Halal Crew Di Bangi Golf Resort
akhirnya halal crew bagi batch yang pertama telah berlangsung dan berjalan dengan baik. sebelum ni aku pernah tulis mengenai halal eksekutif public dan juga halal eksekutif tajaan. boleh klik pada pautan yang disediakan.
program ni telah berlangsung awal bulan 9 tak silap. tak penting. hahahhaa. yang penting ia telah pun berlangsung. aku sertakan sedikit gambar buat tatapan kalian.
Program Latihan Industri dan Penempatan Pekerjaan program ni sebenarnya macam latihan industri. pernah tak praktikal lepas habis belajar? pernah kan? macam tu lah konsepnya. seminggu 7 hari. 1 hari kelas dan 1 hari kelas. selainnya ialah bekerja. kalau aku, aku seronok je. huhu.
kenapa seronok? sebab masa aku menganggur setahun tak ada masa depan, aku pernah berkira - kira nak jadi housekeeping dekat hotel de art. serious weyh! tapi tak sempat merasa bila aku dapat panggilan temududa di tempat kerja sekarang.
selalu bayangkan aku mengemas bilik - bilik disetiap tingkat. aku tahu penat, tapi boleh kerja 'main - main'. faham tak maksud aku? alaa macam kau kemas bilik kau lepas bangun tidur. sama macam kau tegangkan cadar masa duduk asrama. cadar yang paling tegang adalah cadar paling 'wow'. jap, terimbas kenangan duduk asrama pula.
okay sambung. setiap minggu ada kelas, dan setiap kelas belajar basic knowledge berkaitan hospitaliti, food dan sebagainya yang berkaitan halal. dapat sijil okay. bukan biasa - biasa. aku rasa kos untuk dapatkan sijil dekat luar, beratus juga. bukan senang tau.
nak pula program ni dapat tajaan. cuma tu lah. ada syarat pula. kalau tak de syarat, memang fullhouse la kan. hahahhaa.
diorang ni semua praktikal di bangi golf resort. bagi jadual kelas dan jadual bekerja di department mana tu semua pihak bgr yang akan uruskan.
setiap peserta ini akan mendapat wang biasiswa dari pihak zakat sebagai wang perbelanjaan sepanjang 3 bulan di sana.
Temuduga Halal Crew batch 1
sesi temuduga telah berlangsung di halal academy sendiri dan juga di lembaga zakat selangor. banyak tapisan dilakukan demi mencari peserta dalam kalangan fakir/ miskin. aku yakin dan pasti jika sekiranya program ni dibuka kepada public, ramai yang nak turut serta.
Hostel Peserta Halal Crewselepas beberapa minggu tapisan dilakukan, akhirnya program pun bermula. semua peserta berkumpul di bangi golf resort. buat pendaftaran, sesi taklimat dan dibawa ke hostel. hostel yang di'bekal'kan ialah sebuah rumah banglo mempunyai beberapa buah bilik didalamnya.
rumah peserta perempuan di blah kanan, peserta lelaki di blah kiri. jadual untuk pengangkutan adalah setiap setengah jam bermula 6.30 pagi tak silap.
bilik yang selesa dan luas. ada penghawa dingin
hostel lelaki
kawasan sekitar hostel
kalau hari cuti pishang tak buat apa, boleh lah joging sekitar kawasan perumahan. lepak tasik seluas padang. ambil angin pagi dan petang. nampak macam 'terkongkong' kan diorang? hahahahhaa. tak weyh, dorang expert dari aku. lepak ioi okay. aku pun tak pernah sampai ioi tu. nak beli barang pun ada kedai.
Kelassetiap cikgu yang mengajar adalah dalam kalangan cikgu bertauliah yang diiktiraf.
en aiman
puan shira
puan hardiyanti
Sertai Halal Crew Batch 2okay habis dah. hehee. jadi jom sertai program halal crew batch 2. jangan lupa share pada kawan - kawan yang memenuhi syarat dan kriteria seperti dibawah. jangan lepaskan peluang untuk memenuhi kuota ini. info lanjut mengenai sesi temuduga boleh rujuk poster atau whatsapp nombor dibawah.
Syarat: muslim
lepasan SPM (berumur 18 tahun - 25tahun)
dikategorikan sebagai asnaf (Fakir/ Miskin /Muallaf di bawah Lembaga Zakat Selangor)
boleh beri komitmen penuh sepanjang program
Hubungi nombor dibawah untuk maklumat lanjut :-
017-3301261 (Hp)
Whatapp: http://bit.do/HalalCrewProgram
Pegawai LZS:
Muhammad Izwan Sulaiman
(Jabatan Pengurusan Pendidikan, Divisyen Pembangunan Asnaf)
0 19-353 2186
Kelebihan Menyertai Program Halal Crewpengalaman bersama industridari zero to herosijil Kursus Krew Halal (diiktiraf oleh Majlis Profesional Halal), sijil Kursus Pengendali Makanan (KKM) sijil Pengenalan kepada HACCP/GMPmakan minum, tempat tinggal, elaun disediakanjaminan kerja bersama Bangi Golf Resort selepas tamat program
Halal Academy Info
alamat
13C-Level 3-Block 2,
Jalan Tinju 13/50,
Worldwide Business Park,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
no tel
03-55234554
emel
[email protected]facebook
https://www.facebook.com/halalacademymalaysia/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kanvasdakwat.blogspot.com/2019/10/krew-halal-di-bgr.html