Hamil Rapat Buat Isteri Meroyan Lepas Bersalin Tak Salah Jarakkan Kehamilan Bukan Tolak Rezeki


Hamil yang kerap atau rapat boleh menyebabkan isteri meroyan selepas bersalin. Maka sebab itulah pentingnya mama dan papa merancang kehamilan. Menjarakkan kehamilan atau merancang keluarga memang tanggungjawab bersama. Dalam teruja menambah ahli keluarga, jangan abai kesihatan mental dan fizikal isteri.
Dr Farhanah Ibrahim, Pegawai Perubatan daripada Eva Emily Clinic Klinik Ibu dan asnak berkongsi pengalamannya berhadapan dengan pasangan yang menyambut berita kehamilan dengan perasaan yang bercampur baur. Si suami gembira tetapi isteri pula kelihatan keliru kerana anak masih kecil dan sering kepenatan.
Hamil Rapat Buat Isteri Meroyan Lepas Bersalin Berikut adalah perkongsian beliau;
TIADA SENYUMAN DI WAJAHNYA
Satu hari, sorang wanita datang klinik, katanya nak confirmkan pregnancy.
UPT dah buat, positive. Dia mai nak scan ja.
Masa dia masuk bilik, kakhana terkejut tengok seorang wanita yang pucat lesi, lemah tak bermaya. Mungkin dia mabuk teruk, kesiannya.
Dia datang ditemani suami. So suweet.
Lepas kakhana scan, tahniah!
Kandungan dah nak masuk 9 minggu!
Kredit foto: Freepik ISTERI NAMPAK TAK HAPPY
Tapi kakhana pelik, takda senyuman di wajahnya.
Infact, dia nampak very unhappy.
Rupanya ini kandungan ketiga, anak pertama baru ~3 tahun. Anak kedua baru beberapa bulan, masih menyusu badan.
ISTERI TERJELEPUK LESU, SUAMI BERSORAK GEMBIRA
Si isteri terjelepuk lesu atas kerusi. Nampak riak kepenatan yang jelas di wajah.
Suami pulak bersorak gembira “Kami kawen baruuu nak masuk 4 tahun Dr, anak dah nak masuk 3! Alhamdulillah, rezeki.”
Kakhana senyum, “Alhamdulillah. Lepas ni bolehlah bagi isteri rehat sekejap ya encik.”
SUAMI SELALU OUTSTATION
Ada nada serius dalam gurauan.
Suami jawab “Eh, dia ni ibu cemerlang Dr, semua dia boleh buat. Mengasuh anak 2 orang tu pun dia yang buat sorang. Saya selalu takda Dr, outstation”.
Bangga betul suami dengan isterinya.
Alhamdulillah, pujian melambung untuk isteri mithali.
Si suami kerja menjaga keselamatan negara. Jarang-jarang ada di rumah.
Kakhana pandang isteri, ada jelingan di hujung mata.
Dari helaan nafasnya, kakhana tau perasaan si isteri bercampur baur. Paham sangat feeling tu.
Tak Salah Jarakkan Kehamilan, Bukan Tolak Rezeki SUAMI TAK SOKONG GUNA KAEDAH PERANCANG KELUARGA
Kak hana tanya, “Puan OK?”
Isteri just jawab, “Entahlah Dr, macam tak bersedia. Anak semua kecik-kecik lagi”
(Tak sikit isteri yang mai klinik nak minta gugurkan kandungan sebab terlalu penat emosi, letih jasmani, lelah rohani, tak bersedia nak menanggung jerit perih mengandung lagi)…
Kakhana pun pujuk, “Lepas yang ketiga ni, mungkin boleh ambik perancang. Kasi badan rehat sikit. Nanti bincanglah dengan suami”
Isteri nampak berminat. Kakhana pun terangkan satu persatu.
Walaupun dia baru disahkan mengandung tak lepas pun lagi trimester pertama, tapi kes-kes tertentu kakhana akan ambik masa cerita pasal perancang keluarga di peringkat awal. Akhirnya dia hampir setuju dengan method IUCD.
Tapi suami pula tak sokong.
“Eh tak perlulah Dr. Isteri saya ni OK je Dr. Selama ni pun tak rancang, OK je dia. Nak masuk-masuk alat ni tak bahaya ke? Saya rasa tak perlu perancang la Dr.  Sayang steady je, kan sayang?”
Eh eh eh.
Abam  tak boleh ke baca bahasa badan dan riak wajah sang isteri. Aduhaiii janganlah syok sendiri abam…
SUAMI ISTERI PERLU JADI TEAM DALAM MERANCANG KELUARGA
Dalam merancang keluarga, mengasuh dan mendidik anak-anak, suami isteri perlu work as a team. Tak boleh salah satu bertepuk sebelah tangan.
Kakhana pernah dapat ibu yang dah 2 kali czer, baby baru 6 bulan dah mengandung. Sebab suami tak izinkan ambil perancang. Kat luar sana ramai isteri dalam keadaan tersepit.
Pendapat peribadi kakhana, dalam kes tertentu yang kandungan boleh mengancam nyawa isteri, ambiklah perancang walaupun TANPA IZIN SUAMI.
Isteri wajib taat pada perkara yang tak bertentangan dengan agama. Bukankah agama tegah meletakkan nyawa dalam bahaya? Kalau mengandung tu boleh membahayakan nyawa si ibu, sedangkan suami tak izinkan ambil perancang, batal tak kewajipan mentaati suami saat itu?
BUAT PARA SUAMI MITHALI
Kredit foto: Freepik MERANCANG KELUARGAILMU YANG ANDA PERLU TAHU
Salah satu ilmu yang lelaki WAJIB ambil tahu bila kawin selain bab nafkah, penjagaan anak dan pengurusan rumahtangga, kena masuk sekali kesihatan reproduktif, ilmu asas fisiologi kehamilan dan penyusuan, dan tambah jugak ilmu perancang keluarga dari sudut sains dan islam.
Nak kawin bukannya kena pandai syahadah, baca fatihah dan terer jadi imam je. Ilmu biologi pun penting jugak bang.
MERANCANG KELUARGA PERLU KERJASA MAKEDUA-DUA PASANGAN SUAMI ISTERI
Ada kes ibu berisiko tinggi tak nak ambil perancang sebab suami tak bagi, nak rancang sendiri. Tapi pihak suami tak boleh konsisten dan tak mampu beri kerjasama, asyik terbabas dek nak puaskan nafsu sendiri.
Yang menanggungnya isteri juga. Dari mabuk muntah dah macam mayat hidup, letih mengandung dengan segala risiko yang mengancam nyawa, sakit bersalin, cucuk spinal nak operate, kena jahit berlapis-lapis, pastu baby meragam dalam pantang, lelah menyusu lagi. Tu belum masuk nak mengasuh anak-anak kecik lain yang juga dahagakan perhatian.
Tak mustahil, ni boleh jadi punca isteri gila meroyan dan murung lepas bersalin (Postpartum Depression).
Parenthood itu pengalaman indah, tapi ianya tidak mudah. Satu perjalanan yang memerlukan kekuatan fizikal, mental, emosi dan rohani yang kuat. Support suami juga sangat penting. Biarlah setiap kandungan itu benar-benar planned and wanted pregnancy.
MERANCANG KELUARGA BUKAN BERERTI MENYEKAT REZEKI
Tolong perbetulkan konsep ni. Yes betul, anak itu rezeki. Tapi merancang dan menjarakkan kehamilan tak bermaksud TOLAK REZEKI Allah. Rezeki perlu kita urus sebaiknya.
Macam duit, duit pun rezeki. Tapi kita boleh plan berapa RM nak sedekah, berapa RM nak bagi kat isteri, mak ayah, berapa RM nak masuk simpanan sendiri dan anak-anak, etc etc. Bukannya dapat duit habis berjoli sebab “duit kan rezeki”.
Sama juga, merancang dan menjarakkan kehamilan ni satu kaedah mengurus rezeki yang Allah bagi. Anak-anak memang rezeki, tetapi anak-anak pun amanah. Pendidikan, kesihatan, makan minum, didikan agama, semua tu nanti Allah akan persoal kat akhirat. Jangan lupa juga, kesihatan diri pun amanah. Sebaiknya ukurlah kesihatan, kemampuan, kesediaan diri sebelum mengandung lagi.
MERANCANG KELUARGA BUKAN MEMBUNUH
Lagi satu, ada juga yang takut berdosa sebab anggap kaedah perancang keluarga ibarat membunuh janin. Tidak tuan-tuan dan puan-puan. Merancang ni kita mengelakkan persenyawaan dan mencegah kehamilan, bukannya menggugurkan kandungan. Janin tak terbentuk pun lagi, jadi tak timbul isu membunuh di sini.
MERANCANG KELUARGA TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ISLAM
Kalau kesihatan isteri dah terjejas lepas bersalin, Islam tak larang family planning. Bahkan dalam kes berisiko tinggi, kaedah perancang keluarga sangat dituntut kalau kehamilan tu boleh mengancam nyawa si ibu.
Kehamilan, bersalin, berpantang & menyusukan anak bukan hal kecik. Allah sendiri mengiktiraf pengorbanan wanita dalam beberapa tempat dalam Al-Quran. Kesusahan atas kesusahan, wahnan ‘ala wahnin. Itu yang wanita alami.
Ada satu pasangan, baru kawin lebih kurang 7 tahun, isteri dah megandung anak ke5. Masa nak guna perancang, ramai suami “islamik” yang bagi bermacam dalil untuk melarang. Ada yang anggap ia menolak rezeki dan sebagainya. Masa pasangan ni dah hamil anak ke5 dalam keadaan jarak anak-anak ~setahun sorang, tiba-tiba suami “islamik” tadi mula mencari-cari dalil untuk “menghalalkan” induced abortion (mereka nak gugurkan kandungan) atas alasan tak bersedia dan menjejaskan kesihatan isteri.
Wahai suami, dari awal lagi Islam tak melarang kaedah perancang keluarga. Hukum amnya adalah harus. Berbincanglah & decide sama-sama. Boleh bincang dengan doktor jika ragu.
Kredit foto: Freepik JANGAN LETAK TUGAS RUMAH TANGGA PADA BAHU ISTERI SAHAJA
Tak dinafikan, ada juga sahabat kak hana yang memang nak anak ramai 1-2 tahun seorang. Ada yang suami isteri bisnes sendiri, usahawan internet dan mostly duduk di rumah. Suami isteri mengasuh dan didik anak sama-sama, mereka mampu dan mahu. Jika si isteri bukan kategori berisiko tinggi, dipersilakan.
Tapi dalam kes kat atas tadi, dalam keadaan suami pun selalu outstation, tugasan rumahtangga semua letak atas bahu isteri sampai dia sangat letih fizikal, letih emosi dan stress, tak salah kalau suami “kasi can” isteri tu “take a break” dulu dua tiga tahun ke. Bagi hak anak menyusu sampai 2 tahun dulu ke.
Isteri & anak-anak kan amanah. Bukan je wajib bagi perlindungan, tempat tinggal dan makanan halalan toyyiban, tapi jangan lupa nafkah kasih sayang, didikan agama, ajarkan tentang Allah dan Rasul, jaga solat, ajar al-Quran, dan lain-lain.
Suami janganlah begitu bangga zuriat berderet, “hebat aku dapat ramaikan umat Nabi” tapi tetiba lepas tu semua urusan anak-anak pas kat isteri 100%.
Eh? Takutlah pada Allah. Semua amanah ni akan ditanya satu persatu kat akhirat sana.
Sekadar sharing dan pendapat peribadi dari sudut pandang seorang wanita, seorang isteri, seorang ibu dan seorang doktor. Nasihat terutama untuk diri sendiri.
Sumber: Farhanah Ibrahim
The post Hamil Rapat Buat Isteri Meroyan Lepas Bersalin, Tak Salah Jarakkan Kehamilan, Bukan Tolak Rezeki appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hamil-rapat-buat-isteri-meroyan-lepas-bersalin-tak-salah-jarakkan-kehamilan-bukan-tolak-rezeki/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Bayar Isteri Rm1 4 Juta Juta Setiap Kali Hamil

Suami Bayar Isteri Rm1 4 Juta Juta Setiap Kali Hamil

papar berkaitan - pada 25/12/2023 - jumlah : 275 hits
nbsp JAMAL dan Soudi sudah berkahwin selama tiga tahun Foto Instagram soudiLONDON Seorang wanita mendedahkan bahawa suaminya berjanji untuk membayar elaun sebanyak AS 300 000 nbsp sebelum dia bersetuju untuk hamil lapor portal berita MailOn...
Isteri Kini Hamil Anak Ketiga Ramai Terkejut Dapat Tahu Daler Yusuf Rupanya Dah 10 Tahun Kahwin

Isteri Kini Hamil Anak Ketiga Ramai Terkejut Dapat Tahu Daler Yusuf Rupanya Dah 10 Tahun Kahwin

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 166 hits
Aktor kacukan Uzbekistan Daler Yusuf berjaya menyimpan rapi kehidupan peribadinya daripada umum bahkan selama bertahun tahun ramai peminat tidak tahu dia sudah berumah tangga Baru baru ini Daler atau Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad mengumu...
Haritu Kata Nak Berpisah Netizen Syak Isteri Kedua Pu Abu Hamil

Haritu Kata Nak Berpisah Netizen Syak Isteri Kedua Pu Abu Hamil

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 250 hits
Sebelum ini pendakwah selebriti PU Abu Sufyan ada memaklumkan bahawa hubungannya bersama kedua isteri Ain Afini dan Hana Azraa sedang retak menanti belah Malah media hiburan turut melaporkan Abu ada mengaku yang dia dan kedua dua isterinya ...
Jamu Homemade Perut Kempis Rata Mama Lepas Bersalin Elok Amalkan

Jamu Homemade Perut Kempis Rata Mama Lepas Bersalin Elok Amalkan

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 221 hits
Amalan makan jamu amat membantu untuk mendapatkan perut yang kempis dan rata Selain bersenam dan makan suplemen amalan makan jamu menjadikan tubuh terasa ringan dan bertenaga Apabila perut kempis dan rata maka senanglah hendak menggayakan p...
Dah Trimester Kedua Sekarang Lepas Keguguran Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Kedua

Dah Trimester Kedua Sekarang Lepas Keguguran Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Kedua

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 158 hits
Selepas melalui detik duka ketika keguguran beberapa bulan yang lalu pengacara dan pelakon Uyaina Arshad berkongsi khabar gembira kini hamil anak kedua Menerusi Instagramnya Uyaina berkongsi cerita kehamilannya keduanya sebagai penutup tira...
Ibu Hamil Makin Mudah Nak Bersalin Cuba Senaman Mudah Ni

Ibu Hamil Makin Mudah Nak Bersalin Cuba Senaman Mudah Ni

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 133 hits
Semakin dekat hari nak bersalin ada baiknya anda melakukan pelbagai senaman ringan dan regangan Semua ini bagi memastikan proses bersalin berjalan dengan lancar Senaman macam mana Sebenarnya tak perlukan gerakan atau senaman yang sukar perg...
Nak Cepat Sembuh Selepas C Sec Ibu Kena Pandai Jaga Diri Lepas Bersalin Doktor Beri Panduan

Nak Cepat Sembuh Selepas C Sec Ibu Kena Pandai Jaga Diri Lepas Bersalin Doktor Beri Panduan

papar berkaitan - pada 23/12/2023 - jumlah : 206 hits
Banyak perkara yang perlu diberikan selepas melahirkan anak melalui kaedah pembedahan cesarean Ibu harus pandai menjaga diri sendiri dan mengikut kemampuan dirinya sendiri Jangan paksa tubuh untuk bekerja lebih dari kemampuan Nak cepat semb...
Berdebar Tunggu Saat Bergelar Bapa Ryan Bakery Hadiahkan Beg Tangan Mewah Buat Isteri Sebelum Bersalin

Berdebar Tunggu Saat Bergelar Bapa Ryan Bakery Hadiahkan Beg Tangan Mewah Buat Isteri Sebelum Bersalin

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 144 hits
Sebagai tanda menghargai pengorbanan isterinya berjuang selama sembilan bulan personaliti media sosial Ryan Bakery menghadiahkan beg tangan mewah berjenama buat isterinya sebelum bersalin Ryan yang bakal bergelar bapa sedikit masa lagi meng...
Mujur Semua Dah Sedia Bersalin Dua Minggu Awal Dayana Roza Selamat Bersalin Anak Lelaki

Mujur Semua Dah Sedia Bersalin Dua Minggu Awal Dayana Roza Selamat Bersalin Anak Lelaki

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 199 hits
Tahniah diucapkan kepada pelakon Dayana Roza yang telah pun selamat melahirkan bayi lelakinya pada Sabtu lagi Anak kedua Dayana seberat 3 2 kilogram itu dilahirkan tepat jam 1 56 pagi Sabtu di sebuah pusat perubatan di Ampang Selangor Melal...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan