukkan-keropok-fatihah-kongsi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahagianya Hanya Allah Yang Tahu Neelofa Kongsi Nama Anak Kedua Mahu Anak Jadi Daie Penyampai Dakwah

Bahagianya Hanya Allah Yang Tahu Neelofa Kongsi Nama Anak Kedua Mahu Anak Jadi Daie Penyampai Dakwah

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 292 hits
Selamat melahirkan bayi keduanya pada 11 Julai lalu usahawan dan pengacara Neelofa akhirnya berkongsi nama anak kedua yang menjadi pilihannya bersama suami Haris Menerusi Instagramnya ibu cantik manis ini berkongsi nama indah yang dipilih b...
Naik 1kg Pun Susah Joo Woojae Sandara 2ne1 Kongsi Kesusahan Tambah Berat

Naik 1kg Pun Susah Joo Woojae Sandara 2ne1 Kongsi Kesusahan Tambah Berat

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 246 hits
Tak semua orang memahami masalah yang dialami orang lain ARTIKEL BERKAITAN Sama seperti Joo Woo jae dan Sandara Park dalam episod terbaru Today s Joo Woo jae di YouTube Ulas mereka mengenai kondisi badan masing masing Orang kurus tak boleh ...
Influence Kongsi Cara Menjadi Kaya Dengan Hanya Share Video Menari Dalam Tiktok

Influence Kongsi Cara Menjadi Kaya Dengan Hanya Share Video Menari Dalam Tiktok

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 232 hits
Rina adalah seorang gadis yang suka menari Dia selalu bermimpi menjadi seorang penari profesional tetapi dia tidak punya banyak uang untuk mengikuti kursus menari atau membeli kostum yang bagus Dia juga tidak punya banyak teman yang memilik...
Kongsi 40 Hasil Negeri Wakil Rakyat Sabah Saman Putrajaya

Kongsi 40 Hasil Negeri Wakil Rakyat Sabah Saman Putrajaya

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 280 hits
Wakil rakyat Pakatan Harapan Sabah yang terdiri daripada enam ahli parlimen dan enam Adun telah memfailkan saman terhadap kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri berhubung hak Sabah untuk mendapat kutipan hasil negeri itu Saman PH Sabah 40...
Ibu Bapa Dakwa Pelajar Bebas Hisap Vape Guru Tak Mengajar

Ibu Bapa Dakwa Pelajar Bebas Hisap Vape Guru Tak Mengajar

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 174 hits
Seorang ibu mendakwa vape mudah dibeli di sekolah itu yang dijual oleh pelajar PETALING JAYA Penggunaan dan penjualan vape secara berleluasa selain guru culas mengajar antara pelbagai masalah didakwa ibu bapa berlaku di sebuah sekolah menen...
Isu Hutang Felda Bapa Saya Tok Guru Pesan Jangan Bohong Muhyiddin

Isu Hutang Felda Bapa Saya Tok Guru Pesan Jangan Bohong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 278 hits
malaysiakini comPengerusi PN Muhyiddin Yassin kekal dengan pendiriannya dalam isu pelupusan hutang peneroka Felda dan menegaskan akan berdepan dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di mahkamah Hari ini dia saman saya dia kata saya bohong Tak...
Tauladan Baik Dari Bapa Ramai Puji Saharul Ridzwan Ajar Anak Mengaji Lembut Sopan

Tauladan Baik Dari Bapa Ramai Puji Saharul Ridzwan Ajar Anak Mengaji Lembut Sopan

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 299 hits
Perkongsian video dari pelakon Saharul Ridzwan yang mengajar anak lelakinya Ali mengaji mendapat perhatian oleh wargamaya Bukan itu sahaja bahkan video yang dimuat naik Saharul menerusi Instagramnya itu turut menerima pujian dari pengikutny...
Masalah Gigi Ini Perlu Ibu Bapa Waspada Lagi Lagi Tabiat Anak No 4 Jadi Punca Gigi Rosak

Masalah Gigi Ini Perlu Ibu Bapa Waspada Lagi Lagi Tabiat Anak No 4 Jadi Punca Gigi Rosak

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 463 hits
Kesihatan gigi anak adalah sangat penting bagi memastikan mereka mempunyai senyuman yang cantik lagi menarik dewasa kelak Ini kerana banyak masalah gigi kanak kanak yang boleh berlaku kepada mereka jika dibiarkan atau diabaikan Namun bukan ...
Gara Gara Cikgu Taska Terlalu Cantik Bapa Bapa Orang Tiba Tiba Rajin Hantar Dan Ambil Anak

Gara Gara Cikgu Taska Terlalu Cantik Bapa Bapa Orang Tiba Tiba Rajin Hantar Dan Ambil Anak

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 262 hits
Gara gara cikgu taska terlalu cantik bapa bapa orang tiba tiba rajin hantar dan ambil anak Seorang guru tadika di China terpaksa menerima hakikat bahawa ada pihak mahukan dirinya dipecat daripada pekerjaan tersebut bukan kerana tingkah laku...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization