Pengalaman Dos Pertama Vaksin Sinovac


 


Pengalaman dos pertama Vaksin Sinovac | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini merupakan hari kedua selepas aku terima suntikan dos pertama vaksin pada 20 ogos 2021. Mulanya nak menulis pada hari pertama, tapi apakan daya, banyak sangat kerja nak kena selesaikan, dan alhamdulilah, hari ini ada sedikit kesempatan untuk aku kongsikan sedikit pengalaman aku berkenaan vaksin covid ini.

Kenapa memilih sinovac dan bukannya vaksin jenis yang lain? Baik, kenapa mesti sinovac dan bukannya vaksin jenis yang lain? Pertamanya, aku ambil vaksin di hospital swasta. Dalam erti kata lainnya, vaksin berbayar. Bukanlah aku sombong, tak mahu ambil vaksin percuma melalui My Sejahtera. Dan untuk pengetahuan juga, tarikh vaksin melalui Mysejahtera juga aku dah terima. Nanti aku kongsikan kenapa aku ambil vaksin berbayar.

Berbalik semula kenapa ambil sinovac adalah kerana buat masa ini, hanya vaksin ini yang tersedia di hospital berbayar. Tidak ada vaksin lain. Jadi, sinovac adalah satu-satunya pilihan yang ada. Dan yang keduanya adalah, daripada survey aku dengan semua rakan-rakan yang dah vaksin, aku membuat keputusan untuk terus memilih sinovac adalah kerana:

Hampir kesemua rakan-rakan di tempat kerja (yang dah complete vaksin melalui program pikas) dan yang ambil sinovac beri jawapan yang sama iaitu, kesan vaksin ini tidak sekuat vaksin prizer. Makna kata, ada yang langsung tak rasa apa-apa kesan selepas vaksin berbanding prizer (ada yang demam dan pelbagai kesan yang lain).

Dan perkara yang sama aku baca melalui sosial media yang mana, ramai yang kongsikan sinovac ini tidak memberi kesan yang teruk seperti vaksin yang lain. Dan mengambil kira semua ini, makanya aku memilih untuk mengambil vaksin ini. Hahaha. Sejenis yang tak mahu ada apa-apa kesan lepas vaksin.

Pengalaman dos pertama vaksin sinovac. Dan seperti yang aku kongsikan pada  awal tadi, hari ini merupakan hari kedua. Dan alhamdulilah, sehingga setakat ini, aku belum ada terima apa-apa kesan selepas vaksin. Syukur padamu ya Allah. Ramai juga yang kata, vaksin dos pertama ini “biasa-biasa” sahaja. Tak sama macam dos kedua yang katanya memberi kesan yang lebih kuat.

Namun, pada aku, sama sahaja. Dah ramai yang kata, kena lebih berhati-hati selepas ambil vaksin, jadinya kita perlu juga berjaga-jaga. Kesihatan tetap juga kena pantau. Makanan tetap juga kena jaga. Pendek kata, kena lebih berhati-hati.

Kenapa buat keputusan ambil vaksin? Dan ini adalah jawapan kenapa aku ambil lewat berbanding rakan-rakan yang dah complete vaksin. Aku adalah satu-satunya pekerja yang belum ambil vaksin sebenarnya. Hehehe. Memang benar, langsung tiada paksaan daripada pihak majikan. Nak ambil, ambil lah, tak mahu ambil terpulang.

Dan mulanya, aku memang tak mahu ambil. Banyak perkara yang aku fikirkan. Di tambah lagi dengan pelbagai info yang aku baca di media sosial membuatkan aku takut nak ambil vaksin.

Tapi kenapa akhirnya aku pilih untuk ambil vaksin?

Jawapannya adalah kerana nasihat daripada seorang rakan yang sememangnya terkenal anti vaksin! Kenapa aku cakap dia anti vaksin? Jawapannya adalah kesemua anak dia tak ada vaksin. Ini cerita betul ya! Anak-anak dia memang tak ambil vaksin (macam ini baru betul boleh cakap anti vaksin, bukannya baru tolak vaksin yang baru ini, terus cop seseorang itu anti vaksin).




Nasihat dia mudah sahaja dan aku terus terima. Ini adalah nasihat dia:


Mufti dah keluarkan yang vaksin ini adalah harus dan wajib. Jadi katanya, kita berserah pada Allah dan ikut nasihat mufti. Jika benar ada benda yang tak elok dalam tu, kita serah pada mufti. Sebab dia dah jatuhkan hukum. Kita hanyalah insan biasa.Kedua, kita adalah ketua keluarga. Jadi kita kena keluar cari rezeki. Melihat pada keadaan sekarang, tak mustahil mana-mana tempat akan wajibkan vaksin. Jadi, kita bertawakal kepada Allah, agar dilindungi olehnya daripada segala macam perkara yang tidak elok.Seterusnya adalah melihat kepada kerja aku. kerja aku boleh dikatakan banyak memerlukan untuk aku keluar kawasan mahupun keluar negara. Jadi vaksin itu adalah perkara utama. Jadi mahu tak mahu, lari kemana pun, tetap kena ambil. Melainkan aku buat keputusan untuk berhenti kerja dan mungkin pulang ke kampung dan buat kerja kampung sahaja.Seterusnya, aku memang berhasrat untuk menunaikan umrah hujung tahun ini (jika dipermudahkan olehnya). Dan salah satu syaratnya adalah mesti vaksin. Dan jika tak vaksin, macamana nak tunaikan umrah? Dan mahu tak mahu, kena ambil juga.Dan antara nasihat lain adalah, dunia adalah tempat untuk kita meninggal. Jika di takdirkan kita meninggal dengan cara ini, itu dah takdir. Benar, kita boleh sahaja usaha untuk tidak ambil vaksin (sebab dah tahu kesan-kesan yang mungkin terjadi) namun, apakah dengan tidak ambil membuatkan kita terus hidup kekal di dunia?Kalaupun kita masih boleh usaha (contohnya lari ke kampung, hutan dan gunung) namun akhirnya kita tetap pergi bertemu ilahi. Katanya, jika ini adalah satu ujian daripada Allah, kita bertawakal kepadanya. Niat ambil vaksin adalah sebagai ikhtiar untuk jaga kesihatan dan mencari rezeki kerana Allah. Jika benar ianya memudaratkan, pihak yang jatuhkan hukum yang akan bertanggungjawab. Kita serah semua pada Allah.
Dan pelbagai nasihatnya lagi. Panjang, nak tulis pun tak mampu, hehehe. Apa pun, aku Cuma kongsikan apa yang buatkan aku pilih untuk vaksin. Dan seperti yang kita semua tahu, setakat hari ini, memang tiada paksaan dan korang tetap ada pilihan. Maka pilihnya mana yang terbaik untuk korang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mrejoy.com/2021/08/pengalaman-dos-pertama-vaksin-sinovac.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Suntikan Dos Pertama Vaksin Sinovac 01 08 2021 Inilah Tarikh Saya Menerima Dos

Pengalaman Suntikan Dos Pertama Vaksin Sinovac 01 08 2021 Inilah Tarikh Saya Menerima Dos

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 347 hits
AssalamualaikumPengalaman Suntikan Dos Pertama Vaksin Sinovac 01 08 2021 Inilah tarikh saya menerima suntikan dos pertama Disebabkan tak tahu keadaan di PPV macamana memang seram sejuk jugalah saya ni Perasaan takut melebihi teruja Saya ni ...
Sabah Terima Kumpulan Pertama Vaksin Cansino Sebanyak 53 000 Dos

Sabah Terima Kumpulan Pertama Vaksin Cansino Sebanyak 53 000 Dos

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 238 hits
Dr Rose Nani berkata ia merupakan kumpulan pertama bagi bekalan vaksin dos tunggal yang akan dibekalkan secara berperingkat ke Sabah Gambar ihsan JKN Sabah KOTA KINABALU Sabah hari ini menerima kumpulan pertama vaksin COVID 19 jenis CanSino...
Vaksin Dos Pertama Di Regency Specialist Hospital

Vaksin Dos Pertama Di Regency Specialist Hospital

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 357 hits
VAKSIN DOS PERTAMA DI REGENCY SPECIALIST HOSPITAL Alhamdulillah selesai dos pertama pada awal ogos hari tu Ingatkan nak tunda je tarikh untuk vaksin tu sebab tarikh tu sama dengan tarikh kakak appointment kat hospital Alhamdulillah kakak pu...
Selesai Dos Kedua Vaksinasi Apa Kesan Vaksin Sinovac Dos Kedua Ni

Selesai Dos Kedua Vaksinasi Apa Kesan Vaksin Sinovac Dos Kedua Ni

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 434 hits
SELESAI DOS KEDUA VAKSINASI APA KESAN VAKSIN SINOVAC DOS KEDUA NI Assalamualaikum semua Apa khabar Dah terima vaksinasi untuk vaksin Covid 19 ke belum Majoriti warga Selangor dan Kuala Lumpur ramai yang telah terima vaksin Covid 19 kan Nege...
Pengalaman Proses Vaksinasi Dos Pertama Dan Kedua Yang Amat Mudah

Pengalaman Proses Vaksinasi Dos Pertama Dan Kedua Yang Amat Mudah

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 717 hits
Pengalaman Proses Vaksinasi Dos Pertama Dan Kedua Mudah dan pantas je prosesnya Semua petugas dan sukarelawan amat berfungsi dengan jayanya Tidak menyusahkan pun semua orang tua muda dilayan baik baik Perkongsian dalam blog ini adalah sebag...
Iman Dah Vaksin Dos Pertama

Iman Dah Vaksin Dos Pertama

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 363 hits
Assalamualaikum MALAM tadi semasa sedang lena dengar Pak Inche cakap air dah keluar Jeling ke jam macam pukul 1 pagi Kiranya cepat jugak la SAJ buat kerja Memang selalunya macam tu selama lama Sk tinggal di rumah ni masalah tak ada air jara...
Kes Nenek Terima 2 Dos Vaksin Sehari

Kes Nenek Terima 2 Dos Vaksin Sehari

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 172 hits
Somwang menunjukkan lengan kanannya kepada anak lelakinya Boonsong ketika bercakap dengan media Thailand mengenai pengalamannya yang mendapat dua suntikan vaksin AstraZeneca pada 14 Ogos lalu Bangkok Post BANGKOK Seorang wanita warga emas d...
Awani Ringkas Joe Biden Ikrar Bawa Pulang Rakyat As India Luluskan Vaksin Dna Pertama Usahawira

Awani Ringkas Joe Biden Ikrar Bawa Pulang Rakyat As India Luluskan Vaksin Dna Pertama Usahawira

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 238 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Vaksin Covid 19 Benarkan Penonton Lengkap Dua Dos Ke Stadium Usahawira

Vaksin Covid 19 Benarkan Penonton Lengkap Dua Dos Ke Stadium Usahawira

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 260 hits
Liga Bola Sepak Malaysia sekali lagi akan memohon kebenaran untuk penyokong menyaksikan perlawanan Liga Malaysia di stadium sebagai usaha merancakkan kembali saingan liga berkenaan Presiden MFL yang baharu Datuk Ab Ghani Hassan berkata bada
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui