Isu Hutang Felda Bapa Saya Tok Guru Pesan Jangan Bohong Muhyiddin


malaysiakini.com
N Faizal Ghazali
Diterbitkan: Jul 22, 2023 
Pengerusi PN Muhyiddin Yassin kekal dengan pendiriannya dalam isu pelupusan hutang peneroka Felda dan menegaskan akan berdepan dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di mahkamah

“Hari ini dia saman saya, dia kata saya bohong. Tak apa kita pergi mahkamah, nanti mahkamah kita harap akan buat keputusan adil, siapa salah tetap salah.

“Saya nak beritahu saya tidak bersalah. Tapi ini perdana menteri namanya Anwar Ibrahim bodoh, tak faham yang mana satu bayar hutang mana satu sukuk.

“Anwar, itu bon. Yang ini penghapusan hutang peneroka Felda tak sama. Tapi dia tak mengaku salah,” katanya ketika menyampaikan ceramah di program Munajat Rakyat dan Pakat Pertahan PAS Kelantan di Kota Bharu, malam tadi.

Muhyiddin dan Anwar kini terlibat dalam perang mulut mengenai usaha siapa yang membolehkan pelupusan hutang RM8.3 bilion untuk peneroka Felda.

Skim itu dijanjikan oleh Muhyiddin pada 2021 tetapi Anwar berhujah bahawa ia hanya menjadi kenyataan pada tahun ini kerana dia telah mengatur dana untuk menyelesaikan masalah hutang Felda.

Bagaimanapun, Muhyiddin berhujah bahawa kedua-dua perkara itu tidak berkaitan menyebabkan Anwar memberikan dua dokumen yang didakwanya akan menunjukkan sebaliknya - perjanjian Akaun Rizab Perkhidmatan Kewangan (FSRA) dan surat terbitan sukuk.

Muhyiddin kemudian membalas dengan berkata dokumen yang dikeluarkan Kementerian Kewangan membuktikan Anwar tidak memahami dokumen yang ditandatanganinya.

Semalam, Anwar menghantar surat tuntutan kepada Muhyiddin dan memintanya membayar ganti rugi RM200 juta berhubung dakwaan fitnah yang dikaitkan dengan isu pelupusan hutang peneroka Felda.

Anwar juga meminta permohonan maaf daripada Muhyiddin dalam tempoh 24 jam, serta penarikan balik surat tuntutan Muhyiddin dan kenyataan yang dibuatnya berkenaan perkara itu.

Mengulas mengenai saman RM200 juta terhadapnya terhadapnya, bekas perdana menteri itu mendakwa Anwar tidak dapat membezakan antara penghapusan hutang dengan sukuk.

“Kita (ketika menjadi kerajaan) hapuskan hutang lapuk mereka sebanyak RM8.3 bilion. Tak perlu bayar lagi, dalam buku kira-kira dah tak ada lagi.

“Tahun 2021 kita dah laksanakan, saya tanya kepada kawan-kawan peneroka Felda mereka kata dah habis selesai. Tapi perdana menteri kata saya cakap bohong, Muhyiddin pandai bercakap saja. Siapa bohong?

“Saya tak pernah bohong, pak saya pun tok guru beritahu 'kau jangan bohong'. Memang pun kita tidak bohong, ada bukti. Jadi apabila dia (Anwar) kata saya yang salah, dia fitnah kepada saya, saya saman dia,” katanya lagi.

Pada 20 Julai lalu, Felda dalam kenyataan berkata tidak ada percanggahan antara apa yang dijanjikan Muhyiddin dan apa yang kemudiannya dinyatakan oleh Anwar.

Felda memaklumkan penghapusan sejumlah hutang peneroka dilaksanakan di peringkat agensi itu telah dibuat tanpa penyaluran peruntukan geran daripada Kerajaan Persekutuan pada 2021 serta 2022.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/07/isu-hutang-felda-bapa-saya-tok-guru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ucapan Fitnah Muhyiddin Saman Anwar Isu Pelupusan Hutang Peneroka Felda

Ucapan Fitnah Muhyiddin Saman Anwar Isu Pelupusan Hutang Peneroka Felda

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 373 hits
KUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan saman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendakwa perdana menteri itu memfitnahnya membabitkan isu pelupusan hutang peneroka FELDA Melalui writ saman dan pernyataan tuntutan difailkan...
Anwar Bohong Tentang Pelupusan Hutang Peneroka Felda Kata Muhyiddin

Anwar Bohong Tentang Pelupusan Hutang Peneroka Felda Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 342 hits
freemalaysiatoday com 08 Jul 2023 2 30pmSebelum ini perdana menteri dilaporkan berkata pentadbiran Muhyiddin Yassin gagal melaksanakan inisiatif melupuskan hutang peneroka Felda Muhyiddin Yassin menegaskan dengan pembohongan yang terbaru in...
Anwar Akan Tunjuk Bukti Hari Ini Hutang Felda Telah Dilupuskan Bukti Penipuan Muhyiddin Yang Mengaku Dia Yang Lupus

Anwar Akan Tunjuk Bukti Hari Ini Hutang Felda Telah Dilupuskan Bukti Penipuan Muhyiddin Yang Mengaku Dia Yang Lupus

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 190 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan bukti bahawa beliau telah menandatangani dokumen bagi penghapusan hutang peneroka Felda esok Saya boleh bawa tak perlu tunggu 24 jam dalam 12 jam saya boleh Memang saya tandatangan ...
Silap Silap Dia Pun Tak Tahu Apa Dia Tandatangan Annuar Bidas Pmx Isu Hutang Felda

Silap Silap Dia Pun Tak Tahu Apa Dia Tandatangan Annuar Bidas Pmx Isu Hutang Felda

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 235 hits
Tan Sri Annuar Musa membidas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak tahu apa sebenarnya yang ditandatangannya sehingga membuat dakwaan kononnya hutang peneroka tidak dihapuskan sebelum ini Bekas menteri tersebut berkata PMX yang jug...
Pm Tunjuk Bukti Hapus Hutang Felda Gesa Muhyiddin Mohon Maaf

Pm Tunjuk Bukti Hapus Hutang Felda Gesa Muhyiddin Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 181 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengemukakan dokumen perjanjian ditandatanganinya bagi penghapusan hutang peneroka Felda kurang 24 jam selepas Muhyiddin Yassin memintanya memohon maaf berhubung isu itu Anwar dalam k...
Hutang Felda Najib Pencetus Muhyiddin Dan Anwar Penyambung

Hutang Felda Najib Pencetus Muhyiddin Dan Anwar Penyambung

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 395 hits
Julai 2017 Datuk Seri Najib Razak yang menjadi Perdana Menteri ketika itu telah mengumumkan enam insentif bagi peneroka FELDA bagi tahun tersebut Antaranya melibatkan pelupusan hutang bagi penanaman semula serta geran khas untuk aktiviti te...
Muhyiddin Tuntut Anwar Tarik Balik Kenyataan Lupus Hutang Peneroka Felda

Muhyiddin Tuntut Anwar Tarik Balik Kenyataan Lupus Hutang Peneroka Felda

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 230 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Muhyiddin Yassin menuntut Perdana Menteri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataan berhubung pelupusan hutang peneroka Felda dan memohon maaf secara terbuka kerana ia disifatkan sebagai fitnah Selain menarik balik ke...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Udang Nestum

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle