Masalah Gigi Ini Perlu Ibu Bapa Waspada Lagi Lagi Tabiat Anak No 4 Jadi Punca Gigi Rosak


Kesihatan gigi anak adalah sangat penting bagi memastikan mereka mempunyai senyuman yang cantik lagi menarik dewasa kelak. Ini kerana banyak masalah gigi kanak-kanak yang boleh berlaku kepada mereka jika dibiarkan atau diabaikan.
Namun bukan mudah untuk anak menjaganya sendiri tanpa bantuan daripada anda sebagai ibu bapa.
Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi untuk tahu tentangnya!
Perkembangan gigi kanak-kanak
Sebelum pergi dengan lebih lanjut, marilah kita semua belajar mengenai perkembangan gigi yang akan berlaku kepada si kecil terlebih dahulu.

 
Sebelum lahir
Semasa dalam kandungan lagi, janin sudah mula membentuk gigi pada awal kehamilan dan tisu pertama tunas gigi bayi terbentuk pada minggu keenam semasa dalam rahim ibu.
Enamel mula berkembang apabila fetus berada pada usia tiga ke empat bulan. Apabila bayi sudah lahir pula, mereka selalunya sudah mempunyai 20 gigi susu di bawah gusi.
Selepas lahir
Kanak-kanak akan mula fasa hendak tumbuh gigi sekitar usia mereka enam bulan dan ini adalah proses di mana gigi susu hendak keluar melalui gusi bagi membolehkan gigi berfungsi.
Kanak-kanak selalunya tumbuh kesemua 20 gigi susu sebelum usia mereka 24 bulan yang selalunya akan keluar mengikut turutan tertentu; gigi kacip, gigi geraham depan, gigi taring dan gigi geraham belakang.
Dari usia 5 hingga 11 tahun, kanak-kanak akan hilang gigi susu yang lain dan digantikan dengan gigi kekal.
Apabila sudah mencapai usia dewasa pula nanti, individu yang normal akan mempunyai 32 batang gigi.
Namun ketahuilah bahawa proses semula jadi ini mungkin akan terganggu dan terjejas akibat masalah gigi kanak-kanak.
Apakah masalah tersebut? Sila teruskan pembacaan anda!
Buat anda yang bergelar ibu bapa, jangan sesekali mengabaikan kesihatan gigi anak anda kerana ia mungkin akan mendatangkan kesan yang negatif apabila mereka dewasa kelak.
Jadi, sila peka dan ambil tahu mengenai masalah-masalah gigi yang boleh terjadi kepada mereka seperti berikut:
#1. Kaviti
Kebanyakan kanak-kanak masih belum arif tentang cara untuk memberus dan memflos gigi dengan betul tanpa pengawasan ibu bapa mereka,
Tambahan lagi dengan diet yang tinggi gula, maka masalah kaviti adalah satu isu utama buat mereka.
Ia disebabkan oleh plak yang terlekat pada permukaan gigi lantas menyebabkan gigi mereka mereput.
Oleh itu, sila pantau anak anda setiap kali di bilik air untuk memberus dan memflos gigi dengan cara yang betul ya?
#2. Gigi yang sensitif
Masalah ini sangat menjengkelkan buat mereka terutamanya ketika mengambil makanan atau minuman yang sejuk dan manis seperti aiskrim.
Ia mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor risiko seperti kaviti, gigi yang berlubang, akar gusi terdedah, tampalan gigi retak atau renggang dan berbagai-bagai lagi.
Jika mereka mengalaminya, segera bawa berjumpa doktor gigi untuk merawatnya.
#3. Masalah gigi kanak kanak – Gigi tidak rata
Kebanyakan kanak-kanak cenderung mempunyai gigi tidak rata yang seterusnya akan memberi kesan buruk kepada pertumbuhan gigi mereka kelak.
Ini mungkin disebabkan oleh faktor genetik serta saiz dan bentuk rahang yang tidak stabil.
Namun jangan risau kerana masalah ini boleh diselesaikan jika ibu bapa bertindak segera.
Jadi sila bawa anak anda berjumpa doktor gigi dua kali setahun untuk mengenali dan membetulkan masalah gigi kanak-kanak ini.
#4. Tabiat menghisap ibu jari
Tabiat yang dilakukan oleh kebanyakan kanak-kanak untuk mengawal kegelisahan ini sebenarnya boleh jadi isu besar kerana ia boleh menyebabkan gigi tidak selari.
Apa yang dimaksudkan dengan tidak selari di atas tadi ialah keadaan di mana gigi atas tidak selari dengan gigi bawah lantas mewujudkan ruang ketika mulut ditutup.
Kesannya akan membuat mereka sukar untuk mengunyah atau bercakap jika tabiat ini diteruskan sehingga mereka mencapai usia yang lebih tua kelak.
#5. Penyakit gusi
Selain gigi, gusi kanak-kanak juga perlu diperhatikan kerana terdapat beberapa jenis penyakit yang boleh berlaku, antaranya gingivitis.
Gingivitis adalah satu keadaan di mana gusi boleh membengkak dan berdarah dengan mudah ketika mereka memberus atau memflos gigi.
Ia juga boleh mengakibatkan kebengkakan dan kesakitan pada gusi dan gigi lantas membuat gigi mereka tumbuh dengan tidak betul kelak.
#6. Kecemasan dental
Kecemasan dental ini boleh berlaku pada bila masa-masa sahaja ekoran lumrah sifat kanak-kanak yang serba lasak dan aktif.
Ketika bermain, beriadah atau bertelingkah dengan temannya boleh mengakibatkan gigi anak retak, patah atau tercabut tanpa sengaja.
Oleh itu, sentiasa berwaspada terutamanya ketika si kecil berada di luar rumah untuk beraktiviti bersama teman mereka.
Sebagai ibu bapa, kita semua perlu bertanggungjawab dalam memastikan masalah gigi kanak-kanak ini tidak terjadi. Jadi, sila sentiasa peka ya?
Kredit: Hello Doktor
 

Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/
 
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
 
 
The post Masalah Gigi Ini Perlu Ibu Bapa Waspada! Lagi-Lagi Tabiat Anak No.4, Jadi Punca Gigi Rosak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/masalah-gigi-ini-perlu-ibu-bapa-waspada-lagi-lagi-tabiat-anak-no-4-jadi-punca-gigi-rosak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Jangan Jadi Kebulur Jantan Anak 11 Tahun Dibuang Ibu Sendiri Gara Gara Bapa Tiri Anggap Masalah

Hiburan Jangan Jadi Kebulur Jantan Anak 11 Tahun Dibuang Ibu Sendiri Gara Gara Bapa Tiri Anggap Masalah

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 183 hits
Satu perkongsian media sosial Facebook oleh seorang individu baru baru ini telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen terutamanya wanita yang bergelar kaum ibu Menerusi posting tersebut seorang kanak kanak perempuan berusia 11 tahun...
Ibu Bapa Tunai Ibadah Haji Anak Buat Parti

Ibu Bapa Tunai Ibadah Haji Anak Buat Parti

papar berkaitan - pada 23/7/2023 - jumlah : 236 hits
Muhaamad Hafis Nawawimhafis hmetro com myAmpang Jaya Sepasang suami isteri terkejut apabila kepulangan ke tanah air selepas menunaikan ibadah haji disambut dengan keadaan tombol pintu bilik rumah mereka dipecah masuk Rupanya anak lelaki mer...
Tiada Yang Lebih Sakit Anak Pasrah Ibu Bapa Pergi Selepas Hantar Daftar Kolej

Tiada Yang Lebih Sakit Anak Pasrah Ibu Bapa Pergi Selepas Hantar Daftar Kolej

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 177 hits
Hati seorang anak siapa yang tidak merintih apabila mendapat tahu ibu bapanya maut dalam sebuah kemalangan sebaik sahaja baru menyelesaikan pendaftaran anak di Kolej Matrikulasi Perak beberapa hari lalu Memetik laporan Utusan Online pasanga...
Ibu Belikan Doktor Gigi Kongsi Kisah Gigi Kanak Kanak Hampir Rosak Semuanya

Ibu Belikan Doktor Gigi Kongsi Kisah Gigi Kanak Kanak Hampir Rosak Semuanya

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 215 hits
Karies awal kanak kanak adalah kerosakan gigi yang berlaku pada kanak kanak di bawah umur enam tahun Ia melibatkan satu atau lebih batang gigi Ia merupakan proses pendemineralan asid terhadap gigi akibat kehadiran plak dan air liur Apakah f...
Anak Buat Kejutan Istimewa Pandu Sendiri Kapal Terbang Bawa Ibu Tunai Haji

Anak Buat Kejutan Istimewa Pandu Sendiri Kapal Terbang Bawa Ibu Tunai Haji

papar berkaitan - pada 23/7/2023 - jumlah : 407 hits
Baru baru ini tular di media sosial seorang lelaki warga Egypt telah membuat kejutan buat ibu tersayangnya dengan menyambut ketibaan ibunya di dalam pesawat yang dipandunya menuju ke Makkah untuk menunaikan haji telah berjaya menarik perhat...
Ni Pick Line La Main Teka Teki Dengan Ibu Ramai Cair Tengok Anak Betty Rahmad

Ni Pick Line La Main Teka Teki Dengan Ibu Ramai Cair Tengok Anak Betty Rahmad

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 151 hits
Telatah anak kesayangan Betty Rahmad Ardy Wira yang cukup bijak dan petah berkata sememangnya tidak pernah mengecewakan pengikutnya Baru sahaja sembuh dari sakit kali ini Ardy Wira tampil dengan mood cukup ceria berkongsi teka teki di Insta...
Ibu Ini Guna Mission Board Anak Lebih Mudah Dengar Kata Tertunggu Tunggu Misi Seterusnya

Ibu Ini Guna Mission Board Anak Lebih Mudah Dengar Kata Tertunggu Tunggu Misi Seterusnya

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 165 hits
Usaha mendidik anak anak memang memerlukan kesabaran yang tinggi lebih lebih lagi bila anak sudah pandai membuat keputusan sendiri Dilema ibu ayah dalam nak mendisiplinkan anak anak memang besar kadang kadang ada yang buntu dengan sikap ana...
Apa Itu Compounding Effect Ibu Bapa Wajib Tahu

Apa Itu Compounding Effect Ibu Bapa Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 251 hits
Jadi surirumah memang tak senang Takde duit tapi nak kena jugak menyimpan sebab fikirkan masa depan yang suram dan di robo advisor dan juga keluarkan duit dari ASNB Setelah gunakan bagi kegunaan Anacat saya simpan baki duit yang ada dalam a...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik