Kongsi 40 Hasil Negeri Wakil Rakyat Sabah Saman Putrajaya


Wakil rakyat Pakatan Harapan Sabah, yang terdiri daripada enam ahli parlimen dan enam Adun telah memfailkan saman terhadap kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri berhubung hak Sabah untuk mendapat kutipan hasil negeri itu. klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Saman PH Sabah, 40 peratus hasil negeri: Sebutan kes 30 Ogos ini Ahli Parlimen dan ADUN Sabah dari Pakatan Harapan (PH) memohon 40 peratus hak Sabah di Mahkamah Sabah dan Sarawak, Kota Kinabalu, Sabah. (Foto ©malaysiagazette.com) KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak semalam diberitahu plaintif dan defendan masih berunding sebelum meneruskan saman pemula yang difailkan wakil-wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) Sabah, terhadap Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sabah mengenai tuntutan 40 peratus hasil negeri.

Oleh itu, mahkamah kemudian menetapkan tarikh baharu pada 30 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, mahkamah dijadualkan mendengar keputusan itu semalam (31 Julai 2023) jika pihak plaintif mahu meneruskan atau menarik semula saman itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, peguam mewakili plaintif, Nelson W. Angang berkata, penetapan tarikh baharu itu untuk memberi ruang dan masa lagi bagi meneruskan rundingan.

“Tempoh masa ini supaya kedua-dua pihak dapat mencapai persetujuan atau pun tidak. Jika masih sebaliknya, maka, kami akan meneruskan tindakan undang-undang.

“Memandangkan perkara ini telah lama dan perbincangan berterusan sudah berlaku dan kewujudan Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang telah ditubuhkan.

“Hak 40 peratus ini adalah salah satu daripada perkara yang dibincang antara pihak berkenaan dalam jawatankuasa ini, dan kami berharap perkara yang kami tuntut dapat dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada Jun 2022, PH Sabah memulakan tindakan undang-undang dan menamakan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama, dan Kerajaan Negeri Sabah sebagai defendan kedua berhubung tuntutan 40 peratus hasil negeri dikutip kerajaan Persekutuan.

Antara yang memfailkan saman itu Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi); Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin (Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan); ADUN Api-Api, Datuk Christina Liew (Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah) dan ADUN Luyang, Phoong Jin Zhe (Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah).

Pada November tahun lalu, Ewon dilaporkan berkata, saman terhadap Kerajaan Persekutuan berkaitan 40 peratus hasil negeri Sabah tidak akan ditarik balik walaupun gabungan itu berjaya membentuk kerajaan bersama parti politik lain selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Berdasarkan saman pemula diterima Utusan Malaysia, plaintif menyatakan, dalam pembentukan Malaysia terdapat keperluan untuk mengiktiraf dan memenuhi kedudukan istimewa Sabah dan peruntukan khas yang tidak terdapat kepada 11 lagi negeri Semenanjung dalam Persekutuan Tanah Melayu disebabkan saiz geografi Sabah, keunikan etnik dan agama serta masalah pembangunan.

Kata kenyataan itu, salah satu peruntukan khas untuk Sabah ialah peruntukan kewangan khas di bawah Perkara 112C dan seksyen 2(1) Bahagian IV Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan.

Ia memperuntukkan hak istimewa bagi Sabah untuk menerima geran khas sebanyak dua perlima atau 40 peratus daripada jumlah hasil bersih yang diperoleh oleh Persekutuan daripada Sabah. Selain itu, Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan semakan semula pemberian khas.

Jelasnya, pada 1 Disember 1969 Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah bersetuju untuk kajian semula menurut Perkara 112D bahawa untuk tempoh lima tahun dari 1969 hingga 1973, Kerajaan Persekutuan akan berhenti membuat pembayaran kepada 40 peratus kelayakan Sabah di bawah seksyen 2(1) Bahagian IV Jadual Kesepuluh.

Tetapi, sebaliknya hendaklah membuat pembayaran dalam bentuk pemberian lain untuk tempoh lima tahun bagi tahun 1969, 1970, 1971, 1972 dan 1973 masing-masing berjumlah RM20 juta, RM21.5 juta, RM23.1 juta, 24.8 juta dan 26.7 juta dan jumlah itu dianggap mencerminkan dan sama dengan jumlah dua perlima atau 40 peratus daripada hasil bersih diperolehi oleh Persekutuan bagi lima tahun, masing-masing yang juga dikenali sebagai Perintah Pemberian Khas Sabah (Semakan Pertama), 1970 (P.U. (A) 328/1970 bertarikh 18 Ogos 1970).

Namun, kata saman pemula itu, tiada semakan lain dibuat di bawah Perkara 112D selepas tamat tempoh lima tahun Kajian Pertama walaupun Perkara 112D memperuntukkan bahawa semakan hendaklah dibuat pada tahun 1974.

Katanya, memandangkan tiada semakan dibuat, Kerajaan Persekutuan membayar Sabah sejumlah RM26.7 juta setahun sejak 1974 hingga 2021 dan akibatnya, Sabah dan rakyatnya dinafikan hak perlembagaan yang melanggar Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Semasa mesyuarat pertama Persidangan Kelima Parlimen Ke-14 bagi tahun 2022, Menteri Kewangan Persekutuan (tidak dinamakan) dalam jawapan bertulis yang disediakan di Parlimen telah menyatakan bahawa 40 peratus hak Sabah di bawah seksyen 2(1) Bahagian IV Jadual Kesepuluh Perlembagaan tidak lagi terpakai.

Pendirian yang diambil oleh Menteri Kewangan Persekutuan yang mewakili kerajaan Persekutuan itu didakwa bercanggah dengan perlembagaan kerana ia mengabaikan fakta bahawa Perkara 112C dan seksyen 2(1) Bahagian IV Jadual Kesepuluh tidak dipinda, dipadam atau dimansuh daripada Perlembagaan Persekutuan.

Pada 14 April 2022, kerajaan mengumumkan bahawa kajian semula di bawah Perkara 112D dipersetujui menyaksikan Kerajaan Persekutuan akan memberi Sabah geran khas untuk tempoh lima tahun bermula dari 2022 hingga 2026 dan Sabah akan menerima RM125.6 juta bermula 2022.

Kata kenyataan itu lagi, jumlah yang telah dipersetujui adalah tidak berdasarkan kelayakan 40 peratus Sabah di bawah seksyen 2(1) Bahagian IV Jadual Kesepuluh Perlembagaan. – UTUSAN

SOURCE: UTUSAN

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2023/07/kongsi-40-hasil-negeri-wakil-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Ja Bercakap Tentang Apa Nak Buat Majukan Negeri Dan Rakyat Tapi Dah Tak Buat Nak Cakap Apa Lagi Apa Pun Tak Buat

Boleh Ja Bercakap Tentang Apa Nak Buat Majukan Negeri Dan Rakyat Tapi Dah Tak Buat Nak Cakap Apa Lagi Apa Pun Tak Buat

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 126 hits
Apa tak boleh cakap apa apa Boleh je Cakap la isu kebajikan rakyat isu ekonomi isu antarabangsa Banyak je isu boleh digunakan untuk PRN Tapi itu la Nak cerita isu tu semua tak reti Jadi terpaksa jugak mainkan isu 3R Nak tunggang sentimen ag...
Rakyat Pahang Puas Hati Kejayaan Mb Tingkatkan Prestasi Ekonomi Negeri

Rakyat Pahang Puas Hati Kejayaan Mb Tingkatkan Prestasi Ekonomi Negeri

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 149 hits
KUANTAN Rata rata rakyat Pahang yang ditemui mendakwa mereka kini semakin berpuas hati dengan pentadbiran Kerajaan Pahang dibawah pimpinan Menteri Besar Dato Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail Bagi mereka kegagalan Barisan Nasional membentuk keraj...
Wakil Rakyat Pan Antara Ditahan Menagih Syabu

Wakil Rakyat Pan Antara Ditahan Menagih Syabu

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 180 hits
BHonlineMAKASSAR SULAWESI SELATAN Dua anggota majlis perwakilan tempatan daerah Sinjai ditahan ketika cuba mengambil dadah kristal methamphetamine atau syabu di sebuah hotel di bandar Makassar akhir bulan lalu Pengarah Bahagian Narkotik Sul...
Seluar Wakil Rakyat Terlondeh Ketika Berucap

Seluar Wakil Rakyat Terlondeh Ketika Berucap

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 245 hits
TERJEMAHAN SINAR HARIANSeluar dipakai Borrego tiba tiba terlondeh ketika berucap di hadapan orang ramai Foto AgensiSALTILLO Seorang wakil rakyat menanggung malu apabila seluarnya terlondeh sehingga ke buku lali semasa beliau berucap di hada...
Hanya Berlaukkan Keropok Fatihah Kongsi Kesusahan Hidup Dorong Arwah Bapa Pastikan Rakyat Tidak Lapar

Hanya Berlaukkan Keropok Fatihah Kongsi Kesusahan Hidup Dorong Arwah Bapa Pastikan Rakyat Tidak Lapar

papar berkaitan - pada 30/7/2023 - jumlah : 141 hits
Fatihah berkongsi gambar kenangan bersama arwah bapanya Salahuddin pada majlis sebelum ini Foto Fatihah Facebook Kami sekeluarga pernah makan hanya berlaukkan keropok ayah berhutang beli susu dari kedai Fatihah Salahuddin Ayub KUALA LUMPUR ...
Majlis Bekas Wakil Rakyat Membantah Gesaan Muda Berkait Isu Hapus Pencen

Majlis Bekas Wakil Rakyat Membantah Gesaan Muda Berkait Isu Hapus Pencen

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 174 hits
PETALING JAYA Majlis Bekas Wakil Rakyat membantah gesaan Muda menghapuskan pencen wakil rakyat Presidennya Tan Sri Dato Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata wakil rakyat berhak mendapat pencen kerana mereka berkhidmat kepada orang ramai sepa...
Kerajaan Madani Mengugut Rakyat

Kerajaan Madani Mengugut Rakyat

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 172 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad 1 Saya dapati ramai orang kenamaan Melayu berada dalam ketakutan 2 Mereka tidak senang dengan prestasi Kerajaan sekarang Banyaklah sebab sebab yang mereka berpendapat Kerajaan sekarang tidak baik Mereka menyatakan in...
Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

More Than Genetics How Life Experiences Shape Our Health

E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Is Anwar Ever Going To Release Najib

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Kelebihan Berpuasa Hari Putih

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Mesothelioma Attorney Assistance A Beacon Of Hope For Victims Of Asbestos Exposure



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Kdn Fc Berputih Mata Di Laman Sendiri

Gulai Udang Nenas

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq