Dengan Tiada Kempen Terbuka Lagilah Umno Tidak Perlu Bekerjasama


 
Pelbagai pihak dilihat tidak senang dengan pengumuman Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung larangan ceramah, majlis sosial, pelancaran jentera dan segala aktiviti terbuka sepanjang tempoh berkempen dalam PRN Melaka.Tambahan lagi larangan itu yang konon bertujuan mengelak penularan semula wabak Covid19 dikeluarkan ketika Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, Najib Razak dan pemimpin-pemimpin UMNO sudah mula turun menjelajah beberapa kawasan di Melaka untuk memastikan kemenangan BN pada 20 November depan.Bagi pihak dalam UMNO, mereka melihat larangan itu tidak lain bertujuan menghalang pemimpin-pemimpin UMNO menjalankan kerja-kerja kempen secara agresif bertemu pengundi.Kata mereka lagi, sebagai parti yang berasaskan akar umbi, kempen turun ke bawah bertemu rakyat dan pengundi adalah perkara yang tidak boleh dielakkan bagi UMNO bila berlaku pilihanraya.Lainlah seperti Bersatu, tambah mereka, yang merupakan parti yang tiada akar umbi dan tidak banyak cawangan, maka tiada keperluan bagi pemimpinnya turun ke bawah untuk berkempen.Kempen boleh saja dilakukan melalui cara lain menggunakan program kerajaan, NGO atau media sosial.Selain itu, ada pihak dalam UMNO juga melihat larangan kempen itu sebagai strategi halus untuk mendesak agar UMNO akhirnya sedia bekerjasama dengan PN bagi memastikan PH tidak berpeluang mencapai kemenangan.Di waktu yang sama, PH juga turut tidak senang dengan larangan kempen yang diumumkan Khairy Jamaluddin itu.Sementara Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin menganggap larangan itu memperolok sistem demokrasi, Lim Guan Eng pula sedang mengkaji untuk mencabarnya daripada sudut undang-undang.Daripada satu sudut, oleh kerana banyak sektor ekonomi dan aktiviti sosial telah dibenarkan seperti melancong, bermesyuarat, kenduri dan sebagainya, tambahan lagi lebih 90 peratus rakyat sudah menerima vaksin, melarang aktiviti kempen untuk pilihanraya ternampak seperti tidak masuk akal.Jika begitu, apa gunanya vaksinasi?Sepatutnya biarlah semua aktiviti kempen dibenarkan, yang penting SOP asas seperti menjaga kebersihan, memastikan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka hendaklah sentiasa dipatuhi.Begitu pun, apa sebenarnya tujuan larangan kempen ini dikuatkuasakan?Sepertimana kita sedia maklum, kerjasama antara UMNO dengan PN, walaupun terus menerus diminta oleh Pas dan Bersatu, adalah sesuatu yang memang sukar untuk menjadi kenyataan.Terutama disebabkan jurang perbezaan UMNO dengan Bersatu itu terlalu dalam, malah berliku-liku, mempertemukan titik tolak ansur antara keduanya bukanlah suatu perkara mudah.Untuk itu, kemungkinan paling besar di PRN Melaka ini ialah UMNO dan Bersatu akan berlaga sesama sendiri atas tiket BN serta PN dalam persaingan tiga penjuru yang turut disertai PH.Apabila berlaku pertembungan itu, mereka yang paling susah hati ialah kelompok menteri UMNO yang diketahui sejak dulu berjiwa pro kepada Bersatu.Kalau mereka turun berkempen untuk UMNO, bimbang nanti Bersatu akan berkecil hati dan jika turun berkempen menolong Bersatu pula, ia sudah tentu melanggar disiplin parti.Lalu, dengan adanya larangan turun berkempen secara terbuka yang diumumkan KJ itu, selamatlah mereka dan mereka kini tidak perlu langsung turun berkempen baik untuk UMNO, mahu pun Bersatu.Di waktu yang sama, disebabkan cawangan dan akar umbi UMNO lebih kukuh berbanding Bersatu, apa yang perlu dilakukan oleh parti itu dengan adanya larangan kempen terbuka ini ialah memanfaatkan kekuatan itu sepenuhnya untuk mendekati lagi semua kelompok pengundi.Ia boleh dilakukan melalui jentera media sosial tempatan yang mungkin sudah sedia wujud di peringkat cawangan dan jika belum ada, masih ada masa untuk mewujudkannya dengan menyenaraikan nama pengundi dalam daftar mereka.Kemudian, segala hal berkaitan kempen, termasuk serangan kepada pihak lawan dan menjawab isu-isu yang berbangkit hendaklah menggunakan saluran tersebut sebaik-baiknya.Bersatu yang tidak banyak cawangan dan tiada akar umbi sudah tentu berdepan kesukaran berkempen hingga ke bawah menggunakan media sosial, kecuali yang boleh dilakukan ialah mewujudkan pusat-pusat serangan yang beroperasi di Kuala Lumpur atau di bandar Melaka.Tetapi sudah tentu keberkesanannya tidak menyeluruh atau mampu meresap ke bawah berbanding apa yang digerakkan UMNO melalui akar umbinya yang sudah sedia wujud itu.Pokoknya, dengan adanya larangan kempen terbuka dan mengadakan majlis-majlis bertemu pengundi ini lebih memberi kelebihan kepada UMNO dan ia lagi meletakkan mereka tidak perlu sama sekali bekerjasama dengan Bersatu, Pas atau PN.Senang-senang Bersatu akan ditinggalkan dalam gerak kerja kempen dan mendekati pengundi.Paling-paling pun Pas yang ada sedikit akar umbi akan diperalat sepenuhnya oleh Bersatu untuk berhadapan dengan UMNO.Secara langsung dan tidak langsung, UMNO kini sudah boleh tutup terus pintu rundingan dengan PN. – ShahbudinHusin 25/10/2021.https://shahbudindotcom.net/.../dengan-tiada-kempen...




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/dengan-tiada-kempen-terbuka-lagilah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Datang Melako Nak Kempen Untuk Siapa Umno Ke Pn

Pm Datang Melako Nak Kempen Untuk Siapa Umno Ke Pn

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 252 hits
Tiada kerjasama UMNO BERSATU HANYALAH drama test the water Jangan malukan PM dengan gagasan keluarga Malaysia PM dan Pembangkang pun Jangan berlebihan buruk kan antara satu sama lain terikat dengan MoU Yang perlu dirunding di belakang sekar...
Di Manakah Keramat Umno Bila Bekerjasama Dengan Bersatu

Di Manakah Keramat Umno Bila Bekerjasama Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 181 hits
PERIKATAN NASIONAL kata Mahiaddin sedia berdepan pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Negeri Melaka iaitu bertembung dengan BARISAN NASIONAL dan PAKATAN HARAPAN Bagaimanapun kata Ahli Parlimen Pagoh itu pihaknya sentiasa membuka pint...
Umno Enggan Bekerjasama Pn Rangka Strategi Sendiri Hadapi Prn Melaka

Umno Enggan Bekerjasama Pn Rangka Strategi Sendiri Hadapi Prn Melaka

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 499 hits
agendaily com16 10 2021Perikatan Nasional Melaka mempunyai kekuatan tersendiri tanpa kerjasama UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka Perikatan Nasional akan merangka strategi sendiri untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka set...
Buat Keputusan Muktamad Pintu Rundingan Masih Terbuka Kata Azmin Pada Umno

Buat Keputusan Muktamad Pintu Rundingan Masih Terbuka Kata Azmin Pada Umno

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 275 hits
AGENDA DAILY Datuk Seri Mohamed Azmin Ali UMNO perlu buat keputusan muktamad sama ada ingin mengadakan kerjasama politik bersama Perikatan Nasional atau tidak memandangkan pintu rundingan masih lagi terbuka ketika ini Pengarah Pilihan Raya ...
Hamzah Dilantik Ketuai Delegasi Rundingan Umno Dijangka Tunduk Bekerjasama Dengan Pn

Hamzah Dilantik Ketuai Delegasi Rundingan Umno Dijangka Tunduk Bekerjasama Dengan Pn

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 174 hits
Semalam Hamzah Zainuddin dengan yakin mengumumkan bahawa Perikatan Nasional atau PN akan membentuk kerjasama dengan UMNO dan BN bagi menghadapi PRN Melaka 20 November depan Beliau yang juga Setiausaha Agung PN dan Bersatu berkata perbincang...
Umno Tetap Tidak Akan Bekerjasama Dengan Bersatu Di Dalam Mana Mana Pilihan Raya

Umno Tetap Tidak Akan Bekerjasama Dengan Bersatu Di Dalam Mana Mana Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 208 hits
MELAKA UMNO tidak akan bekerjasama dengan BERSATU dalam mana mana dalam pilihan raya Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara terbabit sudah diputuskan oleh perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO Tidak timbul isu UMNO ce...
Benarkah Jentera Umno Tersusun Kecuali Kempen Kerajaan Menggunakan Tv Dan Media Arus Perdana

Benarkah Jentera Umno Tersusun Kecuali Kempen Kerajaan Menggunakan Tv Dan Media Arus Perdana

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 250 hits
Veteran Umno tempelak Khairy ada niat tak baik disebalik pengumuman larangan berhimpun PRN MelakaOctober 27 2021 Veteran UMNO mendakwa Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mempunyai niat tidak baik terhadap parti itu selepas mengumumkan perh...
Hakikatnya Umno Tak Mau Bekerjasama Dengan Bersatu

Hakikatnya Umno Tak Mau Bekerjasama Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 267 hits
ShahbudinPatutlah Pak Wan ni kalah bertanding dia rupanya masih tak faham dengan hakikat UMNO tak mahu langsung bekerjasama dengan Bersatu
Prn Melaka Tentera Siber Umno Mula Kempen Fitnah Muhyiddin

Prn Melaka Tentera Siber Umno Mula Kempen Fitnah Muhyiddin

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 242 hits
AGENDA DAILY Tentera siber UMNO memuat naik fitnah di laman media sosial masing masing menuduh Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin menyogok pengundi di Melaka Gambar FB Tentera siber UMNO mula menabur fitnah terhadap Perik...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Penat Dengan Rumah Bersepah Dan Tak Wangi Ini Solusinya

Kenali Jenis Jenis Sakit Kepala Dan Rawatannya

What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri