Hamzah Dilantik Ketuai Delegasi Rundingan Umno Dijangka Tunduk Bekerjasama Dengan Pn


 
Semalam, Hamzah Zainuddin dengan yakin mengumumkan bahawa Perikatan Nasional atau PN akan membentuk kerjasama dengan UMNO dan BN bagi menghadapi PRN Melaka, 20 November depan.
Beliau yang juga Setiausaha Agung PN dan Bersatu berkata, perbincangan ke arah itu akan dilakukan tidak lama lagi.
Menurut beliau, kerjasama itu akan diumumkan dalam waktu terdekat ini dan formula kerjasama yang telah berjalan melalui pembentukan kerajaan di peringkat pusat adalah pilihan untuk dipraktikkan di Melaka nanti.
“Apa yang berlaku di peringkat pusat telah membuktikan kita boleh bekerjasama dan kita akan mempraktikkan perkara yang sama juga di Melaka,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, sumber PN memaklumkan Hamzah sudah pun dipersetujui dan dilantik sebagai ketua delegasi gabungan itu untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO dan BN bagi menjalin kerjasama yang dimaksudkan.
Difahamkan, pemilihan Hamzah kerana beliau dipercayai satu-satunya pemimpin yang diyakini mampu mengetuai rundingan yang akan menghasilkan kejayaan serta menguntungkan PN.
Hasil rundingan yang diyakini membawa kejayaan dan menguntungkan PN itu dengan sendirinya bermaksud bukan saja UMNO dan BN perlu tunduk kepada keperluan bekerjasama dengan PN yang akan digagaskan oleh Hamzah, malah juga tunduk kepada tuntutan kerusi yang diminta oleh gabungan itu.
Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menolak untuk bekerjasama dengan Bersatu atau Pas bagi menghadapi PRN Melaka, sebaliknya ingin bertanding secara solo bersama panji-panji BN.
Bermakna kini adalah menjadi tugas Hamzah untuk menterbalikkan pendirian Zahid Hamidi itu dan beberapa pemimpin dalam Bersatu sangat yakin dengan kemampuan beliau melaksanakan misi tersebut.
Adalah difahamkan, PN akan menuntut 12 kerusi untuk mereka tandingi dalam PRN Melaka kali ini dengan dua daripadanya akan diperuntukkan kepada Pas.
Sebagai balasan kepada permintaan itu, PN menjanjikan sokongan tanpa berbelah bagi agar jawatan Ketua Menteri diserahkan kepada UMNO mendudukinya.
Asalkan 12 kerusi yang diminta itu dipersetujui, siapa pun calon Ketua Menteri yang bakal dinamakan oleh UMNO – sama ada Ab Rauf Yusoh atau Sulaiman Md Ali – PN akan menjanjikan sokongan dan kerjasama yang maksimum ke arah kemenangan bersama dalam PRN Melaka.
Hamzah sebelum ini adalah pemain peranan penting dalam menjayakan MOU antara kerajaan dengan PH sehingga kejayaannya itu dikatakan amat menggembirakan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.
Jika kali ini beliau berjaya merangkumkan kerjasama antara PN dengan BN di PRN Melaka, ia pasti sekali lagi mendatangkan kegembiraan yang bukan kepalang kepada Ismail Sabri.
Harus diakui bahawa kejayaan menidakkan PH daripada berkuasa semula di Melaka sudah tentu dapat menyelamatkan air muka Perdana Menteri daripada dicemari dengan bayangan kegagalan dalam tempoh tidak sampai 100 hari beliau memegang jawatan itu.
Terpenting sekali, melalui kejayaan gabungan BN dan PN di Melaka serta menyelamatkan air muka Perdana Menteri itu nanti, meskipun kerusi Ketua Menteri bakal diserahkan kepada UMNO, tetapi ia dalam masa yang sama akan mencerahkan peluang Hamzah untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Ismail Sabri yang terhutang budi dengan peranan gemilang Hamzah itu pasti tidak mampu menolak lagi daripada memberikannya jawatan nombor dua dalam kerajaan, mengenepikan Azmin Ali yang juga disebut-sebut mengidam jawatan yang sama. – ShahbudinHusin 20/10/2021.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/hamzah-dilantik-ketuai-delegasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Mungkin Peralat Pas Dekati Pengundi Sekiranya Umno Tutup Pintu Rundingan

Bersatu Mungkin Peralat Pas Dekati Pengundi Sekiranya Umno Tutup Pintu Rundingan

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 244 hits
SHAHBUDIN HUSINPelbagai pihak dilihat tidak senang dengan pengumuman Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berhubung larangan ceramah majlis sosial pelancaran jentera dan segala aktiviti terbuka sepanjang tempoh berkempen dalam PRN Melaka Tam...
Umno Boleh Tutup Pintu Rundingan Bersatu Mungkin Peralat Pas Dekati Pengundi

Umno Boleh Tutup Pintu Rundingan Bersatu Mungkin Peralat Pas Dekati Pengundi

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 226 hits
Oleh SHAHBUDIN HUSIN October 26 2021 Pelbagai pihak dilihat tidak senang dengan pengumuman Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berhubung larangan ceramah majlis sosial pelancaran jentera dan segala aktiviti terbuka sepanjang tempoh berkempe...
Dengan Tiada Kempen Terbuka Lagilah Umno Tidak Perlu Bekerjasama

Dengan Tiada Kempen Terbuka Lagilah Umno Tidak Perlu Bekerjasama

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 431 hits
Pelbagai pihak dilihat tidak senang dengan pengumuman Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berhubung larangan ceramah majlis sosial pelancaran jentera dan segala aktiviti terbuka sepanjang tempoh berkempen dalam PRN Melaka Tambahan lagi lara...
Di Manakah Keramat Umno Bila Bekerjasama Dengan Bersatu

Di Manakah Keramat Umno Bila Bekerjasama Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 196 hits
PERIKATAN NASIONAL kata Mahiaddin sedia berdepan pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Negeri Melaka iaitu bertembung dengan BARISAN NASIONAL dan PAKATAN HARAPAN Bagaimanapun kata Ahli Parlimen Pagoh itu pihaknya sentiasa membuka pint...
Umno Tetap Tidak Akan Bekerjasama Dengan Bersatu Di Dalam Mana Mana Pilihan Raya

Umno Tetap Tidak Akan Bekerjasama Dengan Bersatu Di Dalam Mana Mana Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 222 hits
MELAKA UMNO tidak akan bekerjasama dengan BERSATU dalam mana mana dalam pilihan raya Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara terbabit sudah diputuskan oleh perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO Tidak timbul isu UMNO ce...
Umno Enggan Bekerjasama Pn Rangka Strategi Sendiri Hadapi Prn Melaka

Umno Enggan Bekerjasama Pn Rangka Strategi Sendiri Hadapi Prn Melaka

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 529 hits
agendaily com16 10 2021Perikatan Nasional Melaka mempunyai kekuatan tersendiri tanpa kerjasama UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka Perikatan Nasional akan merangka strategi sendiri untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka set...
Buat Keputusan Muktamad Pintu Rundingan Masih Terbuka Kata Azmin Pada Umno

Buat Keputusan Muktamad Pintu Rundingan Masih Terbuka Kata Azmin Pada Umno

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 289 hits
AGENDA DAILY Datuk Seri Mohamed Azmin Ali UMNO perlu buat keputusan muktamad sama ada ingin mengadakan kerjasama politik bersama Perikatan Nasional atau tidak memandangkan pintu rundingan masih lagi terbuka ketika ini Pengarah Pilihan Raya ...
Mereka Kata Umno Kleptokrat Dan Korup Kenapa Nak Marah Bila Umno Nak Tanding Solo

Mereka Kata Umno Kleptokrat Dan Korup Kenapa Nak Marah Bila Umno Nak Tanding Solo

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 262 hits
Oleh Sirajuddin AhmadIni lah namanya cakap tidak serupa bikin Tidak masuk akal setelah menggelar UMNO parti Kleptokrat dan parti Kluster Mahkamah tiba tiba banyak suara sumbang marah bila UMNO umum hendak bersendirian pada PRU15 dan PRN Mel...
Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Wanita Hilang Selama Setahun Akhirnya Hanya Jumpa Rangka

Lirik Lagu Antara Puisi Dan Rautmu Arish Mikael

Resipi Sambal Lada Bilis Extra Pedas Memang Sangat Sedap

Ex Pesuruhjaya Sprm Cabar Pmx Bebaskan Najib Razak

Gbp Usd 24 Februari Berita Baik Lagi Untuk Pound British

Syukur Fasa 2 Tarikh Kaedah Penyaluran Bantuan