Hampir Mustahil Tun Mahathir Boleh Jadi Pm Kali Ketiga




Veteran UMNO Sabah, Salleh Tun Said Keruak membayangkan Tun Mahathir Mohamad boleh kembali sekali lagi sebagai Perdana Menteri jika tindakan politiknya tidak diperhati serta diawasi.


Berikutan keputusan empat negeri tadbiran Pas melantik bekas Perdana Menteri dua kali itu sebagai penashat tidak rasmi mereka, Salleh seterusnya melihat Tun Mahathir sekarang ini adalah “ketua de facto” blok pembangkang PN.


“Dalam arena politik, cita-cita tiada had dan umur pula bukan menjadi penghalang. Oleh itu jangan memandang rendah kehendak orang tua,” katanya lagi.


Secara mudah difahami, Salleh dalam hal ini sebenarnya ingin memberi peringatan kepada Anwar Ibrahim, PH dan UMNO agar sentiasa berjaga-jaga.


Persoalan asas ialah bolehkah Tun Mahathir jadi Perdana Menteri sekali lagi?


Walaupun tiada perkara yang mustahil di dunia ini. tetapi daripada segi kemunasabahan dan hukum akal, terlalu sukar untuk Tun Mahathir mampu kembali ke puncak kuasa.


Pertama, beliau ketika ini bukanlah Ahli Parlimen dan ini, setidak-tidaknya sehingga PRU16 akan datang yang dijangka diadakan pada tahun 2027, sudah tertutup jalan buatnya untuk menjadi Perdana Menteri.


Memberi jawatan penasihat tidak rasmi kepada empat negeri itu hanyalah untuk Pas memanfaatkan pengalaman dan pengaruh beliau, di samping Tun Mahathir sendiri melihat ia sebagai platform agar suaranya selepas ini lebih didengari.


Menjadi penasihat tidak rasmi seumpana “Perdana Menteri Tidak Rasmi” juga bagi empat negeri berkenaan.


Yang mungkin berlaku, dengan kedudukan tersebut ialah pengikut dan penyokong Tun Mahathir barangkali lebih dulu terbuka peluang untuk berniaga atau mengemukakan apa-apa proposal kepada empat negeri sebagai peluang mencari rezeki.


Kedua, selagi ada Mahiaddin Md Yasin selaku Pengerusi PN dan Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang yang merupakan dua tokoh utama gabungan blok pembangkang, ruang untuk Tun Mahathir menguasai PN boleh dikata sentiasa tertutup.


Ini kerana Mahiaddin dan Hamzah juga teringin mahu jadi Perdana Menteri – seorang untuk kali kedua can seorang lagi kali pertama.


Malah Hamzah, sejak kebelakangam ini, sudah ramai yang memaggilnya PM11.


Ertinya, sebelum PRU16 akan datang, kalau pun kiranya Pas sedia menjadikan Tun Mahathir sebagai Ahli Parlimen semula dengan meminta mana-mana Ahli Parlimennya sedia ada meletakkan jawatan, laluan mendaki kerusi Perdana Menteri tidak mudah buat bekas Pengerusi Pejuang itu kerana Mahiaddin dan Hamzah mustahil akan memberi sokongan.


Jangan lupa, di sebalik PN mempunyai 74 kerusi Parlimen, 31 daripadanya adalah milik Bersatu dan hanya selelebihnya menjadi milik Pas.


Silap-sikap dengan keghairahan yang keterlaluan untuk menonjolkan semula Tun Mahathir itu hanya akan menyebabkan PN sendiri berpecah.


Ketiga, perubahan kerajaan sudah jadi mustahil berlaku sebelum PRU16 berikutan ikrar dan komitmen GPS di Sarawak untuk terus menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal.


Tak usah sembanglah, tanpa sokongan GPS yang mempunyai 23 Ahli Parlimen, cita-cita menukar kerajaan oleh blok pembangkang hanya sekadar santapan bual-bual kosong di kedai kopi saja tarafnya.


Tambah kukuh kedudukan kerajaan kerana ia terus disokong mantap oleh UMNO yang dipimpin Zahid Hamidi.


Keempat dan terakhir, detik paling dekat untuk melihat kemungkinan berlaku pertukaran kerajaan, khusus kerana komitmen sokongan GPS ialah pada PRU16 tahun 2027 akan datang.


Tun Mahathir sekarang berusia 98 tahun dan empat tahun lagi usianya ialah 102 tahun.


Memang tidak mustahil Tun Mahathir masih ada pada tahun 2027 itu nanti, tetapi dalam usia sebegitu, sudah tentu beliau tidak mampu lagi untuk memikul tanggungjawab yang lebih berat.


Jangankan sebagai Perdana Menteri, tugas sebagai Ahli Parlimen pun mungkin tidak berupaya lagi dipikulnya.


Kalau diletakkan juga bertanding, besar kemungkinan pengundi sendiri secara berjemaah lebih dulu menolaknya, mengulangi kekalahan di Langkawi sebelum ini kerana rakyat secara umumnya tentu mahukan wakil rakyat yang boleh berkhidmat, bukan yang memiliki ciri-ciri tenat.


Dengan empat sandaran di atas, mungkin dianggap terlalu takbur atau cuba mendahului takdir jika menghukum mustahil, tetapi dengan akal yang ada, tidak salah untuk mengatakan hampir mustahil bagi Tun Mahathir boleh jadi Perdana Menteri sekali lagi.


Lagi pun, asyik dia, dia dan dia saja, Malaysia ini nak jadi apa? – ShahbudinHusin 19/09/2023.


https://shahbudindotcom.net/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/09/hampir-mustahil-tun-mahathir-boleh-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rupanya Nasi Putih Tak Boleh Panas Banyak Kali Ini Sebabnya Yang Perlu Anda Tahu

Rupanya Nasi Putih Tak Boleh Panas Banyak Kali Ini Sebabnya Yang Perlu Anda Tahu

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 239 hits
Selama ini kita sering menghangatkan semula makanan makanan yang sudah sejuk termasuklah nasi putih Namun ada bahaya yang anda tidak tahu apabila sering memanaskan nasi terlalu kerap Ini kerana memanaskan semula beras berulang kali boleh me...
Managing The Economy By Kun Fa Ya Kun I Dont Care I Boleh 10 Kali Lebih Kasar

Managing The Economy By Kun Fa Ya Kun I Dont Care I Boleh 10 Kali Lebih Kasar

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 230 hits
Folks this short video here is a must watch This is how managing the economy by kun fa ya kun is done Kun fa ya kun is arabic it means Be and it is The equivalent phrase in the English Bible is possibly in Genesis 1 3 4 And god said Let the...
Tun Mahathir Perdana Menteri Kepada 4 Negeri Pas

Tun Mahathir Perdana Menteri Kepada 4 Negeri Pas

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 199 hits
Sebagaimana dilaporkan media empat negeri bawah pentadbiran PN telah bersetuju mewujudkan kerjasama dikenali sebagai State Government 4 atau SG4 bersama bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokht...
Berbeza Boleh Bersama

Berbeza Boleh Bersama

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 260 hits
BERBEZA BOLEH BERSAMA Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Assalammualaikum semua Hihi BOLEH InsyaAllah boleh Berbeza boleh bersama Mahu atau tidak sahaja Betul ke Betullah Berbeza menyusahkan Persamaan membosankan Penyud...
Video Ketampanan Tengku Muhammad Buat Orang Sabah Tidak Boleh Move On

Video Ketampanan Tengku Muhammad Buat Orang Sabah Tidak Boleh Move On

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 171 hits
VIDEO Ketampanan Tengku Muhammad buat orang Sabah tidak boleh move on Tangkap layar klip video yang memaparkan beberapa aksi Tengku Muhammad sepanjang lima hari berada di Sabah sempena Kembara Kenali Borneo PETALING JAYA Rata rata rakyat Sa...
Jangka Hayat Kucing Berapa Lama Kucing Boleh Hidup

Jangka Hayat Kucing Berapa Lama Kucing Boleh Hidup

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 205 hits
Kucing adalah haiwan kesayangan yang sering menjadi sebahagian daripada keluarga kita Kucing membawa kebahagiaan dan keceriaan kepada rumah kita dengan tingkah laku mereka yang comel dan sudah tentu ada kenakalannya Tetapi sebelum kita memu...
Artis Tua Boleh Pergi

Artis Tua Boleh Pergi

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 181 hits
RonasinaPenyanyi lagu Hijau Zainal Abidin marah apabila ada warganet mengomen dirinya tua dah nak mati masih lagi mahu menyanyi Saya seringkali juga terbaca komen komen sebegini terhadap beberapa penyanyi atau pelakon otai yang masih terus ...
Kulit Muka Sensitif Boleh Buat Stress

Kulit Muka Sensitif Boleh Buat Stress

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 331 hits
Kulit muka sensitif adalah keadaan di mana kulit lebih bereaksi terhadap faktor luaran seperti produk kosmetik cuaca atau alahan dan boleh menunjukkan reaksi yang tidak selesa atau masalah kulit yang teruk jika tidak diuruskan dengan betul ...
Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

Bersatu Needs A Clear Agenda For Malaysians Says Wan Saiful

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


12 Perkataan Baharu Yang Dimasukkan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka

Lirik Lagu Kamu Tak Sendiri Jemimah Cita

Dayana Amerda Jatuh Cinta Chord

Selamat Tahun Baru 2025 Contoh Ucapan Kata Motivasi

Pahang Mencatatkan Kejayaan Yang Luar Biasa Dengan Jumlah Jualan As 63 9 Juta Di Mihas Dubai

The Youth Who Could See The Wind En Magisk Resa Genom Frankrikes 17 E Hundrade